Wednesday, July 20, 2011

Bottle Neck



Istilah ini digunakan apabila there isn't enough data handling capacity to handle the current volume of traffic. Istilah ini boleh diguna pakai di simpang keluar masuk Kota Masai 2. Penduduk punya la ramai duduk dalam tetapi jalan keluar masuk hanya SATU..SATU..SATU. Sudah bertahun aku rasa masalah kesesakan lalu lintas especially hujan. Apa barang hujan pakai baju hujan, kena guna kereta which cause kesesakan traffik yang teruk.

Baru-baru ini baru pasang lampu isyarat. Aku ulang pasang, belum ON lagi lampu isyarat tu. Perancangan jalanraya memang failed di sini. Pemaju makin galak buat rumah. Rumah berkadar langsung dengan traffik. Aku rasa lampu isyarat bukan long term solution. Sepatutnya kena ada jalan altenatif di bina untuk mengurangkan kesesakan ni.

Accident macam perkara biasa kat simpang tu. Agak-agak boleh masuk Aduan Rakyat tak ni?..Tapi baru-baru ini ada seorang butt-hurt tidak puas hati pasal aku sokong BERSIH 2.0. Aku tengok gaya komen langsung tak mencerminkan langsung nama yang beliau guna-pakai. lawak-lawak. Ada juga mangkuk-tandas-berhayun datang sini mahu buat onar. Mentang-mentang sini pelawat tidak ramai. kah..kah..kah.

Yang penting hujung minggu ni aku nak berenang dalam kolam durian di Segamat..erkkk..


p/s: aku nak jual boot bola Reebok aku. aku tidak sesuai pakai boot tu. semalam dapat score satu serta jatuh bergolek tiba-tiba beberapa kali. Dua minggu lepas aku dapat score DUA serta assist SATU bila guna boot Nike.

No comments: