Saturday, December 29, 2012

Bola Johor

Senang je nak ambil alih Johor FC di ambil alih PBNJ kan? Asalkan ada 'kuasa' dan duit 'ramai'. Agak menyedihkan sebab sejak Pengerusi JCorp diambil alih oleh Menteri Besar Johor, ada beberapa perubahan. Contoh saham KFC dan PizzaHut di hampir di jual dengan alasan nak lunas hutang. Lepas KFC/Pizzahut ni tak dapat jual Kulim pulak tapi nasib tak jual kalau tidak jadi 'Batu Putih 2'.


Tahukah anda mantan pengerusi JCorp Tan Sri Muhamad Ali Hashim nak beli jenama KFC dari Amerika? KFC pernah dikaitkan dengan Amerika tapi JCorp hanya bayar hak penjenamaan sahaja. Selain dari tu tiada keuntungan disalur ke Amerika.

Dah melalut dah ni. Malam tadi baru berlangsung perlawanan 'Jengking' vs 'Lebah'. Eh silap Johor FA vs Johor Darul Takzim. Apa yang menarik adalah Johor DT ni KESEBELASAN UTAMA tiada langsung anak JATI Johor. Result 'Lebah' 2-1 'Jengking'.


Johor(Liga Perdana) tukar jadi  Johor FA. Johor FC(Liga Super) tukar jadi Johor Darul Takzim. Tapi cuba lihat pemain pula. Johor FA dibarisan oleh bekas pemain Johor FC manakala Johor DT dibarisi pemain baru dan segelintir pemain betul-betul anak Johor. Kesebelasan utama tiada pemain Johor totok.

Aku hanya meluahkan pendapat. Kalau betul nak naikkan martabat bola Johor, mula dari akar umbi. Dulu kat Muar, sekolah power main bola sepak SMK Jalan Jonid sebab sekolah projek bola. Wujudkan setiap daerah satu sekolah projek sukan. Lagi berbaloi berbanding beli atau 'sewa' pemain mahal-mahal. Semangatnya lain macam sikit kalau home-grown player ni.

Semoga pelaburan ini mampu bawa piala ke Johor. Amin.....

No comments: