dunia komputer kucing bosan penin jiwakacau tertekan network hidup duit kawen bini anak cucu cicit akhirat
Tuesday, November 25, 2014
Pesan Imam Shafie Sebelum Meninggal Dunia
Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik.
Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:
1. Hak kepada diri
iaitu dengan mengurangkan tidur,mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2. Hak kepada Malaikat maut
iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.
3. Hak kepada kubur
iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir
iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.
5. Hak kepada Mizan
iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
6. Hak kepada titian sirat
iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.
7. Hak kepada Malaikat Malik
iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH s.w.t. membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.
8. Hak kepada Malaikat Ridwan
penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ ALLAH s.w.t. sabar menerima bala’ dan bertaubat.
9. Hak kepada Rasulullah s.a.w.
iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.
10. Hak kepada ALLAH
iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
12:33 PM
Thursday, November 20, 2014
Cara Unhidden fail yang telah dijangkiti Virus
Ramai orang yang ada masalah ni. Assignment hilang..bla..bla..bla..
Take note untuk perkara ini.
Jangan double
Buka Text dan taip:
Lepas tu Save as "unhide.bat". Pastikan anda letak " di awal & akhir nama fail. Kemudian double klik fail unhide.bat tu. Kalau Windows 7, right click dan Run as Administrator. Pastikan pendrive guna drive letter apa.
Siap.
Take note untuk perkara ini.
- jangan format pendrive.
- Jangan double klik itu pendrive
- Disable Autorun yang paling penting.
- Antivirus yang boleh harap seperti NOD32
Jangan double
Buka Text dan taip:
@ECHO off
cls
ECHO.
set drvltr=
set /p drvltr=Enter Drive letter:
attrib -s -h -a /s /d %drvltr%:\*.*
ECHO Unhide Completed
pause
Lepas tu Save as "unhide.bat". Pastikan anda letak " di awal & akhir nama fail. Kemudian double klik fail unhide.bat tu. Kalau Windows 7, right click dan Run as Administrator. Pastikan pendrive guna drive letter apa.
Siap.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
8:58 AM
Wednesday, November 12, 2014
Monday, November 10, 2014
Lelaki Menyerupai Wanita | Wanita Menyerupai Lelaki
Ada baca berita pasal lelaki Islam pakai pakaian wanita? Ya mereka(pondan agama Islam) menang di mahkamah rayuan untuk membenarkan mereka pakai pakaian wanita. Rujuk fatwa kebangsaan di sini.
Mencari bala betul la. Dah la dekat musim hujan ni. Kalau ada 'bencana' faham-faham sendiri la ye. Siap ada tetek bagai datang mahkamah. Mohon hantar ke kem motivasi orang macam ni.
Semoga mereka ni mendapat petunjuk-Nya. Amin.
Mencari bala betul la. Dah la dekat musim hujan ni. Kalau ada 'bencana' faham-faham sendiri la ye. Siap ada tetek bagai datang mahkamah. Mohon hantar ke kem motivasi orang macam ni.
Semoga mereka ni mendapat petunjuk-Nya. Amin.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
8:41 AM
kategori
menang mahkamah rayuan,
pondan
Wednesday, November 5, 2014
Cara Buat Passport Antarabangsa | Urban Transformation Centre UTC aka Pusat Transformasi
Pertama kali aku nak ucapkan tahniah kepada PM Dato Seri Najib sebab buat sesuatu yang sangat membantu seperti UTC ni. OK ini bukan ayat sarkastik ok, ini penuh dengan perasaan jujur.
Sekarang warga sekitar Johor Bahru boleh buat passport tanpa perlu ambil cuti(jangan kira hari ahad sebab jabatan kerajaan Johor hari ahad mesti penuh dengan lautan manusia). UTC Johor di Kotaraya buka dari 8.30 pagi sampai 10.00 malam. Ahad aku satu keluarga buat passport di Kompleks KDN Setia Tropika tapi yang dapat passport aku, Zaheen dan Ziyad je. Mak dieorang sangkut sebabrupa-rupanya wife aku bukan warganegara Malaysia LOL gambar dalam IC dah tak sama dan IC pun warna kuning. haha. Padahal JPN dua minit je dari rumah.
Sewaktu di Kompleks KDN Setia Tropika ada notis Imigresen di UTC Johor buka sampai pukul 10.00 malam. Gila SPM ayat aku ni. Isnin tak sempat sebab nak jemput haji Basiran dan Hajah Umi Kalthom dari airport Senai. Kemudian hantar balik Segamat sebab poksu Amin SPM. Ok dah merapu.
Selasa Ain balik sekolah buat IC baru lepas tu aku balik kerja terus lincah pergi UTC Johor. sampai je kaunter nombor dah tutup. Rehat 7.00 sampai 8.00 malam. Maghrib dulu sementara tu Zaheen dan Ziyad masuk dalam sangkar Angry Bird sebelah masjid Kotaraya tu.
Sekali sampai tu diaaaa..Panjang namampos beratur so beratur awal untuk dapat nombor awal. Untuk yang bawa anak bawah 4 tahun mungkin dapat kaunter khas macam masa aku buat passport kat Setia Tropika. Ambil nombor kat bawah, naik atas je tak sampai 5 minit nombor dah naik.
Dokumen yang perlu di bawa:-
Sekarang warga sekitar Johor Bahru boleh buat passport tanpa perlu ambil cuti(jangan kira hari ahad sebab jabatan kerajaan Johor hari ahad mesti penuh dengan lautan manusia). UTC Johor di Kotaraya buka dari 8.30 pagi sampai 10.00 malam. Ahad aku satu keluarga buat passport di Kompleks KDN Setia Tropika tapi yang dapat passport aku, Zaheen dan Ziyad je. Mak dieorang sangkut sebab
Sewaktu di Kompleks KDN Setia Tropika ada notis Imigresen di UTC Johor buka sampai pukul 10.00 malam. Gila SPM ayat aku ni. Isnin tak sempat sebab nak jemput haji Basiran dan Hajah Umi Kalthom dari airport Senai. Kemudian hantar balik Segamat sebab poksu Amin SPM. Ok dah merapu.
Selasa Ain balik sekolah buat IC baru lepas tu aku balik kerja terus lincah pergi UTC Johor. sampai je kaunter nombor dah tutup. Rehat 7.00 sampai 8.00 malam. Maghrib dulu sementara tu Zaheen dan Ziyad masuk dalam sangkar Angry Bird sebelah masjid Kotaraya tu.
Sekali sampai tu diaaaa..Panjang namampos beratur so beratur awal untuk dapat nombor awal. Untuk yang bawa anak bawah 4 tahun mungkin dapat kaunter khas macam masa aku buat passport kat Setia Tropika. Ambil nombor kat bawah, naik atas je tak sampai 5 minit nombor dah naik.
Dokumen yang perlu di bawa:-
- Surat beranak/IC. Salinan bawa la dua copy.
- Gambar untuk yang bawah 4 tahun.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
9:38 AM
kategori
buat passport antarabangsa,
utc johor
Subscribe to:
Posts (Atom)