Friday, March 15, 2013

Telefon Canggih

Sebenarnya aku keberatan nak memiliki sebuah telefon canggih. Sebab? Sekarang kalau lepak dengan member pun yang dihadapnya telefon. Ada satu rancangan Korea di mana mereka tidak boleh guna telefon bimbit, menonton tv dan peralatan canggih lain. Aku tengok bukan sebab artis perempuan Korea cantik-cantik malah peserta semuanya 'belalai'. Ada satu babak tu, dieorang pergi library dan kebanyakkan orang menghadap gadget berbanding buku. LOL.

Sekarang telefon canggih adalah keperluan. Kalau hilang telefon canggih tu maka hilang arah lah seseorang itu. Kalau jumpa public phone rasa macam jakun. Dulu lepak-lepak ngadap muka masing, sekarang lepak-lepak masing2 hadap smartphone except aku. haha.

Anak-anak kecil diasuh menggunakan iPad atau tablet. Dulu Zaheen memang rajin sikit-sikit mintak telefon S3 isteri aku but not anymore. Kalau dia nampak orang lain ada tablet mesti dia akan ngendeng2 macam orang jakun.LOL. Aku nak ajar anak aku supaya tidak dependent sangat pada gadget. Biar la aku bersusah-susah layan anak aku dari aku kasi tablet untuk dia diam..

Tapi aku rasa macam dah tua, baru cangkul tanam serai depan rumah pinggang dah sakit. Mana tak sakit cangkul guna anak cangkul. ok bye.

No comments: