Friday, August 27, 2010

Mari Menghalau Kelawar


Syiling rumah sewa aku baru dibersihkan dari guano. Guano adalah najis kelawar. Aku dah cakap dengan landlord supaya bersihkan dan tutup lubang-lubang kat tepi atap rumah. Tapi si landlord ni masih berdegil. Landlord suruh kawan dia bersihkan. Memang bersih tapi masalahnya dia sembur diesel kat syiling rumah tu. Aku dah naik berbuih mulut aku cakap tutup lubang. Sekarang bahagian atas rumah aku dah macam stesen minyak sebab bau diesel.

Jumlah guano yang dikumpul adalah setengah guni kecil. Memang bagus untuk dijadikan baja. Aku ingat nak jual tapi baik aku guna untuk suburkan tanah sekitar rumah sewa aku tu. Pokok labu aku macam tak berapa nak sihat daun-daun dia. Tapi aku ada tanaman baru iaitu pandan. Ok, kembali ke tajuk utama.

Nasib baik master bedroom tak bau sangat, kalau tak kacau beb..ehem3... Aku macam nak called pest control je. Dengan bau diesel tu, landlord mati-mati ingat kelawar akan lari. Dah tentu diesel tu cecair. Lama-lama menyejat la. Ini bukan long term solution, kan aku dah speaking..Tengok je la hujung minggu ni. Kalau ada lagi kelawar tu....aku nak kasi sekolah sama itu pest control tak bertauliah yang landlord aku upah.

Aku ada Google pasal kelawar ni. Macam-macam kaedah, cara serta strategi aku jumpa untuk menghalau, berperang serta menendang-keluar kelawar ni.

  1. Pasang lampu kalimantang di bahagian bumbung. Ini mungkin berhasil sebab aku belum cuba.
  2. Letak ubat gegat di tempat kelawar tergantung pada siang hari. Kebanyakkan yang guna tips ini tidak berhasil. Ia mendatangkan kemudaratan.
  3. Tanam pokok pandan sekitar rumah. Ini memang lain dari yang lain tips dia. Tidak berapa pasti keberkesanan dia. Aku ku cuba.
  4. Yang sedang landlord aku guna-pakai..sembur diesel di tempat kelawar tergantung. Cara ini bukan sahaja mampu menghalau kelawar malah juga penyewa.
  5. Memanggil batman untuk negotiate dengan kumpulan kelawar supaya beredar untuk selama-lamanya.ok tidak kelakar...

Ada tak tips lain yang aku terlepas pandang?!..Tapi kalau nak tahu lebih mendalam pasal kelawar sila ke sini. Banyak knowledge(bak kate budak-budak bawah tanah) kelawar dalam ni. Dari segi menghalau sehingga membela kelawar.


1 comment:

laila sanuri said...

ada tpt umh mil aku pasang jaring..
x bg kelawar masuk/ hinggap..
kata org..kalau umah ada kelawar sebab byk kutu...
ahaks!