Monday, July 11, 2011

Servis Kereta dapat Rumah Impian


Memang gempak tajuk di atas. Sebenarnya Hujung minggu lepas super-pack-action-tired-worthy-weekend. Mari kita mulakan dengan nama Allah swt yang Maha pemurah lagi Maha mengasihani. Sabtu aku sudah deal dengan pengasuh supaya Zaheen hantar sana so that aku boleh berdating dengan bini aku.

Padahal servis kereta je pun. Tapi aku dengan bini aku dapat rasa la pengasuh Zaheen ni super-sangat-keberatan untuk jaga Zaheen masa hujung minggu walaupun aku kerja dan bini aku kena pergi sekolah. Last-last aku terpaksa ambil unpaid(belum confirm so tidak entitled leave). Masa tengah 'dating' kat pusat servis Proton pengasuh SMS anak aku muntah-muntah dan pengasuh aku cakap paling lewat ambil sebelum tengah hari. Jadi la dapat 'dating' dalam pusat servis Proton selama dua tiga jam pun jadi la.


Aku dengan bini aku memang tengah usha rumah dan kebetulan Taman Bukit Dahlia ada rumah tengah naik. Damai phase 2 18x60. Aku jangka rumah tu sempit sebab keluasan sama macam rumah kakak aku kat Scientex. Jangkaan aku meleset. Aku pergi pejabat jualan untuk tengok mana available. Semua tinggal lot tengah OK. Sekali ada open space lot, aku tanya punya tanya...dah ada orang booking, sticker pada lot tu tercabut. Barua. Corner lot idaman aku?!..Ukur baju di badan sendiri. Kalau beli corner memang itu tak boleh..ini tak boleh la jawab nya. Aku tak nak kerja sampai duit perabih kat rumah sahaja. Kena la reward diri sendiri selepas penat kerja.

Tengok showhouse pulak......Memang terus jatuh hati. First aku tengok tandas. Tidak sempit dan tidak terlalu luas. Tandas penting beb, tempat menyambut seruan alam perlu selesa. Mula-mula memang aku nak cari rumah kawasan rumah sewa aku tapi kejadian yang akan aku cerita lepas ini seolah-olah rumah Damai phase 2 is the ONE. Kami kecewa sebab tinggal lot tengah tapi lepas fikir apa penjual rumah tu cakap pasal harga pasaran, kemudahan terus aku tukar fikiran. Ada betul apa yang dia cakap. Kalau nak beli rumah pasti harga rumah tu akan makin naik dan bukan makin turun.

Aku dah tengok rumah 2nd area kawasan rumah sewa aku which is sangat not in good condition. Nak renovate balik, fuh...Personal loan?!..Not a good idea totally. Memang aman tenang kawasan rumah sewa aku tu tapi jauh dari kemudahan. Eh bukan jauh, sangat jauh. Hari Ahad sebelum pergi kenduri kahwin ustaz Ned aku singgah pejabat jualan, ada seorang kakak sambut kami. Bincang di luar pejabat sebab tiada elektrik kawasan Bukit Dahlia. Cerita pasal kami nak open-space lot. Sekali dia masuk pejabat balik. Dia cakap kebetulan ada seorang cancel booking untuk open-space lot. Senyum lebar aku anak beranak. Tidak boleh booking sebab sistem down. Hari ini atau esok boleh book. Hooyeah!!!Memang as if it was meant to be for us. Pergi balik kenduri kahwin ustaz Ned dipenuhi dengan angan-angan nak hias rumah macam mana. Sampai tertidur tu. Tertidur tu bukan aku OK.

p/s: nampak gambar budak dua orang tu? Itu Zaheen dan bakal adik Zaheen.haha..ini bukan aku cakap OK.haha.



4 comments:

fana said...

wah!aku pon ade gi tgk gak dulu...tapi aku lagi minat yg Prima...sbb dapur dia tak nampak dari depan...malangnye, by then dah sold out...huhuhuh...

masa aku gi tu, salesmen tu ade ckp, nk bukak phase baru..size lebih kurang (extra 2 kaki kot), tapi rege extra 100K! gile ahhh rumah skrg...pengsan aku tgk rege diorg ni

eh eh..btw, open space tu mcm mane? tak sama ngan corner lot eh?

jiwa sifar said...

haha..yg paling baru 20x70 Pesona.260k++.

open space ni ngadap kawasan lapang.xngadap rumah org len.

tp aku pn tgh penin ni.bini aku tak dpt surat sah jawatan lg ni.haha.ade kerugian aku harus tanggung.

farah fadhil said...

kpm mmg lembab bongok gile
alasan xde bajet sbb kena share bajet dgn ppuan yg pkai cincin 24juta tu

aku x dpt posting langsung
alasan x munasabah
mls aku amek kisah dh
cr keje lain lg bagus

jiwa sifar said...

ppuan tu mmg pfftt..urghh..

pasrah je aku kne tgg rugi dek nak tunggu surat sah bini aku yg mungkin tahun depan baru dpt.

dgn pentadbiran sekolah mcm tutttti fruity.gomen skrg mmg SUCKS giler2!!.