dunia komputer kucing bosan penin jiwakacau tertekan network hidup duit kawen bini anak cucu cicit akhirat
Showing posts with label realiti. Show all posts
Showing posts with label realiti. Show all posts
Friday, September 20, 2013
Bunuh Diri Sebab Masalah Duit
Sedih? You must be. Baca berita tak pasal ni? Kalau tak main jauh-jauh.Walaupun lain agama dan bangsa tapi keadaan macam ni menyentuh perasaan. Hidup pun susah nak mati pun susah. Tapi aku lagi kesiankan anak beliau yang mati tu. Innocent young girl who know nothing about life lost her life.
Umur baru 5 tahun. Mungkin ada masalah ah long si bapa ni. Rasa nak lempang laju-laju bapa budak ni. Kok ye pun nak mati jangan libatkan anak kau. Kau terjun dari apartment tu pun ok ape. Anak hantar ke JKM. Nyawa tak boleh dibeli dengan duit. She's have a bright future if nurtured carefully.
Kerajaan sepatutnya kasi perang sama itu ah long atau syarikat peminjam wang berlesen ni. Tampal iklan suka hati mak bapak dia kat signboard. Dah menjajau cari arah kalau sesat. Agak dalam bajet 2014 kerajaan akan umumkan apa untuk membantu golongan yang mengalami masalah kewangan? kah. BR1M la jawapannya.
Aku tak sabar pasal pelan tranformasi pendidikan yang menyatakan ingin mengurangkan tugas 'admin' guru. Celah bedah mana dia nak kurangkan sebab PBS ni memang melibatkan kerja 'admin'. Pehal aku nak sibuk? Sebab aku suami seorang guru. Kilang lama aku dapat bonus 4.5 siot. OK tiada kena mengena.
Cuma aku nak share tweet hamba Allah ni. bye dan selamat berhujung minggu.
@HeliconiaWpress called on the media to improve the situation: “Television or radio should play the role to get into the minds of this kind of people in our society, with spiritual approach. Darn, too much showbiz.”
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
11:51 AM
kategori
famili,
kegampangan,
kekeluargaan,
realiti,
xtvt kehidupan
Monday, May 14, 2012
Pembaziran atau Rahmat
Keadaan yang biasa berlaku di Malaysia. Bila VVIP atau VIP datang ke sesebuah kawasan, maka akan terjadi la kesibukan selama seminggu malah sebulan untuk menyambut VVIP atau VIP yang datang singgah sebentar.
Datang untuk menunjukkan yang beliau mempunyai jiwa rakyat. Kalau berjiwa rakyat sangat, kalau lalu jalan tidak perlu polis yang macam gampang guna pembesar suara.."Beri laluan..beri laluan".
Bayangkan kau bersusah-payah buat persediaan menyambut kedatangan VVIP, bila VVIP sampai melihat keadaan sekeliling dan kemudian sambung kembali perjalanan beliau ke tempat lain.
Dari segi rahmat? Banyak kot. Bangunan terbengkalai kembali beroperasi, kemudahan diperbaiki dan bermacam lagi.
Datang untuk menunjukkan yang beliau mempunyai jiwa rakyat. Kalau berjiwa rakyat sangat, kalau lalu jalan tidak perlu polis yang macam gampang guna pembesar suara.."Beri laluan..beri laluan".
Bayangkan kau bersusah-payah buat persediaan menyambut kedatangan VVIP, bila VVIP sampai melihat keadaan sekeliling dan kemudian sambung kembali perjalanan beliau ke tempat lain.
Dari segi rahmat? Banyak kot. Bangunan terbengkalai kembali beroperasi, kemudahan diperbaiki dan bermacam lagi.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
9:40 AM
kategori
malaysia,
pesanan masyarakat,
realiti,
xtvt kehidupan
Saturday, December 17, 2011
Pelajar Malaysia(Ariff Alfian Rosli) Hilang di Dublin Berkahwin Sejenis?
Baru-baru ini terdengar berita pasal pelajar hilang kat luar negara dan ayahnya pula disaman sebab penjamin. Gempar sebab pelajar ini dikatakan berkahwin dengan lelaki di Dublin.
Nama pelajar yang hilang itu adalah Ariff Alfian Rosli. Belajar di Dublin dalam bidang perubatan. Beliau selamat sebenarnya di Dublin cuma akta di Dublin menjejaskan pencarian si Ariff ni. Berdasarkan gambar-gambar di bawah... Nilai sendiri sama ada betul atau tidak.
Nauzubillah...
Nama pelajar yang hilang itu adalah Ariff Alfian Rosli. Belajar di Dublin dalam bidang perubatan. Beliau selamat sebenarnya di Dublin cuma akta di Dublin menjejaskan pencarian si Ariff ni. Berdasarkan gambar-gambar di bawah... Nilai sendiri sama ada betul atau tidak.
Nauzubillah...
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
11:18 AM
kategori
keislaman,
kesiasatan,
realiti,
rumahtangga
Monday, August 8, 2011
Bayi Lahir ketika 23 Minggu Hidup Sihat
Ini bayi lahir ketika 23 minggu atau 5 bulan 3 minggu seberat 1lb 7oz. Ketika lahir sangat la kecil sampai cincin perkahwinan ibu kepada bayi ini boleh masuk pada lengan bayi ini. Tidak percaya?!... Percayalah..hehe..
p/s: makan apa player Man U ni bulan-bulan puasa pun menyetan..haha..
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
8:41 AM
kategori
kekeluargaan,
kekemaskinian,
kesihatan,
realiti
Thursday, July 7, 2011
Piring Astro Menghadap Kiblat?
Aku dapat emel pasal perkara ni. Memang betul sebab aku tengok jiran aku punya Astro
Perkara ini memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.
Sebab itu orang di Mekah semua 99.9% sihat sebab di sana magnetisme sifar. Dan sebab itu umat Islam perlu mengerjakan haji. Ada unsur-unsur menyihatkan di sana. Siapa yang nak pergi Mekah boleh tolong cuba bawa kompas, buat eksperimen jarum kompas tu tunjuk utara selatan atau tidak bergerak.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
9:05 AM
kategori
keislaman,
kekemaskinian,
kesihatan,
pendidikan,
realiti
Monday, June 27, 2011
Cisco Catalyst 2960
Kali terakhir aku configure switch Cisco masa belajar di UM. Lepas kerja hanya dapat configure switch 3COM yang guna terma tag menggantikan vlan yang diguna pakai Cisco. Company baru beli switch Cisco Catalyst 2960 48-port dan aku kena configure sebab aku ada Cert CCNA
Sekarang tengah fahamkan configuration semua switch dalam kilang ni. kena set VLAN, IP interface setiap VLAN serta bermacam lagi. Sangat suka sebab sudah lama tidak asah ilmu configure Cisco switch. Boleh buat video streaming guna switch ni.haha..Video streaming ni CCNP punya lab tapi lecturer aku ni 'ayahanda' dalam komuniti Cisco di Malaysia so Dr Ling(nama lecturer aku) ajar based on pengalaman.
Memang best belajar dengan dia walaupun strict+garang. Aku pernah kena halau dengan Dr Ling ni sebab tidak bawa network cable masuk lab.haha. Tapi aku tidak berdendam dengan dia sebab apa yang dia lakukan adalah untuk kebaikan aku. Sepanjang belajar di UM aku kena halau dua kali. Dengan Dr Ling tu yang kedua, pertama dengan Encik Bad. Masa lepas kena halau tu macam down nak tukar course terus tapi lepas difikirkan balik. Mereka hanya nak aku jadi orang berguna.
Gambar di atas ni 24-port je. Yang aku configure 48-port. Semakin banyak port semakin banyak kerja-kerja configurasi perlu dilakukan..ok ini tipu.haha..
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
10:01 AM
kategori
keITan,
kekerjaan,
pendidikan,
realiti
Friday, June 17, 2011
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Aku rasa mereka ini tiada kerja. Macam mana nak melepasi sekatan ni. Pergi blog Zaini. Aku memang download guna laman yang disekat oleh SKMM. Pelik aku sebab laman perkongsian fail ini juga mengamalkan Copyright. Mana fail yang didapati melanggar Copyright akan di hapus dari sistem berdasarkan aduan.
Yang SKMM macam suka jaga tepi kain orang. SKMM menyatakan yang mereka mengikut undang-undang Malaysia. Tapi si Datuk T penyebar video lucah tu ikut undang-undang mana tidak kena tangkap? Lama tidak dengar Three Stooges tu. Dengan keislaman salah seorang Three Stooges tu pun diragui.
SKMM kalau nak sekat, sila sekat laman porno yang lebih tinggi priority serta lagi banyak berbanding laman file sharing ni. Rapidshare dan Mediafire tidak disekat pulak. Pilih bulu ke atau Rais Yatim ada akaun Rapidshare atau Mediafire?..haha..
“Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 menetapkan bahawa pemegang lesen di bawah AKM 1998 perlu mematuhi sebarang permintaan bertulis dari SKMM untuk membantu SKMM atau pihak berkuasa lain setakat yang semunasabahnya perlu dalam mencegah perlakuan atau cubaan perlakuan sesuatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis Malaysia.
“Sehubungan dengan itu, SKMM telah menerima permintaan dari Bahagian Penguatkuasaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan untuk menghalang capaian kepada beberapa laman sesawang yang didapati melanggar Akta Hakcipta 1987,” petik kenyataan akhbar yang diedarkan menerusi Bernama.
Antara laman-laman yang disekat itu, termasuk:
- ThePirateBay.org
- MegaUpload.com
- FileServe.com
- DepositFiles.com
- FilesTube.com
- Warez-BB.org
- Movie2k.to
- MegaVideo.com
- PutLocker.com
- DuckLoad.com
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
8:35 AM
kategori
kegampangan,
ketidakpuashatian,
malaysia,
realiti,
sekatan
Friday, June 3, 2011
Video Muzik 5 Bintang
Masa penghujung tahun 1990-an, CD porno memang banyak diedar secara terbuka. Ada grade filem porno ni. satu sampai lima bintang. Tapi yang biasa digunakan adalah tiga dan lima bintang. Tiga bintang nampak sebahagian tubuh badan manakal lima bintang nampak seluruh tubuh badan. Tamat perenggan pengenalan.
Kerajaan menganggap Malaysia adalah negara Islam walhal aku hanya nampak Islam sebagai agama rasmi dalam PERLEMBAGAAN yang dibuat penjajah. Tidak lebih dari itu. Provokasi demi provokasi untuk mencetuskan ketegangan agama serta kaum. Baca sahaja Utusan, tajuk utama 'Kristian agama rasmi'. Lancar jihad la kalau Kristian agama rasmi. Pergi jihad di Palestine la dulu.
Ada artis Malaysia semakin galak mempromosikan maksiat. Lagu memang sampah, kosong serta tiada mesej. Memang mendukacitakan si Asmara ni. Tolong la jangan rosakkan akhlak serta moral remaja sekarang yang kebanyakkannya sudah rosak. Amerika sangat video tu. Pengarah video muzik ini pun guna nama watak X-Men, memang padan la berpemikiran Amerika.
Aku tak nak letak klip video tu di sini. Rosak blog aku. Dulu masa zaman sekolah, ramai kawan-kawan aku cakap aku perangai macam setan which is not true yang part setan. Bila keputusan PMR keluar ramai kawan-kawan seangkatan aku tidak percaya tengok keputusan aku yang agak flying colors memandangkan aku di kelas hujung-tidak belajar-main2-foya2. Pengalaman aku belajar nanti aku sambung dalam post lain.
p/s: ada makcik tak nak kalah dalam kilang aku ni. yela, makcik memang lebih terer buat kek dari bini saya.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
9:39 AM
kategori
bencana alam,
keislaman,
kekemaskinian,
realiti
Wednesday, May 25, 2011
Brek Kecemasan
Hari ini nyaris aku langgar kereta. Salah aku? Mari aku terangkan situasi sebenar. Ada kereta dah beri signal untuk masuk jalan aku, so aku off kan NOS motor agar aku tidak cium bontot kereta tu. Kereta ini datang dari bahu seberang jalan. Mungkin dia park untuk punch lepas itu baru cari parking. Instead masuk jalan aku, kereta ini melintang, rupa-rupanya nak masuk parking di bahu jalan kanan aku.WTF.
Masa ni dah berderau dah, brek belakang sampai tayar ngokot sambil mengimbang motor agar tidak jatuh. Motor aku berjaya berhenti 3 4 inci dari bahagian depan kereta tu dan berada di bahu jalan. Rasa macam nak hisap rokok Lucky Strike masa ni. Pengawal keselamatan tempat kerja driver hampir malang ni menjerit memberi amaran. Aku hanya toleh tengok driver kereta itu yang macam tergamam dengan muka sebengis Singa Aslan.
Aku berlalu dari tempat kejadian mengenangkan perlu punch sebelum pukul 8.15 pagi.
p/s: siapa mahu tengok konsert Zainal Abidin boleh beli dengan aku. ntah bila dan di mana konsert tu aku pun tak tahu. memang dasar orang tua tidak sedar diri kaki kikis duit cikgu.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
11:16 AM
kategori
kegampangan,
kemalangan,
realiti
Tuesday, May 24, 2011
Budak Kecik Demam
Sejak dilahirkan, ini demam paling teruk Zaheen pernah endure. Panas semacam badan masa pagi, lepas kasi ubat baru reda sikit panas tu. Semalam pergi klinik, doktor cakap kalau tangan kaki rasa bahang, suhu badan dalam 37-38 darjah celsius.
Tapi kalau tangan dah sejuk itu perlu cepat-cepat hantar pergi klinik sebab mungkin suhu badan sudah sampai 39 darjah celsius. Esok bini aku sudah mula induksi, dengan Zaheen tidak berapa nak sihat. Harap semua berjalan lancar dan bini aku lulus induksi tu yang habis pukul 11 malam.
Nasib tiga hari je. Itu pun ada cikgu 'otai' mempertikaikan induksi sekarang. She's from my neighborhood. Cikgu 'otai' ni cakap dengan berlagak yang dia dulu sebulan induksi..bla..bla..bla..tengok akak sekarang dapat APC..bla..bla..bla..semangat kenegaraan kuat..bla..bla..bla..eh yang APC tu aku saja tambah. Ala kroni boleh la. Subjek akak tu kacang kuda je tapi peratus lulus menurun dan salahkan pelajar. Tapi APC dalam genggaman.
Dan lepas induksi, DG48 nak buat BTN untuk semua cikgu. Aku memang tidak benarkan bini aku pergi. Dan kalau DG48 itu paksa juga, terpaksa aku 'turun' padang. Nak ajar DG48 tu langit itu tinggi atau rendah. Such pain in the arse DG48 ni. Nak pergi haji pun buat perangai lagi. Nanti masa dah nak berangkat sibuk mintak maaf sampai nangis-nangis basah satu badan dengan air mata. Dey andartu, luka kalau sembuh pun still ada parut tau..tau..tau!!..
Selagi orang pemikiran sempit seperti andartu dan cikgu 'otai' ini wujud, JAHANAM semangat cikgu baru untuk mengajar anak bangsa. Akhir sekali sama-sama kan kita doa anak aku sihat sebelum bini aku berinduksi. sekian.. wassalam.
p/s: hari guru kena paksa-rela jual telur pindang. Lepas ini tidak pasti jualan apa yang bakal menyusul.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
8:54 AM
Friday, May 20, 2011
Arnold Schwarzenegger gagal mengawal NAFSU batin
Aku mula kenal Arnold ni dalam filem Terminator pertama. Masa ni otot serta biceps Arnold masih bergetah. Gabenor California ni sudah jadi duda sekarang. Alasan penceraian adalah Arnold mempunyai seorang anak luar nikah hasil hubungan otot beliau dengan perempuan lain 10 tahun lepas.
Berdasarkan laporan akhbar, gambar di bawah adalah menunjukkan dengan siapa Arnold curang serta hasilnya. Bini punya la solid tapi masih nak curang. Harap badan je gagah tapi nafsu pun tak boleh nak kawal. haha..
p/s: tajuk memang tak boleh blah. ala-ala Harian Metro tak?..haha..
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
10:03 AM
kategori
kekemaskinian,
realiti
Thursday, May 19, 2011
Bukan Guru Sahaja Yang Kecewa
Kira-kira 400,000 guru kelas biasa kecewa dengan pengumuman kerajaan pada Hari Guru baru-baru ini yang hanya membawa berita gembira kepada 2,000 guru besar dan guru penolong kanan yang akan menikmati kenaikan gaji mulai awal tahun depan.
Harapkan pagar, pagar makan padi...
Ramai di antara kita masih mengharapkan kerajaan memberikan insentif baru yang terbaik untuk para guru yang jadi pengajar kepada anak-anak kita. Guru yang memberi sinar kepada anak-anak kita, guru yang bakal membentuk anak kita. Jika bukan anak kita sekalipun, sekurang-kurangnya anak bangsa kita.
Walaupun ramai di antara kita yang telah sedar betapa kerajaan hari ini sememangnya tidak lagi boleh diharap, masih ada rakyat yang menaruh harapan kepada kerajaan yang telah diundinya dalam beberapa pilihanraya terdahulu.
Tanpa mereka sedar bahawa selagi Barisan Nasional menjadi nyawa kepada kerajaan pusat, mereka hanya melakukan sesuatu yang berlandaskan nilai anjakkan political milage yang melanggar ke hadapan tanpa mempeduli nasib rakyat. Asalkan ia dilihat langkah menjadi juara rakyat, walaupun menyediakan permaidani bertatahkan emas, walaupun mempersiapkan tirai yang bertatahkan batu permata, namun ia tidak mampu menutup bau busuk berupa niat jahat yang ada dalam setiap pemberian kerajaan pemerintah hari ini.
Sempena hari guru edisi 2011, kita didendangkan dengan insentif hebat kenaikkan gaji dan elaun para guru. Kita bersyukur tanpa mengetahui ceritera sebenar di sebalik berita gembira yang dicanang regim 1Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Gegak gempita berita gembira yang didengar dari corong-corong radio-telivisyen rupa-rupanya indah khabar dari rupa.
