Monday, December 31, 2012

Oh Celcom ku

Kalau aku tahu. aku tukar jadi DiGi. Sebab DiGi punya Y.E.S gila-gila punya. Celcom? memang hampeh. Patut reward la customer setia macam aku ni sales harga langit runtuh.haha..


Tak payah guna rebat RM200 Pak Jib pun xpe. N9 for free. Tapi of course la ada terms yang pada aku sangat berbaloi kalau kau existing DiGi customers. Celcom tak habis-habis dengan iPhone 5 die. puii. Agak agak ada sesiapa customer DiGi di luar sana nak tolong belikan ini untuk aku? aku bayar la sikit woi!!..hehe.

Sementara itu di Celcom.

Apa ke gampang promosi macam ni? Untung dah calus ke PRU tahun depan ke? haha..

Saturday, December 29, 2012

Bola Johor

Senang je nak ambil alih Johor FC di ambil alih PBNJ kan? Asalkan ada 'kuasa' dan duit 'ramai'. Agak menyedihkan sebab sejak Pengerusi JCorp diambil alih oleh Menteri Besar Johor, ada beberapa perubahan. Contoh saham KFC dan PizzaHut di hampir di jual dengan alasan nak lunas hutang. Lepas KFC/Pizzahut ni tak dapat jual Kulim pulak tapi nasib tak jual kalau tidak jadi 'Batu Putih 2'.


Tahukah anda mantan pengerusi JCorp Tan Sri Muhamad Ali Hashim nak beli jenama KFC dari Amerika? KFC pernah dikaitkan dengan Amerika tapi JCorp hanya bayar hak penjenamaan sahaja. Selain dari tu tiada keuntungan disalur ke Amerika.

Dah melalut dah ni. Malam tadi baru berlangsung perlawanan 'Jengking' vs 'Lebah'. Eh silap Johor FA vs Johor Darul Takzim. Apa yang menarik adalah Johor DT ni KESEBELASAN UTAMA tiada langsung anak JATI Johor. Result 'Lebah' 2-1 'Jengking'.


Johor(Liga Perdana) tukar jadi  Johor FA. Johor FC(Liga Super) tukar jadi Johor Darul Takzim. Tapi cuba lihat pemain pula. Johor FA dibarisan oleh bekas pemain Johor FC manakala Johor DT dibarisi pemain baru dan segelintir pemain betul-betul anak Johor. Kesebelasan utama tiada pemain Johor totok.

Aku hanya meluahkan pendapat. Kalau betul nak naikkan martabat bola Johor, mula dari akar umbi. Dulu kat Muar, sekolah power main bola sepak SMK Jalan Jonid sebab sekolah projek bola. Wujudkan setiap daerah satu sekolah projek sukan. Lagi berbaloi berbanding beli atau 'sewa' pemain mahal-mahal. Semangatnya lain macam sikit kalau home-grown player ni.

Semoga pelaburan ini mampu bawa piala ke Johor. Amin.....

Thursday, December 20, 2012

PMR 2000

Duduk di kelas paling hujung bukan bermakna kurang bijak. Tapi ia mengajar aku bagaimana untuk membahagi masa itu belajar dan enjoy.LOL. Masa tingkatan tingkatan tiga kelas aku memang Most Wanted. Ada sorang dah kena buang tapi sekarang sudah jadi Pegawai Teknologi Maklumat kat hospital Melaka tak silap aku

Ada je yang berjaya dalam hidup tapi titik tolak untuk berjaya tu kena datang dari diri sendiri. Masa kelas prep petang memang aku akan tidur KALAU ngantuk.haha..Subjek favorite?. Aku lebih suka treat semua subjek equally sebab dari sini kita boleh memupuk sikap sama-rata. Jangan treat subjek bahasa arab or subjek lain macam anak tiri sebab ia akan memakan diri. Walaupun aku memang super lemah bahasa arab ni tapi belajar walaupun macam sepak bola ke dinding ia mantul balik.

PMR aku lulus cukup-cukup makan sebab bahasa arab aku dapat D. Almost gagal PMR..sighh. Apa yang aku nak simpulkan di sini jangan memilih sangat subjek tu. Contoh kau dah tau kau lemah matematik, kau jangan la tak belajar langsung. At least buat latih tubi mana la tahu yang ko buat latih tubi tu keluar masa exam sebenar which pernah terjadi kat aku. Allah swt tu Maha Adil. Kalau kau berusaha mesti Dia kasi punya walaupun tak banyak.

Tapi bila dikenang kembali zaman 'batu' tu memang sedikit sebanyak mengajar aku untuk tabah dalam kehidupan. Arwah abah tu berkeras mahu kan aku untuk meneruskan pengajian(chewah) di asrama penuh tak berapa penuh sebab lebih kurang 20km je dari rumah aku. Nasib la keras kepala abah tu lebih kurang keras macam aku.

Cuma terkilan waktu aku sudah bekerja baru 3 bulan ajal abah sampai. Sekarang hanya mampu doa beliau ditempat dikalangan orang beriman. Sekarang dah ada pak mertua aka ayah pun best juga ape. Menumpang kasih gitu.haha..

Wednesday, December 19, 2012

Unifi di Pasir Gudang

Tiang serta kabel fiber optic sudah ada di belakang rumah. Harap perkhidmatan Unifi di Pasir Gudang memberansangkan. Aku pindah Februari, Disember baru nak pasang kabel. Tapi Yes aku masih dalam kontrak, nak kasi siapa pakai kalau aku pasang Unifi? Anyone?

Sekarang tengah ada offer.



Aku rasa Taman Bukit Dahlia full coverage Unifi ni. Tapi kata-kata iklan ni jangan 200% percaya. Mesti ada hidden caj punya ni. Kalau tiada akan ku update dalam blog ni.

Tuesday, December 11, 2012

Solat Jumaat dan Disiplin

Sekarang kat masjid budak-budak yang pergi solat jumaat tiada disiplin. Khatib tengah berkhutbah dieorang syok borak-borak. Orang-orang tua (aku orang muda) pulak ada beberapa kerat je yang berani nak sound. Paling busuk pun jeling la sebab kalau khatib tengah khutbah, luput la pahala walaupun berkata diam sekalipun.

Aku memang biasa jeling budak-budak terjal ni. Tapi lagi hangin kalau budak tu tak makan saman. Rasa nak pukul je budak tu kat luar gate masjid tu.


Dulu kat masjid Felda Air Tawar 5, ada seorang guru besar sekolah agama yang akan ronda satu masjid rotan budak-budak yang tidak menumpukan perhatian pada khutbah. Aku pernah kena rotan tak? Mesti la TAK pernah.haha. Nama ustaz tu tak silap aku ustaz Jailani. Ustaz tu bukan rotan kat tangan atau kaki. Kau gelak sikit-tutup-mulut depan die pun zass..Sedas hinggap belakang badan ko. Malu siot kalau kena, bergema satu masjid libasan rotan tu.haha.

p/s: dah tiga tahun aku jadi suami orang.

Wednesday, December 5, 2012

Warisan

Aku dengar billionaire Singapura nak buat litar F1 kat Johor. Syarikat dari China juga ada beli tanah bernilai RM1b untuk dibangunkan di Nusajaya. Harga rumah kawasan Nusajaya dari RM40000 jadi RM120000.

Itu belum masuk RAPID kat Pengerang. Banyak betul projek kawasan Johor ni. Tahu kenapa banyak projek masuk Johor? Aku pun tak tahu sebab asik dok lalai tengok saham FGVH. Jangan jatuh sampai tiga hengget sudah.

Aku bukan anti pembangunan tapi pembangunan batu dan tembok perlu seiring dengan pembangunan insani maksud aku pembangunan manusia. Lepas pergi tahlil arwah mak kawan aku semalam, rasa macam lain. BTW video yang aku post aritu mesej yang aku cuba sampaikan bukan nak anak ramai tapi perkara SEBELUM anak ramai. Lepas 'perkara' ni dah betul nak anak ramai lantak korang la.

Dulu masa sekolah kalau maulidur rasul atau awal muharram mesti ada penceramah jemputan. Dulu khamis malam jumaat aku mesti beralah dengan arwah abah aku sebab dia nak tengok forum perdana hal ehwal islam which masa zaman tu memang aku admit walaupun terpaksa hadap, ceramah yang disampaikan makan dalam.

Forum perdana hal ehwal islam sekarang apa ada? Aritu aku tengok tajuk pasal rasuah jemput pengarah SPRM bahagian mane ntah. SPRM ni tangkap ikan bilis je aku tengok.

Apa aku merepek ni? nah nyanyi lagu Warisan ni.

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara

Tuesday, December 4, 2012

Dengar dan Fikir

Dah la gila tak nonton ceramah LIVE. Korang pun sama kan? Manede ceramah LIVE kat TV macam bola siap HD. Forum Perdana Hal Ehwal Islam? Releven FPHAL semakin berkurang. Sekarang nak tengok ceramah Youtube je ada. Nah aku sajikan sikit ceramah untuk penuh kan ilmu di dada.



Monday, December 3, 2012

Sekadar Renungan

Baru terbaca berita pasal Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia(sekarang bekas) yang ditangkap khalwat. Hukuman yang diterima adalah turun tangga gaji. Sangat lenient hukuman yang dikenakan.



p/s: agak-agak lepas ni kalau ada kakitangan kerajaan lain yang ditangkap khalwat boleh refer kes ketua pengarah ni melainkan tangga gaji dah tak boleh turun baru boleh dipecat.