Showing posts with label sukasuka. Show all posts
Showing posts with label sukasuka. Show all posts

Thursday, October 25, 2012

Bila Hati Sudah Terbakar

Lagu ini untuk korang di luar sana yang hati sedang terbakar.

Hammerfall - Hearts on Fire.

Wednesday, January 11, 2012

Rabu Tanpa Perkataan #10

Saturday, December 3, 2011

Hujan | Dugaan-Nya

Sempena musim hujan sekarang ni. Yang rumah naik air, kenderaan tenggelam atau kehilangan nyawa. Aku tujukan lagu ini khas untuk mangsa- bangsa banjir seluruh dunia.

Wednesday, June 1, 2011

The Scholastic Book Buffet




Kita biasa dengar dengar makan secara buffet. Tapi 10-12 Jun ini bertempat di Mid Valley akan diadakan beli buku secara buffet. Anda akan diberikan sebuah beg untuk diisi dengan buku yang anda suka hanya dengan harga flat rate RM49.90.

Berbaloi-baloi.

Monday, May 23, 2011

GAMMA



Oleh sebab bini aku tertekan dengan kepelbagaian kerja sekolah, aku secara tidak langsung terlibat sama untuk mereka-bentuk bendera baru rumah sukan bini aku. Bini aku merupakan KETUA rumah sukan GAMMA(biru).

KETUA GAMMA sebelum ini telah berjaya menghilangkan bendera rumah sukan GAMMA. Aku telah sediakan dua design untuk diletak pada bendera GAMMA.


Bini aku pilih yang Singa Aslan. Tapi motto memang boleh muntah la..King of Kings.haha..Dengan lagu sorak aku supply. Aku boleh jadi consultant sukan ni.

Friday, March 11, 2011

Lirik That Okay Song



Verse 1
Going downtown going underground
"What’s the best place to get good DVD9′s lah macha?"
Well I kinda know a guy in Chinatown
"Petaling Street? Aisey-man situ selalu kena raid lah beb."
But my taukay always brings all the prices down
"Okay-lah, but that one if kena saman cannot get diskaun wan."
It’s all settled coz the guy is from my hometown
"Wah. Eh can help settle mine ah? Dah bertimbun-lah bro."

Verse 2
Stuck in a car on a highway
"Look at this fella here. Bawa kereta macam jalan bapak dia. Hoi."
Everyone’s driving like it’s Sunday
"Yang ‘ni pulak sure lesen kopi punya, 100 percent!"
But for real it happens every damn day
"Kesian cik adik ‘ni pulak kena accident. Faster take the nombor."
Coz we blame it on the floods, the trucks, the traffic lights, and the rempits cutting in lanes left to right

Pre-Chorus 1
Myl. You should grow a misai. Then you’d be a micho.
What the hell is a micho-lah?
"Misai Macho"
Fulamak. Goes well with my kopi jantan-lah.

{Chorus}
Hey, it’s okay.
We gotta live for a better day. (Hey!)
Now we give a little a love and we’re on our way
Kita kaotim everything, parava-illay
You say, don’t play play
Kita mudah lupa but we say "nay". (Nay!)
Now we got a little love, keep it on replay
You say semua tak boleh, tapi we all okay aje!

Verse 3
"Why the all tak habis-habis reminding us to be grateful. What’s up man?"
Why does it feel like its just a game?
"The same familiar fat faces on billboards, tv, paper, blah, blah, blah"
Same faces, catchphrases and bad cliches
"Check out this lame rhyming rhetorics, man… Hit me Ezra"
Things like… bersabar, jangan cabar, bersyukur, jangan lupa, muda lupa, cemerlang gemilang terbilang.

Pre-chorus 2
How long you going to be away again? Visa dah settle dah?
Dah. My visa can tahan three months.
You going to some tropical paradise getaway kan?
Yeah some damn nice gila exotic place called Kuching and KK

Chorus

Instrumental

Chorus

p/s: aku menang give away tapi aku tidak perasan.haha..

Thursday, March 10, 2011

Ceriakan Hari Anda Dengan Video Ini


Aku selalu tengok video ni berkumandang kat MHI. Sempoi habis. Yang pakai topi tu nama dia Azmyl Yunor dan yang putih macam aku tu Ezra Zaid. Tahniah kepada mereka dan kawan-kawan mereka yang terlibat dalam video ni.


Ada jugak video pasal si Jho. Ala yang party dengan Paris Hilton tu. Memang gampang lawak especially part dieorang curah-curah Kickapoo macam kat F1 lepas menang lumba.haha.


p/s: boleh masuk Juara Lagu ni.

Monday, February 28, 2011

Syukur



Sekian. Dah pergi buat kerja. Jangan nak blog-walking je.

Thursday, February 24, 2011

Koperasi Permodalan Felda (KPF)




Antara keuntungan jadi anak peneroka adalah boleh melabur dalam KPF. Pengerusi Anggota Lembaga KPF adalah bapak member aku. OK ini tiada kena mengena. Dividen KPF adalah sangat tinggi berbanding ASB[sumber].

Aku baru daftar KPF sebab baru tahu keuntungan kalau masuk pelaburan ni. Ini bukan MLM atau yang sewaktu dengannya. So anak-anak Felda di luar sana jangan lepaskan peluang ini. Kalau dividen ASB 7%, dividen KPF 10% ke atas...sila WOW..

Tuesday, January 4, 2011

Samy Vellu



Pagi tadi aku dengar berita Samy Vellu jadi duta khas Malaysia ke Asia Selatan dan India..Apakah?!...Bersara la sangat. Kalau sudah gila kuasa,gila kuasa la juga.



1. Samy Velu dan Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. Ekspresi memalukan:
"Ini prekara sangat memalukan
saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy dalam ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" dan Samy menjawab dengan bangga, "Kalao takde sungai, kita bina sungai"

4. Samy dan tol:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya
punyer bapah punya kah!”

5. Masalah air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. Masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. Kempen derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. Kata-kata pendahuluan:
"Selamat datang saudara-mara semua" (Sepatutnya “saudara-saudari”)

9. Samy dan Arqam:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. Pelancaran bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

Dan yang paling gampang:

"Kita akan bina roket pigi matahari." seorang wartawan membalas, "Tapi
Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy menjawab, "Itu tade
masalah. Kita hantar waktu malam"

Thursday, December 16, 2010

Keceriaan semakin bertambah



Mula-mula Zaheen, sekarang Tehcik dan CT sudah sampai Pasir Gudang. Semestinya security guard aku berdua tu akan pastikan makhluk perosak akan hidup merana. Masa ketiadaan Tehcik dan CT, bukan main lenggang cicak serta lipas jalan-jalan dalam rumah aku.


Tapi malam tadi security guard aku tu mengalami diarrhea sebab makan IAMS, sebelum ni makan Science Plan. Pasir Gudang tak ada kedai jual SP dan aku rasa area JB pun tarak jual. Hari ni nak cuba Royal Canin pula sebab sebelum di hantar balik Segamat security guard aku ni makan RC.


Semestinya security guard aku ni sudah makin besar dan gagah dan tidak boleh menghasilkan zuriat.haha. Ini adalah untuk mengelakkan mereka hasilkan anak luar nikah serta memastikan mereka sihat dan tidak terlalu keroncalan sangat.

Thursday, November 25, 2010

hantu balut

Siapa pernah lihat setan yang menyamar jadi hantu angkat tangan. Aku pernah sekali tapi masa tu aku kanak-kanak belum baligh lagi. Masa tu malam Jumaat keliwon di rumah jiran aku selang serumah adakan tahlil dan yasin. Kanak-kanak macam aku ni lepak dan main bawah pokok jambu sebelah rumah yang adakan kenduri tu.

Sekali terpandang atas ada macam monyet dan ia mengeluarkan cahaya. Ala-ala super saiyan gitu. Masa tu tak takut sangat sebab ramai. Dari ambil kisah dengan makhluk tu baik aku dan kawan-kawan aku main.haha. Habis je tahlil dan yasin terus masuk dalam sebab masa untuk mentakedarah.

Masa kat belajar MRSM Muar, aku kena kacau dengan hantu balut. Aku memang jenis tidur awal. Tidak berapa suka nak huhahuha..ececece..alim mode. Nak di jadikan cerita, tengah syok-syok aku tidur tiba-tiba aku dengar..soul.....soul...soul...Aku buka je mata, ada wajah hitam gelap dan badan dibaluti kain putih. Boleh bayangkan tak perasaan aku waktu tu?!..haha..Sumpah tak takut sebab aku cam tu wajah Tobek, member aku. Terus si Tobek sumpah seranah Just for laugh dia tidak menjadi. Aku terus tiada mood nak kembali tidur.

Aku rampas cadar putih yang membaluti si Tobek. Mangsa aku budak bilik sebelah aku. Tapi kali ini plan mesti cantik. Majid baring bawah katil mangsa iaitu Nizam. Si Nizam ni sekarang sudah kerja dengan Petronas tidak silap aku. Semua sudah set, lampu coridor siap matikan untuk kasi real punya. Majid menjalankan tugas sebagai pengejut si Nizam ni. Aku pula berdiri di hujung katil Nizam.

Bila Nizam sedar je mata aku dan Nizam berpandangan..chewah..Lama juga Nizam tenung aku.Dalam hati aku, cilake..Just for Laugh aku tidak menjadi. Aku ambil keputusan melompat-lompat lalu cuba menghempap si Nizam. Hasil dia.......aku kena tendang balik sambil si Nizam tu jerit Allahuakbar.  Dalam tiga kali juga aku buat macam tu. Majid memang dah pecah perut kat bawah katil tu.

Aku apetah lagi, terus buka costume dan gelak memecah keheningan malam. Si Nizam sedar dia telah di Just for Laugh kan gelak-gelak ketakutan dalam keadaan bibir sudah pucat. Tapi aku minta maaf dengan si Nizam tu dan dia pun tak ambil hati sangat.hehe..Dalam gelak-gelak itu goyang jugak kalau aku pulak yang kena betul-betul. Mau tak cukup tanah aku lari. Malam tu memang macam-macam adegan lucu. Nak takutkan orang katil ni, katil sebelah yang gigil ketakutan.

Barua..baru aku ingat malam ini malam Jumaat. cibetttt....

Monday, November 22, 2010

Kisah di sebalik post sebelum ini

Post sebelum ini adalah akibat terlalu tepu menidurkan anak sehingga berfikir diluar kawalan medula oblongata.

Post yang lebih ilmiah akan menyusur selepas ini.

Thursday, November 11, 2010

Damasutra(rock kapak) mahu saman Christopher Nolan

Damasutra - Umpama mimpi dalam mimpi
vs
Inception

Ini berita bukan main-main. Berdasarkan lagu Damasutra - Umpama mimpi dalam mimpi, filem Inception telah melakukan plagiat terhadap kumpulan rock kapak ini.

Bukti plagiat menurut Damasutra

Lirik- Umpama Mimpi Dalam Mimpi

Kenangan bersamamu kasih
Seumpama mimpi di dalam mimpi <-- (1)
Terasa engkau di sisi
Menemaniku saban hari

Pabila kupejamkan mata Akan terasa hangatnya asmara Walaupun sekian lama Telah terpadam cinta kita <-- (2)

Luka yang tak terasa
Mengalir darah yang tak berwarna
Bagai jeritan tanpa
Suara

Tangisan dalam ketawa
Sedu sedan menjadi syair cinta
Terasa ingin ku sentuh Bayanganmu <-- (3)

Walau hanya seketika cuma Agar hilang rindu dan dahaga <--(4)
Agar pulih semangat kasih dan mesra
Seperti baru kenal cinta

Kenangan bersamamu kasih Membakar gedung fikiranku kini <--(5)

Terasa hidupku ini
Umpama mimpi dalam mimpi
Umpama mimpi dalam mimpi

RASIONAL BUKTI PLAGIAT

   1. Didalam filem Inception, Leo Decaprio memasuki mimpi didalam mimpi
   2. Watak Leo hanya boleh bertemu isteri tercinta ketika bermimpi
   3. Leo hanya mampu menyentuh bayangan maya mendiang isterinya
   4. Setiap malam walau sekejap Leo akan bertemu isterinya
   5. Kenangan isteri Leo, Mal merosakkan mimpi Leo dan membakar realiti hidup Leo

kredit : obefiend

Wednesday, October 13, 2010

Tentang Hon

Sebelum memulakan cerita tentang hon aku nak ucapkan tahniah kepada Johor FC yang berjaya menewaskan Pahang 1-0.

Kereta siapa yang tiada hon?!..Kereta lembu?!..Kelakar..Kita biasa dengar hon ketika di jalanraya dan adakah anda faham apa makna disebalik bunyi hon itu?!..Percaya atau tidak setiap bunyi hon mempunyai maksud tersendiri.

Mari kita membongkar rahsia bunyi hon.
  • 1x HON PENDEK - pemandu bercakap "Hai"
  • 2x HON PENDEK - pemandu bercakap "Terima kasih" atau "Jumpa lagi"
  • 3x HON PENDEK - pemandu mengarahkan kenderaan di hadapan supaya cepat sikit (biasa di traffic masa lampu dah hijau tak reti-reti nak jalan)

Friday, October 8, 2010

Pasar Lambak - Pasar Malam

Masa budak-budak, pasar malam adalah masa yang sangat di tunggu. Budak-budak blok aku akan rancang nak pergi bila dan berkumpul di mana. Arwah abah aku akan tanya nak pergi pasar lambak tak?!..Laju aku menjawab NAK!!..Arwah abah aku akan hulur 3 4 hengget. Cukup la beli keropok lekor, asam, air katira serta roti khurasan.

Waktu ngaji telah di awalkan ke petang kerana belah malam projek pasar lambak perlu di jalankan. Budak-budak blok aku semua ngaji dengan mak aku. Mak aku sampai sekarang masih mengajar ngaji budak-budak. Dulu anak-anak peneroka, sekarang cucu-cucu peneroka. Sambung balik pasal projek pasar lambak. Peralatan penting untuk ke pasar lambak di malam hari...adalah...LAMPU PICIT atau dalam bahasa LONDON WE CALLED IT TORCHLIGHT.

Aku memang selalu menumpang lampu picit orang lain.hehe..Memang syok la kalau pergi pasar malam. Pernah sekali aku pernah jumpa RM50 kat pasar lambak ni. Aku rasa masa tu dah macam jutawan sebab tak pernah pegang duit RM50. Ingat duit koyak sebab nampak sebahagian je, sekali kawan aku kutip..Masih elok lagi. Mata aku ni memang EAGLE EYE. hehe..Cuma sekarang je aku punya sight macam kurang sikit. Balik rumah terus kasi tau mak aku dengan harapan aku boleh menjolikan duit RM50 tu. Tapi punah harapan aku sebab mak aku suruh masuk tabung masjid.....Kalau aku tau,aku tak beritahu kat mak aku(mode:jahat).

Makanan wajib adalah keropok lekor yang dimakan ketika meronda pasar lambak. Lepas tu roti khurasan(burger disalut kulit popia serta isi burger tu daging cincang) yang di jual oleh geng ala-ala al-arqam. Air katira serta asam. Kadang aku beli jajan yang sotong tu disalut dengan apa ntah. Rasa dia manis+pedas..nyum2... Warna merah jajan tu. Memang feberet!!!..Sekarang aku tak jumpa lagi jajan tu.

Sekian. Doakan aku semoga anak aku lahir pada 10 Oktober 2010. Nanti IC anak aku 101010-01-XXXX. Dah macam nombor binari aku tengok. sekian.

Wednesday, October 6, 2010

Hero Hindustan atau Tamil?


Tuesday, September 14, 2010

Adegan ketika dalam kenderaan ketika musim perayaan


Kebiasaannya bila tiba musim perayaan, jalan akan dipenuhi dengan kenderaan. Bermacam kerenah pemandu dapat di lihat. Yang suka potong queue tu jangan cakap la. Yang paling extreme 4WD naik divider tepi jalan tu untuk potong queue. Punya la tidak sabar tahap cipan. Kemungkinan tut sudah sampai di hujung anus.

Adegan 1
Pemandu di temani dengan ashabul-kahfi. Situasi ini adalah ketika semua penumpang lena di buai mimpi manakala  pemandu kelihatan seperti bosan.

Adegan 2
Kenderaan di pandu sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan kemudian berhenti ke tepi. Kelihatan co-driver(mulut seperti tidak berhenti mengatakan sesuatu) sedang bersiap untuk take-over dari pemandu yang kelihatan mengantuk

Adegan 3
Pemandu meletakkan dagu di stereng kereta dek bosan dengan jem.

Adegan 4
Kenderaan seolah-olah tiada pemandu. Ini kerana kerusi pemandu diturunkan kebelakang. Jem tidak bergerak memaksa pemandu mengambil inisatif untuk berehat walaupun seketika. Mungkin pemandu lain akan salah faham(jika co-driver adalah perempuan) sambil menggeleng kepala seraya berkata,"Get a room"..

Adegan 5
Mulut pemandu berkumat-kamit sambil kepala bergoyang ke kiri kek kanan(berzikir barangkali) ketika memandu. Sambil memandu sambil buat ibadah.

Adegan 6
Pemandu seolah-olah meniru gaya Karam Singh Walia. Sekejap tangan kiri tangan ke atas sekejap tangan kanan naik ke atas. Mungkin cuba menerangkan kepada co-driver jika masuk Parit Sonto boleh tembus Singapura, laluan shortcut.


Tuesday, September 7, 2010

Zaman kanak-kanak


Tiba-tiba aku teringat zaman budak-budak aku. Budak-budak sekarang mana ada macam dulu. Mostly budak sekarang duduk rumah main X-Box, PS3, PSP, layari internet. Paling cikai pun main basikal.

Aktiviti kanak-kanak aku:-
  1. redah paya belakang rumah orang sauk ikan dan kadang-kadang mancing(selalunya ikan jarang makan umpan aku). biasanya akan terus berkubang dalam setelah penat mencari ikan.
  2. cari king(labah-labah jantan) dan makbon(labah-labah betina) di pokok-pokok bunga. Kalau nak cari king yang kuat+besar+gagah kena cari kat daun pandan. labah-labah ni besar dia dalam setengah inci je. biasa di simpan dalam kotak mancis dan makanan king ni semut. proses mencari arachnida ni agak kompleks dan memerlukan keberanian..sebab kena tekup dua tangan pada daun yang ada king tu.
  3. beli kereta mainan, ikat benang di bahagian depan tayar dan sambung kepada hujung lidi. Masa ni kereta Dash Yankuro belum ada di pasaran. Pusing-pusing satu beranda jiran depan rumah aku.
  4. tebas lereng bukit belakang rumah jiran aku untuk main gelongsor. ni memang syok sebab lereng tu agak tinggi. guna kotak untuk gelongsor.
  5. Musim panas pulak, tiap-tiap hari buat layang-layang. Biasanya masa musim panas angin kuat lagi-lagi masa matahari tengak tegak. Pada waktu ketika musim ini aku akan transform dari putih melepak menjadi gelap..haha..ini adalah antara penyebab aku kurang cerah sekarang.
  6. Permainan pula, belon acah aka galah panjang, sembunyi ibu(ini selalu sebab banyak tempat untuk sembunyi), teng-teng, jadi-jadi, polis sentri, zero-fine(main getah), lubang tikus dan bola(permainan wajib lelaki..haha..).
Nak tengok macam mana lawan king?!..tengok bawah.


Tapi dosa melagakan haiwan..Sekarang sudah taubat.


Thursday, August 26, 2010

Resident Evil : Afterlife


Ini adalah sequel ke-4. Resident Evil - Resident Evil: Apocalypse - Resident Evil: Extinction. Aku kenal Milla Jovovich ni masa dia berlakon dalam Fifth Element. Aku tengok cerita ni pun sebab member aku dah download, so tengok je la. Kang membazir pulak dah download tak tengok.

Wayang?!..Semestinya tidak, tunggu keluar DVD pastu download macam biasa. Jimat pun jimat. Plot ni si Alice(Milla Jovovich) menyambung perjalanan beliau untuk menyelamatkan manusia yang terselamat dari virus. Alice mendapatkan mendapat pertolongan dari seorang kawan yang tidak disangka-sangka. Petunjuk untuk menyelamatkan lebih ramai orang dari dijangkiti virus telah membawa Alice ke Los Angeles. Di LA ni ada perangkap menanti Alice.