Daripada hampir setengah juta rakyat sederhana negara ini yang mengambil tanggungjawab mengangkat martabat bangsa dengan memilih guru sebagai profesyen, berita gembira yang dikhabarkan hanya meliputi 2 ribu tenaga pengajar yang telah sedia berjawatan yang mempunyai gaji yang serba lumayan. Daripada 4 ratus ribu guru, hanya dua ribu sahaja yang diraikan. Bukankah lebih indah jika dari 4 ratus ribu, dua ribu sahaja yang tidak dirai kerana telah mempunyai gaji yang tinggi?
Pengumuman kerajaan pada tanggal hari guru baru-baru ini sebenarnya meraikan kenaikkan gaji guru-guru besar dan guru yang berjawatan penolong kanan mulai awal tahun depan. Beritanya dikhabar seumpama untuk semua para guru, tetapi sebenarnya ia seolah-olah diumumkan sedemikian rupa, mengaburi mata segelintir rakyat kurang celik. Guru biasa tetap guru biasa, tiada kenaikkan yang luar biasa. Jadi di manakah slogan juara rakyat kalau bukan ianya lebih sesuai dislogankan sebagai penipu rakyat?
Ini bukan kes pertama penipuan kerajaan terhadap rakyat negara ini. Bab harga minyak, bab jualan kereta kebangsaan di luar negara, bab pengurangan subsidi yang sepatutnya menjadi hak milik mutlak rakyat, bab rasuah sana-sini, bab porno, bab dwi-standard dan macam-macam bab lagi tidak terkira. Tapi lebih menyedihkan apabila kerajaan tergamak memilih bab meraikan guru-guru di Malaysia ini dengan satu permainan yang akhirnya diterjemah sebagai penipuan. Lantas ratusan ribu guru kecewa!
Kita tinggalkan perihal guru, kita masuk satu lagi bab iaitu fasal langkah kerajaan memperkenalkan GST tidak lama lagi. Tahukah saudara-saudari bahawa kerajaan telah mencadangkan agar GST diperkenal dan sebagai galang ganti, peratusan cukai pendapatan akan dikurangkan. GST adalah cukai pukul sama-rata di mana semua rakyat tidak kira yang bergaji ratusan ringgit sebulan tidak terlepas dari membayar cukai GST. Dalam masa yang sama, pembayar-pembayar cukai yang bergaji melebihi 3 ribu sebulan akan sedikit lega dengan pengurangan peratusan cukai pendapatan.
Tidak diketahui apakah puncanya kerajaan memilih langkah seperti ini untuk sebuah negara yang telah mula menampakkan perbezaan jurang pendapatan di antara yang kaya dan yang miskin. Langkah seperti ini bisa menjarakkan dua kasta ciptaan 1Malaysia.
Fahami betul-betul langkah kerajaan yang bakal menjerut leher rakyat kebanyakkan. Cukai pendapatan hanya laku untuk mereka yang bergaji 3ribu ke atas. Walaupun gaji 3 ribu, jika ada tanggungan ramai, kemungkinan bebas dari membayar cukai pendapatan. Tetapi untuk yang bergaji besar melebihi 5 ribu, hinggakan ada yang bergaji berbelas ribu sebulan, mereka biasanya tidak terlepas dari dikejar pengutip cukai pendapatan dari Lembaga Hasil.
Jika GST pula dilaksanakan, jangan kata orang yang bergaji bawah 3 ribu, bawah 2 ribu ataupun bergaji ratusan ringgit sebulan, malah mereka yang tidak bergaji pun akan dikenakan cukai!! Itulah GST - cukai pukul sama rata !!
Justeru itu, apakah kerajaan sanggup mengurangkan jumlah cukai yang dikutip dari rakyat kelas atasan, cukai yang dikutip dari golongan bangsawan negara, demi untuk mendedahkan 20juta rakyat kebanyakkan kepada cukai GST?
Inilah yang dikatakan golongan kaya-raya semakin mendapat tempat dalam negara kapitalis Malaysia. Golongan berada telah sebenarnya diberi keutamaan dari segi protokol dan sebagainya. Kini mereka diberikan kelegaan cukai demi untuk mengheret rakyat terbanyak ke dalam kancah pembayaran cukai yang dinamakan GST!!
Sama jugalah kesnya seperti kenaikkan gaji para guru berjawatan guru besar dan penolong kanan. Mereka pada asalnya telah bergaji besar bersama elaun yang tinggi, diraikan lagi dengan kenaikkan gaji. Gejala seperti ini berlaku di semua peringkat dalam kerajaan, berlaku juga dalam syarikat-syarikat gergasi, syarikat GLC dan juga dalam banyak sektor kewangan.
