Friday, January 13, 2012

Misi Hujung Minggu

Phase-phase terakhir dalam proses terakhir pindah murah. Dengan work-load bini yang sudah melimpah kena pada aku thanks to one of the three stooges. Sekarang sudah ada stooge sahaja sebab satu sudah pindah dan satu sudah bersara. Batik Terengganu RM250 anyone?

Dan idea paling bernas stooge itu keluarkan.....Setiap pelajar dalam kelas dikehendaki membeli groceries contoh kelas 1 Usaha setiap pelajar beli satu tin sardin. Kemudian pelajar jual balik separuh harga pada guru. Guru akan 'diberikan' kupon minimum RM10 untuk beli groceries ini. BERNAS bukan? Stooge ini sudah siap tempah barang-barang yang dia mahu.JUALAN MURAH JANGAN LEPAS PELUANG UNTUK BERJIMAT.

Kembali kepada misi aku hujung minggu. Semoga Allah swt berikan aku kekuatan membersihkan satu rumah dan siap sebelum tengah hari. Nak beli Red Bull dua tiga botol rokok 2 3 batang. Hari ini kabinet akan siap pasang.

Wednesday, January 11, 2012

Rabu Tanpa Perkataan #10

Tuesday, January 10, 2012

Bahasa SOUL Bangsa

Tahukah anda Google Translate diguna pakai dalam lawan sesawang bahasa inggeris MINDEF? Beli kapal selam juta-juta, jet juta-juta tapi laman sesawang pakai free translator je? Kelakar..

Selepas perkara ini menjadi bahan lawak, terus versi English MINDEF telah di'disable'.

“clothes that poke eye”
“collared shirts and tight Malay civet berbutang three” 

Sila terjemah ayat di atas menjadi bahasa melayu confirm korang akan faham. Sehingga sekarang masih belum manpu 'meluncuri' laman sesawang MINDEF english version. Come on la, beli peralatan melindungi negara bukan main billion-billion.



Saturday, January 7, 2012

Hati-hati di R&R Seremban || Dua-dua arah

Jumpa pasal ini dalam forum Lowyat ketika 'sibuk' menunggu bangla selesai mengangkut komputer-komputer-komputer(tiga kali sebab banyak sangat barang scrap ni..aku mampu angkat printer kecil je..pinggang nak pakai lama beb) scrap. Mari kita mulakan storyline ini yang sudah ditranslate ke bahasa melayu.

Ahad(19 Jun 2011)
- berhenti pada jam 11.30 malam di RnR Seremban, konvoi dua kereta.
- 4.30 pagi terus bergerak ke Melaka.
- ketika bergerak keluar dari RnR tiba-tiba gear D tidak berfungsi jadi saya berhenti.
- satu kereta tiba-tiba datang membantu.
- membuat keputusan untuk mereka tow kereta saya selepas mereka memberitahu gearbox problem with oilshin(lebih kurang la tidak terer terms kereta ni) yang kosnya hanya RM220.
- sampai di workshop dalam 5 pagi dan terus mereka betulkan gearbox.
- selepas dua jam mereka memberitahu gearbox akan siap bikin esok. kebodohan berlaku di sini keranan tidak claim warranty proton. so ambil keputusan untuk dengan kereta lagi satu. tinggalkan kereta di bengkel dan perlu tandatangan resit yang saya tidak perasan mempunyai syarat " SETUJU UNTUK MENUKAR APA APA ALAT GANTI UTK PROSES BAIK PULIH" atau lebih kurang.

Isnin

- 7.30 pagi sampai di Melaka.
- tidur sampai 11 pagi kemudian telefon berbunyi. diberitahu gearbox dalam proses overhaul. WTF!!.kereta saya baru satu tahun 4 bulan siot..
- harga RM3800
- rasa tertipu dan bangang sebab tidak hantar ke Proton untuk claim.
- emosi terganggu dan sangat down.
- 3 petang cuba untuk calling kawan yang bekerja sebabgai polis untuk bantuan.
- mereka kata kena tunggu sebab situasi begini sudah banyak kali terjadi.
- 7.30 petang kereta siap dan mereka suruh ambil tapi saya cakap esok baru ambil
- 8 malam kawan saya telefon datang Seremban esok pagi.

Selasa

- sampai Seremban 9 pagi
- pergi ke workshop tu dengan tiga orang polis
- selepas bos workshop tu kena "brainwash" dengan polis RM38000 turun jadi RM900.
- selepas itu minum-minum dengan polis dan polis cakap dah banyak kali berlaku kes ini lagi-lagi kawasan RnR Seremban kedua-dua arah.
- kereta kena sabotaj
-polis nasihat supaya berhati-hati di RnR Seremban dan sebarkan perkara ini.

ini workshop nya.

Thursday, January 5, 2012

Peribahasa yang disalah-terjermah-kan

harapkan pagar,pagar makan padi.
melepaskan batok ditangga.

Soalan pertama adalah...pagar boleh makan padi ke? sudah tentu tidak. kesalahan ini berlaku apabila jawi di tukar kepada rumi.

 هارڤكن ڤڬر،ڤڬر ماكن ڤادي



Ejaan jawi dulu lain. FYi. Kalau dulu, padi di eja sebagai ڤدي bukan  ڤادي atau pagar dieja ڤڬر sebagai bukan ڤاڬر. Ada tambahan huruf alif. Ada faham? OK kembali kepada tujuan asal. Sebenarnya bukan pagar tapi pegar. Pegar adalah sejenis burung. Saudara terdekat ayam kerana tidak boleh terbang di angkasa. Nama saintifik Lophura ignita. Pegar mempunyai selera makan terhadap serangga dan juga bijian. Sebenarnya ia pegar bukan pagar.


Soalan kedua...apa kena mengena batuk dengan buat kerja tidak bersungguh-sungguh? Memang tiada kaitan langsung Tapi kalau batok ada kaitan. Sebenarnya batok bukan perbuatan tetapi sejenis alat diperbuat dari kelapa. Gayung korang tahu?!..Batok ni nenek moyang gayung. Rumah orang dulu kalau nak masuk rumah kena basuh kaki, batok ini diletak di atas tempayan atau bekas air depan rumah.

Maksud melepaskan batok ditangga ialah tidak meletak kembali batok pada tempat asalnya. Lebih kurang macam buat kerja tidak sempurna. Faham tak? Lepas ini boleh tanya dengan cikgu Bahasa Melayu ok.

Wednesday, January 4, 2012

Pencegahan Pemeliharaan (Preventive Maintenance)

Sekarang sedang melakukan langkah seperti tajuk di atas terhadap buku-buku Zaheen. Buku pertama dan kedua telah lunyai di'baca'. Yup di baca sampai lunyai.

sekian.

p/s: berjaya mengakhiri kemarau gol semalam walaupun kalah 5-6 dengan IDEMITSU serta bermain 90 minit dan hampir cramp.

Friday, December 30, 2011

Ada Apa Dengan Masehi?


Sedar atau tidak...Tahukah kita di sebalik sambutan tahun baru masehi tu?..
  1. Menzahirkan kegembiraan atas perayaan agama lain.
  2. Memberikan hadiah kepada orang kafir kerana memuliakan agamanya atau perayaannya
  3. Menghadiri perayaan orang kafir
  4. Memakan makanan yang disediakan untuk menyambut peryaaan orang kafir
  5. Memberi ucapan selamat kepada peryaaan orang kafir
Sekarang berapa ramai dikalangan umat Islam sedar dan sensitif akan hal ini. Berapa ramai yang menjadi kufur dan murtad kerana perlakuan2 seperti diatas. Samada dia itu PM, menteri2 beragama Islam dan rakyat jelata beragama Islam tidak sedikit pun segan silu untuk ucapkan ucapan2  "selamat"  kepada perayaan2 kafir, dan menghadiri perayaan2 kafir dan memakan makanan2 perayaaan mereka.

For the Catholics in England Pius VI (19 March, 1777) established the following lists of feasts: Easter and Pentecost two days each, Christmas, New Year’s Day, Epiphany, Ascension, Corpus Christi, Annunciation, Assumption, Sts. Peter and Paul, St. George, and All Saints. [http://www.newadvent.org/cathen/06021b.htm]

Apabila telah sabit akan hal ini maka diketahui secara dari perayaan ini dilarang dalam Islam. Dalilnya adalah sebagai berikut :

Pertama : Firman Allah s.w.t dalam surah al-Furqan ayat 72 apabila Allah Taala menceritakan sifat-sifat orang mukmin sejati dinyatakan :

Maksudnya : “dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya Dengan cara membersihkan diri daripadanya”.