Beberapa hari yang lepas ketika aku balik dari kilang ternampak seorang makcik tua melintas jalan. Aku rasa umur dalam 50-an. Di seberang jalan pula kelihatan seorang pakcik tua berbasikal muda..eh...baru. Umur dalam 50-an juga. Suami isteri kot. Si suami menyambut isteri dengan basikal je.
Terus terfikir masa depan apa yang akan terjadi pada aku ketika usia aku seperti makcik dan pakcik tua tu. Sempat ke aku tiup lilin yang berjumlah 50 batang(hari lahir aku lilin sebatang pun tak pernah tiup apa lagi 50 batang)?!..Dari bina Menara Warisan Merdeka 100 tingkat yang ntah apa-apa baik la duit(RM5 billion dan mungkin melebihi RM10 billion) tu diguna untuk membela warga-warga emas di Malaysia ni.Tak pun bonus untuk kakitangan kerajaan.haha..untung bini aku. Duit banyak tu boleh buat PTPTN jadi biasiswa, rakyat pendalaman, miskin tegar, pendidikan serta sanyak lagi. Menara tu boleh membantu rakyat Malaysia ke?
Cukai jalan motor aku mampus hari ini aku rasa. Semalam baru lepas tukar tayar TT900 80/90 tubeless, minyak hitam Castrol(ada gambar Christiano Ronaldo) serta lining brek belakang. Aku dengar cukai motor naik?!..Barua punya Najib. Aku beli motor cash pun cukai mahal lagi.
Akhir sekali...
dunia komputer kucing bosan penin jiwakacau tertekan network hidup duit kawen bini anak cucu cicit akhirat
Friday, October 29, 2010
Warga Emas di Menara Warisan Merdeka
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
9:07 AM
kategori
kepolitikusan,
xtvt kehidupan
Tuesday, October 26, 2010
lebih dari perkataan
owh..ayat di atas dalam bahasa omputeh "More than words". memang gagal Google Translate ni.haha.
Kebanyakkan lagu kumpulan Hujan membawa aku memori kerja dan tinggal di Nilai. sebak la pulak rasa.(sejak dapat anak aku macam gembeng la pulak..haha..). Aku ada certain lagu yang akan membawa aku ke zaman silam. Lagu Wali Band - Cari Jodoh selalu aku pasang volume penuh lepas balik kerja masa kat Nilai.
Lagu ini juga secara rasmi menjadi lagu tema rumah sewa aku dan rakan serumah aku. Owh..memori di Nilai aku meliputi kucing, KLIA, nasi ayam bakar, cewek-cewek Indonesia. Kalau aku ada rezeki aku macam nak beli rumah kat Bandar Baru Nilai tu. Tapi semasa awal-awal aku pindah Nilai....Aku ingat lagi masa tu hari pertama aku kerja kat Nilai..petang pulak dapat panggilan dari abang aku abah aku masuk hospital sejak pagi...dan maghrib tu dapat lagi panggilan abah aku sudah pergi tidak akan kembali........
Astaghfirullah....baru aku teringat tarikh abah aku kembali ke rahmatullah(12 Zulkaedah 1429) hampir dengan tarikh lahir Nurul Zaheen(8 Zulkaedah 1431).............................................................Al-Fatihah kepada Allahyarham Raspani bin Dar..sudah dua tahun...
Bapanya mahukannya jadi seorang askar,
Bukan cita-citanya,
Bukan impiannya.
Bukan cita-citanya,
Bukan impiannya.
Dia terlalu muda tuk tinggalkan keluarga,
Bila tiba masanya,
Pilu mula terasa.
Bila tiba masanya,
Pilu mula terasa.
Berkecamuk hati,hatinya sendiri,
Persoalannya kini,sampai bila mampu ku bertahan,
Mampukah ku bertahan?
Persoalannya kini,sampai bila mampu ku bertahan,
Mampukah ku bertahan?
Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.
Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.
Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.
Beginikah selalunya cinta,
Diakhiri sengsara,
Setelah dicurahkan semua.
Diakhiri sengsara,
Setelah dicurahkan semua.
Cuba ku dalami,
Sampai termimpi mimpi,
Namun apa yang ku jumpa,
Semuanya sama.
Sampai termimpi mimpi,
Namun apa yang ku jumpa,
Semuanya sama.
Berkecamuk hati,hatinya sendiri,
Persoalannya kini,sampai bila mampu ku bertahan,
Mampukah ku bertahan?
Persoalannya kini,sampai bila mampu ku bertahan,
Mampukah ku bertahan?
Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.
Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.
Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.
Ini semua dugaan Nya
Kebanyakkan lagu kumpulan Hujan membawa aku memori kerja dan tinggal di Nilai. sebak la pulak rasa.(sejak dapat anak aku macam gembeng la pulak..haha..). Aku ada certain lagu yang akan membawa aku ke zaman silam. Lagu Wali Band - Cari Jodoh selalu aku pasang volume penuh lepas balik kerja masa kat Nilai.
Lagu ini juga secara rasmi menjadi lagu tema rumah sewa aku dan rakan serumah aku. Owh..memori di Nilai aku meliputi kucing, KLIA, nasi ayam bakar, cewek-cewek Indonesia. Kalau aku ada rezeki aku macam nak beli rumah kat Bandar Baru Nilai tu. Tapi semasa awal-awal aku pindah Nilai....Aku ingat lagi masa tu hari pertama aku kerja kat Nilai..petang pulak dapat panggilan dari abang aku abah aku masuk hospital sejak pagi...dan maghrib tu dapat lagi panggilan abah aku sudah pergi tidak akan kembali........
Astaghfirullah....baru aku teringat tarikh abah aku kembali ke rahmatullah(12 Zulkaedah 1429) hampir dengan tarikh lahir Nurul Zaheen(8 Zulkaedah 1431).............................................................Al-Fatihah kepada Allahyarham Raspani bin Dar..sudah dua tahun...
Monday, October 25, 2010
Tips dari abah newbie
- Bayi yang baru lahir tu lebih afdal masa dimandikan tidak menggunakan sabun atau guna sabun "Tak pedihkan mata".
- Jangan biarkan bayi lama-lama dalam air ketika mandi kerana boleh menyebabkan selsema atau kembung.
- Pusat bayi tidak perlu letak bedak antiseptik ke Dettol ke. Cukup dibersihkan dengan spirit yang hospital bekalkan.
- Pusat anak aku sudah tanggal pada hari kelapan - ok ini tiada kena mengena dengan tips newbie.
- Masa mandi tu rajin-rajin geletek tapak kaki bayi. Ia meransang otak bayi.
- Bayi akan merengek jika berada dalam keadaan tidak selesa(pampes sudah penuh atau poop atau kembung perut..aku sudah tukar pampes anak aku..sunbath sudah..waterbath je belum) dan lapar mahu susu cap gantung.
- aku dah tidak tau nak post apa kat blog ni..haha..sekian.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
10:30 AM
Thursday, October 21, 2010
Islamic Fashion Festival?
Ini memang bikin panas. Wahai Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, isteri engkau Datin Paduka Seri Rosmah Mansor memang gampang!!..Islamic Fashion Festival jadah nya. Tidak habis-habis suka menjahanamkan Islam. Udah-dah la tu.
Berikut adalah PUNAHSIHAT festival sekular si Rosmah rambut pintu gerbang. Datuk K pun ada..Macam-macam ada.
Berikut adalah PUNAHSIHAT festival sekular si Rosmah rambut pintu gerbang. Datuk K pun ada..Macam-macam ada.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
2:35 PM
kategori
kegampangan,
keislaman,
kepolitikusan
Wednesday, October 20, 2010
Teman Isteri Bersalin..ada beran?
Memang pengalaman yang....priceless. Bukan semua orang senang nak bersalin. Aku pun geram tengok orang yang buang anak tu rileks buang anak sepah-sepah. Tau 'sedap' je. Hasil 'kesedapan' tu dibuang macam sampah. Lain orang lain fesyen bersalin dia.kihkihkih..Isteri aku perlu 9 jam 17 minit untuk selesai bersalin. Lama?!..Owh ada lagi lama dari aku ok.<- ayat tak nak kalah..
Aku nak cerita kronologi aku teman isteri aku bersalin di HSI. Aku ringkaskan sebab aku tau lepas isteri aku lepas pantang mesti update pasal perkara ini. Doktor kat wad bersalin HSI tu salah seorang adalah kawan satu dorm aku di SMKA. Aku katil bawah dia katil atas, nama doktor tu Nadz. Kebetulan dia minggu itu ditugaskan di wad bersalin. Sila jangan get the wrong idea ok..Terus aku kenen-kenen minta doktor perempuan sambut bayi aku dan aku berjaya..hee.
8.00 malam, admit ke wad bersalin..yup terus ke wad bersalin ok. Bukaan 3cm. Masa aku beberapa minit teman bini aku dalam bilik bersalin tu.....Terus dengar orang bersalin menjerit..OK seriau sekarang!!!...Tapi aku rileks(padahal jantung dah nak gugur, nak teman isteri punya pasal). Nurse inject ubat tahan sakit yang tidak berapa boleh tahan sakit pada isteri aku. Lepas tu nurse masukkan ubat apa kejadah ntah untuk membantu membuka laluan melalui tangan kanan.
Beberapa jam selepas itu, sakit contraction sudah mula memberi kesan terhadap isteri aku dan ini berlarutan selama beberapa jam sebelum bersalin. Tapi masa anak aku keluar je dia tidak terus menangis sebab tertelan banyak air ketuban. Lepas nurse keluarkan air ketuban melalui tiub baru dia menangis. Pertama kali aku menangis kegembiraan...Cis ego jantan ku tercalar..haha..Pukul 5 laluan sudah terbuka sepenuhnya dan tepat 5.17 pagi, aku secara rasmi adalah seorang ABAH.
Tapi masa anak aku keluar dari rahim tu, nurse terus letak atas perut isteri aku. Aku memang terkejut. Nasib tak terlompat atas katil. Kebanyakkan tenaga isteri aku hilang semasa menahan sakit contraction tu. Tapi alhamdulillah semua selamat. Apa lagi nak cerita ek?!...
Nama anak aku Nurul Zaheen = cahaya intelligent. Nak juga speaking London. Berat masa keluar 3.81kg dan sepatutnya isteri aku kena operate tetapi berjaya bersalin normal.
p/s: melepas tarikh 10/10/2010.haha..lepas ini target 11/11/2011.haha..

3:23 PM
kategori
kegembengan,
kekeluargaan,
kepenatan
Saturday, October 16, 2010
Abah
Tepat jam lebih kurang 5.30 pagi tadi aku dengan rasminya berstatus ABAH.
Baru aku tahu cabaran nak melahirkan anak secara NORMAL.
sekian.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
9:29 AM
kategori
famili,
kekeluargaan
Wednesday, October 13, 2010
7 1 1 1 4 3 1
tiada apa untuk di baca.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
6:50 PM
kategori
famili,
kekeluargaan
Tentang Hon
Sebelum memulakan cerita tentang hon aku nak ucapkan tahniah kepada Johor FC yang berjaya menewaskan Pahang 1-0.
Kereta siapa yang tiada hon?!..Kereta lembu?!..Kelakar..Kita biasa dengar hon ketika di jalanraya dan adakah anda faham apa makna disebalik bunyi hon itu?!..Percaya atau tidak setiap bunyi hon mempunyai maksud tersendiri.
Mari kita membongkar rahsia bunyi hon.

- 1x HON PENDEK - pemandu bercakap "Hai"
- 2x HON PENDEK - pemandu bercakap "Terima kasih" atau "Jumpa lagi"
- 3x HON PENDEK - pemandu mengarahkan kenderaan di hadapan supaya cepat sikit (biasa di traffic masa lampu dah hijau tak reti-reti nak jalan)
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
9:23 AM
Tuesday, October 12, 2010
Johor FC gabung dengan Johor FA
Aku baru setahun lebih kerja kat Pasir Gudang ni. Dan of course pernah pergi tengok Johor FC beraksi kat stadium tu. Duduk grandstand yang tak berapa nak grand(grand sebab ada atap je pun).
