Tuesday, December 11, 2012

Solat Jumaat dan Disiplin

Sekarang kat masjid budak-budak yang pergi solat jumaat tiada disiplin. Khatib tengah berkhutbah dieorang syok borak-borak. Orang-orang tua (aku orang muda) pulak ada beberapa kerat je yang berani nak sound. Paling busuk pun jeling la sebab kalau khatib tengah khutbah, luput la pahala walaupun berkata diam sekalipun.

Aku memang biasa jeling budak-budak terjal ni. Tapi lagi hangin kalau budak tu tak makan saman. Rasa nak pukul je budak tu kat luar gate masjid tu.


Dulu kat masjid Felda Air Tawar 5, ada seorang guru besar sekolah agama yang akan ronda satu masjid rotan budak-budak yang tidak menumpukan perhatian pada khutbah. Aku pernah kena rotan tak? Mesti la TAK pernah.haha. Nama ustaz tu tak silap aku ustaz Jailani. Ustaz tu bukan rotan kat tangan atau kaki. Kau gelak sikit-tutup-mulut depan die pun zass..Sedas hinggap belakang badan ko. Malu siot kalau kena, bergema satu masjid libasan rotan tu.haha.

p/s: dah tiga tahun aku jadi suami orang.

No comments: