Friday, October 28, 2016

Hipsturrrrrr - Gaya hidup bergaya

asd
Walaupun umur dah masuk BWM 3-series, perasaan curiga tetap ada. kah3. Aku ada cuba gunting rambut kedai hipsturrr. Saja nak cuba kelainan kannn. Eh sawang banyak gak kat sini ek<---read orang Johor. Aku pun pergi kedai barber hipsturr ni. Nama? dirahsiakan atas akta komunikasi 136a. Power x knowledge akta aku?

Aku pergi di apit oleh Sri Kandi Zaheen serta Panglima Ziyad(bukan Ziyad yang menang emas di paralimpik). Masuk je kedai, kebetulan terus turn aku. Ada dua barber sorang tengah gunting lagi sorang tengah free. Barber yang gunting rambut aku tak pernah gunting rambut sebab rambut die macam rambut alleycat tapi tak seteruk alletcat. kah3.

Gunting punya gunting.. Memang stylo siak, siap letak pomade kat rambut aku. panglima Ziyad berdehem lepas aku selesai gunting. Aku faham lalu minta Panglima Ziyad duduk kat kerusi yang aku duduk tadi. Aku ada nampak skateboard gantung kat dinding. Guna dia bukan untuk kickflip 360 tapi untuk dijadikan alat peninggi bila pelanggang rendang macam Panglima Ziyad. Kreatif.

Dengan Panglima Ziyad pun disapu pomade di rambut. Bila sampai cashier. RM 30 dia mintak aku( dewasa RM20 kanak-kanak RM10. Sumpah aku tak masuk kedai ni lagi. Aku gunting kat Murthy baru RM8. Tiga kali gunting woi kat Murthy. haha.. ok bye.

Tuesday, October 4, 2016

Saya Jual Cermin Mata Jenama SKULL RIDER


Salam Maal Hijrah.

Astagfirullah..Salam Maal Hijrah tapi lepas tu up gambar tengkorak.

Lepas aku tengok harga cermin mata Ray-Ban ORIGINAL memang menangis. Cari punya cari jumpa jenama ini. Ni limited edition SKULL RIDER. Semua harga RM200 tidak termasuk pos kecuali Anna Vives & Italy RM230 serta Hristo Stoitchkov RM300. UV400 Protection serta POLARIZED.







Seterusnya SKULL RIDER Feeling Edition. RM230 tidak termasuk pos.. Kenapa mahal? sebab limited edition tengah ada promosi. Ni pun UV400 protection serta POLARIZED.






Cermin mata design gini akan buat anda yang muka tua nampak muda. Perut buncit orang pun tak nampak sebab cermin mata hip macam ni. SERIUSSSS..

WhatsApp 0123630328

Tuesday, September 27, 2016

Brek Kecemasan

asd
Berhabuk blog aku ni. Mentang-mentang duit Google Adsense dah dapat. USD100 tu tapi makan tahun. Berbalik kepada tajuk di atas.

Sebagai penunggang motosikal, adalah diwajibkan supaya skill brek kecemasan anda berada di tahap yang unggul. Sebab ada segelintir pemandu di Malaysia itu jam nak tukar lorong itu jam kasi signal. Yang lagi terik terus tak kasi signal main tukar lorong.

Ketika membuat brek kecemasan, anda perlu imbang motosikal anda kerana kadang tayar makan ke kanan atau ke kiri. Jika imbangan anda gagal anda akan tidur atas jalan. Minggu lepas aku dah keluarkan skill brek kecemasan ni sebab ada 4WD ni macam nak tukar lorong tapi teragak-agak..


Aku ada jual sunglasses jenama Skull Rider dan Knockaround. Kalau nak beli whatsapp aku 0123630328. Nanti aku cerita lebih detail..

Tuesday, April 12, 2016

Pelan Baru RedOne | Data8 - Basic at its best – Why spend more for something you don’t need?




Pelan baru yang sangat MAMPU-MILIK bukan mampu-tengok. Dengan serendah RM8/bulan anda akan memperoleh 500MB data. Lepas habis data pay-per-use tetapi jangan bimbang. Anda hanya perlu tambah data bundle serendah RM20/bulan 1GB+.

Jumlah adalah RM28/bulan dengan 1.5GB data. Kuota habis masih boleh layari internet tetapi dengan kelajuan 64kbps bergantung kepada isyarat rangkaian.

Telco postpaid lain tiada yang offer 1GB. Ini satu-satu telco yang offer anda untuk 'Don't bite more than you could chew'. Walaupun 3G je speed tapi berbaloi. Untuk dapat 4G perlu subscribe 2GB+ data.




Warga Pasir Gudang apa tunggu lagi. Hubungi 012-3630328.

Monday, April 4, 2016

Bebas Nikotin

Aku mula hisap rokok sejak tingkatan dua. Pencapaian terbaik berhenti sebulan iaitu Ramadan lepas. Sekarang pencapaian terbaik aku bulan Mac 2016 bebas nikotin. Tapi Feb aku almost bebas nikotin tapi TERRRRRR...



Azammudin berhenti sebab memang nak berhenti dari dulu cuma nak cekalkan hati ni kena ada sesuatu. Sesuatu itu aku kenal pasti iaitu kasut berlari. Bila ingat nak hisap rokok aku ingat kasut Asics Gel Sonoma 2 aku kat rumah. Ni kasut running/trail. Trail ni kot2 aku nak masuk Spartan Race ke ape ke boleh guna kasut ni.kah3. tapi ni juga kasut aku dating atau keluar rumah. Boleh dikatakan utiliti shoes. Beli kat Sports Direct lagi murah dari Al-Ikhsan.



Satu kilometer enam minit. Kalau Zaheen dan Ziyad join lebih kurang sepuluh minit. Ada rezeki nak masuk trail run tanjung puteri bulan Ogos ni. 12KM tu. Noob macam aku ni memang mampus. ok bye.



Wednesday, January 27, 2016

Kenapa Anda Perlu Pilih RedOne?


Aku dah guna RedOne hampir setahun dan aku telah jimat banyak. Sebab utama aku ambil pascabayar adalah sebab kena GST berbanding prabayar tidak kena GST.........maaf terpolitik pulak. Sebab aku jenis tak suka kejap-kejap topup. Lepas tu bila kecemasan kredit habis bagaimana nak topup? Worst-case scenario gaisssss..Mari lihat penggunaan aku dengan RedOne.

Aku langgan:

Pakej RM8/sebulan

  1. guna atau tidak tetap RM8..memang murah. Mak aku guna pakej ni tanpa data so sangat murah, tidak perlu risau nak topup bagai. Yang penting anak mithali macam aku bayar setiap bulan=)
  2. RM0.15/minit semua telco. TAPI bila engkau telefon tidak sampai 30 saat caj yang dikenakan adalah RM0.08. Bila lebih 30 saat baru la RM0.15 di caj. HELLO zaman sekarang mana ada orang gayut kat telefon lama-lama. Wasap Telegram and so on....duhhhh..
  3. untuk ke talian RedOne adalah percuma. So korang ajak kawan-kawan masuk RedOne lepas tu call percuma untuk 6000 minit aka 100 jam.
  4. SMS ke lain rangkaian RM0.10 dan RM0.05 jika RedOne.
Gambar di atas nak tunjuk bawah 30 saat RM0.08.


Pelan Data RM30/sebulan 1GB+

  1. RedOne ni pelik sikit. Data kurang dari 3GB akan dapat signal 3G tapi kalau 3GB ke atas baru dapat 4G. tapi aku bukan orang yang jenis hadap sangat telefon so 1GB+ sudah memadai dan kat rumah pun ada UniFi.
Ini data yang aku guna. tak sampai 1GB.haha.


Prepaid ni korang tidak akan perasan jumlah sebenar korang guna sebab ko topup RM10. Lepas tu topup lagi dan lagi dan lagi...Jika dijumlahkan lebih RM50. Memang RM38+GST sebulan nampak macam mahal tapi berbaloi sebab once 1GB dah habis masih dapat internet tapi fair usage policy.

Tapi bergantung kepada individu untuk menjadi pengguna bijak. haha..Bagi aku guna RedOne berbaloi bukan sebab aku ejen sahaja tapi sebab kadar yang mampu milik bukan mampu tengok. Lepas tu kita boleh analisis penggunaan kita melalui bil yang kita dapat. Kalau guna topup penggunaan tak berapa nak nampak.

BERMINAT? hubungi 0123630328. Walau di mana pelusuk Malaysia anda berada aku sentiasa akan memberi perkhidmatan THORBAEKKKK..haha.

Wednesday, January 20, 2016

Amalan kecil jana pahala berterusan walaupun kita dah mati



  • Mengajar orang



  • memperdalamkan sungai



  • gali telaga - sediakan/bekalkan air utk manusia



  • tanam pokok



  • membina masjid



  • wakaf al-quran



  • meninggalkan anak yg mendoa untuk kita


Tidak faham? Tonton video di bawah


7 Perkara Pahala Berterusan - Ustaz Fawwaz Md Jan
Amalan kecil yang mampu menjana pahala berterusan walaupun kita sudah meninggal dunia. Jom cuba buat!LINK YOUTUBE : http://youtu.be/jHdOUxiOYXQ
Posted by Zonkuliah on Sunday, 28 September 2014

Friday, January 15, 2016

Gelombang Panas | Cara Untuk Menghadapinya


Baru nak main hujan sekali El Nino daa. Paneh woi. Kereta nak tinted gelap kena saman JPJ. Mari kita lihat langkah-langkah untuk menghadapi gelombang panas ini.


Tuesday, January 12, 2016

Tips untuk murid bermasalah Cakap dan lain-lain


Tips ini dikongsi bersama oleh Pn. Zarina Madzhar (Fasi LINUS) untuk murid yang menghadapi masalah:

1) Lambat menulis:

Penyelesaian- Dapatkan tilam/ sesuatu yang lembut dan suruh murid lompat bintang di atas tilam tersebut (sekolah selalunya ada tilam untuk Pendidikan jasmani; boleh digunakan)

Sebab: Bila tangan dihayunkan, ia menggerakkan otot-otot tangan...

2) Murid Pelat:

Penyelesaian: Suruh murid bergayut ( contohnya di monkey bar) sambil itu murid menyebut perkataan yang sukar disebut.

Sebab: Tekanan pada badan memaksa murid untuk mengeluarkan/menyebut perkataan yang disuruh dengan betul.

3) Murid lambat bercakap.

Penyelesaian: Minta murid melakukan aktiviti turun naik tangga. Lakukan aktiviti meniup belon. Bubbles. Minum menggunakan straw.

Sebab: longgarkan artikulasi murid

4) Murid yang mempunyai tulisan buruk:

Penyelesaian: Beri murid pensil yang berbentuk segitiga.

Sebab: Mudah digenggam/grip oleh murid.

5) Murid hiperaktif

Penyelesaian: Cari berus yang lembut, gosok pada badan murid tersebut.

Sebab: Murid hiperaktif mempunyai deria sentuh yang kurang.. bila disentuh dengan berus lembut, ia akan menenangkan murid tersebut.