Showing posts with label kerumahan. Show all posts
Showing posts with label kerumahan. Show all posts

Tuesday, January 13, 2015

Penjagaan Diri & Kediaman dari Gangguan Makhluk Halus.

Asik copy paste je..haha..tapi bunyi guli/perabot bergerak selalu dengar dalam rumah tapi lately dah jarang.

1. Lafazkan assalamualaikum dan Bismillah sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah. Sebab syaitan yg memecah belahkan keamanan keluarga sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke kediaman kita. Lebih bagus beri salam setiap kali masuk ke mana2 pintu ( kecuali bilik air) sebab port2 syaitan kebiasaannya di pintu2.
.
2. Lazimi membaca dan memasang ayat2 suci alquran di rumah.
.
3. Gunakan semua bilik yang ada dalam rumah.
.
4. Tutup tong sampah dan jangan biar sampah berteraburan seperti tulang dll sbb tu semua makanan jin.
.
5. Sebelum maghrib tutup semua pintu dan tingkap. Malam2 elakkan buka pintu atau tingkap sebab angin malam tak elok untuk badan dan kebiasaan sihir dihantar menggunakan jin dan 'kenderaan' jin adalah angin.
.
6. Angkat baju diampaian sebelum maghrib. Yang ini berkait dengan sihir melalui angin. Sesetengah alim ulama akan basuh semula baju yang terhampar pada waktu maghrib dan ke atas.
.
7. Kalau orang yang tidur mengigau sentuh dan kejut dia.
.
8. Tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Kalau tidur telentang, letak bantal atas badan. Orang perempuan bila tidur rambut letak bawah kepala, (jangan lepaskan ke atas bantal.)
.
9. Bagi rumah yang pintu2nya berhadapan dengan pintu2 lain, tutup salah satu dan buka salah satu. Sebab pintu2 yang saling berhadapan boleh jadi laluan makhluk halus.
.
10. Kalau terlupa bagi salam semasa masuk rumah, keluar semula dan masuk balik dengan bagi salam.
.
11. Elakkan ketawa dan bersedih yang berlebihan.
.
12. Elakkan duduk di pintu.
.
13. 'Pagar' rumah setiap hari.
.
14. Selalu2 baca surah Al-Baqarah.
.
15. Selalu alih2kan barang dalam rumah. Jaga suasana baik dalam rumah, jangan buat perkara lalai sebab benda2 macam ini akan tarik perhatian makhluk halus. Jin/syaitan suka berdampingan dengan manusia yang kelalaian.

Friday, June 29, 2012

Cara Mengatasi Harga Rumah Mahal di Pasaran Malaysia

Memandangkan harga rumah sekarang sangat tidak masuk akal. Aku cadangkan korang beli recreational vehicle(RV) tapi tak pasti kalau JPJ benarkan atau tidak. Kalau nak lagi menarik, buat macam Daniel Bond, 28, dan Stacey Drinkwater, 20 pasangan dari UK ni.


Mengambil masa empat bulan dengan kos £11,000. Semoga ini dapat memberikan idea kepada mereka yang tinggal di bandar Kuala Lumpur sana.haha.


sumber dari sini.

Saturday, March 31, 2012

KIP-HOME-MART

Dengar cerita IKEA macam tak jadi buka kat Johor. Tapi jangan risau, patah tumbuh hilang berganti.Semalam merupakan hari pembukaan Kip-HOME-Mart. Sempat rembat satu 3 in 1 vakum cap Pensonic serta daftar ahli Courts. Vakum lama jenama Panasonic ngam-ngam lepas setahun rosak.


Orang punya la ramai, mentang-mentang gaji dah masuk. Padahal semua cuci mata je pun. Kedai belum buka 100%. Yang buka pun masih sedang menjalankan renovasi sedikit. Orang paling semangat adalah bini aku. Habis kedai hiasan dalaman dia masuk serta pamplet simpan so boleh baca kat rumah.

Aku dah dapat bayangkan, balik kerja mesti ada 'tambahan' di rumah. Kemudian bini aku akan senyum kambing sambil peluk-peluk.haha..

Wednesday, January 25, 2012

Rumah Baru


Alhamdulillah semua berjalan lancar.Pergh..Asik cerita pasal rumah, mentang-mentang sudah masuk rumah selalu tersumbat. Semua berjalan lancar terutama sekali Tehcik dan CT. Kucing dua ekor ni sungguh pantas menyesuaikan diri dengan persekitaran baru malah Tehcik sudah ada girlfriend.

Yang masalah adalah sudah lima enam ekor kucing dah perabih makanan Tehcik dan CT. Yang aku geram Tehcik dan CT buat tak tahu je kucing lain makan makanan tu. Buat kerja amal ape kucing aku ni. haha..Pasrah je la. Kalau halau confirm datang balik sebab port kucing tu bawah parit rumah aku. Sebelum masuk rumah pun kucing tu dah jadi 'guard' rumah aku tu.

p/s: petang ini lawan Loders Croklaan.


Monday, January 23, 2012

Pindah Rumah

Memang azab pindah rumah kalau di ingat kembali. fuhhh...aku lebih prefer tengok bini aku beranak dalam labor room dari pindah rumah.

sekian.


p/s: piping rumah baru macam sampah. semua bilik air sumbat. so better overloadkan piping rumah baru anda.

Saturday, January 21, 2012

21 Januari 2012

Dengan rasminya telah berpindah ke rumah baru. Sebaik entry ini dipublish, aku sedang berjuang mengemas rumah. Tugas 'mando' secara automatik jatuh pada tangan bini aku.

Thursday, January 19, 2012

Tips Masuk Rumah Baru


Aku nak share tips untuk mereka yang baru beli rumah baru.
  • Tiles perlu diketuk untuk memastikan ia disimen dengan penuh.
  • Banjirkan bilik air (hingga paras buku lali)anda especially rumah dua tingkat. In case ada leaking.
  • Periksa lubang exit air setiap bilik air. Kalau boleh guna lampu suluh untuk memastikan tiada batu-batu menghalang laluan air.
  • Mark dengan pelekat setiap defect pada rumah.
  • Cuba bandingkan luas rumah contoh dengan rumah anda. Kadang-kadang pemaju ni barua sikit. Luas rumah contoh ni dieorang kasi luas sikit so korang akan rasa berbaloi dengan keluasan rumah and then masa masuk rumah sendiri rasa macam kecik pulak. AWAS.
  • tambah sendiri..LOL

Monday, January 16, 2012

Hasil Misi Hujung Minggu

Bruise right hand. Ingatkan kerja kontraktor repair defect senang, sekali...Semangat membasuh rumah dipatahkan dengan salur tersumbat dengan batu kelikir+simen+mozek pecah-pecah. Hasil kerja hari sabtu sangat mengecewakan.

Kembali pada hari ahad dengan semangat waja untuk keluarkan residue dalam salur toilet master bedroom. Berjaya membaiki salur air tetapi stil masih ada simen degil tidak mahu keluar. Alat yang diguna pakai sudu dan garpu. Ingat nak called kontraktor pemaju tapi ahad dieorang tak kerja so kena buat sendiri sebab nak kejar masa. Cuma tinggal bilik air bawah yang sumbat.

Salur tempat exit kat bilik air rumah aku memang pelik sikit. Biasa yang putih bulat lubang-lubang. Tapi rumah aku macam 'canggih' sikit. Macam ada filter kononnya. Semoga minggu ini dilalui dengan kekuatan luar biasa.

p/s: kepada pembeli rumah di luar sana. Make sure flooded kan bilik air untuk memastikan salur tidak tersumbat atau leaking. sekian.

Friday, January 13, 2012

Misi Hujung Minggu

Phase-phase terakhir dalam proses terakhir pindah murah. Dengan work-load bini yang sudah melimpah kena pada aku thanks to one of the three stooges. Sekarang sudah ada stooge sahaja sebab satu sudah pindah dan satu sudah bersara. Batik Terengganu RM250 anyone?

Dan idea paling bernas stooge itu keluarkan.....Setiap pelajar dalam kelas dikehendaki membeli groceries contoh kelas 1 Usaha setiap pelajar beli satu tin sardin. Kemudian pelajar jual balik separuh harga pada guru. Guru akan 'diberikan' kupon minimum RM10 untuk beli groceries ini. BERNAS bukan? Stooge ini sudah siap tempah barang-barang yang dia mahu.JUALAN MURAH JANGAN LEPAS PELUANG UNTUK BERJIMAT.

Kembali kepada misi aku hujung minggu. Semoga Allah swt berikan aku kekuatan membersihkan satu rumah dan siap sebelum tengah hari. Nak beli Red Bull dua tiga botol rokok 2 3 batang. Hari ini kabinet akan siap pasang.

Tuesday, December 13, 2011

Mesin Pemberi Makanan Kucing Automatik

Sudah seminggu aku guna mesin ni. Sudah tidak perlu hidang-hidang lagi untuk Tehcik dan CT. CT macam biasa memang superdikari. Kalau makanan tu sudah habis dia akan kais sikit so makanan tu akan turun sendiri. Tehcik pula memang makan yang lebihan CT. haha..kesian Tehcik.


Tapi Tehcik pun sudah pandai kais sekarang. Mula-mula nak beli yang guna kuasa elektrik+super canggih tapi dengan tight budjet aku cuba yang murah dulu. Turn out ia sangat berbaloi.



p/s: ada budak kecik tekak western kat rumah.

Thursday, November 17, 2011

Bubur Nasi Untuk Bayi..Terbaikkkk

Setelah setahun dua bulan satu hari bergelar abah. Aku nak share tentang resepi aku buat bubur untuk anak aku. Tiada yang special pun. haha..Mungkin ada sedikit. Tips yang aku nak share adalah untuk memastikan bubur nasi yang di buat itu macam cair di mulut ketika makan. chewaahh..


Rahsianya adalah...biarkan beras di rendam untuk 15-20 minit selepas di basuh. Actually banyak try and error aku buat untuk bubur zaheen. Kadang-kadang bubur terjadi nasi. Tapi setelah 3-4 kali percubaan, berjaya menghasilkan bubur yang lembut. Api juga kena kecil ye tuan-tuan dan puan-puan. Jangan lupa tambah sayur-mayur serta ayam/ikan bilis.

Aku nak cerita pasal rumah pulak. Semalam pertama kali masuk rumah baru untuk check defect. Rasa macam tidak puas hati sebab hasil kerja tidak kemas. Plaster main calit-calit. Tingkap ada yang susah nak ditutup. Ya manusia memang tidak pernah puas tetapi ini hak pengguna. Hasil kerja tidak memuaskan. Nama pemaju bukan main gah, QA/QC tidak buat kerja ke?. Hari ini nak sambung check defect siap bawa camera. Nampak gaya tahun depan baru pindah rumah baru. Aduan ke pemaju akan dibuat. Ingat nak check syiling tapi tangga pulak takde.

p/s: altenatif selain bubur nasi adalah Hulled millet atau lebih dikenali sebagai sekoi. aku ingat sekoi ni makanan burung je.haha..

Wednesday, November 16, 2011

Rabu Tanpa Perkataan #8

Wednesday, October 26, 2011

Rabu Tanpa Perkataan #5


p/s : cashier perempuan PETRONAS Jalan Bacang memang sangat kurang sopan.

Tuesday, October 11, 2011

Dapur


Cantik.

Monday, October 10, 2011

Jualan Kilang - Southern Lion : 11 & 12 November (Johor) 2 & 3 Disember (KL)

Tahu Southern Lion? Ini kilang yang keluarkan ubat gigi Fresh and White, detergen Top, mandian Shokubutsu serta banyak lagi.


Syarikat ini akan mengadakan jualan kilang setahun sekali. Di Johor dan Kuala Lumpur. Mungkin ini jualan kilang pertama aku pergi kat Johor.haha..Mungkin dapat harga lebih murah berbanding di Tesco, Hwa Tai KIPMART atau ECONSAVE.

Tarikh: 11 & 12 November 2011 
Lokasi: Southern Lion Factory Johor Bahru

Tarikh: 2nd & 3rd December 2011 
Lokasi: Southern Lion Marketing Office, KL

Happy shopping.

p/s: rumah sudah layak untuk diduduki. tunggu kunci. idea design sudah mari. mari-mari kita mengundi.

Thursday, September 22, 2011

Dapatkan voucher RM200 dan RM100 untuk peti sejuk dan air-con


Mari-mari..dapatkan panduan untuk mendapatkan voucher RM100 dan RM200 ini.Sebenarnya voucher untuk RM100 untuk air-con dan RM200 untuk peti sejuk. Program ini dinaungi oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).

Hanya perlukan nombor akaun bil elektrik sahaja. Lepas itu boleh check sama ada kita layak atau tidak. Walaupun anda penyewa rumah macam aku, masih boleh apply yang penting ada bil elektrik asal.


Langkah pertama sila ke sini. Untuk pilih Tenaga Nasional Berhad, Sabah Electricity Sdn Bhd atau Syarikat Sesco Bhd. Kemudian untuk penyewa macam aku pilih option pengguna tidak berdaftar. Isi perkara yang perlu dan tunggu keputusan. Cetak voucher untuk peti sejuk dan air-con. Untuk maklumat lanjut sila ke sini.

Yang bawah ni voucher aku. Air-con untuk rumah baru. Memang semangat waja terus berusaha..yakin boleh rakan muda..Peluang macam ini perlu di-grab wahai tuan-tuan dan puan-puan. Bukan senang KERAJAAN nak kasi peluang ini.


Monday, July 11, 2011

Servis Kereta dapat Rumah Impian


Memang gempak tajuk di atas. Sebenarnya Hujung minggu lepas super-pack-action-tired-worthy-weekend. Mari kita mulakan dengan nama Allah swt yang Maha pemurah lagi Maha mengasihani. Sabtu aku sudah deal dengan pengasuh supaya Zaheen hantar sana so that aku boleh berdating dengan bini aku.

Padahal servis kereta je pun. Tapi aku dengan bini aku dapat rasa la pengasuh Zaheen ni super-sangat-keberatan untuk jaga Zaheen masa hujung minggu walaupun aku kerja dan bini aku kena pergi sekolah. Last-last aku terpaksa ambil unpaid(belum confirm so tidak entitled leave). Masa tengah 'dating' kat pusat servis Proton pengasuh SMS anak aku muntah-muntah dan pengasuh aku cakap paling lewat ambil sebelum tengah hari. Jadi la dapat 'dating' dalam pusat servis Proton selama dua tiga jam pun jadi la.


Aku dengan bini aku memang tengah usha rumah dan kebetulan Taman Bukit Dahlia ada rumah tengah naik. Damai phase 2 18x60. Aku jangka rumah tu sempit sebab keluasan sama macam rumah kakak aku kat Scientex. Jangkaan aku meleset. Aku pergi pejabat jualan untuk tengok mana available. Semua tinggal lot tengah OK. Sekali ada open space lot, aku tanya punya tanya...dah ada orang booking, sticker pada lot tu tercabut. Barua. Corner lot idaman aku?!..Ukur baju di badan sendiri. Kalau beli corner memang itu tak boleh..ini tak boleh la jawab nya. Aku tak nak kerja sampai duit perabih kat rumah sahaja. Kena la reward diri sendiri selepas penat kerja.

Tengok showhouse pulak......Memang terus jatuh hati. First aku tengok tandas. Tidak sempit dan tidak terlalu luas. Tandas penting beb, tempat menyambut seruan alam perlu selesa. Mula-mula memang aku nak cari rumah kawasan rumah sewa aku tapi kejadian yang akan aku cerita lepas ini seolah-olah rumah Damai phase 2 is the ONE. Kami kecewa sebab tinggal lot tengah tapi lepas fikir apa penjual rumah tu cakap pasal harga pasaran, kemudahan terus aku tukar fikiran. Ada betul apa yang dia cakap. Kalau nak beli rumah pasti harga rumah tu akan makin naik dan bukan makin turun.

Aku dah tengok rumah 2nd area kawasan rumah sewa aku which is sangat not in good condition. Nak renovate balik, fuh...Personal loan?!..Not a good idea totally. Memang aman tenang kawasan rumah sewa aku tu tapi jauh dari kemudahan. Eh bukan jauh, sangat jauh. Hari Ahad sebelum pergi kenduri kahwin ustaz Ned aku singgah pejabat jualan, ada seorang kakak sambut kami. Bincang di luar pejabat sebab tiada elektrik kawasan Bukit Dahlia. Cerita pasal kami nak open-space lot. Sekali dia masuk pejabat balik. Dia cakap kebetulan ada seorang cancel booking untuk open-space lot. Senyum lebar aku anak beranak. Tidak boleh booking sebab sistem down. Hari ini atau esok boleh book. Hooyeah!!!Memang as if it was meant to be for us. Pergi balik kenduri kahwin ustaz Ned dipenuhi dengan angan-angan nak hias rumah macam mana. Sampai tertidur tu. Tertidur tu bukan aku OK.

p/s: nampak gambar budak dua orang tu? Itu Zaheen dan bakal adik Zaheen.haha..ini bukan aku cakap OK.haha.



Monday, June 20, 2011

Cuci Mata



Semalam lepas majlis cukur rambut anak Biskut, aku anak beranak pergi show house Taman Scientex untuk memenuhi masa lapang di hujung minggu. Sekali tertarik dengan rumah model Lily sebab ada 1 bilik pada ground floor.

Masih ada lagi satu unit untuk corner lot. Akak aku kerja sales kat Scientex tu so senang aku nak dapat info.haha..Masih lagi berkira-kira untuk beli atau tidak...

Pening sekarang!!!...

Tuesday, May 3, 2011

Rumah Terperuk



Aku sekarang tengah usha rumah lelong. Murah, besar dan yang paling penting corner lot. Tapi kawasan rumah ini adalah sangat rural. Rata-rata rumah baru di Pasir Gudang ni kalau tak mahal mesti crowded..eh sangat crowded. Aku kalau boleh nak kawasan rumah just nice la kalau petang-petang lepak minum teh dalam halaman rumah dengan bini sambil menikmati kicauan burung serta suara kanak-kanak..ehh..cucu. haha..

Kawasan rumah lelong tu berdekatan dengan rumah sewa aku cuma belakang sikit. Desperate housewife sangat untuk mendapatkan rumah sebab...Adalah membazir untuk menyewa lebih-lebih lagi aku ada kemampuan untuk beli rumah lelong tu. Kemampuan aku adalah rumah bawah RM150k. Aku tak nak asik 'bertapa' bila sudah ada rumah. Kita perlu pamper diri kita juga. Takkan kerja keras-keras hanya untuk bayar rumah?!..Tak sanggup aku.

Aku sudah terlepas rumah Scientex Impiana lelong harga RM210k(reserved price) di mana harga market adalah RM270k. Bukan rezeki aku barangkali. Bini aku dah mula berangan nak hias dapur..kabinet la..oven la..Berangan free so apa ada hal. haha.. Walaupun rural tapi ada pondok polis dalam taman tu. Simpanan memang cukup untuk bayar 10% dari jumlah harga reserved rumah lelong tu cuma takut ada orang up bid tu.haha..melopong la aku. Rumah angan ku musnah.

Semoga ada petunjuk lepas ni.

Wednesday, March 9, 2011

Skim Rumah Pertamaku



Ini bukan pasal isu Muhyiddin nak tukar Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) kepada Sijil Rendah Pelajaran (SRP) kembali. Ini adalah skim untuk mereka yang ingin membeli rumah baru. Ia telah dibentangkan dalam Bajet 2011.

Laman sesawang SRP ni ni macam tak stabil lagi aku tengok sebab selalu dapat ralat "Service Unavailable". hampir semua bank dalam Malaysia ini terlibat dalam skim ini. Maksimum pinjaman adalah RM220000 tidak silap aku la malam tadi aku baca. Pendapatan isi rumah tidak kurang RM3000 tidak silap aku. Sila ke http://www.srp.com.my/ untuk maklumat lanjut. Untuk sektor swasta sahaja.

Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada bank-bank yang terlibat untuk membeli rumah pertama mereka. Ini sejajar dengan hasrat KERAjaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia. <-- ini aku copy paste dari laman SRP ni.

p/s: melepaskan batuk di tangga.