Ia mendedahkan negara Malaysia kepada sistem, yang kaya semakin kaya, yang miskin tidak terbela nasibnya. Masihkah anda mahu memberi peluang kepada Barisan Nasional untuk terus memerintah? Jika anda kaya itu tak mengapa, anda memang akan terbela. Tetapi bagaimana jika nasib anda kais pagi makan petang??
Ingatlah, mungkin kita telah selamat mempunyai pekerjaan yang dibayar gaji lumayan. Mungkin kita agak sempurna dalam bidang pekerjaan, mungkin kita bukanlah orang yang bekerja makan gaji di restoran makanan segera, bukan bekerja di syarikat pengusaha lebuh raya, bukan pemandu teksi sepenuh masa. Tetapi bagaimana nasib sanak saudara? Bagaimana nasib anak bangsa yang bakal merempat jika inilah sistem yang diterapkan oleh regim Barisan Nasional kepada pengundi-pengundinya. Fikir-fikirkanlah...
Kerajaan yang ada pada hari ini, bukanlah sebuah kerajaan yang boleh diharapkan. Namun, jangan memutus harap untuk bersama menaikkan sebuah kerajaan rakyat yang berteraskan kebajikkan untuk rakyat. Namanya juga, Kerajaan Rakyat, kerajaan untuk rakyat...
Kepada guru-guru, jangan lupa membelek BUKU JINGGA jika berpeluang. Kerana jasa anda sebagai guru akan terbela sekiranya isi buku tersebut dilaksana.
EDYES @ edyesdotcom.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
11:18 AM
Tuesday, May 17, 2011
Berita Baik Untuk Guru
Sehari sebelum sambutan hari guru, Muhyiddin melakukan suprise dengan menyatakan ada berita gembira untuk guru. Dengan muka serius dan selamber, beliau menyuruh wartawan untuk tunggu.
Dan bila masanya sudah tiba...ini 'berita baik' yang di pukul canang. Aku copy paste cari blog 1Malaysia.
Pendapat aku..Ini hanya berita baik untuk 'pihak pentadbiran' sekolah. Aku tidak nampak celah bedah mana berita baik untuk guru-guru muda yang tiada pangkat mahu pun kuasa. Aku rasa pihak pentadbir sekolahBismilLahirRahamanirRahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.Para guru yang dirai dan dimuliakan sekalian,
- Pada hari yang bermakna ini, saya ingin mengambil peluang sebagai Perdana Menteri Malaysia juga bagi pihak kerajaan, rakyat, diri saya dan isteri untuk mengucapkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada para guru. Hari ini merupakan hari kita meraikan serta memberi pengktirafan kepada mereka.
- Sesungguhnya, jasa mereka yang begitu besar, budi mereka yang ditabur serta khidmat bakti mereka kepada negara tidak mungkin akan dapat diimbal dengan seadilnya. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu memberikan ganjaran setimpal.
- Hakikatnya, sejarah pembangunan Malaysia dilakar melalui kalam para guru, ia disuburkan hasil jerih payah dan pengorbanan warga pendidik di bilik-bilik darjah dan padang-padang permainan. Sebetulnya lagi, sebuah negara yang maju, sebuah tamadun yang hebat, tidak mungkin terbina tanpa insan yang bergelar guru.
- Hari ini, di setiap ceruk rantau negara, para guru tanpa mengenal penat lelah senantiasa membawa cahaya harapan kepada anak-anak Malaysia. Para gurulah yang membuka pintu gedung ilmu pengetahuan, membolehkan penerokaan khazanah minda seterusnya mengoptimumkan potensi modal insan negara.
- Setiap kejayaan nasional dari transformasi negara pertanian berpendapatan rendah kepada negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi, tercatat di celah-celah lipatan kudratnya para guru. Begitu juga lompatan transformasi berikutnya ke arah negara maju berpendapatan tinggi memerlukan sentuhan para guru sesuai dengan tema sambutan tahun ini “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”.
- Lantaran itu, menyedari bebanan tugas dan pengorbanan yang telah dibuat para guru, maka kerajaan telah memutuskan untuk menambahbaik skim perkhidmatan Guru Malaysia. Sehubungan itu, sukacita saya maklumkan kerajaan telah bersetuju bahawa:
- Sebagai kesinambungan kepada keperluan transformasi kecemerlangan dalam Perkhidmatan Perguruan dan dalam memartabatkan profesyen keguruan
di samping mengambil kira keunikan fungsi tugas guru, kaedah kenaikan pangkat khususnya time-based perlu diberi nafas baru.- Kerajaan mendapati sekarang ini, majoriti guru yang bertungkus lumus di bilik darjah hanya akan mengakhiri perkhidmatan mereka cuma pada Gred DG48 setelah sekian waktu menabur bakti selama 25 tahun. Makanya, kini sampai masanya laluan kerjaya guru ditambah baik demi memastikan mereka yang membentuk modal insan negara diberi pengiktirafan dan ganjaran sewajarnya.
