dunia komputer kucing bosan penin jiwakacau tertekan network hidup duit kawen bini anak cucu cicit akhirat
Friday, August 13, 2010
Tukar Semua Fail Kepada PDF
Penggunaan fail PDF semakin meluas sekarang berbanding pada 1992 iaitu pada zaman ia diperkenalkan. Apa yang menarik dengan fail PDF? PDF adalah singkatan untuk Portable Document Format. Pejabat tanpa kertas, ini adalah impian ketika PDF mula-mula digunakan. Founder Adobe, John Warnock menulis: ‘Bayangkan...mampu menghantar dokumen yang penuh dengan gambar serta tulisan dengan hanya menggunakan emel. Dokumen boleh dipaparkan di mana-mana media elektronik serta dicetak. Kemampuan ini akan mengubah cara pengurusan maklumat.’
Aku memang gagal bab-bab sejarah ni. Untuk tidak membuang masa yang di anggap seperti emas, mari aku ajar kalian cara mudah serta percuma untuk convert apa-apa jenis fail kepada PDF. Adobe ni ada macam-macam produk. Adobe Acrobat ni guna dia untuk PDF. Harga Adobe Acrobat ni USD699(yang paling mahal). Mana nak cekau duit banyak tu?!..Adsense?..Nuffnang?!..Affiliate?!..Tepuk keyboard, cek berapa pendapatan korang.
Sambung balik bagaimana menukar semua jenis fail kepada PDF. Mula-mula muat turun software kat SINI. Ikut arahan yang telah diberikan untuk meng'install' software yang telah diberikan. Selasai meng'install', sila ke Start -> Printers & Faxes. Pastikan ada printer CutePDF Writer sepeti di bawah.
Aku beri contoh tukar dari Notepad kepada PDF. Sila lihat gambar dibawah.
Mudah bukan?!..Langkah adalah sama untuk semua jenis fail ok.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
wow! hebat
thanks
tersedak aku ko cakap hebat.
sharing is caring maa..hehe.
Post a Comment