Tahukah anda apa akan terjadi bila berlaku kes guru melakukan gangguan seksual terhadap pelajar? Berita dalam TV dan surat khabar akan pung pang pung pang. Mesti ada peribahasa "Harapkan pegar, pegar makan padi".
Apa yang berlaku jika pelajar melakukan gangguan seksual terhadap guru? Bukan sahaja dalam telefon malah dalam Muka Buku. Aku rasa kalau aku dapat print screen tu dan letak kat sini, mesti hangin satu badan korang. Memang lucah serta mendidihkan darah.
The best part adalah, 'pihak atasan' tidak langsung mengambil tindakan. How arse-to-the-hole was that? Kalau perkara ini jadi pada bini aku, memang see you in court la gamaknya. Kena AJAR pelAJAR zaman sekarang ni. Kebanyakkan pelajar marah sebab guru itu garang. Garang sebab dieorang tak siap kerja sekolah pun salah ke? Dengan pihak atasan yang merupakan bekas orang QUALITI dalam JPN. Masak kerja guru-guru sekolah..haha..
dunia komputer kucing bosan penin jiwakacau tertekan network hidup duit kawen bini anak cucu cicit akhirat
Friday, February 17, 2012
Thursday, February 16, 2012
Orientasi UM part 1
Setiap kali masuk tempat belajar baru mesti ada minggu orientasi. Tapi kenangan manis adalah masa di orientasi di UM dulu. Kebetulan aku dapat satu course dengan laki wawa yang satu SMKABP dengan aku. Ada juga member yang kenal. Kalau tak mati kutu.
Kenangan yang aku ingat masa orientasi di UM:
Kenangan yang aku ingat masa orientasi di UM:
- Lawan sorak dengan kolej kediaman lain. Ini lawan sampai nak bergaduh. hehe..xdela, sebenarnya orang yang nak gaduh dengan aku tu member aku juga. So macam drama, fasilitator macam dah cuak sebab aku dah nak bergaduh dengan pelajar kolej lain padahal berlakon je. (nanti aku letak lagu sorak, salah satu lagu sorak dah jadi lagu rasmi rumah sukan bini aku..kewl bukan?)
- Pelajar masuk lubang dan langgar tiang lampu. Kolej kediaman aku memang antara yang paling jauh dengan DTC. Bukan naik bas macam budak sekarang, jalan kaki. Itu yang macam-macam peristiwa terjadi. Dengan yang pengsan, masuk lubang dan juga langgar tiang. Nasib la budak kolej lain yang langgar tiang tu di seberang jalan, kalau tak mau nangis kena gelak dengan aku.
- Member aku lari kolej kediaman. Lari pergi kolej aku je pun, sebab kolej dieorang kena mintak sain senior seekor-seekor. Kolej aku malam memang rehat sampai lebam.
- Sembunyi dalam bilik. Malas nak pergi DTC sebab aktiviti yang entah apa-apa..hehe.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
9:34 AM
kategori
pendidikan,
xtvt kehidupan

Wednesday, February 15, 2012
Tuesday, February 14, 2012
Ujrah Aku Sudah Berjaya?
Setelah sekian lama menanti. Akhirnya PTPTIPOO aku telah berjaya di'convert' kepada Ujrah.
OK la tu...(sedap kan hati). Nanti ada masa aku kaji sifir PTPTIPOO ni.
OK la tu...(sedap kan hati). Nanti ada masa aku kaji sifir PTPTIPOO ni.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
10:51 AM
kategori
PTPTN tipu

Monday, February 13, 2012
Luluh hati rock ini
Sejak jadi abah-abah ni kalau tengok berita pasal bayi tidak sihat atau yang sewaktu dengannya, memang rasa sayu dan nak berderai je air mata. Macam pagi tadi, aku tak dapat tengok dari awal. Tapi yang aku ingat TV3 ada siarkan pasal dua beradik yang sakit tapi tak pasti aku sakit apa.
Sehari lepas penggambaran, salah seorang dari mereka meninggal dunia. Masa aku tengok tu TV3 tengah temubual bapanya. Aku nyaris ingat bapa mereka seekor panda tapi aku silap..OK tidak lawak. Abaikan ayat tadi. Aku tengok keliling mata bapa budak-budak tu sangat 'panda'. Dalam hati aku terfikir, mesti tidur tak lena dan rehat tak cukup dia ni. Panda aku belum boleh kalahkan panda bapa budak ni......(Google jap...)..
Moral dari cerita tadi, marilah kita membantu insan yang kurang upaya walaupun sumbangan kita tidak seberapa yang penting ikhlas.
Orang ramai yang ingin turut menghulurkan sumbangan, mereka boleh menyalurkan ke akaun Maybank atas nama Mohd Affandi Ramli (1561 1400 1424) atau Bank Islam atas nama Annisa Mohd Affandi (14-229-02-001975-2).
Pesanan ini ditaja oleh Troy kucing yang bekerja sebagai mekanik.

9:14 AM
kategori
famili,
kekeluargaan,
pesanan masyarakat

Wednesday, February 8, 2012
Rabu Tanpa Perkataan #12
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
1:16 PM
kategori
kekeluargaan,
wordless wednesday

Wednesday, February 1, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)