Thursday, July 8, 2010

Paul si Gurita spesies dari Sepanyol

Balik dari Senibong terus set alarm pukul 2.30 pagi untuk tahajud. Tepat jam 2.30 pagi alarm berbunyi dan dengan yakin aku off kan alarm tu............
4.45 pagi. Terlajak sudah. Turun tangga dengan bersemangat dan ON TV....Kelihatan Neuer sedang mengutip bola dari gawang beliau. Baru habis highlight. Patut la mata aku berat semacam malas nak bangun. Aku jengah luar suasan seperti mahu hujan seolah-olah meratapi kekalahan Jerman. Orang Jerman kilang aku mesti bad mood hari ini. Mesti mereka mengidam sotong Paul goreng tepung Senibong cekik-darah-parking-kena-bayar.

La Furia Roja memang terbaik. Iniesta dan Xavi memang maestro. Torres?!...Tidak perlu aku ulas lanjut sebab La Furia Roja lebih berhak menang. Kalau Jerman menang sudah pasti panjang lebar ulasan aku beri. Selepas ini..Euro 2012 di Poland.

Wednesday, July 7, 2010

Tarikh lahir aku berubah-ubah


Hari lahir 17 Syawal 1405H. Mengikut kalendar Islam umur aku sudah 26 tahun. Kalau ikut kalendar Pope Gregory XIII aku masih berumur 25 tahun. Eh, baru aku tahu kalendar kita guna adalah ciptaan si Pope pengampun dosa. Korang pun belum tentu tahu pencipta kalendar adalah seorang paderi...

Pagi tadi aku ON je TV LED LCD PLASMA aku terus highlight Belanda vs Uruguay di siaran RCTi. Tamat je highlight tu terus berita pasal Ariel Peterporn. Untuk pengetahuan peminat Ariel di luar sana, Ariel sakit gigi ya. Aku malas nak ulas panjang-panjang pasal Ariel pornstar ni.

Owh ya..27 Rejab 1431H pasukan Hydro FC akan menentang MPPG. Budak-budak kilang aku cakap pemain MPPG ni main macam Liga Super & Liga Perdana. Jadi aku hanya perlukan persiapan turun & naik tangga rumah sewa untuk berlatih. Perlawanan pertama menang 5-4 lawan Hospital Penawar tapi pengadil memang celaka atas sikit.

Harga minyak juga berada di bawah UasSD72. Penthouse Binjai terjual dengan harga RM38 juta!!..Memang binjai kuasa dua akal mereka yang membeli sebuah penthouse berukuran 14300 kaki persegi(satu kaki persegi RM2660). Binjai adalah kondo kat KLCC la..Jangan la out-of-date sangat..Pleassseeeee..

Sejak Piala Dunia bermula, sudah tiada lagi kedengaran Selamatkan Palestin atau Save Gaza..Hanya kedengaran Argentina!Argentina! yang sudah terkeluar. Pandai betul timing Zionis.OK la aku nak cari stamina semasa bekerja dengan ronda satu kilang.

Monday, July 5, 2010

Masa Depan Bolasepak Malaya Selepas Piala Dunia 2010

yang mungkin tiada masa depan....

Seperti mana yang anda tahu, Piala Dunia 2010 Afrika Selatan sudah hampir di penghujung. Pasukan muda Jerman yang paling menyerlah. Jerman pernah digelar kuda tua ketika Piala Dunia 1998. Lothar Matthäus ketika itu berumur 37 tahun. Musim lepas, kelab-kelab di Bundesliga menghabiskan £75 juta untuk pembangunan bolasepak remaja. Malaysia?!...RMK yang ke berapa ribu aku pun tidak ambil tahu. Rancang memang NOMBOR SATUMALAYSIA..ACTION...........senyap..

