dunia komputer kucing bosan penin jiwakacau tertekan network hidup duit kawen bini anak cucu cicit akhirat
Monday, August 30, 2010
PlayStation®Move – PS3™ Move, PlayStation® 3 Motion Controller
Aku teringat masa zaman PlayStation baru nak naik. Game yang guna tape tu memang dipandang hina. Rumah mereka yang memiliki PlayStation ni akan menjadi tumpuan kengkawan. Kalau mengadap PlayStation main game bola..memang tak gerak!!..Dulu aku memang rajin main game PlayStation dengan kawan aku Am. Asal ada duit lebih sikit..Berentap main PlayStation kat kedai. Game wajib adalah Winning Eleven. Sama jugak ketika di E-8-10 iaitu rumah sewa aku. Kayu-ria akan menjadi lunyai dek keganasan serta emosi ketika ketika berentap Pro Evolution Soccer.
Sekarang PlayStation3 dah guna motion sensor pulak untuk main game. September 2010 baru masuk pasaran di Malaysia. Hanya boleh guna untuk mereka yang mempunyai PS3 je. Aku jangan PS3, PS biase pun tarak. Handset ni pun aku fikir dua tiga empat kali kalau nak tukar.
Orang sibuk Merdeka....aku sibuk dengan PlayStation® Move. Tidak patriotik kah aku?!..Merdeka yang tidak berapa nak Merdeka....
p/s: esiapa yang nak kasi hadiah baby kat aku tu..sila tukar kepada PS3 siap PlayStation Move motion controller sekali.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
8:53 AM
kategori
kekemaskinian
Saturday, August 28, 2010
Telefon dari Gmail - Google Voice
Semakin canggih Encik Google. Sekarang sudah boleh buat phone call dari akaun Gmail. Sanggih abis. Panggilan ke US serta Kanada adalah PERCUMA!!!..so sesiapa yang ada saudara mara sahabat handai di US atau Kanada...Sila telefon mereka untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Rate ke negara lain pula adalah super duper murah. Panggilan ke Malaysia USD0.02/minit untuk fix line dan USD0.04 untuk mobile. Maxis, Celcom, Digi boleh lingkup macam ni. Hari pelancaran Google Voice, lebih 1 juta panggilan telah di buat..
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
4:05 AM
kategori
broadband,
kekemaskinian
Friday, August 27, 2010
Mari Menghalau Kelawar
Syiling rumah sewa aku baru dibersihkan dari guano. Guano adalah najis kelawar. Aku dah cakap dengan landlord supaya bersihkan dan tutup lubang-lubang kat tepi atap rumah. Tapi si landlord ni masih berdegil. Landlord suruh kawan dia bersihkan. Memang bersih tapi masalahnya dia sembur diesel kat syiling rumah tu. Aku dah naik berbuih mulut aku cakap tutup lubang. Sekarang bahagian atas rumah aku dah macam stesen minyak sebab bau diesel.
Jumlah guano yang dikumpul adalah setengah guni kecil. Memang bagus untuk dijadikan baja. Aku ingat nak jual tapi baik aku guna untuk suburkan tanah sekitar rumah sewa aku tu. Pokok labu aku macam tak berapa nak sihat daun-daun dia. Tapi aku ada tanaman baru iaitu pandan. Ok, kembali ke tajuk utama.
Nasib baik master bedroom tak bau sangat, kalau tak kacau beb..ehem3... Aku macam nak called pest control je. Dengan bau diesel tu, landlord mati-mati ingat kelawar akan lari. Dah tentu diesel tu cecair. Lama-lama menyejat la. Ini bukan long term solution, kan aku dah speaking..Tengok je la hujung minggu ni. Kalau ada lagi kelawar tu....aku nak kasi sekolah sama itu pest control tak bertauliah yang landlord aku upah.
Aku ada Google pasal kelawar ni. Macam-macam kaedah, cara serta strategi aku jumpa untuk menghalau, berperang serta menendang-keluar kelawar ni.
- Pasang lampu kalimantang di bahagian bumbung. Ini mungkin berhasil sebab aku belum cuba.
- Letak ubat gegat di tempat kelawar tergantung pada siang hari. Kebanyakkan yang guna tips ini tidak berhasil. Ia mendatangkan kemudaratan.
- Tanam pokok pandan sekitar rumah. Ini memang lain dari yang lain tips dia. Tidak berapa pasti keberkesanan dia. Aku ku cuba.
- Yang sedang landlord aku guna-pakai..sembur diesel di tempat kelawar tergantung. Cara ini bukan sahaja mampu menghalau kelawar malah juga penyewa.
- Memanggil batman untuk negotiate dengan kumpulan kelawar supaya beredar untuk selama-lamanya.ok tidak kelakar...
Ada tak tips lain yang aku terlepas pandang?!..Tapi kalau nak tahu lebih mendalam pasal kelawar sila ke sini. Banyak knowledge(bak kate budak-budak bawah tanah) kelawar dalam ni. Dari segi menghalau sehingga membela kelawar.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
8:13 AM
Thursday, August 26, 2010
Resident Evil : Afterlife
Ini adalah sequel ke-4. Resident Evil - Resident Evil: Apocalypse - Resident Evil: Extinction. Aku kenal Milla Jovovich ni masa dia berlakon dalam Fifth Element. Aku tengok cerita ni pun sebab member aku dah download, so tengok je la. Kang membazir pulak dah download tak tengok.
Wayang?!..Semestinya tidak, tunggu keluar DVD pastu download macam biasa. Jimat pun jimat. Plot ni si Alice(Milla Jovovich) menyambung perjalanan beliau untuk menyelamatkan manusia yang terselamat dari virus. Alice mendapatkan mendapat pertolongan dari seorang kawan yang tidak disangka-sangka. Petunjuk untuk menyelamatkan lebih ramai orang dari dijangkiti virus telah membawa Alice ke Los Angeles. Di LA ni ada perangkap menanti Alice.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
10:52 AM
Baja Tahi Kelawar atau Guano
Guano ni istilah tamadun Inca di Peru untuk tahi kelawar atau burung laut. Apahal tiba-tiba aku nak cerita pasal tahi kelawar yang bau dia..........memang tak boleh bla....Sebelum aku cerita sebab aku nak cerita pasal tahi kelawar. Aku ulang TAHI..Busuk sungguh entry aku kali ini. haha..
Masa tamadun Inca, guano ni sangat penting dalam pertanian. Biasanya pada kurun ke-19 di tamadun Inca, kawasan 'tandas' kelawar ni dijaga rapi dan orang yang tertentu sahaja boleh masuk. Aku selalu cakap dengan member Terengganu.."Guano?"..dialih bahasa.."tahi kelawar?".."Guano" yang aku maksudkan adalah "macam mana"(sila betul kan kalau silap)..Adakah masyarakat Terengganu lebih arif tentang guano yang aku maksudkan?!..Wowwa sila jawab sebagai seorang rakyat Terengganu dan pelajar Fakulti Sains UM.haha..
Guano ni selamat digunakan sebagai baja sama ada untuk tanaman indoor atau outdoor. Banyak beb khasiat guano ni..KHASIAT untuk tumbuh-tumbuhan OK. Bukan khasiat lain. Kalau korang nak cuba apa hasil dia ke atas manusia, sila cuba untuk diri sendiri dan jangan lupa tulis surat wasiat untuk wariskan semua harta korang kepada aku. Proses pereputan "hajat" kelawar ni lambat berbanding "hajat" lembu, kambing atau ayam. Secara tidak langsung ini membolehkan guano mengandungi unsur nitrogen dan fosfat yang tinggi
Sekarang mahu terangkan kandungan guano secara kasar. 10% nitrogen(untuk kesihatan dan tumbesaran), 3% fosforus(akar dan bunga), 1% potassium(dahan kuat). Guano ni kaya dengan bioremediation microbes yang membantu membersihkan bahan-bahan toksik.
Jangan la kelawar tu "lepas hajat" kau terus kutip "hajat" kelawar tu. Baca dulu apa yang aku nak terangkan sampai habis. Kitar guano :
kelawar makan serangga -- kelawar "lepas hajat" -- "hajat" akan dimakan oleh kumbang dan mikrob -- baja terbaeekkkk dari ladang.
Antara kegunaan guano:
- membaik-pulih struktur dan kesuburan tanah.
- bersihkan sisa toksik dalam tanah
- dengan NPK 10-3-1(ini knowledge baja,aku tidak tahu), sesuai sebagai baja.
- letak di halaman rumah, kawasan laman rumah akan subur serta kelihatan segar.
- membunuh fungus pada tanah
- pengaktif kompos yang terbaekkkk.
p/s: kalau nak guano ni..pergi la Gua Gomantong di Sabah. Aku dulu ada cikgu matematik yang ramai pelajar panggil dia Goman sebab lobang hidung...tudiaaaa...besaq macam Gua Gomantong.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
8:43 AM
kategori
pendidikan
Tuesday, August 24, 2010
Internet Berkelajuan 1Gbps Di Malaysia..WOW..
Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir posing maut kat NOC di KL.
Memang gempak tajuk ni. Tapi seperti biasa kelajuan ini hanya akan dinikmati oleh sesetengah tempat sahaja. Yang tinggal kat FELDA tu tunggu la Najib buat pengumuman yang tidak akan kunjung tiba. Telekom Malaysia punya servis yang macam ga alif mim pa nga. Gaji CEO CIO CFO bla..bla..bla ratus ratus ribu malah mungkin jutaan ringgit tapi masih berdegil untuk menggaji juruteknik yang cukup untuk menampung masalah servis.
Internet kat rumah aku yang 512Kbps tu pun aku rasa macam laju je..haha..Belum lagi aku dapat yang 1Gbps lagi..menceceh-ceceh air mata aku tengok speed download Rapidshare aku tu. Orang yang bertanggungjawab disebalik kelajuan hilang akal di kebanyakkan tempat ni adalah Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir yang memegang 30% saham Vasseti Sdn Bhd. Ngam-ngam syarikat ni nak launch projek mega ni, itu jam si Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir beli 30% stake syarikat ni. Kebetulan sungguh.
Untuk mengetahui lebih lanjut sila ke artikel berbahasa penjajah di SINI.
Monday, August 23, 2010
Jiwa Dai’e Otak Faqih
Nak kasi tazkirah sikit. Aku nak quote sikit seorang Homosapien Bandar Batman...
Kata Hasan al-Banna, “Apakah hukum solat tarawih dan apakah pula hukum menjaga kesatuan umat Islam?”
Mereka menjawab, “solat tarawih itu sunat, manakala menjaga kesatuan umat Islam adalah wajib”.
Lantas Hasan al-Banna menjawab, “Apakah kamu mahu mengorbankan kesatuan umat Islam yang wajib itu hanya kerana soal solat terawih yang sunat? Bagi yang mahu menunaikan lapan, tunaikan lapan, bagi yang mahukan 20, bebas juga berbuat demikian”.
Inilah yang saya maksudkan sebagai Jiwa Da’i Otak Faqih.
Bagi kita yang berperanan sebagai Da’i, perlu sentiasa ingat bahawa tugas kita adalah untuk mengumpulkan manusia seramai mungkin di bawah panji Islam. Untuk itu kita perlu mengamalkan suatu akhlak yang diajar oleh Nabi s.a.w. untuk para Da’i.
Ketika seorang Arab badwi masuk ke masjid dan kencing ke dinding masjid, Baginda SAW menegah sahabat daripada bertindak ke atas Badwi itu. Dia datang dengan kesilapan adab, tetapi dengan niat mahu mempelajari Islam. Utamakan niat tersebut, dan teladan Nabawi ini saya simpulkan ia di bawah suatu sikap positif berbunyi, “Seek First to Understand, Then to be Understood“.
Semasa hayat Hasan al-Banna, beliau pernah berhadapan dengan suatu peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan. Ahli Jemaah di sebuah masjid bertelagah soal rakaat Solat Tarawih, sama ada patut dibuat lapan atau dua puluh rakaat. Suasana begitu tegang sehingga timbul bahasa-bahasa yang keras. Akhirnya, apabila Hasan al-Banna muncul, beliau ditanya oleh mereka yang bertelagah itu, mana satukah pendapat yang betul dalam hal ini?
So far, aku memang tak beragama. So far la. Life is a learning process. Kalau satu hari aku jumpa reason untuk aku peluk agama, aku takkan malu untuk peluk agama tu, dan lakukan apa yang perlu aku lakukan.
Kata Hasan al-Banna, “Apakah hukum solat tarawih dan apakah pula hukum menjaga kesatuan umat Islam?”
Mereka menjawab, “solat tarawih itu sunat, manakala menjaga kesatuan umat Islam adalah wajib”.
Lantas Hasan al-Banna menjawab, “Apakah kamu mahu mengorbankan kesatuan umat Islam yang wajib itu hanya kerana soal solat terawih yang sunat? Bagi yang mahu menunaikan lapan, tunaikan lapan, bagi yang mahukan 20, bebas juga berbuat demikian”.
Inilah yang saya maksudkan sebagai Jiwa Da’i Otak Faqih.
Bagi kita yang berperanan sebagai Da’i, perlu sentiasa ingat bahawa tugas kita adalah untuk mengumpulkan manusia seramai mungkin di bawah panji Islam. Untuk itu kita perlu mengamalkan suatu akhlak yang diajar oleh Nabi s.a.w. untuk para Da’i.
Ketika seorang Arab badwi masuk ke masjid dan kencing ke dinding masjid, Baginda SAW menegah sahabat daripada bertindak ke atas Badwi itu. Dia datang dengan kesilapan adab, tetapi dengan niat mahu mempelajari Islam. Utamakan niat tersebut, dan teladan Nabawi ini saya simpulkan ia di bawah suatu sikap positif berbunyi, “Seek First to Understand, Then to be Understood“.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
2:32 PM
kategori
keislaman,
pendidikan
Sunday, August 22, 2010
Cili Paling Pedas Di Dunia - Ada Berani?
Spesis ni tidak terdapat di Malaysia. Assam,India mari beb. Juga dikenali sebagai "Ghost Chili" dek kepedasannya tahap gaban belah lapan. Boleh jadi hantu makan cili ni. Ada juga yang memanggil cili ini "Blut Jolokia". Bahasa sankrit Mahabbrata barang kali.
Kandungan capsaicin dalam "Blut Jolokia" melebihi 1,000,000 capsaicin. Semakin tinggi kandungan capsaicin ni, semakin pedas spesis cili itu. Capsaicin adalah bahan kimia yang berkadar terus dengan kepedasan sesebuah cili. Kepedasan diukur dengan menggunakan skala Scoville Heat Unit (SHU) dengan nilai antara 0 - 2,000,000. Skala ini diperkenalkan oleh ahli kimia Amerika yang Wilbur Scoville.
Cili ni kalau dapat kat tangan mak aku pada 20 tahun lepas, memang naya la aku. Ter
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
10:34 AM
kategori
kekemaskinian,
pendidikan
Friday, August 20, 2010
Piala Malaysia 2010
Aku cadang Piala Malaysia 2010 kali ni aku nak beli season ticket untuk pasukan Johor FC. Tapi aku tengok Stadium Perbadananan Pasir Gudang macam tutup je. Tau tak nak beli kat mana? Aku lebih prefer online.
Agak-agak boleh lepas ke Johor FC? Di bawah adalah tarikh perlawanan di Stadium Perbadanan. Memang rugi kalau aku beli season ticket sebab mak buyung aku due dalam waktu ini.
14 September 2010
20 September 2010
6 Oktober 2010
Aku telah dimaklumkan bahawa Mesut Ozil confirm masuk Los Blancos. Ingat Johor FC nak beli si Ozil tu.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
10:49 AM
kategori
kebolasepakan
Thursday, August 19, 2010
Entri Khas Untuk Saudara Mulut Jahat, Dogs, Boik serta Bet
[updated @ 1558 hours]
Nama pun entah apa-apa..Mulut Jahat la...Dogs la..Boik la..Nama punya la cantik dalam kad pengenalan. Kan lagi cantik guna nama sebenar=) Aku tidak tahu motif dieorang ni... Melayu tipikal la..yada..yada..yada..Basikal...yada..yada..yada..Islam..yada..yada..fitnah..yada..yada..yada..Mula-mula malas nak layan tapi nak layan jugak..

Bulan Ramadhan adalah bulan mulia, jadi memang tidak elok la kalau kita mengata orang yang bukan-bukan. Pasal entri aku mengenai Salleh Gregor Samsa, Mulut Jahat, Dogs serta Boik tidak puas hati sebab aku babitkan kawan dia lah, basikal la or yang sewaktu dengan nya. Aku tidak akan delete komen mereka. Aku bukan nak sangat populariti atau ikut post orang lain seperti mana yang mereka pukul canang. Aku dapat tahu perkara ini pun dari emel. Perkara ni tetapi ini membabitkan agama, aku bukan baik sangat tapi kita sesama Islam patut menegur serta mendoakan kebaikan sesama kita. Aku bukan tiba-tiba cakap mencarut-carut memaki hamun si Salleh ni. Not my style you allssss~!!(bak kata-kata Dogs)..
Bukan mudah kita nak puaskan hati orang-orang yang main petik je cakap aku copy dan paste. Ini bukan fitnah ke?!..Memang menulis/bercakap depan cermin.
Aku bukan main copy and paste, itu bukan cara aku.Aku akan cari dalam internet dan memang banyak orang cerita pasal beliau. Kalau ko perasan si Salleh ni ada blog bintangkertas.blogspot.com. Google memang akan simpan cache untuk website yang allow crawler untuk ambil snapshot website tu. Gambar orang tengah makan tu adalah gambar profile si Salleh dalam blog beliau. Gambar lain juga dari blog beliau. Sila ke sini. Tidak semua page Google ambil snapshot suma ada satu dua. Google tidak akan terus menyimpan cache ini jadi ada 2 3 snapshot yang Google telah delete. Ada snapshot yang aku tidak dapat save. Harap korang faham apa yang aku bualkan ni. Mostly gambar dari cache tu.
Ada masalah ke aku kaitkan dengan kawan Salleh?Baca la balasan komen Buku Muka tu, instead of nasihat kawan Salleh ni pun ada yang sama perangai. Macam Eizzat Jahat serta Apis Ap..Come on la..Kalau korang tidak suka cara aku tegur itu masalah korang. Tidak perlu datang sini lagi. Cari la blog-blog lain yang cerita pasal ni lepas tu hentam mereka pulak. Still korang masih datang sini untuk hentam aku. Tidak semua perangai kawan Salleh tidak elok, ada segelintir je aku rasa yang tidak elok.
Si Salleh ni memang bijak berdasarkan penulisan beliau
Kredit to bet sebab dia sorang je yang boleh access profile dia. Saudara bet, aku bukan kondem semua orang berbasikal, kalau macam tu Azizul Hasni Awang(pergh nama penuh aku kasi) aku turut kondem. Aku bukan tidak pernah berbasikal, pernah naik basikal cap Rally. Bukan tidak mampu atau malu nak beli basikal tapi terlebih mampu, sebab tu aku pakai sedara basikal iaitu motoSIKAL. Dengan PM sekali dia petik cakap suruh berjimat-cermat. Jangan nak politikkan basikal kau, tidak elok. Sanjung sangat 1Malaysia kau tu. Aku tak cakap salah pun berbasikal, masalahnya kalau dah berleseran malam-malam naik basikal. Bagus ke?!..Kalau dah pagi petang malam naik basikal, faedah kejadahnya?!..Jangan jadikan alasan MINAT untuk mengIYAkan segala tindakan. Petang-petang riadah naik basikal untuk jaga KESIHATAN aku boleh terima la. Pergi kerja naik basikal pun OK.Tapi kalau beli barang-barang dapur?!..Kereta lagi relevan betul x?!.Jadi saudara bet tidak perlu sakit hati sangat. Tidak luak pun.
Aku rasa setakat ini je dulu. Ada apa-apa lagi aku update...
p/s: aku nak minta maaf kat budak-budak Critical Mass (especially acyd..member aku kenal kau)sebab melibatkan mereka secara langsung atau tidak langsung. At least korang tak hina pasal agama.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
9:35 AM
kategori
kegampangan,
kekemaskinian,
ketidakpuashatian,
sukasuka
Wednesday, August 18, 2010
Mrs Kelly Give Away datang lagi - Apron untuk Isteri kesayangan
Semua menarik tentang isteri aku kecuali apron kat dapur dia..haha..Apron warna plain biru. Sungguh tidak sexy ketika di dapur. Kenapa perlu seksi ketika di dapur?!..Mengikut teori alam perkahwinan SOUL, tahap keseksian isteri memasak di dapur berkadar terus dengan kesedapan hasil masakan tersebut.
Harap-harap dengan entri ini aku dapat menghadiahkan apron seperti di atas(penganjur pertandingan punya) untuk ulang tahun perkahwinan kami yang pertama..haha..sungguh 'pemurah' aku ni. Aku tak kira..Aku nak yang warna pink tau Mrs Kelly.terimakasihdanbyebye.
p/s: actually penganjur kasi warna kuning..tapi aku nanti nak try slow-talk dengan penganjur.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
12:36 PM
kategori
kepertandinganan
Tuesday, August 17, 2010
Siapa Salleh Gregor Samsa? Jawapannya...
Beliau mencipta nama dengan hanya menulis status di Muka Buku iaitu:
Kepada yang berpuasa;
Fuck you off!
Siapakah sang misteri Salleh Gregor Samsa ini?!..Sila teruskan membaca OK.Nama sebenar adalah Sallehuddin.
Memang Masjidil haram ke Jeddah si Salleh Gregor Samsa ni. Free thinker kot. Ini la budak-budak zaman sekarang yang kurang kasih sayang serta didikan agama. Tidak puasa bangga..Warnakan rambut bangga..tindik sana-sini bangga..Bawa motor laju-laju bangga..Segala jenis perkara yang ditegah bangga kalau buat.
Umur Sallehuddin sekarang 25 tahun. Berdasarkan ejen risikan aku, beliau adalah anak yatim piatu.
Aku rasa kalau aku dapat hadiah Sniper macam dalam Counter Strike, aku head-shot kan aje Salleh Gregor Samsa ni. Kat bawah ni aku ada letak kengkawan si Salleh Gregor Samsa ni. Yang aku tahu Salleh Gregor Samsa ni ada hobi main basikal. Siap nak buat agama tu aku tak bleh blah
Apa la yang Salleh Gregor Samsa dapat menghina kesucian bulan Ramadhan Al-Mubarak ni.Nanti ada modal lebih sikit beli motor pulak, ye tak Salleh Gregor Samsa.
Sebelum nak kutuk atau maki atau yang sewaktu dengan nya, adalah lebih baik kita doakan Sallehuddin ni kembali ke pangkal jalan lebih-lebih lagi di bulan puasa ni.
Adakah gambar di bawah menunjukkan ini Sallehuddin yang aku maksudkan?
Gregor Samsa adalah seorang watak dalam novel The Metamorphosis. Salleh Gregor Samsa aku tidak pasti kaitannya dengan si Gregor Samsa dalam novel tu. Mungkin cuba meniru watak Gregor Samsa dalam novel tu. Gregor Samsa juga adalah sebuah band. OK pening sekarang. Mana-mana la.
Semoga dibukakan hati Salleh Gregor Samsa atau nama sebenar beliau Sallehuddin ni untuk mendapat Nur. Amin.
p/s: aku dah malas nak layan komen yang lebihkan basikal..lebih penting dari penghinaan Rukun Islam ke-3.heh..lantak pi la.sekian..
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
11:48 AM
kategori
kegampangan,
keislaman,
ketidakpuashatian,
realiti
Makmum Masbuk dan Makmum Muafik
Malam kelmarin surau tempat aku tarawih sampai lapan rakaat je lepas tu ada tazkirah. Aku?!..hehe..kantoi tak pergi tarawih. Tolong mak buyung yang dah kemas-kemas rumah sebab baru balik dari Air Tawar 5. Ok alasan tidak diterima.
Tengah syok aku bilas kain buruk dengan pengelap kaki kat depan rumah, aku terdengar..ish..bukan perempuan atau pontianak mengilai ok. Bulan ramadhan al-mubarak mana ada setan. Setan bertopengkan manusia ada la. Ok sambung balik. Aku terdengar penceramah ni cerita pasal masbuk. Dari apa yang aku dengar kena ganti rakaat tu kalau kita tidak sempat rukuk bersama imam. Terus aku terdetik nak cerita pasal Masbuk dan Muafik.
Secara ringkas, muafik adalah makmum yang sempat takbiratul ihram dengan imam. Dengan kata lain, orang yang muafik ini datang awal ke masjid dan surau serta sempat membaca fatihah bersama imam.
Makmum yang muafik bermaksud dia sempat berjemaah dengan imam semasa berdiri (qiam) imamnya, di mana dia sempat berjemaah dengan imam sekadar masa yang membolehkan ia membaca al-fatihah hingga tamat mengikut pembacaan yang pertengahan di kalangan kebiasaan orang ramai.
Masbuq/masbuk adalah makmum yang tidak sempat berjemaah semasa berdiri imamnya sekadar masa membaca al-fatihah dengan bacaan yang pertengahan. Tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat, bahkan mengikut bacaan kebiasaan orang ramai. Makmum yang tidak sempat berjemaah dengan imam semasa berdiri imamnya sekadar masa yang membolehkan ia membaca al-fatihah hingga selesai, maka dinamakan orang yang masbuk.
Apabila imam selesai membaca fatihah dan rukuk sebelum makmum yang masbuk sempurna membaca fatihah, maka wajib makmum itu memutuskan atau memberhentikan bacaan fatihahnya dan terus rukuk.
Syarat untuk membolehkan makmum memotong bacaan fatihah dan ditanggung oleh imam adalah jangan membaca yang sunat. Iaitu jangan membaca doa iftitah dan ta'awuz (auuzubillah).
Orang yang masbuk hendaklah terus membaca rukun qauli (bacaan) yang wajib. Bagi al-fatihah yang wajib adalah bermula dengan bismillah.Ini bertepatan dengan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Barang siapa yang solat berimam maka bacaan imam itu adalah bacaannya".
Bagi mereka yang masbuk ketika imam sedang rukuk, mereka hendaklah terus rukuk mengikut imam dan tidak perlu lagi membaca fatihah. Makmum itu dikira mendapat satu rakaat jika dia sempat rukuk bersama imam dengan tama'ninah. Bagaimanapun, suka diingatkan supaya jangan sengaja melewat-lewatkan bertakbir. Ini taktik orang yang menyangka mereka untung kerana tidak perlu membaca fatihah. Walhal perbuatan tersebut adalah makruh.
Dalam kitab fikah, makmum boleh takhalluf (ketinggalan atau terkebelakang) daripada imam tidak melebihi tiga rukun fi'li (perbuatan). Jika makmum ada masa yang cukup untuk baca fatihah tetapi dia termasuk dalam golongan yang bacaannya lambat secara semula jadi, maka ada ulama yang mengharuskan orang ini memotong bacaan fatihahnya dan terus rukuk sebagai mana makmum yang masbuk. Dan orang ini tidak dikira sebagai muqassir (cuai).
Namun, mengikut qaul yang asah seperti yang tersebut dalam kitab al-Raudah, makmum itu hendaklah menghabiskan fatihahnya dan takhallufnya itu diberi keuzuran. Bagaimanapun, bacaan al-Quran itu ada tiga wajah iaitu tartil (lambat), tadwir (sederhana) dan hadr (laju). Jadi, kalau pada rakaat pertama kita ketinggalan membaca al-fatihah maka pada rakaat seterusnya hendaklah kita memilih bacaan yang lebih cepat supaya sempat menghabiskan al-fatihah.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
10:06 AM
kategori
keislaman,
pendidikan
Monday, August 16, 2010
Rekemen-ded
Tak tau nak cerita pasal apa. Bulan-bulan puasa ni idea pun berpuasa kot. Aku dengar minggu ni hujan akan senantiasa turun. Aku nak rekemen blog yang menjadi selalu aku singgah.
sokernet.blogspot.com - Berita sinis bolasepak tempatan serta dunia.
comatosewithbraindamage.blogspot.com - blog ini sangat la open dari segi bahasa so kepada yang bawah 18 tahun sila bawa ibubapa ketika membaca.
tkobloglist.blogspot.com - pasal politik serta bloglist yang banyak selalu update tentang arena politik Malaysia.
hilangpunca.com - ini blog ayat dia lain macam sikit.ala-ala sasterawan.
mistisfiles.blogspot.com - blog ini mungkin mampu merungkai masalah yang berlaku dalam dunia sekarang seperti konspirasi-konspirasi...bla..bla..baca sendiri.
masterfikar.blogspot.com - ini blog aku suka sebab dia update komik Pedang Setiawan.
....sungguh mim...
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
12:15 PM
kategori
pendidikan
Friday, August 13, 2010
Tukar Semua Fail Kepada PDF
Penggunaan fail PDF semakin meluas sekarang berbanding pada 1992 iaitu pada zaman ia diperkenalkan. Apa yang menarik dengan fail PDF? PDF adalah singkatan untuk Portable Document Format. Pejabat tanpa kertas, ini adalah impian ketika PDF mula-mula digunakan. Founder Adobe, John Warnock menulis: ‘Bayangkan...mampu menghantar dokumen yang penuh dengan gambar serta tulisan dengan hanya menggunakan emel. Dokumen boleh dipaparkan di mana-mana media elektronik serta dicetak. Kemampuan ini akan mengubah cara pengurusan maklumat.’
Aku memang gagal bab-bab sejarah ni. Untuk tidak membuang masa yang di anggap seperti emas, mari aku ajar kalian cara mudah serta percuma untuk convert apa-apa jenis fail kepada PDF. Adobe ni ada macam-macam produk. Adobe Acrobat ni guna dia untuk PDF. Harga Adobe Acrobat ni USD699(yang paling mahal). Mana nak cekau duit banyak tu?!..Adsense?..Nuffnang?!..Affiliate?!..Tepuk keyboard, cek berapa pendapatan korang.
Sambung balik bagaimana menukar semua jenis fail kepada PDF. Mula-mula muat turun software kat SINI. Ikut arahan yang telah diberikan untuk meng'install' software yang telah diberikan. Selasai meng'install', sila ke Start -> Printers & Faxes. Pastikan ada printer CutePDF Writer sepeti di bawah.
Aku beri contoh tukar dari Notepad kepada PDF. Sila lihat gambar dibawah.
Mudah bukan?!..Langkah adalah sama untuk semua jenis fail ok.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
9:35 AM
kategori
ketipsan,
pendidikan
Thursday, August 12, 2010
England 2-1 Hungary
Tak sia-sia jadi el-capitan, Steven Gerrard ni. Harap-harap boleh bawa Liverpool dengan performance macam friendly ni. Season lepas memang gampang. Sama macam season Liga Industri aku.haha.
Winner..
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
8:02 AM
kategori
kebolasepakan
Tuesday, August 10, 2010
Sungai Dalam Laut
Sempena bulan Ramadhan al-Mubarak, aku nak cerita hal yang islamik. Jadi, bulan ni tiada posting amarah atau yang sewaktu dengannya. Semua post adalah angin sepoi-sepoi bahasa.
Firman Allah, surah Fussilat(فصلت) ayat 53 - Nanti akan Kami perlihatkan kepada mereka ayat-ayat (tanda-tanda kekuasaan) Kami di ufuk-ufuk (tepi langit) dan pada dir mereka sendiri, sehingga teranglah bagi mereka bahawa, Al-quran ini sebenarnya (daripada Allah swt). Tidakkah cukup bahawa Tuhan mu menjadi saksi atas setiap sesuatu.
Faham tidak maksud ayat di atas?! Ayat ini memberitahu yang kejadian alam dalam dunia ini telah terlebih dahulu telah diterangkan dalam al-quran. Sebagai contoh pasal sungai dalam laut. Aku pernah dengar pasal ni sejak aku kecil lagi. Masa tu abang aku yang sulong yang kerja kat KL, balik Air Tawar 5 cuti. Masa tu la dia terangkan pasal sungai dalam laut ni. Tapi masa tu aku tak berapa nak ambil port pasal ni sebab masih budak kecil la katakan.Tengok video kat bawah ni.
Fiman Allah, surah Ar-Rahman( الرحمن ) ayat 19-20 - Dia kirimkan (adakan) dua macam laut (masin dan tawar) yang bertemu keduanya. (Tetapi) di antara keduanya ada dinding (sehingga) tidak bercampur keduanya.
Firman Allah, surah al-Furqan (الفرقان) ayat 53 - Dan Dia (Allah swt) yang mempertemukn dua jenis laut, yang sejenis sangat tawar airnya dan sejenis lagi masin airnya, dan Dia adakan dinding dan larangan yang terlarang di antara keduanya.
Air laut masin kerana ia tidak mengalir seperti air dalam sungai. Ia akan berkurang selepas mengewap tetapi zat galian akan tetap tinggal dalam laut. Bila proses ini berulang, zat galian tertinggal dalam laut akan menjadikan laut masin. Sebab tu Laut Mati kat Jordan tu masin yang amat.
Saintis British baru jumpa sungai ke-6 terbesar di dunia bawah Laut Hitam. Sungai Thames pun kalah. Sungai siap ada air terjun tu.
Sungguh menakjubkan ciptaan Allah swt.

Monday, August 9, 2010
Ramadhan Menjelma..Jual kek?
Insyallah kita akan berpuasa lusa. Oven yang aku betulkan sudah berfungsi seperti sediakala. Berbaloi satu ratus lapan puloh hengget aku laburkan untuk baiki(ini ayat Shauqi). Kek pertama adalah kek butter.
Letih+pening lepas setelkan Indoor Games kilang aku. Main carrom dan dart je pun. Dia punya bising...pergh...lagi-lagi yang main carrom. masuk sebiji dia punya jerit..sabar je la. Macam-macam kontroversi, dengan aku yang tak berapa nak kawal budak-budak kilang aluminium ni. Pukul 7 malam baru habis. Aku main carrom dapat nombor empat. Jadi la.
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Thursday, August 5, 2010
Perang blog
Memang canggih giler zaman sekarang ni bak hang. Dengan hanya menggunakan blog pun boleh bergaduh. Owh..ini tidak lawak OK. Ini benar-benar terjadi. Berlaku terhadap blogger yang pernah keluar surat khabar lagi. Aku pun tidak pasti macam mana jari-jemari lincah menekan papan kekunci. Tiba-tiba terjumpa pasal ni.
Sebab minggu ni aku punya ke'amarah'an agak FULLBAR, aku nak cerita pasal marah. Marah?!..Semua orang ada perasaan marah. Yang membezakan adalah cara kita mengawal kemarahan kita. Ambil wudhu' juga adalah salah satu cara menenangkan hati yang marah. chewah...bukan main lagi..aritu baru lepas geram kat Dr Venkat.haha...Ok la dari aku kasi penumbuk atau pelempang sedas dua.
Memang canggih sekarang ni. Bertepuk tampar lempang tumbuk dalam blog je. Apahal aku nak menyibuk pasal perang blog ni?!..Sebagai pengajaran. Sebab aku pernah komen blog allahyarham Nurin Jazlin pasal Jazimin aka ayah allahyarham. Aku komen supaya Jazimin di siasat. Lepas tu...kena hentam gila-gila. Dah mintak maaf pun still bertalu-talu kena 'khutbah'..bukan buka pekung di dada tapi nak beri pengajaran..haha.masa tu awal-awal blogging. memang kaw-kaw aku kena. Lepas kes ni. Aku agak berhati-hati memberi komen.
Dah mintak maaf pun masih ada yang tak puas hati walaupun Encik Jazimin secara terbuka dah maafkan aku. Kes Nurin ni sampai sekarang buntu. OK sambung balik pasal gaduh via blog ni. Aku pun tidak berapa nak faham apa yang dieorang gaduhkan sangat tapi kalau korang faham sila kasi tahu sama aku. Aku punya 'enjin' memang lambat nak panas.
Sampaikan ada yang jadi mangsa keadaan bak kata pepatah, merak sama merak bergaduh kupu-kupu tersepit di tengah-tengah. Aku menggunakan merak serta kupu-kupu sebab ia melambangkan wanita..haha..
Ni adalah link yang gaduh serta kupu-kupu yang tersepit.
ni pula pasal kat blog allahyarham Nurin Jazlin.
aku guna nama soul krasty.
Password?!!..sila skrol ke bawah...
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
8:52 AM
kategori
pendidikan
Tuesday, August 3, 2010
Pelajar serang guru - Guru perlu ilmu pendinding pelajar
Memang berderau darah aku. Mak buyung aku tu guru. Presiden NUTP, Hashim Adnan pula baking pelajar. Apa lancau la!!. Aku pun pernah jadi pelajar. Guru aku pun dulu ada jugak yang macam gampang. Setakat maki-hamun tu dah lali. Apatah lagi lari satu sekolah..Tapi aku tahu, ada pengajaran disebalik tindakan guru tu.
