Showing posts with label keduitan. Show all posts
Showing posts with label keduitan. Show all posts

Tuesday, February 24, 2015

Aku dan JPJ......LAGI


Seperti mana yang anda tahu, saya bukan sahaja mat kilang tapi juga mat rempit. Merempit ke tempat kerja. Dalam sebulan mesti kena tahan roadblock JPJ. Kalau tak percaya cuba tanya pengguna motosikal Pasir Gudang......krik...krik..krik...yang jarang kena tahan tu biasa hati kering, selamber lawan arah bila nampak roadblock atau tuah di kaki beliau.

Berikut adalah lokasi biasa JPJ buat roadblock di kawasan Pasir Gudang.
  • 1.482936, 103.904484 - Jalan masuk ke Taman Bukit Dahlia dari Jalan Litar/Pusat Bandar.
  • 1.476539, 103.896185 - Jalan Besar nak masuk ke Persiaran Dahlia. ke KPJ Pasir Gudang.
  • 1.453801, 103.918683 - Sebelum Petronas Jalan Gangsa.
  • 1.471064, 103.900412 - Susur ke kiri Jalan Mawar.
  • 1.486807, 103.933311 - Jalan Kota Masai 1 menghala ke Jalan Kota Masai
  • 1.477873, 103.909943 - Jalan Litar dari Jalan Bandar
No 1,3 6 adalah tempat aku pernah 'sedekah' duit kat JPJ. Yang terbaru terus naik court sebab roadtax motor mati sama sekali. Yang gampang tu aku penuh yakin nak lalu roadblock tu padahal ada je motor yang lari. Sehari dua sebelum puasa tak silap aku naik court.

Aku faham JPJ nak jalankan tugas. Memang salah aku tak check rotax motor. haha..Biasa aku letak reminder tapi tahun lepas ada aral melintang renew rotax lambat dah tarikh tu dah bertukar dan SEE YOU IN COURT..Di sini aku nak usulkan cadangan macam dalam twitter aku.

  1. Buat iklan mendidik pengguna seperti periksa cukai jalan, jangan buat U-turn dan bermacam lagi. Buat la iklan menyentuh jiwa sikit. Duit jual no plat kan ada. RM500000 lepas sangat buat iklan.
  2. Bagi peluang kepada pengguna jalanraya. Contoh, buat sistem untuk periksa kesalahan pengguna. Contoh kalau pengguna pernah melakukan kesalahan cukai jalan mati, terus keluar kompaun. Kalau belum pernah kena, kasi amaran.
  3. Buat roadblock tu biar ada SOP. Ini tidak, park tepi jalan terus tahan motor lalu lalang. Nampak sangat kan kau suka cari kesalahan orang.
Setakat ni itu sahaja. Jangan nak kurangkan rakyat mati sebab kemalangan dengan roadblock...roadblock..roadblock. 
sekian.

Friday, October 25, 2013

Bajet 2014

Aku bukan haters or fan. If _boosned_ could show how an earth he got his wealth. Legal one ok. Aku janji akan buat anak seramai LAPAN orang dengan beauty on my side. Cemburu dengan kekayaan bossned? Semestinya tidak cuma ragu-ragu. Arwah bapak aku yang dah 21 tahun jadi datuk, aku tak kaya macam bossned pun? haha..

Masa kecik-kecik dulu kalau ada budak macam bagus, akan dilabel bajet. So...Aku nak anugerahkan orang paling bajet 2014 adalah.



Selamat berhujung  minggu semua.

Sunday, July 21, 2013

Abah

Tengah hari tadi ada seorang pakcik tempat kerja lama mintak tolong tengok komputer kat CC dia. Borak punya borak, rupanya ada kisah di sebalik CC tu. Pakcik ni dah pencen. Anak dia pun aku kenal dan tak sangka pulak jadi macam ni.

Mulanya kedai tu bisnes reload prepaid dan hasil agak konsisten tapi cukup la untuk seorang yang dah pencen. Entah macam mana sang anak ni ingin 'membantu' suruh si abah buka CC. Silapnya tak mohon lesen, dah buka kedai baru nak mohon lesen. Lesen perniagaan untuk CC telah dibekukan oleh MPPG buat sementara waktu. Kalau PBT datang serbu, putih mata pakcik ni.

Body language pakcik ni aku tengok macam dah putus asa tapi dia keep moving forward. Bisnes reload prepaid di songlap anak pakcik tu sendiri dek kerana nak kahwin. Sejak dari itu anak pakcik tu dah bawa diri ke Sabah dengan isteri beliau.

Macam nak menangis pun ada dengar...Gembeng bebeno sejak dah jadi abah-abah ni. Tanya khabar pun tidak si anak ni. Semoga si anak ni minta maaf kat abah beliau. Tidak berkat beb hidup. Harap Zaheen dan Ziyad tidak berperangai macam tu. Nauzubillah.

Friday, March 22, 2013

Yuran IBG 10 sen Mulai 2 Mei 2013

Haa..Lepas ni transfer antara bank hanya dicaj 20 sen. Macam cerita Seniman Bujang Lapuk la pulak.

Galak pengguna beralih pembayaran dalam talian

Kuala Lumpur: Berkuat kuasa 2 Mei ini, yuran bagi urus niaga Sistem GIRO Antara Bank (IBG) yang dibuat secara dalam talian melalui perbankan internet dan perbankan mudah alih akan diturunkan kepada hanya 10 sen daripada RM2. Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata langkah itu bertujuan menggalakkan penggunaan perkhidmatan pembayaran secara elektronik (e-pembayaran) dalam kalangan pengguna dan peniaga di negara ini. “Yuran IBG yang lebih rendah itu bertujuan memberikan insentif kepada pengguna supaya beralih daripada kaedah pembayaran lebih mahal kepada alternatif yang lebih rendah kosnya,” katanya pada sidang media mengumumkan Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2012 serta Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran Kewangan 2012 di Kuala Lumpur, semalam.

Beri manfaat

Zeti berkata, pembayaran secara dalam talian melalui perbankan internet dan perbankan mudah alih memberi manfaat lebih ketara kepada individu dan peniaga. Jelasnya, setiap individu akan menikmati kemudahan urus niaga pada bila-bila masa dan di mana saja tanpa perlu pergi ke bank manakala peniaga pula boleh mengurangkan kos menjalankan perniagaan dengan cara pengurangan atau penggunaan semula sumber yang sebelumnya digunakan untuk mengendalikan wang tunai dan cek. “Melalui peningkatan pembayaran secara elektronik, kos daripada pemprosesan secara manual, termasuk kos penghantaran melalui pos akan dapat dijimatkan,” katanya. Zeti berkata, sejajar dengan matlamat menggalakkan pengguna dan peniaga menggunakan kaedah pembayaran secara dalam talian yang lebih cekap itu, pembayaran menggunakan cek akan dikenakan caj yang bakal dinaikkan secara beransur bagi mencerminkan kosnya yang lebih tinggi.

Tempoh setahun

Orang ramai bagaimanapun, katanya akan diberi tempoh selama setahun untuk membiasakan diri dan beralih daripada menggunakan kaedah pembayaran cek itu kepada penggunaan IBG bagi urusan pembayaran mereka.

Caj proses cek 50 sen

“Berkuat kuasa 1 April 2014, pihak bank akan mengenakan caj memproses 50 sen bagi setiap cek kepada pengeluar cek. Yuran itu adalah tambahan kepada duti setem sedia ada 15 sen bagi setiap cek,” katanya. Beliau berkata, dalam tempoh setahun ini, Bank Negara akan bekerjasama rapat dengan pihak industri kewangan untuk terus menambah baik infrastruktur pembayaran bagi memastikan perkhidmatan pembayaran dapat diakses secara meluas, selamat dan mudah. Zeti berkata selain cek dan IBG, pelarasan harga terhadap kaedah dan saluran pembayaran lain termasuk mesin juruwang automatik (ATM) akan dilaksanakan secara berperingkat untuk menggalakkan pengguna menggunakan kaedah e-pembayaran yang lebih berkesan dari segi kos. “Menjelang 2020, penentuan harga bagi semua perkhidmatan pembayaran adalah berdasarkan kos menyediakan perkhidmatan terbabit,” katanya.

Sumber

Tuesday, October 9, 2012

Adam Syukri

Sebenarnya aku tau pasal baby ni melalui mak buyung. Semoga ibu beliau tabah. Tapi pagi tadi tengah siap-siap untuk pergi kilang keluar review MHI pasal Adam syukri. Aku rilek je la sekali lepas babak mak si adam tu cakap lebih kurang macam ni "Adam budak baik, adam bukan dugaan..bla..bla..ibu akan jaga adam sampai bila-bila..". Agak-agak berkaca tak mata aku pagi-pagi ni?

Memang hujan la pagi-pagi macam ni walaupun kat luar matahari kemain terik lagi. Aku ada tengok muka buku pasal adam ni. Tabah mak adam ni, semoga adam sembuh seperti baby normal yang lain.

Last but not least.


NORAISYAH MD MALENA
LOT 432 TMN SUSUR JAMBU
LN JAMBU SELATAN
96100 SARIKEI SARAWAK
Untuk sumbangan ke Adam:
Noraisah Binti Mohamed Malena 
02040007292201 (CIMB) 
161136331818 (Maybank)

Thursday, May 31, 2012

Bayar Bil Celcom ONLINE dan MENANG!!!

Nampak mudah? Sememangnya mudah sebab aku dari dulu bayar bil telefon atau broadband online guna Celcom Online Customer Service. Hadiah pertama adalah kereta Hyundai i10.


Sampai hujung tahun 2012. Daftar sekarang di sini.


Pelanggan prepaid juga berpeluang, jangan risau.


Disebabkan dinner minggu lepas pulang tanpa hadiah utama, aku berharap Hang Tuah berada di kaki aku kali ini.

Friday, April 13, 2012

Kad Touch & Go Plusmiles


Baru lepas hilang kad Touch & Go Plusmiles. Mana entah pergi. Call servis centre. Kena beli kad baru. Yang lama akan di-blok. The best part adalah kredit dalam kad lama tidak boleh ditransfer.


Ingatkan boleh dapat semua baki dalam kad tu tapi kena tolak RM10 untuk processing fee. Di bank in atau dapat cek. Beli kad baru kena bayar another RM10.

Wednesday, March 7, 2012

Rabu Tanpa Perkataan #16


p/s: jangan lupa isi e-Filing walaupun gaji secoet cam aku.

Thursday, December 22, 2011

Aku Bantah Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd dalam Bursa Malaysia

Baru-baru ini mak aku ada dengar taklimat berkenaan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd dalam Bursa Malaysia. Sebagai anak yang lahir di Felda, aku membantah keras usaha ini. Ini berkait rapat dengan hala tuju dan masa depan orang FELDA.


Apa yang membuatkan aku membantah? Untuk tahun kebelakangan ini, dividen Koperasi Permodalan Felda adalah 10% ke atas. Selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd dalam Bursa Malaysia, dividen akan berkurangan dek pengambilan sebahagian saham yang di pegang oleh generasi pertama dan kedua FELDA.

Nilai dividen yang mungkin akan diperoleh adalah +-3.5%. Banyak perkara yang tidak didedahkan kepada umum. Dalam berita bukan main gebang meletakkan FELDA di mata dunia dengan penyenaraian di Bursa Malaysia. Menarik pelabur.bla...bla...bla... Kenapa susah-susah letak FELDA di mata dunia? Kalau sudah terang lagi bersuluh FELDA itu bagus, mesti la spotlight akan automatik terhala sendiri kepada FELDA.

Dengan Isa Samad tiba-tiba berkuasa dan Dzulkifli tiba-tiba dicutikan. Tidak ke pelik? Aku nak je called Datuk Dzulkifli tu untuk tanya keadaan sebenar sebab aku kawan dengan anak beliau. Beliau seorang yang baik jauh beza dengan Isa Samad yang dikelilingi oleh kontroversi(rasuah ketika jadi MB Negeri Sembilan). Dato' Sabri pula memang sudah terang lagi bersuluh terlibat dalam isu kerugian RM120 juta Golden Hope Plantation Berhad(tersenarai dalam Bursa Malaysia kemudian dirugikan oleh Sabri Ahmad RM120 juta).


p/s: FELDA adalah lubuk duit kedua selepas PETRONAS.

Tuesday, September 13, 2011

Malaysia Airlines dan Air Asia taja Queen Park Rangers



Ramai betul duit MAS dan Air Asia ni. Tengok la model yang tengah-tengah tu..kurang pahala puasa enam aku...macam puasa je. Berapa agak-agak jumlah tajaan dieorang ni? Aku rasa kalau aku mintak 1% dari jumlah tajaan tu untuk bayar cash rumah aku confirm lepas. Eh suka hati dieorang la nak buat apa dengan duit dieorang.

Aku dengar caj 6% ditangguh. Pandai betul dieorang main drama. 

Apa-apa hal pun, yang kaya akan terus kaya yang miskin akan terus miskin dan yang sedang-sedang elok ni akan terhimpit. sekian..

p/s: jika network anda power trip..pastikan domain server anda on dahulu. jika tidak anda akan mengalami pressure yang amat tinggi dari software team.

Friday, August 5, 2011

Pinjaman ASB vs Simpan Sendiri



Aku pernah buat research pasal ni tapi dah hilang semua. Tengah buat excel pasal perbandingan ni. Ini sebab ada makcik banker di Pusat Bandar Pasir Gudang yang sokong Bersih 2.0 mati-mati defend buat pinjaman ASB lagi berbaloi.

Nanti sudah siap aku letak sini. daa..

Tuesday, June 7, 2011

Liverpool Asia Tour 2011 - Malaysia XI vs Liverpool - 16 Julai 2011



Pergh..Meleleh air liur je la tengok ni. Tengok dalam TV pun jadi la.haha. Harga tiket dari RM388 hingga ke RM58. Berdasarkan pengalaman aku menonton bola di Stadium Nasional Bukit Jalil, kecikkk je aku tengok pemain bola tu.

Aku rasa better aku kumpul duit pergi haji. wakaka..Aku bukan hooligan sangat pasal bola ni. Sedang-sedang elok sahaja pasal bola ni. Kalau kawan-kawan atau Perdana Menteri nganjing pasal Liverpool aku OK je. no butt-hurt.


Ko tengok agihan tempat duduk tu. macam nak cabut trek tu, menyemak sungguh. --> pendapat orang nak beli tiket RM58. haha..Agak-agak harga Bench tu berapa ek?


Pemegang kad kredit/debit Standard Chartered paling beruntung sebab mereka merupakan orang pertama yang dapat beli tiket ini siap dengan Training Pass. Yang bukan pemegang ni kena berebut-rebut.haha. Aku memang confirm tidak akan beli melainkan tiba-tiba terpijak tiket berharga RM388 tu.

Stadium JCorp yang sekangkang kera tu susah nak pergi, apetah lagi yang kat KL sana.

Thursday, May 19, 2011

Bukan Guru Sahaja Yang Kecewa



Kira-kira 400,000 guru kelas biasa kecewa dengan pengumuman kerajaan pada Hari Guru baru-baru ini yang hanya membawa berita gembira kepada 2,000 guru besar dan guru penolong kanan yang akan menikmati kenaikan gaji mulai awal tahun depan.


Harapkan pagar, pagar makan padi...

Ramai di antara kita masih mengharapkan kerajaan memberikan insentif baru yang terbaik untuk para guru yang jadi pengajar kepada anak-anak kita.  Guru yang memberi sinar kepada anak-anak kita, guru yang bakal membentuk anak kita. Jika bukan anak kita sekalipun, sekurang-kurangnya anak bangsa kita.

Walaupun ramai di antara kita yang telah sedar betapa kerajaan hari ini sememangnya tidak lagi boleh diharap, masih ada rakyat yang menaruh harapan kepada kerajaan yang telah diundinya dalam beberapa pilihanraya terdahulu.

Tanpa mereka sedar bahawa selagi Barisan Nasional menjadi nyawa kepada kerajaan pusat, mereka hanya melakukan sesuatu yang berlandaskan nilai anjakkan political milage yang melanggar ke hadapan tanpa mempeduli nasib rakyat. Asalkan ia dilihat langkah menjadi juara rakyat, walaupun menyediakan permaidani bertatahkan emas, walaupun mempersiapkan tirai yang bertatahkan batu permata, namun ia tidak mampu menutup bau busuk berupa niat jahat yang ada dalam setiap pemberian kerajaan pemerintah hari ini.

Sempena hari guru edisi 2011, kita didendangkan dengan insentif hebat kenaikkan gaji dan elaun para guru. Kita bersyukur tanpa mengetahui ceritera sebenar di sebalik berita gembira yang dicanang regim 1Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Gegak gempita berita gembira yang didengar dari corong-corong radio-telivisyen rupa-rupanya indah khabar dari rupa.

Daripada hampir setengah juta rakyat sederhana negara ini yang mengambil tanggungjawab mengangkat martabat bangsa dengan memilih guru sebagai profesyen, berita gembira yang dikhabarkan hanya meliputi 2 ribu tenaga pengajar yang telah sedia berjawatan yang mempunyai gaji yang serba lumayan. Daripada 4 ratus ribu guru, hanya dua ribu sahaja yang diraikan. Bukankah lebih indah jika dari 4 ratus ribu, dua ribu sahaja yang tidak dirai kerana telah mempunyai gaji yang tinggi?

Pengumuman kerajaan pada tanggal hari guru baru-baru ini sebenarnya meraikan kenaikkan gaji guru-guru besar dan guru yang berjawatan penolong kanan mulai awal tahun depan. Beritanya dikhabar seumpama untuk semua para guru, tetapi sebenarnya ia seolah-olah diumumkan sedemikian rupa, mengaburi mata segelintir rakyat kurang celik. Guru biasa tetap guru biasa, tiada kenaikkan yang luar biasa. Jadi di manakah slogan juara rakyat kalau bukan ianya lebih sesuai dislogankan sebagai penipu rakyat?

Ini bukan kes pertama penipuan kerajaan terhadap rakyat negara ini. Bab harga minyak, bab jualan kereta kebangsaan di luar negara, bab pengurangan subsidi yang sepatutnya menjadi hak milik mutlak rakyat, bab rasuah sana-sini, bab porno, bab dwi-standard dan macam-macam bab lagi tidak terkira. Tapi lebih menyedihkan apabila kerajaan tergamak memilih bab meraikan guru-guru di Malaysia ini dengan satu permainan yang akhirnya diterjemah sebagai penipuan. Lantas ratusan ribu guru kecewa!

Kita tinggalkan perihal guru, kita masuk satu lagi bab iaitu fasal langkah kerajaan memperkenalkan GST tidak lama lagi. Tahukah saudara-saudari bahawa kerajaan telah mencadangkan agar GST diperkenal dan sebagai galang ganti, peratusan cukai pendapatan akan dikurangkan. GST adalah cukai pukul sama-rata di mana semua rakyat tidak kira yang bergaji ratusan ringgit sebulan tidak terlepas dari membayar cukai GST. Dalam masa yang sama, pembayar-pembayar cukai yang bergaji melebihi 3 ribu sebulan akan sedikit lega dengan pengurangan peratusan cukai pendapatan.

Tidak diketahui apakah puncanya kerajaan memilih langkah seperti ini untuk sebuah negara yang telah mula menampakkan perbezaan jurang pendapatan di antara yang kaya dan yang miskin. Langkah seperti ini bisa menjarakkan dua kasta ciptaan 1Malaysia.

Fahami betul-betul langkah kerajaan yang bakal menjerut leher rakyat kebanyakkan. Cukai pendapatan hanya laku untuk mereka yang bergaji 3ribu ke atas. Walaupun gaji 3 ribu, jika ada tanggungan ramai, kemungkinan bebas dari membayar cukai pendapatan. Tetapi untuk yang bergaji besar melebihi 5 ribu, hinggakan ada yang bergaji berbelas ribu sebulan, mereka biasanya tidak terlepas dari dikejar pengutip cukai pendapatan dari Lembaga Hasil.

Jika GST pula dilaksanakan, jangan kata orang yang bergaji bawah 3 ribu, bawah 2 ribu ataupun bergaji ratusan ringgit sebulan, malah mereka yang tidak bergaji pun akan dikenakan cukai!! Itulah GST - cukai pukul sama rata !!

Justeru itu, apakah kerajaan sanggup mengurangkan jumlah cukai yang dikutip dari rakyat kelas atasan, cukai yang dikutip dari golongan bangsawan negara, demi untuk mendedahkan 20juta rakyat kebanyakkan kepada cukai GST?

Inilah yang dikatakan golongan kaya-raya semakin mendapat tempat dalam negara kapitalis Malaysia. Golongan berada telah sebenarnya diberi keutamaan dari segi protokol dan sebagainya. Kini mereka diberikan kelegaan cukai demi untuk mengheret rakyat terbanyak ke dalam kancah pembayaran cukai yang dinamakan GST!!

Sama jugalah kesnya seperti kenaikkan gaji para guru berjawatan guru besar dan penolong kanan. Mereka pada asalnya telah bergaji besar bersama elaun yang tinggi, diraikan lagi dengan kenaikkan gaji. Gejala seperti ini berlaku di semua peringkat dalam kerajaan, berlaku juga dalam syarikat-syarikat gergasi, syarikat GLC dan juga dalam banyak sektor kewangan.

Ia mendedahkan negara Malaysia kepada sistem, yang kaya semakin kaya, yang miskin tidak terbela nasibnya. Masihkah anda mahu memberi peluang kepada Barisan Nasional untuk terus memerintah? Jika anda kaya itu tak mengapa, anda memang akan terbela. Tetapi bagaimana jika nasib anda kais pagi makan petang??

Ingatlah, mungkin kita telah selamat mempunyai pekerjaan yang dibayar gaji lumayan. Mungkin kita agak sempurna dalam bidang pekerjaan, mungkin kita bukanlah orang yang bekerja makan gaji di restoran makanan segera, bukan bekerja di syarikat pengusaha lebuh raya, bukan pemandu teksi sepenuh masa. Tetapi bagaimana nasib sanak saudara? Bagaimana nasib anak bangsa yang bakal merempat jika inilah sistem yang diterapkan oleh regim Barisan Nasional kepada pengundi-pengundinya. Fikir-fikirkanlah...

Kerajaan yang ada pada hari ini, bukanlah sebuah kerajaan yang boleh diharapkan. Namun, jangan memutus harap untuk bersama menaikkan sebuah kerajaan rakyat yang berteraskan kebajikkan untuk rakyat. Namanya juga, Kerajaan Rakyat, kerajaan untuk rakyat...

Kepada guru-guru, jangan lupa membelek BUKU JINGGA jika berpeluang. Kerana jasa anda sebagai guru akan terbela sekiranya isi buku tersebut dilaksana.

EDYES @ edyesdotcom.

Saturday, April 23, 2011

Saman Ekor Di Hapus



sumber : themalaysianinsider

KUALA LUMPUR, 23 April – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan menggunakan lagi sistem perangkap kelajuan, yang menjadi sebahagian daripada punca rungutan mengenai notis saman ekor selama ini.

Sebaliknya Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan bertindak telus dan akan memberi amaran kepada kepada para pemandu mengenai operasi mengesan kelajuan memandu terlebih dahulu.

Sistem perangkap kelajuan menggunakan kamera telah digunakan hampir dua dekad oleh PDRM.

Kami tidak harus bersembunyi di sebalik belukar. Kami perlu tampil secara terbuka dan menguatkuasakan undang-undang (secara telus),” kata beliau kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

Banyak pihak mempertikaikan notis saman yang dihantar ke alamat pemilik dengan ramai mendakwa bukan mereka yang mengendalikan kenderaan ketika dikesan.

Ada yang mewujudkan jawatankuasa atau pertubuhan bukan kerajaan membantah sistem itu, antara Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) yang mahu kerajaan menghapuskan sistem notis saman ekor.

Bagaimanapun kata beliau, jika dikenakan saman pemandu-pemandu terbabit mesti menjelaskan saman.

“Kita tidak lagi menyorok balik tiang, kita saman terus dan kalau sudah kena saman jangan lupa bayar,” katanya dipetik Bernama Online.

Khalid membuat kenyataan itu apabila seorang peserta dialog mengutarakan mengenai kekerapan kehadiran polis di jalan raya sejak kebelakangan ini menyebabkan pemandu lebih berdisiplin berbanding sebelum ini di mana ada anggota polis yang menyorok di hujung jalan dan kemudian keluar dari persembunyian dan menahan pesalah trafik.

Khalid kemudian memberitahu sidang media bahawa kehadiran anggota polis secara ketara dalam operasi lalu lintas telah dimulakan tidak berapa lama dahulu.

“Jangan terkejut bila kena saman... kita tidak seharusnya menyorok, kita akan keluar dan menguatkuasakan undang-undang,” katanya.

Mengenai usaha PDRM membanteras gejala samseng di kalangan masyarakat India di Selangor, Khalid berkata selain didakwa di mahkamah, polis juga melakukan tindakan pencegahan.

“Tahun lepas 300 orang telah kita tahan di bawah undang-undang pencegahan, tindakan terhadap gangsterisme dibuat secara berterusan itu sebab tidak ada kumpulan kartel jenayah atau mafia yang berkuasa di negara ini,” katanya.

Khalid juga berkata PDRM tidak lagi melihat belia dan persatuan belia sebagai pelanggan sebaliknya melihat belia sebagai rakan dan persatuan belia sebagai rakan kongsi.

Baru nak hapus lepas aku dah bayar? Refund la PDRM.

Tuesday, March 8, 2011

Saman Ekor



Sejak orang berebut-rebut bayar saman, adakah anda tahu?

Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.

Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan
Hak terhadap harta.
(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
(b)Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.

Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan.

JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50.

Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah.

Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran.

Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawab tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan.

Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya. Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010. JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman.

Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI 3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?

Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:
a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.
b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.
c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.

Tahukah anda hanya 700000 saman dibayar pada tempoh lanjutan pembayaran saman?

Thursday, February 24, 2011

Koperasi Permodalan Felda (KPF)




Antara keuntungan jadi anak peneroka adalah boleh melabur dalam KPF. Pengerusi Anggota Lembaga KPF adalah bapak member aku. OK ini tiada kena mengena. Dividen KPF adalah sangat tinggi berbanding ASB[sumber].

Aku baru daftar KPF sebab baru tahu keuntungan kalau masuk pelaburan ni. Ini bukan MLM atau yang sewaktu dengannya. So anak-anak Felda di luar sana jangan lepaskan peluang ini. Kalau dividen ASB 7%, dividen KPF 10% ke atas...sila WOW..

Monday, October 4, 2010

susah nak mampus nak beli rumah untuk orang swasta


Duit bukan segalanya tapi segalanya memerlukan duit. Segala merujuk kepada material-material yang boleh dilihat dengan mata kasar dan disentuh dengan tubuh badan. Memang betul-betul frustrated bila apa yang kita mahu adalah di luar jangkauan kita.

Aku cadang nak beli rumah tapi beli dengar penjelasan untuk orang swasta macam aku proses pembelian rumah, memang azab tapi tidak seazab masuk neraka. Untung orang gomen ni senang nak beli rumah, modal tidak macam orang swasta macam aku. Walaupun mak buyung aku adalah gomen tapi belum sah-apa-kejadah-aku-tidak-pasti jawatan.So tidak layak, rumah idaman tu kalau gomen just modal dalam 5k untuk permulaan. Kalau swasta macam aku 5-10 percent dari harga rumah wajib ada. Itu je cukup untuk KO kan aku.

So angan-angan je la, free..tak perlu modal or what-so-ever. Tak pun tunggu aku bersara, lepas tu duduk kampung aku abiskan KWSP aku. Itu pun kalau KWSP aku ada lebih lagi lepas tolak PTPTipoo. Jari tengah lagi untuk PTPTipoo.

Kesimpulannya, harga rokok 20 batang sekotak harga sudah jadi RM20. sekian.

Wednesday, September 8, 2010

Serunding Emas


Serunding emas nama di beri, boleh didapati di alam maya.
Serunding ayam daging sedap tak terperi, mari beli dengan saya.

Tiba-tiba berpantun..Masa zaman kemelesetan ekonomi(yang memang selalu meleset) aku kat KL. Serunding adalah lauk aku di makan dengan nasi. Serunding aku sembunyikan sebab nanti budak-budak ini pau.haha..kedekut betul aku ni tapi nak teruskan hidup punya pasal. Aku beli serunding ni dengan salah seorang founder Serunding Emas ni, Habbun si pelawak tulang.haha..

Kenapa pelawak tulang? Sebab dia ni kurus dan boleh dibuat sup tulang. OK cukup bab mendengki si Habbun ni. Aku ingat nak buat bisnes serunding ni tapi dengan aku pun makan tak berapa nak cukup, nak keluar modal..Masa zaman kat KL memang sudah, hidup cukup-cukup makan..Tidak boleh nak enjoy sangat.. Aku nak ucapkan tahniah kat Star(Zaini) sebab aku berjaya merealisasikan angan-angan aku ni.haha..

Aku sudah tempah 1kg serunding ayam dan 1kg serunding daging. Aku pos ke Segamat dan Air Tawar 5. Dah sampai atau belum serunding aku, jangan posmen makan sudah serunding tu.


Thursday, August 26, 2010

Resident Evil : Afterlife


Ini adalah sequel ke-4. Resident Evil - Resident Evil: Apocalypse - Resident Evil: Extinction. Aku kenal Milla Jovovich ni masa dia berlakon dalam Fifth Element. Aku tengok cerita ni pun sebab member aku dah download, so tengok je la. Kang membazir pulak dah download tak tengok.

Wayang?!..Semestinya tidak, tunggu keluar DVD pastu download macam biasa. Jimat pun jimat. Plot ni si Alice(Milla Jovovich) menyambung perjalanan beliau untuk menyelamatkan manusia yang terselamat dari virus. Alice mendapatkan mendapat pertolongan dari seorang kawan yang tidak disangka-sangka. Petunjuk untuk menyelamatkan lebih ramai orang dari dijangkiti virus telah membawa Alice ke Los Angeles. Di LA ni ada perangkap menanti Alice.

Tuesday, May 18, 2010

Makap lebih


Semalam borak-borak dengan mak aku. Pasal CD mak aku beli masa ade event di Kompleks Islam. CD bacaan ayat Al-Quran MP3. Harga RM10. Masalahnya kualiti suara rakaman bacaan Al-Quran tu memang sangat la gagal. Macam jauh sangat bacaan Al-Quran tu dan macam dalam gua pun ada.

Harga CD aku rasa tak sampai dua tiga ringgit aku rasa, lagi-lagi beli dalam kuantiti yang banyak lagi dapat murah. Memang untung besar la penjual CD tu. Yang jual tu ustaz, aku rasa mungkin bukan salah ustaz yang jual tu(bersangka baik). Mungkin orang yang dia upah untuk burn CD tu yang salah. Eh..mungkin tidak(bersangka baik lagi)..

Ingat lagi pasal tafsir al-quran per kata. Kebetulan adik ipar aku ada tinggal barang-barang dia kat rumah aku(cuti semester,kalau duduk kolej bilik kena kosongkan). Aku tak sangka adik ipar aku tu dah beli tafsir quran per kata tu. Pastu mak aku belek-belek dan cakap ini orang jual RM180 ke RM200. Aku macam terkejut la sebab dalam internet RM130(penghantaran percuma).

Memang betul-betul makap lebih..