Surat khabar Kosmo aku lihat ada tajuk "Ambil iktibar Piala Dunia - Devan". Ia merujuk kepada kekalahan pasukan pilihan di Piala Dunia 2010. Aku ingat ambil iktibar pasal barisan muda Jerman. Liga Super akan membuka tirai malam esok. Mari bercakap pasal bolasepak tempatan. Kenapa pasukan Selangor boleh dilihat sebagai pasukan yang agak giant berbanding dengan pasukan lain?! Mungkin TV3 selalu condong ke arah Selangor memandangkan TV3 terletak dalam negeri Selangor. Tetapi sepanjang aku belajar di kawasan Lembah Klang, bolasepak dikawasan ini memang meriah.

Masa aku training bola(wakil kolej kediaman) setiap hujung minggu, kadang-kadang aku berkongsi padang dengan budak akademi bola mana ntah. Umur semua bawah 15 tahun. Memang comel tengok budak-budak ni main. Parent budak-budak ini duduk tepi padang macam picnic bagi sokongan kepada anak-anak mereka. Setakat ini aku belum jumpa situasi ini di Johor. Kawan aku dalam kilang ini dah lima tahun buka akademi bolasepak di Pasir Gudang. Dia pernah luahkan apa yang berlaku terhadap keadaan bolasepak akar umbi di Johor. Memang sedih. Wakil rakyat?!..Masalah penduduk pun makan puluh-puluh tahun nak selesaikan, apatah lagi bolasepak.

Bayaran untuk sebulan kalau masuk akademi(member aku) ini tidak sampai RM20(bayaran orang gila pun tidak murah macam ini) berbanding dengan akademi-akademi di Selangor yang melebihi RM200. Selagi akar umbi bolasepak Malaya tidak diambil perhatian...Jangan mimpi untuk ke Piala Asia menerusi kelayakan..Apatah lagi Piala Dunia.

Aku rasa sampai bila-bila kita akan sokong pasukan bolasepak negara lain. Baru-baru ini FAM 'merehatkan' jurulatih Harimau Muda, Mohd Azraai Khor Abdullah serta pembantunya Azman Eusoff dan jurulatih penjaga gol, P Mohana Sundram. Jemu aku dengan apa yang berlaku dalam FAM.

-Sultan Bola-

p/s: boot baru aku akan mendarat di KLIA pada 17 Julai 2010.

Sunday, July 4, 2010

Sieg Heil - Germany 4-0 Argentina - World Cup 2010

Aku dah berulang kali cakap. priMARADONA ni masih berdegil. Ini lagi sayur-mayur dari England. Takat status legend hand-of-god, piiiirahhhh...Memang berlagak namampus si priMARADONA ni. Tiba-tiba jadi jurulatih, Roy Hogson tu dari umur 26 dah ada lesen jurulatih...sekarang baru dapat coach Liverpool-sandar-kan-pada-kenangan ni.
Tapi sayang Thomas Mueller tidak dapat beraksi lawan Spain nanti. Tapi rugi Paraguay kalah...Hancur harapan pak mertua aku yang tidak berapa nak sihat tu. Larissa Riquelme sudah pasti menarik nafas lega. Tapi semangat Jerman ni tak macam masa lawan England kali ini. Harap improve lawan Spain.

Saturday, July 3, 2010

Movie Predators 2010


Sekarang ni kalau hujan je mesti lebat. Ingat dulu masa zaman kanak-kanak. Misal kata la ada cerita menarik kat TV, esok pergi sekolah mesti akan jadi tajuk bualan. Tak kira la National Geography ke Predator ke.

Pertama kali aku tengok cerita Predator ni di TCS 5. Ini nama lama untuk MediaCorp. Memang tidak berkelip la mata tengok otot Arnold. Terus berangan nak badan macam Arnold. Bukan rancangan Hey Arnold ok. Pastu macam excited masa tengok darah Predator tu warna hijau muda glow-in-the-dark. Memang melangkaui batas pemikiran aku yang masih kanak-kanak.