MENTERI Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman menggesa penggabungan Johor dan Johor FC dilaksanakan secepat mungkin supaya persiapan rapi dan tersusun dibuat lebih awal sebelum saingan Liga Malaysia (Liga M) bermula musim depan.
“Agak janggal melihat dua pasukan dari satu negeri bersaing antara satu sama lain. Lebih baik ia digabungkan kerana mampu menguatkan pasukan Johor dan ingin melihat Johor dibarisi pemain yang berasal dari negeri ini tanpa mengimport pemain luar. -- menguatkankan apa kejadahnya. Banner menentang penggabungan Johor FC dan Johor FC dah siap pasang.
“Saya harap pengurusan tertinggi Persatuan Bola sepak Negeri Johor (PBNJ) dan Johor FC duduk semeja dan berbincang dengan teliti untuk memastikan penggabungan itu diselaraskan tanpa sebarang masalah,” kata Abdul Ghani dalam ucapan ketika perasmian Liga Johor 2010 bagi merebut Piala Sultan dan Piala Tengku Mahkota Johor.
OK kembali kepada topik ini. Aku memang bantah seKERAS-KERASnya gabungan ini. Budak-budak kilang aku ada juga cakap pasal gabungan ini tapi aku macam tidak pasti. Tapi setelah membaca berita dari SOKERNET, terus wadefak betul.
Uninersity of Malaya?!..kahkahkah..kihkihkih...
Md Jais Sarday(Presiden Johor FA): Kita mesti akui bahawa format sekarang di mana kelab-kelab dibenarkan bermain pada Piala Malaysia adalah tidak kondusif dan tidak akan membantu menaikkan status pertandingan. terlalu banyak pasukan bertanding...Ia merampas bakat terbaik yang wujud dari pertandingan perdana bola sepak Malaysia. --> Aiseh brader Jais, kau punya pasukan negeri berterabur (kalah 20 kali dalam liga) ada hati bercakap pasal “tidak kondusif”, “merampas bakat terbaik” kejadah semua. Mungkin brader Jais menuduh Johor FC merampas bakat terbaik dari Johor FA sebab itu pasukan negeri Johor hancur barangkali. - dipetik dari SOKERNET.
Kalau sudah gabung confirm la Stadium Perbadanan JCorp tu sepi. At least ada aura EPL gitu kat Pasir Gudang ni. Contoh macam malam ini Pahang akan bertandang ke Stadium Perbandanan JCorp untuk perlawanan suku akhir first-leg Piala Malaysia 2010. Walaupun kecil tapi warga Pasir Gudang berpusu-pusu pergi tengok game kat Stadium Perbadanan JCorp tu. Kalau dah gabung confirm main kat Stadium Larkin. Lepas tu mesti la ikut pasukan "utama" iaitu Johor yang telah relegate ke Liga-tak-Super.
Skuad Jengking akan relegated ke Liga Premier musim depan. Kalau gabung sudah terang lagi bersuluh Lebah+Jengking main dalam Liga-tak-Super.
Datuk Abd Aziz Sapian(Naib Presiden 1 PBNJ): Rombakan besar-besaran akan dilakukan bagi mewujudkan satu pasukan bola sepak negeri yang lebih mantap dan tiada lagi dua pasukan dari satu negeri bersaing antara satu sama lain.--- harkkk ptuihhh..
Asal ada lubuk duit....berpusu-pusu..berduyun-duyun ahli politik nak join sama atas alasan untuk memajukan, memantapkan, membuang perasaan janggal satu negeri ada dua pasukan serta bermacam alasan pundek.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
8:32 AM
kategori
kebolasepakan,
kegampangan,
kepolitikusan
Monday, October 11, 2010
Obama Nyaris Di Baling Dengan Buku
Sebelum ini George W Bush nyaris di baling kasut oleh seorang wartawan Iraq. Kali ini Barrack Obama pula yang nyaris di baling dengan buku di Philadelphia. OK la buku dari kasut. kahkahkah..
