Showing posts with label kepertandinganan. Show all posts
Showing posts with label kepertandinganan. Show all posts

Saturday, July 6, 2013

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA



1.0 LATAR BELAKANG

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) berhasrat untuk mencipta logo yang menjadi identiti serta tanda pengenalan imej organisasi dan diguna pakai dalam kesemua aktiviti pameran atau percetakan dan dalam mana-mana acara atau majlis rasmi Kementerian.
Penciptaan logo baharu KBS selaras dengan peranan serta hala tuju baharu KBS dengan berpandukan visi, misi dan objektif Kementerian ini dalam mengangkat martabat belia, sukan dan kemahiran.

2.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN
2.1 Mewujudkan logo baharu KBS bagi menggambarkan “core business” sebenar Kementerian.
2.2. Memberi peluang kepada masyarakat untuk mengambil bahagian.

3.0. SYARATPERTANDINGAN, SPESIFIKASI REKA BENTUK LOGO DAN BORANG PENYERTAAN

3.1. Syarat dan Terma Pertandingan
a) Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berumur 15 hingga 40 tahun.
b) Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Walau bagaimanapun, hanya satu logo akan dipilih sebagai pemenang.
c) Semua ciptaan mestilah Asli dan tidak diceduk/ditiru/diciplak dari mana-mana logo tempatan mahupun dari luar Negara.
d) Semua logo yang diterima oleh Urus Setia Pertandingan Logo Kementerian Belia dan Sukan Malaysia akan menjadi hakmilik Kementerian dan tidak boleh dikembalikan. Kementerian berhak ke atas logo yang terpilih sama ada untuk dipinda atau diubahsuai bagi maksud untuk digunakan atau dipamerkan ataupun dicetak dalam mana-mana acara atau majlis rasmi Kementerian.
e) Pemenang akan menerima hadiah tunai, plak beserta sijil penyertaan.

3.2. Spesifikasi Reka Bentuk Logo

a) Reka Bentuk mestilah baru dan asli serta tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga. Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/ciplak.
b) Reka bentuk hendaklah dihasilkan menggunakan kertas bersaiz A4 (ukuran 21 cm x 29.7cm) berwarna putih dalam komputer grafik dan dilekatkan pada kertas tebal atau “mounting board” dan juga disediakan dalam bentuk „softcopy‟ menggunakan format AL (Adobe Illustration) atau JPEG resolusi minimum 1280 x 960 atau menggunakan software terkini yang bersesuaian.
c) Pereka hendaklah memberi keterangan atau penjelasan (rasional) ke atas reka bentuk logo dan simbol serta warna yang digunakan
d) Reka cipta logo hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) warna tetapi tidak melebihi lima (5) warna.
e) Berciri gabungan moden dan futuristik mengambarkan belia, sukan dan kemahiran serta mampu menggambarkan identiti, imej KBS dan mempunyai ciri-ciri semangat kesukanan, kerjasama dan kerja berpasukan (teamwork).
f) Reka bentuk hendaklah menarik, jelas, mudah dan kemas.

3.3.3 BORANG PENYERTAAN
a) Setiap peserta hendaklah mengisi borang penyertaan yang disediakan.
b) Maklumat peserta hendaklah dicatatkan dengan jelas di belakang hasil karya masing-masing iaitu:
 Nama Penuh;
 Nombor Kad Pengenalan;
 Alamat Penuh; dan
 Nombor Telefon.
 Penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk hard copy dan soft copy sama ada melalui:Pos; atau Emel (dalam format .ai dan .jpeg)
Penyertaan dibuka mulai 1 Julai 2013 ( Isnin) hingga 15 Julai 2013 ( Isnin )
.
Sebarang penyertaan yang diterima selepas 15 Julai 2013 tidak akan dilayan oleh pihak Urus Setia
Setiap penyertaan hendaklah dihantar ke alamat berikut;
Urus Setia
Pertandingan Mencipta Logo KBS
Unit Komunikasi Korporat
Aras 8, Menara Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Lot 4G4, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62576 PUTRAJAYA.
Telefon : 03-88713278

Pastikan di sebelah atas kiri sampul tertulis `Pertandingan Mencipta Logo KBS ’
Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri.

4.0 METODOLOGI PENILAIAN

4.1. Penilaian akan dilakukan terhadap semua penyertaan yang diterima peserta
yang menyertai pertandingan ini.
4.2. Penilaian akan dijalankan melalui penelitian terhadap layout/design logo yang dihantar kepada Urus Setia Pertandingan.

5.0. HADIAH PERTANDINGAN

5.1. Hanya satu reka bentuk logo sahaja akan dipilih untuk memenangi pertandingan ini. Pemenang hanya layak menerima satu hadiah tunai dan sijil penghargaan sahaja.

6.0. PANEL PENILAI

6.1. Penilaian akan dibuat oleh satu Jawatankuasa Penilai yang dibentuk bersaingan.
6.2. Semua penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD oleh Panel
Penilai.
6.2. Panel Penilai berhak untuk membatalkan penyertaan pada mana-mana peringkat pertandingan sekiranya didapati peserta tidak mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan.
6.3. Panel Penilai berhak mengubahsuai dan meminda reka bentuk logo yang disertai sekiranya perlu
6.4. Logo yang terpilih akan diguna pakai dan menjadi hak milik Kementerian
Belia dan Sukan Malaysia.

7. HADIAH

7.1 Johan akan menerima wang tunai RM 2,000 berserta sebuah plak dan sijil penyertaan.
7.2 Tempat kedua akan menerima wang tunai TM 1000.00 beserta sebuah plak dan sijil penyertaan
7.3 Tempat ketiga pula akan menerima wang tunai RM 500.00 beserta sebuah plak dan sijil penyertaan.
7.4. Semua pemenang akan dimaklumkan oleh pihak Urus Setia melalui telefon atau surat atau email.
7.5 Majlis penyampaian hadiah akan dilakukan dalam satu majlis yang akan dimaklumkan kemudian.

Thursday, May 31, 2012

Bayar Bil Celcom ONLINE dan MENANG!!!

Nampak mudah? Sememangnya mudah sebab aku dari dulu bayar bil telefon atau broadband online guna Celcom Online Customer Service. Hadiah pertama adalah kereta Hyundai i10.


Sampai hujung tahun 2012. Daftar sekarang di sini.


Pelanggan prepaid juga berpeluang, jangan risau.


Disebabkan dinner minggu lepas pulang tanpa hadiah utama, aku berharap Hang Tuah berada di kaki aku kali ini.

Monday, February 20, 2012

Menangi Ford Ranger T6 || The Malaysia Ranger Challenge


Aku tak dapat bayangkan kalau menang Ford Ranger T6 ni(angan-angan kena tinggi, percuma pulak tu). Kalau bini aku drive pergi sekolah mesti gempak. Balik Segamat boleh angkut durian-durian marvelous banyak-banyak.

Zaheen kalau banyak songel aku letak kat belakang.hehe..Kalau setakat bonggol-bonggol ni, bini aku boleh redah 180km/j atas bonggol tu xde hal.

Cara untuk menangi 4x4 ini adalah dengan menulis tidak lebih 1000 patah perkataan tentang bagaimana anda uji Ford Ranger ini ke tahap maksimum. Boleh juga letak video tidak melebihi 100MB. Sila hantar idea bernas anda di The Malaysia Ranger Challenge sebelum 31 Mac 2012. Jika terpilih dari 5 finalist, segala cabaran yang anda senaraikan akan dilaksanakan. Jadi berhati-hati dengan cabaran yang anda lontarkan.

Aku macam nak masuk tapi takut menang. Yela, kalau menang sudah tentu dapat 4x4 ni. Car porch aku kancil dua biji muat la, kalau SAGA dan Ford Ranger ni confirm motor, penyidai baju serta gerobok kena letak luar pagar....owh aku dalam dilemma....

Tuesday, June 28, 2011

Latar Belakang Album Transformer: Dark of the Moon - Iridescent


Tahukah anda pereka latar belakang album Linkin Park untuk filem Transformer : Dark of the Moon iaitu "Iridescent"adalah seorang rakyat Malaysia? Tahniah kepada Wan Muhammad Azzim.

Thursday, March 24, 2011

IOI Mall - CFA 4th International Cat Show 2011




Macam nak pergi macam tak nak pergi. Haha...Harga seekor kucing Birman adalah RM1500 termasuk dengan berdaftar dengan Cat Fanciers' Association (CFA), dikembirikan dan sangkar sekali. Sekian

p/s: punah harapan aku untuk mendapatkan seekor Birman......

Wednesday, March 23, 2011

Give Away


Aku bukan nak buat Give Away tapi nak cerita aku dapat Give Away tapi tidak perasan sehingga la si LailaSanuri SMS aku.haha..Aku ingat entry dia pasal Give Away tu pasal dia masuk Give Away jadi aku abaikan entry tu.hee.


Tapi yang Give Away ini menguntungkan bini aku serta anak muridnya. Dalam sampul tu pelekat dinding. Sebab aku ni menyewa, so aku tidak boleh gatal nak tepek pelekat dinding sesuka hati aku. Kelas bini aku menjadi tempat untuk menepek pelekat itu. Hasil dia..marvelous.



Kalau berminat boleh beli di Kedai Kami. Murah-murah belaka.

CONTEST KUCING PALING COMEL


Terjumpa contest ni ketika Google pasal Birman(kalau ada sesiapa bermurah hati nak kasi aku Birman seekor?!) which is baka kucing idaman aku. Kucing yang aku ini bernama Tehcik. Ada sorang member sekolah aku, Aisyah Amir cakap nama ini classical.haha..Berasal dari nama Puteh dan Kecik. Sebenarnya ada seekor lagi kucing baka Maine Coon bernama Puteh (jantan) yang sangat bini aku manjakan sampaikan kalau sakit makan kena suap.


Sebab nama Puteh unavailable, ahli jawatan kuasa kucing Basiran memutuskan memberi nama Tehcik. Hasil gabungan Puteh dan Kecik. Tehcik ini kacukan Suri (Maine Coon betina..sekarang sudah mandul) dan Teleng (kucing kampung tidak sedar diri..haha..). Teleng ni bapa tidak bertanggungjawab.. seriously!!!..Tahu sedap je..Yang tolong jaga anak Suri adalah Puteh (telah mandul). Puteh punya stress handle anak Suri sampai mata hitam jadi sebelah kecil dan sebelah besar. Ini adalah kisah benar belaka. Hasil ketidak-tanggungjawaban Teleng, jumlah ada SEMBILAN. ppfffttttt..

Panjang sangat dah ni aku kasi intro. Aku letak gambar Tehcik yang.....


Amacam?!..Boleh menang tak? RM50 tu kalau menang, boleh beli BlackWood dan Royal Canin 33 repack. Tengok ekor Tehcik ni macam pemegang payung aku tengok. Pantulan lampu pulak macam ekor Tehcik tengah pegang light-saber Jedi..haha..

Aku nak tag:

1- Isteri aku
2- Ekin
3- Aboo

p/s: ini kucing bini aku..haha..kalau bini aku nak masuk kena letak kucing lain..CT atau Puteh=p ::evil mode::

Wednesday, August 18, 2010

Mrs Kelly Give Away datang lagi - Apron untuk Isteri kesayangan


Semua menarik tentang isteri aku kecuali apron kat dapur dia..haha..Apron warna plain biru. Sungguh tidak sexy ketika di dapur. Kenapa perlu seksi ketika di dapur?!..Mengikut teori alam perkahwinan SOUL, tahap keseksian isteri memasak di dapur berkadar terus dengan kesedapan hasil masakan tersebut.

Harap-harap dengan entri ini aku dapat menghadiahkan apron seperti di atas(penganjur pertandingan punya) untuk ulang tahun perkahwinan kami yang pertama..haha..sungguh 'pemurah' aku ni. Aku tak kira..Aku nak yang warna pink tau Mrs Kelly.terimakasihdanbyebye.

p/s: actually penganjur kasi warna kuning..tapi aku nanti nak try slow-talk dengan penganjur.

Monday, May 31, 2010

Saga : Snap & Win


Disebabkan aku merupakan golongan yang memakai Proton Saga. Secara tidak langsung aku eligible untuk masuk pertandingan Saga : Snap & Win.

Kepada pemilik Saga di luar sana sila masuk pertandingan Saga : Snap & Win ini. Semua keluaran kereta Proton Saga boleh sertai pertandingan ini termasuk yang model zaman 80-an.

Tips untuk menang pertandingan Saga : Snap & Win adalah:
  1. Sila cuci+polish+wax bagai.
  2. Guna kamera DSLR supaya gambar nampak lebih menarik
  3. Kepada yang tiada kamera telefon bimbit pun boleh yang 1.3 megapixel..haha..(ini digalakkan supaya chance untuk aku menang tinggi)
  4. Sila hantar sebelum 18 Jun 2010.(hantar selepas pun boleh & sangat digalakkan agar sekali lagi chance aku untuk menang tinggi)
Selamat mencuba pemilik Proton Saga di luar sana.

Monday, March 29, 2010

Mahu Tambah $50 Paypal


Aku memang suka bertanding. Kenapa?!..Sebab aku setakat ni BARU menang sekali, itu pun dapat t-shirt je. Kali ini aku nak menang yang $50 ni. Paypal aku tinggal beberapa dollar je. Mahu pasang Streamyx di rumah serta memuat turun segala macam cerita untuk isteri terchenta. Kalau korang takde Paypal, boleh guna Paypal aku & itu pun kalau korang menang...haha(ketawa mata duitan)..nanti aku bayar la jumlah Paypal tu bersamaan berapa ringgit tapi kira cincai je la..

