Tuesday, August 10, 2010

Sungai Dalam Laut

Sempena bulan Ramadhan al-Mubarak, aku nak cerita hal yang islamik. Jadi, bulan ni tiada posting amarah atau yang sewaktu dengannya. Semua post adalah angin sepoi-sepoi bahasa.
Firman Allah, surah Fussilat(فصلت‎) ayat 53 - Nanti akan Kami perlihatkan kepada mereka ayat-ayat (tanda-tanda kekuasaan) Kami di ufuk-ufuk (tepi langit) dan pada dir mereka sendiri, sehingga teranglah bagi mereka bahawa, Al-quran ini sebenarnya (daripada Allah swt). Tidakkah cukup bahawa Tuhan mu menjadi saksi atas setiap sesuatu.

Faham tidak maksud ayat di atas?! Ayat ini memberitahu yang kejadian alam dalam dunia ini telah terlebih dahulu telah diterangkan dalam al-quran. Sebagai contoh pasal sungai dalam laut. Aku pernah dengar pasal ni sejak aku kecil lagi. Masa tu abang aku yang sulong yang kerja kat KL, balik Air Tawar 5 cuti. Masa tu la dia terangkan pasal sungai dalam laut ni. Tapi masa tu aku tak berapa nak ambil port pasal ni sebab masih budak kecil la katakan.Tengok video kat bawah ni.

Fiman Allah, surah Ar-Rahman( الرحمن ) ayat 19-20 - Dia kirimkan (adakan) dua macam laut (masin dan tawar) yang bertemu keduanya. (Tetapi) di antara keduanya ada dinding (sehingga) tidak bercampur keduanya.

Firman Allah, surah al-Furqan (الفرقان) ayat 53 - Dan Dia (Allah swt) yang mempertemukn dua jenis laut, yang sejenis sangat tawar airnya dan sejenis lagi masin airnya, dan Dia adakan dinding dan larangan yang terlarang di antara keduanya.

Air laut masin kerana ia tidak mengalir seperti air dalam sungai. Ia akan berkurang selepas mengewap tetapi zat galian akan tetap tinggal dalam laut. Bila proses ini berulang, zat galian tertinggal dalam laut akan menjadikan laut masin. Sebab tu Laut Mati kat Jordan tu masin yang amat.
Saintis British baru jumpa sungai ke-6 terbesar di dunia bawah Laut Hitam. Sungai Thames pun kalah. Sungai siap ada air terjun tu.

Sungguh menakjubkan ciptaan Allah swt.



3 comments:

laila sanuri said...

subhanallah..terangkan la yg merah + kuning + ijau tu...

ija said...

memang menakjubkan ciptaan Tuhan di atas muka bumi ini

jiwa sifar said...

pelan2 kayuh la LS.hehe.

ija - tahu xpe.mende2 ni sudah lama terkandung dlm quran cuma tak dikaji je.