Profession guru sekarang aku tengok tak macam dulu. Aku tidak dapat sense martabat guru sekarang tidak dipandang tinggi. Aku peduli apa pelajar salah atau guru salah. Guru pun berani tumbuk tak kan tindakan denda berdiri atas kerusi tak boleh Hashim Adnan?!..Hashim Adnan ni boleh geng-bas-sekolah dengan pengetua sekolah mak buyung aku. Asik menangkan murid sampaikan kerja kursus pelajar yang tidak buat, guru yang PAKSA-RELA buat demi menjaga reputasi sekolah atas arahan pengetua. wadefak.
Minggu ni memang tiada angin sepoi-sepoi bahasa dalam diri aku. Mana tak nya, pengetua dan GPK sekolah mak buyung aku ambil cuti tanpa rekod. Guru lain nak mintak pelepasan teman suami(tentera) untuk satu event punya la susah sampai guru tu cakap,"Kalau puan tidak luluskan cuti saya, maka puan telah merosakkan rumahtangga saya". Baru nak luluskan. Lagi satu, GPK sekolah bini aku selalu mereliefkan diri dia sendiri dan guru yang biasa mereliefkan kelas dia adalah guru yang belum sah jawatan. ni memang wadefak. Macam mana sekolah nak maju. Cakap bukan main lagi. Sayang sekolah la, timing bersalin masa cuti sekolah la..tak nak pelajar ketinggalan la. memang cakap-tak-serupa-bikin la.
Pengetua pulak macam suka lepas tangan dengan masalah disiplin pelajar. Apesal aku pulak yang berangin?!..Aku wakilkan untuk mak buyung aku. Lagipun kata laki bini, sehati sejiwa seJAWA.
Kesimpulannya..Guru perlu belajar ilmu silat sampai terbang-hilang macam cerita Arjuna. Sekian.

9:45 PM
kategori
kegampangan,
kekerjaan,
kesedihan,
ketidakpuashatian,
pendidikan
Jadual Waktu Imsak serta Berbuka Ramadhan 1431 - Kota Tinggi, Mersing dan Johor Bahru
Ini perlu di print bagi memudahkan umat akhir zaman berbuka puasa. Dulu masa kanak-kanak dalam pukul 6 aku akan tengok waktu berbuka puasa bagi kawasan seluruh Malaysia. Tercongok depan TV sambil membandingkan kawasan mana yang buka awal dan sahur paling lambat. Terus berangan nak sahur kat kawasan paling lambat masuk subuh dan berbuka di kawasan paling awal masuk maghrib. Jho Low pun bangkrup kalau dia tu nak realisasikan angan-angan aku ni.
Monday, August 2, 2010
Kucing hilang vs Cincin kahwin hilang serta lawak mak buyung
Semalam..
Aku tanya mak buyung aku cincin kahwin aku mane. Selongkar punya selongkar..Tak jumpa. Suruh Aten cari kat rumah Segamat pun tak jumpa.....nanti la cari..
Awal pagi tadi..
aku bangun sebab si CT kejut aku. So aku keluarkan dia. Lepas tu hujan lebat pagi tadi. Lepas subuh si CT masih tidak dapat dikesan. Aku macam tak kesah sangat sebab si CT ni adventurous sikit. Dalam pukul 7 lebih baru CT balik dan masa tu hujan dah renyai-renyai. Masa ni mak buyung pun macam tak kisah sebab kitaorang tahu CT ni perangai camne.
Kitaorang sambung tidur lepas sarapan...Dalam pukul 10.30 Tehcik pulak takde. Masa ni aku tengah mandi mak buyung selamber terjah bilik air suruh cari Tehcik.haha..So aku pun mandi koboi. Kebetulan ada sekumpulan budak-budak pun cari kucing dieorang hilang. Budak-budak ni pulak selamber terjah buka gate rumah aku dengan tak bagi salam. Bini ku buka pintu dan tanya kenapa. Selamber budak-budak ni tanya, "acik ada ambil kucing kitaorang ke?". Agak barua jugak budak-budak ni. Masa ni aku tengah mandi.Mak buyung dah fikir macam-macam dah masa ni.
Lepas aku mandi terus start motor ronda cari si Tehcik ni. Tiada hasil. Masa ni mak buyung dah menjejeh-jejeh air mata. Aku ronda kali kedua...Masih tidak jumpa. Balik-balik je mak buyung makin teruk gembeng dia. So aku start kereta bawa mak buyung cari sekali. Baru aku reverse kereta keluar rumah..Si Tehcik ni tiba-tiba muncul dari belakang kereta aku.
So..mana lebih penting?kucing atau cincin kahwin?haha...no komen.
Lawak yang tidak lawak mak buyung.
Lepas si Tehcik balik, aku dan mak buyung terus shopping barang-barang baby. Tengah-tengah shopping mak buyung boleh pulak nak kencing. Lepas dah kencing tu tiba-tiba mak buyung cakap ada something keluar dari tutt...aku suruh mak buyung pergi tandas balik check. Dalam 5 minit lepas tu mak buyung aku call. Kau nak tahu dia cakap apa?!.."Kepala baby dah keluar sikit"..Apa perasaan kau kalau berada di situasi macam ni?!..aku dah fikir sekuriti serta polis hospital...Sekali ada orang tepuk aku dari belakang..Tu dia bak hang.mak buyung tergelak-gelak...
Geram lawak..rasa nak lempang laju-laju mak buyung aku ni..haha...dalam kereta masa OTW balik gelak non-stop pasal lawak tadi..
sekian.

11:17 AM
kategori
famili,
kekeluargaan,
kelawakan,
rumahtangga,
xtvt kehidupan
Subscribe to:
Posts (Atom)