- Oleh yang demikian, Kerajaan memperkenalkan kaedah baru kenaikan pangkat khusus kepada guru yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran atau PDP yakni Guru Wibawa dan Pendeta Guru di mana guru akan dikategorikan mengikut empat lapisan jawatan Pertamanya: Guru Biasa, keduanya: Guru Kanan, ketiganya: Guru Wibawa dan keempat: Pendeta Guru. Jelasnya, pewujudan empat lapisan jawatan tersebut akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.
- Selain itu, melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru ini, laluan kerjaya guru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan sehingga mencapai ke gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan.
- Satu lagi berita baik bagi mereka yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan, mereka boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara. Namun, untuk guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan. Untuk ini, Kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak 100% dengan menambah jumlah sebanyak 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru.
- Selanjutnya, sebagai membuktikan lagi kesungguhan Kerajaan dalam memartabatkan profesyen keguruan, Kerajaan bersetuju untuk menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan. Manakala, semua Guru Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum Sekolah Menengah Gred DG44 dinaikkan ke Gred DG48 akan melibatkan 6,585 jawatan. Seterusnya, semua GPK Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum di sekolah rendah Kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan sejumlah 99 jawatan.
- Khabar gembiranya Insyaallah, tarikh kuat kuasa pelaksanaan semua perubahan yang dinyatakan tadi akan bermula pada 1 hb Januari 2012.
Para guru yang dimuliakan sekalian,- Begitulah, betapa pihak kerajaan amat memandang tinggi profesyen keguruan di negara ini. Hakikatnya, setiap seorang daripada kita tidak kiralah sama ada beliau seorang Pemimpin, Pentadbir, Doktor, Peguam, Akauntan, Jurutera, Ahli Sukan atau apa jua pun kerjayanya, telah terasuh dan dibimbing oleh insan yang bernama guru.
Pujangga bermadah:Guru umpama kandil yang terang menyala, Suluh cahayanya penerang jalan, Sepatah kata dijadikan pelajaran, Segumpal pesan dijadikan pedoman, Ilmu dicurah mengorak alam terkembang.- Akhir kata, mudah-mudahan para guru sekalian terus ikhlas dan bersemangat menabur jasa serta khidmat bakti kepada anak-anak watan demi sebuah Malaysia.
Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Kerja banyak 'dilontar' kepada guru bawahan especially guru baru dengan alasan guru 'otai' sudah pernah buat semua. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing...bukan berat engkau yang pikul, ringan aku yang pikul. Cakap je kerajaan sudah tiada bajet untuk melaksanakan PTK untuk guru di mana yang akan mudah lulus ujian ini adalah guru-guru 'bergetah'.
Lagi satu, kalau nak dibandingkan jumlah guru 'mentadbir sekolah' dengan guru 'betul-betul' mengajar aku rasa guru 'betul-betul' mengajar lebih ramai dari guru 'mentadbir sekolah'. Aku meroyan sebab ada kezaliman berlaku di sini. Korang boleh tanya pengetua atau GPK waktu PdP mereka ada berapa..Apa subjek yang di ajar mereka? 99% aku jamin dieorang tidak mengajar subjek 'kritikal'.
sekian.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
8:41 AM
kategori
kegampangan,
kepolitikusan,
kerja,
ketidakpuashatian,
pendidikan,
realiti
Wednesday, April 20, 2011
Soal Jawab
Pelajar: Cikgu, apa kerja sultan dan raja zaman sekarang? diorang keje apa sampai kaya raya n banyak duit.?
Cikgu: [sila jawab sendiri ye pembaca]
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
10:22 AM
kategori
kepolitikusan,
ketekaan-ketekian,
realiti
Monday, April 4, 2011
Drama Melayu
Memang betul apa yang berlaku dalam TV tu berlaku dalam masyarakat Meleis seperti yang dilakonkan Meleis. Adakah mungkin Meleis terpengaruh dengan drama sebegini?
Aku harap TV di Malaysia menghentikan drama-drama yang negatif, tiada mesej serta tiada nilai-nilai murni. Aku ingat nak sambung balik newsletter SPIKE aku yang officially launch masa aku tingkatan dua. Master copy ada pada aku..rasanya.
p/s: Travelmate 3210 aku tidak mampu tampung 2GB RAM, aku ada RAM laptop 1GB dan 256MB PC4200S untuk di let go.sekian.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
11:03 AM
kategori
kegampangan,
kekeluargaan,
realiti,
travelmate 3210
Tuesday, March 29, 2011
Resepi Coca-Cola Terbongkar?
