Thursday, February 14, 2013

Anak dan Tantrum

Kadang-kadang aku macam geram tengok orang layan anak aku tak macam aku layan anak aku sendiri. Dengan umur yang baru dua tahun lebih, cara melayan seorang budak adalah SABAR sebab masa umur macam ini ada tantrum. Walaupun aku jarang-jarang hilang sabar tapi malam tu masa dia tengah tidur aku akan mintak maaf dengan dia. Pernah sekali aku nasihat-nasihat Zaheen masa dia tengah tidur, bila aku cakap understand. Dia angguk. Masa tu betul-betul masa dia baru tidur. Terkejut aku.haha. Jadi masa paling sesuai untuk nasihat anak adalah sewaktu baru dia tidur. Tapi jangan cakap kuat-kuat, berbisik la macam korang mengumpat.haha.


Sebab itu aku selalu cakap nada perlahan dengan anak aku. Sebab itu anak aku kalau panggil aku kemain lembut nada(same goes kalau dia panggil atuk die) except kalau tantrum dia datang. haha..Macam tadi. Pagi aku hantar zaheen ke pengasuh dan masa aku lunch aku ambil hantar balik. Masa kat rumah seboleh-boleh tak kasi aku pergi kerja. Last-last masa dia leka terus berdesup aku keluar.

Aku pun dulu garang dengan anak-anak buah aku tapi bila dah jadi bapa rasa macam nyesal pulak garang-garang dengan dieorang. Sampai sekarang dieorang takut dengan aku.LOL. Mungkin dulu tak ramai yang ada knowledge pasal pendidikan awal kanak-kanak. Zaman sekarang segalanya di hujung jari. Mahu atau tidak sahaja.

2 comments:

NURUL AIN said...

pembetlan...bukan 2 bln tp 2 thn yeee

Melissa Mazlan said...

betul tu. Aryssa x masuk 2 tahun lagi, tantrum nye Ya Allahhhh. SABAR je la kan :)