Monday, September 10, 2012

Ribut dan Raya

Mujur sekarang jalan untuk ke Pasir Gudang ada banyak alternatif. Semalam terperangkap dalam jem sebab pokok tumbang serta banjir di highway Pasir Gudang. Aku potong masuk Taman Megah Ria..sekali pokok tumbang sana-sini.

Pemilik S3 sudah mintak patah balik tapi biasa la lelaki degil. Aku dah lupa berapa banyak jalan aku redah pastu terpaksa patah balik sebab jalan dihalang pokok tumbang. Kesian aku tengok. siap ada bomba datang. Pertama kali aku masuk kawasan yang baru dilanda ribut.

Memang devastating. Ramai penduduk keluar rumah tolong clearkan pokok yang tumbang di tengah jalan. Duduk di kawasan berdekatan laut memang risiko ribut ke? Ada satu rumah tu awning dia terkepak naik ke atas bumbung rumah dengan baju-baju yang disidai sekali.

Gambar ada snap tapi pada pemilik S3. Semoga mangsa ribut tabah dan bersabar. Dah puasa enam?

1 comment:

storm rider said...

syg,bca ni http://sam-puansyurga.blogspot.com/2012/09/pesta-1-malaysia-di-highway-pasir.html

pasal ribut smlm kt psr gdg