Resepi Coca-Cola ni bini aku tidak cuba lagi sebab...OK baca dulu sampai bawah. Ada yang mengaku telah menjumpai resepi Coca-Cola. Dalam resepi itu, Coca-Cola ada mencampurkan alkohol dalam Coca-Cola.Wootttttt..Rancangan This American Life mendakwa mereka telah menjumpai resepi ini di dalam buku nota kepunyaan kawan kepada John Pemberton(tuan punya resepi coke untuk Coca-Cola).
Resepi ini mungkin dijumpai sebelum atau selepas Coca-Cola berada di pasaran sekitar tahun 1886. Ini bukan resepi Coca-Cola yang berada di pasaran sekarang tetapi mungkin bahan-bahan asas untuk Coca-Cola. Sebenarnya ada cara lain untun tahu bahan-bahan yang terkandung dalam sesuatu makanan atau minuman. Guna chromatograph gas pun boleh walaupun tidak 100% tepat tetapi close enough that you're in the ballpark.
Pernah dengar Coca-Cola ni boleh diguna untuk cuci mangkuk tandas sebab ia mempunyai sifat menghakis. Pernah jugak aku cuba simbah Coca-Cola 1.5 liter dalam mangkuk tandas rumah sewa dan biar selama beberapa minit. Lepas tu flush, sama je tak bersih juga. Ke hasil kumuhan budak rumah sewa aku masa tu sangat kental?haha..bangang.
Resepi dalam bahasa penjajah:
Fluid extract of Coca: 3 drams USP
Citric acid: 3 oz
Caffeine: 1 oz
Sugar: 30 (unclear quantity)
Water: 2.5 gal
Lime juice: 2 pints, 1 quart
Vanilla: 1 oz
Caramel: 1.5 oz or more for color
The secret 7X flavor (use 2 oz of flavor to 5 gals syrup):
Alcohol: 8 oz
Orange oil: 20 drops
Lemon oil: 30 drops
Nutmeg oil: 10 drops
Coriander: 5 drops
Neroli: 10 drops
Cinnamon: 10 drops
p/s: sudah lama tidak merasa sakit cabut gigi sejak darjah satu.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
9:27 AM
kategori
kekemaskinian,
kemakananan,
kesiasatan,
realiti
Tuesday, March 15, 2011
Bangang
Hanya nak cakap...
Jari tengah untuk pembantu makmal dan pentadbiran sekolah kesayangan isteri aku.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
8:49 AM
kategori
kegampangan,
ketidakpuashatian,
realiti
Monday, March 14, 2011
Kartunis Berita Harian Mempermain Musibah Menimpa Jepun
Kalau dah nama Berita Harian, memang aku banned. Dulu masa kecil-kecil aku selalu tunggu arwah abah aku balik dari ngeteh pagi untuk suratkhabar Berita Harian. Kartunis ni bernama Bengkung Pelangi. Mentaliti di paras 'gagal'. Editor Berita Harian memang ba nga alif nga.
Nak humor pun agak-agak la. Tidak pernah rasa ditimpa bencana alam, aku yang kena tempias bencana alam ni pun rasa how devastated it is.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
8:30 AM
kategori
jepun,
kepolitikusan,
ketidakpuashatian,
realiti,
tsunami
Thursday, March 10, 2011
Ceriakan Hari Anda Dengan Video Ini
Aku selalu tengok video ni berkumandang kat MHI. Sempoi habis. Yang pakai topi tu nama dia Azmyl Yunor dan yang putih macam aku tu Ezra Zaid. Tahniah kepada mereka dan kawan-kawan mereka yang terlibat dalam video ni.
Ada jugak video pasal si Jho. Ala yang party dengan Paris Hilton tu. Memang gampang lawak especially part dieorang curah-curah Kickapoo macam kat F1 lepas menang lumba.haha.
p/s: boleh masuk Juara Lagu ni.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
8:41 AM
Tuesday, March 8, 2011
Saman Ekor
Sejak orang berebut-rebut bayar saman, adakah anda tahu?
Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.
Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan
Hak terhadap harta.
(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
(b)Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.
Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.
Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.
Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan.
JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50.
Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah.
Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.
Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran.
Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawab tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan.
Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya. Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010. JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman.
Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI 3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?
Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:
a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.
b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.
c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.
Tahukah anda hanya 700000 saman dibayar pada tempoh lanjutan pembayaran saman?
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
8:37 AM
kategori
aduan,
JPJ,
keduitan,
kegampangan,
ketidakpuashatian,
penipuan,
realiti
Subscribe to:
Posts (Atom)




