Kejadian ini berlaku ketika Obama menyertai kempem meraih undi sebelum pemilihan kongres. Selain kejadian buku terbang, ada lelaki bogel kelihatan di tahan polis sambil anu nya di tutup menggunakan lambang "Vote 2010".
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
1:32 PM
kategori
kelawakan,
kepolitikusan
Sunday, October 10, 2010
La Bohème
Jusco Permas
La Bohème
Selesai membeli tiga macam pastry , aku terus pergi bayar di kaunter. Kelihatan seorang cikaro agak cun sedang menjaga kaunter. Selesai membungkus pastry yang aku pilih tiba-tiba....
Cikaro La Bohème: Mintak maaf..sakit perut..
Aku: ??????(senyum)
Mak super buyung: (adakah ini taktik untuk usha laki aku?)
Cikaro La Bohème: Kau tolong kirakan(bercakap kepada kawan beliau sambil terkipas-kipas diri beliau dan berlalu dari situ)
Cikaro La Bohème 2: (terpinga-pinga tidak mengerti nak scan yang mana) Wei ini nak scan yang mana, aku tak tahu la. Mari la sini ajar aku.(Cikaro La Bohème datang tersipu-sipu menunjuk ajar Cikaro La Bohème 2)
Aku: (masih terpinga-pinga)
Cikaro La Bohème 2: RM6.10
Aku: Terima kasih (sambil berlalu meninggalkan La Bohème)
Mak super buyung: Kenapa tidak ambil plastik?(terus ke kaunter mintak plastik)
Aku tengok dari jauh. Rupa-rupanya hari ini adalah hari TANPA plastik. Semua orang yang beli barang kat Jusco hanya dilekatkan sticker sold pada barang. Dah macam pencuri pun ada bak kata mak super buyung sebab kita pegang barang tu tanpa plastik.
Kembali kepada misteri Cikaro La Bohème yang tiba-tiba cakap "Maaf, sakit perut" terus menghantui aku ketika menikmati pastry dari La Bohème. Adakah Cikaro La Bohème terkentut lalu mengeluarkan bunyi 90dB? Sebab itu beliau minta maaf. Adakah Cikaro La Bohème terkentut lalu mengeluarkan bauan kurang enak yang secara tidak langsung mematikan nafsu makan pastry aku? Yang pasti aku tidak dengar bunyian 90dB atau terhidu bauan kurang enak.
Mungkin Cikaro La Bohème ingat aku dengar bunyi yang keluar dari anus atau terhidu bauan yang keluar dari anus beliau. Jangan biarkan anda diselubungi misteri.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
9:07 AM
kategori
famili,
kelawakan,
xtvt kehidupan
Friday, October 8, 2010
Mari Jumpa Kartunis Zunar
Siapa kartunis ni?!..Najib agak phobia dengan kartunis ni sebab sindiran bertemakan kartun ini. Kalau nak jumpa si Zunar ni. Kalau nak berjumpa face-to-face dengan Zunar ni...
Aku pernah beli baju serta payung ciptaan si Zunar ni. Buat masa ini aku masih muat lagi baju tu.hehe..Ada macam model tak yang pakai baju hitam tu?..hehe..
Acara: Sessi Ramah Mesra Kartunis Zunar Bersama Peminat
Tarikh: 9 Oktober 2010 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengahhari
Tempat: Pejabat Gedung Kartun, No. 153, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur. (di atas Restoran Moghul Mahal)
Tunjuk Arah: Peta Lokasi (google map)
Tarikh: 9 Oktober 2010 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengahhari
Tempat: Pejabat Gedung Kartun, No. 153, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur. (di atas Restoran Moghul Mahal)
Tunjuk Arah: Peta Lokasi (google map)
Aku pernah beli baju serta payung ciptaan si Zunar ni. Buat masa ini aku masih muat lagi baju tu.hehe..Ada macam model tak yang pakai baju hitam tu?..hehe..
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
1:58 PM
kategori
kepolitikusan
Pasar Lambak - Pasar Malam
Masa budak-budak, pasar malam adalah masa yang sangat di tunggu. Budak-budak blok aku akan rancang nak pergi bila dan berkumpul di mana. Arwah abah aku akan tanya nak pergi pasar lambak tak?!..Laju aku menjawab NAK!!..Arwah abah aku akan hulur 3 4 hengget. Cukup la beli keropok lekor, asam, air katira serta roti khurasan.
Waktu ngaji telah di awalkan ke petang kerana belah malam projek pasar lambak perlu di jalankan. Budak-budak blok aku semua ngaji dengan mak aku. Mak aku sampai sekarang masih mengajar ngaji budak-budak. Dulu anak-anak peneroka, sekarang cucu-cucu peneroka. Sambung balik pasal projek pasar lambak. Peralatan penting untuk ke pasar lambak di malam hari...adalah...LAMPU PICIT atau dalam bahasa LONDON WE CALLED IT TORCHLIGHT.
Aku memang selalu menumpang lampu picit orang lain.hehe..Memang syok la kalau pergi pasar malam. Pernah sekali aku pernah jumpa RM50 kat pasar lambak ni. Aku rasa masa tu dah macam jutawan sebab tak pernah pegang duit RM50. Ingat duit koyak sebab nampak sebahagian je, sekali kawan aku kutip..Masih elok lagi. Mata aku ni memang EAGLE EYE. hehe..Cuma sekarang je aku punya sight macam kurang sikit. Balik rumah terus kasi tau mak aku dengan harapan aku boleh menjolikan duit RM50 tu. Tapi punah harapan aku sebab mak aku suruh masuk tabung masjid.....Kalau aku tau,aku tak beritahu kat mak aku(mode:jahat).
Makanan wajib adalah keropok lekor yang dimakan ketika meronda pasar lambak. Lepas tu roti khurasan(burger disalut kulit popia serta isi burger tu daging cincang) yang di jual oleh geng ala-ala al-arqam. Air katira serta asam. Kadang aku beli jajan yang sotong tu disalut dengan apa ntah. Rasa dia manis+pedas..nyum2... Warna merah jajan tu. Memang feberet!!!..Sekarang aku tak jumpa lagi jajan tu.
Sekian. Doakan aku semoga anak aku lahir pada 10 Oktober 2010. Nanti IC anak aku 101010-01-XXXX. Dah macam nombor binari aku tengok. sekian.

11:01 AM
kategori
sukasuka,
xtvt kehidupan
Wednesday, October 6, 2010
Tuesday, October 5, 2010
Rokok Naik - Kerajaan Dapat Durian Runtuh?
Perokok tegar di Malaysia lebih kurang 7 juta(masih meningkat) yang mampu langsaikan 20 batang rokok sehari.
Harga rokok naik 7%. Urusniaga sehari RM70 juta selepas harga naik.
Kalau belum naik harga rokok RM9.30, urusniaga harian RM65 juta.
Untung RM5 juta. Sebulan = RM150 juta.
We know the math. Tunggu sebulan lagi ye 1Malaysian, ada berita gumbira untuk rakyat tidak.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
9:02 AM
kategori
kegampangan,
kepolitikusan
Monday, October 4, 2010
susah nak mampus nak beli rumah untuk orang swasta
Duit bukan segalanya tapi segalanya memerlukan duit. Segala merujuk kepada material-material yang boleh dilihat dengan mata kasar dan disentuh dengan tubuh badan. Memang betul-betul frustrated bila apa yang kita mahu adalah di luar jangkauan kita.
