Wednesday, February 27, 2013

Rabu Tanpa Perkataan #26

Sangat rindu untuk membela kucing especially yang macam CT...

Wednesday, February 20, 2013

Festival Layang-layang Sedunia 2013 | 20-24 Feruari 2013

Bermula hari ini sampai 24 Februari 2013. Meriah aku tengok khemah kat Bukit Layang-layang ni. Tidak digalakkan untuk lalu jalan sekitar Bukit Layang-layang kerana confirm jem teruk. Pergi naik motor takpe.

Nasib aku berbowling kat Leisure Mall hujung minggu ni.

Friday, February 15, 2013

Bila Dividen dan Bonus KPF Masuk?



Setiap tahun pada bulan Julai dan September, minggu pertama atau kedua. Masuk dalam akaun Maybank(seperti dalam borang pendaftaran) atau perlu ke pejabat Felda untuk ambil cek(tiada akaun Maybank).

Thursday, February 14, 2013

Anak dan Tantrum

Kadang-kadang aku macam geram tengok orang layan anak aku tak macam aku layan anak aku sendiri. Dengan umur yang baru dua tahun lebih, cara melayan seorang budak adalah SABAR sebab masa umur macam ini ada tantrum. Walaupun aku jarang-jarang hilang sabar tapi malam tu masa dia tengah tidur aku akan mintak maaf dengan dia. Pernah sekali aku nasihat-nasihat Zaheen masa dia tengah tidur, bila aku cakap understand. Dia angguk. Masa tu betul-betul masa dia baru tidur. Terkejut aku.haha. Jadi masa paling sesuai untuk nasihat anak adalah sewaktu baru dia tidur. Tapi jangan cakap kuat-kuat, berbisik la macam korang mengumpat.haha.


Sebab itu aku selalu cakap nada perlahan dengan anak aku. Sebab itu anak aku kalau panggil aku kemain lembut nada(same goes kalau dia panggil atuk die) except kalau tantrum dia datang. haha..Macam tadi. Pagi aku hantar zaheen ke pengasuh dan masa aku lunch aku ambil hantar balik. Masa kat rumah seboleh-boleh tak kasi aku pergi kerja. Last-last masa dia leka terus berdesup aku keluar.

Aku pun dulu garang dengan anak-anak buah aku tapi bila dah jadi bapa rasa macam nyesal pulak garang-garang dengan dieorang. Sampai sekarang dieorang takut dengan aku.LOL. Mungkin dulu tak ramai yang ada knowledge pasal pendidikan awal kanak-kanak. Zaman sekarang segalanya di hujung jari. Mahu atau tidak sahaja.

Friday, February 8, 2013

E-Cigar vs Cigar

Sebenarnya aku tak ambil kisah pun pasal e-cigar until malam tadi. Dua orang rakan sekampung aku datang lepak. Dua-dua memang perokok tegar tapi dua-dua dah guna E-Cigar. Ada keluar berita pasal E-Cigar tapi aku memang dah lama tak tengok berita sebab loya bulu ketiak aku dengar cerita politik berat sebelah.


KKM haramkan penjualan E-Cigar ni. Sepatutnya KKM kaji la dulu liquid yang dieorang guna dalam E-Cigar tu instead of simply haramkan. Bagi aku E-Cigar ni altenative lain dari merokok. Enviromental friendly sebab tiada puntung rokok dan bau lebih menyenangkan. Bagi aku isu dalam E-Cigar ni hanya kandungan nikotin dalam liquid tu je.


Kalau dulu rakan aku ni sehari sekotak sekarang seminggu sekotak. See..See..See? Bukan senang nak tendang habit merokok. Dapat kurangkan pun kira pencapaian yang super memberansangkan. Yang hisap rokok 40 batang sehari boleh jadi sebatang sebulan. Yang penting pengawalan kandungan nikotin dalm E-Cigar which KKM mesti ada specialization dalam hal ini.


Kalau tengok dari segi keuntungan kerajaan hasil dari penjualan rokok. Patut la kajian E-Cigar seolah-olah dilewat-lewatkan. haha.

Saturday, February 2, 2013

Lama tak update

Alhamdulillah selamat dapat anak lelaki, Muhammad Akeef Ziyad. Ini masuk exam confirm berbulu nak tulis nama panjang sangat. 13011301xxxx. Cantek betul IC anak-anak aku ni. Zaheen 10101601xxxx. Tu je kot nak update. haha..