Tapi kalau cerita-cerita menarik itu jatuh pada malam Jumaat....Mintak maaf la ye, arwah abah aku akan conquer TV tu tengok Forum Perdana Hal Ehwal Islam. Aku memang tak berani nak lawan cakap abah aku ni. Gaya abah aku ni macam garang tapi dalam hati ada taman beb. Nak tak nak aku terpaksa gagahkan mata aku tengok. Ada hikmah juga aku tengok Forum Perdana tu. Masa tu Harun Din biase keluar. Pengacara dia mesti Ridhuan Tee.

Ok sambung balik pasal Predator ni. Tapi aku paling tak suka tengok Predator tidak pakai topeng. Sumpah macam mimpi ngeri. Aku ni masa kecik memang penakut nauzubillah. Tandas aku dah la luar rumah. Kalau malam rasa nak 'melepas' memang tahan sampai tak tertahan. Biasanya aku akan kejut kak Mimah, minah ni kalau tido memang tidur mati. Aku cubit banyak-banyak lai maintain je diulit mimpi. Lepas kalau teman aku macam tak ikhlas. Dia nampak aku dah masuk tandas zaasss...Pergi sambung tidur kat bilik. Aku pun sedap je melepas tanpa mengetahui tiada siapa menemani aku.


Tapi lepas aku tau taktik kotor kakak aku tu..tiap-tiap minit aku akan panggil kakak aku. Sambung pasal Predator ni. Nah tengok sendiri trailer dia.



p/s - sekali sudah pukul 5 lebih daaa..balik terus..

Thursday, July 1, 2010

Kelibat Musuh

Prengg...Prenggg...tenggg...tenggg...Sudah pukul 6.30pagi..Itu adalah alarm tidak berbateri aku di hadapan rumah. Jiran depan rumah adalah memegang status warga pendidik sama seperti mak buyung aku. Setiap kali sebelum mereka berangkat ke sekolah mereka akan warm up kenderaan dahulu.

Setelah selesai menyiapkan diri dan membancuh Enfa Mama dan Milo oat serta membakar roti disapu Planta, terus duduk di atas sofa sambil menghirup milo oat..Ummpphhh..Jarum panjang pada jam dinding menunjuk ia menghampiri nombor 7 serta jarum pendek pada nombor 11.

Kunci pejabat & Gelombang X aku sudah dimasukkan ke dalam kocek kanan jaket. Wallet serta gadget-gadjet abad ke-21 kemas aku simpan dalam kocek kiri jaket. Pintu di buka dan terus aku menghidupkan Gelombang X aku. Mak buyung melihat aku dari grill pintu seraya berkata, "Segar betul udara pagi ek". Setelah hampir 25 tahun bernafas, baru mak buyung sedar yang udara yang paling best adara udara di pagi hari.

Tanpa membuang masa aku terus menekan gear satu. Berhenti sebentar untuk menutup gate. Menyambung perjalanan aku ke tempat kerja. Sampai di simpang Kota Masai 2 seperti biasa aku akan mengurangkan kelajuan Gelombang X aku sebab ada sedikit kesesakan lalu lintas.

Jumpa sahaja lampu isyarat ia masih berwarna merah. Aku free kan gear aku sambil menoleh ke kiri dan ke kanan melihat keadaan sekeliling. Mana la tau ada member sekilang yang pergi kilang jalan kaki aku boleh tumpangkan. Bila lampu isyarat bertukar warna menjadi hijau terus aku tekan gear satu dan mengambil simpang ke kanan.

Dari jauh aku macam kenal je mamat kat tepi jalan tu. Dan apabila semakin aku dekat..memang sah..ini adalah binatang mughallazah yang merempuh sisi belakang Gelombang X aku. Cilakak punya Johnny!!!.

Kalau macam ini la..aku ingat nak pergi kerja naik lori. Senang sikit aku nak tamatkan riwayat Johnny si langgar lari ni.