Aku cadang nak beli rumah tapi beli dengar penjelasan untuk orang swasta macam aku proses pembelian rumah, memang azab tapi tidak seazab masuk neraka. Untung orang gomen ni senang nak beli rumah, modal tidak macam orang swasta macam aku. Walaupun mak buyung aku adalah gomen tapi belum sah-apa-kejadah-aku-tidak-pasti jawatan.So tidak layak, rumah idaman tu kalau gomen just modal dalam 5k untuk permulaan. Kalau swasta macam aku 5-10 percent dari harga rumah wajib ada. Itu je cukup untuk KO kan aku.
So angan-angan je la, free..tak perlu modal or what-so-ever. Tak pun tunggu aku bersara, lepas tu duduk kampung aku abiskan KWSP aku. Itu pun kalau KWSP aku ada lebih lagi lepas tolak PTPTipoo. Jari tengah lagi untuk PTPTipoo.
Kesimpulannya, harga rokok 20 batang sekotak harga sudah jadi RM20. sekian.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
5:00 PM
kategori
famili,
keduitan,
kerumahan,
ketidakpuashatian,
realiti,
xtvt kehidupan
Sunday, October 3, 2010
Rumah Idaman Kami
Salam penghabis aidilfitri. Setelah bekerja hampir 2 tahun, adakah perlu membeli rumah?!..Weekend ni aku riki rumah area Pasir Gudang dan pemenangnya adalah Nusa Damai!!!..24'x85' pulak tu dan paling penting SATU tingkat. Aku memang tidak gemar rumah bertingkat sebab nak kena turun naik serta memudahkan warga emas seperti mak bapak atok nenek datang.
Mula-mula rumah idaman aku dan mak buyung adalah Impiana Scientex tapi harga dia.......Memang out-of-our-league. Impiana ni dua tingkat dan memang luas. Masa aku masuk showroom Nusa Damai tu terus macam rumah idaman found!!!. Nak beli showroom tu terus sebab completed set serta tidak perlu invite Eric Leong. Kolam kecil yang comel ada, aircon, peti sejuk, perabot....etc...etc..
Aku sudah mula berangan bela ikan pirana. Agak ada tetamu datang buat hal bunuh+kerat delapan+campak masuk kolam tu. Rumah kucing juga tidak ketinggalan, Tehcik dan CT...........................................Pangggggg!!!...Berangan kuat..Apa ada hal, free je berangan.hehe..
Proses beli rumah ni memang super-duper leceh.. Tapi seriusly..I NEED MY OWN HOUSE!!!..
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
8:14 PM
kategori
kekeluargaan,
kerumahan
Friday, October 1, 2010
Bila Hero Malaya Menghunus Keris
Pagi Jumaat ini untuk PERTAMA kali aku bawa bekal sarapan pagi(thanks mak buyung) sebab kantin kat kilang macam hampas. Orang selalu cakap nasi sudah jadi bubur, sekarang ada pepatah baru..mee dah jadi nasi. Air teh o aku dari 70 sen jadi seringgit sebab baju aku lain padahal aku pakai baju sports club kilang. Ingat aku orang luar. Memang betul-betul menguji Jumaat aku kantin kilang ni. Macam-macam hal.
Owh..aku nak sentuh sikit pasal pemulangan sumbangan Skim Penghargaan Warga Emas di Pulau Pinang. Actually yang betul-betul pulang hanya 9 orang dan 31 yang lain berjanji nak pulangkan.. Punya la kecoh cakap duit haram sebab hasil judi.
Jadual di atas apa cerita?!..Sampaikan Ustaz Zaharuddin dan Dr Asri pun keluarkan penerangan isu hasil duit judi. Sekarang siapa bodoh piang pasal agama?!..
Aku nak quote sikit Ustaz Zaharuddin, "Wang dan harta hanya dikira haram atau halal pada cara mendapatkannya dan membelanjankannya, ia dinamakan haram dari sudut hukmi bukan ‘hissi'. Ia tidak berpindah dari seorang kepada yang lain. Ia bukan seperti najis yag berpindah apabila disentuh oleh seeorang."
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
9:04 AM
kategori
kegampangan,
keislaman,
kekemaskinian
Subscribe to:
Posts (Atom)