I just enter a contest entitle “$50 cash to your paypal Account” at my friend’s blog,
RajaKamil.com. He is the owner of www.EAsqueeze.com which sell a tool to build
instant squeeze page in less than 15 minutes. If you want to join this contest, please
visit him at RajaKamil.com for more information.

Yang penting korang perlu ada akaun Paypal. Kalau takde pun korang boleh masuk & kalau menang duit $50 tu ko kasi derma sama aku.haha..Tarikh tutup 30 April 2010. Masih panas lagi ni.

Syarat-syarat pertandingan adalah:
  1. Salin quote di atas ke dalam posting blog korang
  2. Pastikan yang ketiga-tiga link dalam quote tu betul.
  3. Komen dalam post pertandingan di sini.
  4. Boleh masuk banyak-banyak-banyak kali asalkan blog yang berlainan.
  5. Pemenang dipilih secara rawak.
Tapi aku tidak pasti blog bahasa melayu layak atau tidak..lantak..kita terjah!!!..

May the best luck win!!..

Thursday, March 18, 2010

Tunjukkan Cinta Kamu

Minggu lepas bini aku kemaruk makan Cornetto. Tengah syok buka aiskrim tu aku terperasan ada satu kod pada penutup aiskrim tu. Masa kat ofis terus Google & jumpa Show Your Love Contest. So jangan leceh. Terus lincah daftar walaupun sedang bekerja. Punya la kerja yang kurang kerja..hehe..ada faham?!..

Sila klik sini untuk melihat hasil nukilan aku. Sila vote paksa rela.

p/s: Encik Emran aka lecturer aku pun ada masuk..bini dia kot yang masukkan..klik ini.

Wednesday, February 10, 2010

Google Buzz lawan Facebook

Adakah aku yang ketinggalan zaman pasal ni?!..Google Buzz telah diperkenalkan oleh Google untuk memecah monopoli laman sosial Facebook. Mula-mula Friendster lepas tu Facebook. Khabar angin mengatakan yang Facebook akan mengenakan bayaran bermula Julai 2010. Betul ke?!..Kita nantikan bulan Julai nanti.

Antaramuka pengguna(User Interface) Facebook juga telah berubah baru-baru ni. Google sebelum ni sudah mempunyai jaringan sosial iaitu Orkut enam tahun lepas & pada masa yang sama Facebook masih lagi berada dalam rangkaian Harvard.



Persaingan antara Facebook & Google semakin hangat selepas Facebook menjual 1.6% pegangan kepada Microsoft. Selain itu Facebook juga cuba memancing executive pengiklanan Google. Mengikut kajian juga mengatakan yang Facebook mungkin akan mengatasi Google pada 2011.

Bagaimanapun, Facebook mungkin bersedia mengungguli Google dalam jumlah pengguna-pengguna unik, yang tidak bermaksud ia akan secara kewangan Google mencabar tidak lama lagi. Model perniagaan untuk mengerjakan rangkaian sosial adalah mencabar, dan Facebook dilihat masih used more money than they earn bak kata orang Jawa.

ps: bini aku kemaruk perabot..haha..kemaruk ke ngidam?!...hee..

Friday, January 22, 2010

Blog Party JB


ini party bukan sebarang party..kat pasir gudang tu..pergh..tapi yang sedih nya..bajet aku tiada sebab Ahad ada lawan futsal..isskkKkk..pipiyapong ni terbaik dari ladang penulisan dia. ada baka-baka A Samad Said gitu tapi janggut belum panjang+putih. Jimbo (band Parkinson tak silap aku) ni aku rasa kalau budak-budak underground scene mesti kenal mamat ni. Arwah jiran aku dulu vokalis band Depress kenal si Jimbo ni.

tapi mana tau aku ada terjumpa RM20 kat tengah-tengah jalan masa nak pergi solat jumaat pun cun jugak..kalau nak extreme sikit mintak sedekah kat masjid Taman Air Biru masa solat jumaat..pastu balik kilang kena bahan dengan budak-budak kilang..cetTtt..tapi nak lagi exreme?!..curi pure aluminium kilang aku..kena buang kerja+masuk lokap..haha..either ways..aku nak usha je port dieorang party ni. mana tau ada perkara tak elok berlaku aku terus roger MPPG..hehe..