Thursday, September 27, 2012

Kesihatan Perlu Di Jaga

Minggu ni ada kempen SHE. Ada pemeriksaan percuma dan tambah RM10 untuk periksa kolestrol. Nurse tu cakap aku punya blood pressure rendah aka hypotension. Patut la aku rasa sejak dua tiga menjak ni rasa macam lemah. Tapi Badminton malam ni still ON.


Masa nak check gula, nurse siap cakap punya susah nak amek darah aku sebab blood pressure rendah. Esok lusa nak pergi check blood pressure aku ni sudah normal belum. Tapi aku rasa macam belum normal tapi badminton malam ni still ON(ulang lagi).

Kempen SHE ni ada buat pertandingan poster dan aku dapat saguhati. Voucher RM20 je. Alhamdulillah rezeki anak kedua. chewah. Yang menang semua guna lukisan tangan dan warna guna pensel kaler. Aku yang beriye guna Photoshop bagai dapat saguhati je. Tahu aku guna pensel kaler Zaheen.
satu Malaysia.
p/s: Nuri Sahin pun sedap nama untuk anak lelaki tapi Sahin tu maksud dia helang..Nuri pula cahaya.. LOL

Friday, September 21, 2012

Wayang Terbuka


Masa zaman aku budak-budak dulu, memang permainan elektronik tak secanggih sekarang. Aku nak cerita masa pertama kali tengok wayang. Bukan wayang macam sekarang ni, ini wayang open space. Datang boleh bawa keluarga serta makanan. Makan serta nonton sampai lebam.

Tapak wayang masa tu adalah tempat pasar lambak aka pasar malam. Ramai datang, aku datang dengan abang aku naik motor Honda Fame(hilang masa aku darjah enam kena curi).

Seingat aku filem yang ditayangkan filem indonesia. Filem ini berkisar pada zaman penjajahan Belanda. Hero ni lawan penjajah Belanda yang pada masa itu ada pendekar upahan mereka sendiri. Hampir menang tapi Belanda ada tukang sihir so hero kalah dulu kena jampi jadi babi. Sadis.

Tapi diselamatkan oleh geng-geng wali Songo. Lepas sembuh lawan balik dan menang serta berjaya halau Belanda dari kawasan itu. Lebih kurang la sinopsis dia. Memang old-skool habis bila ingat balik.

Tuesday, September 18, 2012

Aplikasi Sistem Maklumat MoE

Baru-baru ini aku baru sedar sistem yang isteri aku guna pakai untuk masuk data atau markah dalam aplikasi yang dibangunkan oleh MoE sangat tidak user-friendly. Setiap sistem mempunyai pangkalan data yang berlainan. Ini menyebabkan maklumat sama perlu di masukkan untuk setiap sistem.


Bijak?..shame on you Muhyiddin. Tak payah nak transform sangat pendidikan tu, benda kecik macam ni pun tak nampak. Mentang-mentang ramai guru tak arif pasal sistem yang dibangun oleh MoE. Contoh Sistem Salahlaku Disiplin Murid. Nak tambah rekod perlu key-in nombor ic murid, kalau tiada baru boleh tambah. Kan senang kalau masukkan nombor ic dan  sistem terus check sama ada nombor ini wujud atau tidak. Jika wujud keluar pop up atau redirect ke page yang menyatakan nombor kad pengenalan tu dah wujud. Yang best bila dah beriya cek nombor ic tidak wujud dan masuk segala details. Tekan butang send terus keluar no ic telah wujud dalam pangkalan data.Cool? Drop down menu punya la sanyak. Date pun guna drop down, come on la.

Aku bukan nak merendah-rendahkan sistem MoE tapi at least buat sistem yang user-friendly dan mudah untuk digunakan. Error 500 juga selalu keluar. Aku rasa Pegawai Teknologi Maklumat mampu bikin ini sistem lagi kencang. Dulu pantang nampak kekosongan F41, siap mintak cop sain bagai tapi. Sekarang SPA pun aku dah tak update sebab dengan pointer bawah 3.00 jangan harap nak dapat.haha. Padan muka aku sebab belajar main-main. Tapi belajar dari kegagalan ni membentuk siapa diri aku sekarang. Tapi kau jangan ngada-ngada sengaja nak gagal. Lempang laju-laju.

ok bye. nak baca Pedang Setiawan 607...

Thursday, September 13, 2012

Sekian Lama

Petang semalam balik kerja ternampak padang sebelah tasik tak berapa nak tasik Bukit Dahlia ada orang main bola. Balik rumah Zaheen baru bangun dari tidur. Ajak Zaheen g padang tengok orang main bola. haha..


Sampai padang. Ada dua orang mamat tengah pakai but bola. Tengok betul-betul..Laa..orang sekampung rupanya main bola. Digun nama dia tapi budak Hospital Penawar panggil nama betul. Nasir.auww..

Jadi sekarang setiap Rabu balik kerja singgah padang dulu baru balik. Lama bebenor tak main bola padang. OK itu sahaja.

p/s: Mesut Ozil macam sedap je letak nama anak aku.haha.

Monday, September 10, 2012

Ribut dan Raya

Mujur sekarang jalan untuk ke Pasir Gudang ada banyak alternatif. Semalam terperangkap dalam jem sebab pokok tumbang serta banjir di highway Pasir Gudang. Aku potong masuk Taman Megah Ria..sekali pokok tumbang sana-sini.

Pemilik S3 sudah mintak patah balik tapi biasa la lelaki degil. Aku dah lupa berapa banyak jalan aku redah pastu terpaksa patah balik sebab jalan dihalang pokok tumbang. Kesian aku tengok. siap ada bomba datang. Pertama kali aku masuk kawasan yang baru dilanda ribut.

Memang devastating. Ramai penduduk keluar rumah tolong clearkan pokok yang tumbang di tengah jalan. Duduk di kawasan berdekatan laut memang risiko ribut ke? Ada satu rumah tu awning dia terkepak naik ke atas bumbung rumah dengan baju-baju yang disidai sekali.

Gambar ada snap tapi pada pemilik S3. Semoga mangsa ribut tabah dan bersabar. Dah puasa enam?

Thursday, September 6, 2012

Deposit Tunai

Well..Sejak jadi lebah ni memang susah nak update blog. Penyokong Johor FC la katakan.puiihh. Berbalik kepada tajuk. Orang 'jutawan' macam aku ni memang selalu kena guna deposit tunai untuk 'bayar gaji pekerja'.

1. Ini paling gampang, dah tau duit kerta tu asik kena tendang masih berusaha untuk masukkan jugak. Di urut-urut duit kertas tu. Sampai mintak orang belakang tukar duit tu. wadehel.

2. Bayar gaji pekerja guna mesin deposit. Ini memang haram jadah.

3. Yang lampi tu dah siap masuk duit semua bagai sekali tertekan cancel. Dah kena tunggu balik. Kalau mesin deposit ni laju macam Unifi xpe.