Monday, October 25, 2010

Tips dari abah newbie


  • Bayi yang baru lahir tu lebih afdal masa dimandikan tidak menggunakan sabun atau guna sabun "Tak pedihkan mata".
  • Jangan biarkan bayi lama-lama dalam air ketika mandi kerana boleh menyebabkan selsema atau kembung.
  • Pusat bayi tidak perlu letak bedak antiseptik ke Dettol ke. Cukup dibersihkan dengan spirit yang hospital bekalkan.
  • Pusat anak aku sudah tanggal pada hari kelapan - ok ini tiada kena mengena dengan tips newbie.
  • Masa mandi tu rajin-rajin geletek tapak kaki bayi. Ia meransang otak bayi.
  • Bayi akan merengek jika berada dalam keadaan tidak selesa(pampes sudah penuh atau poop atau kembung perut..aku sudah tukar pampes anak aku..sunbath sudah..waterbath je belum) dan lapar mahu susu cap gantung.
  • aku dah tidak tau nak post apa kat blog ni..haha..sekian.

5 comments:

laila sanuri said...

ahhahahaa..
cakap la masih lagi cam tak percaya dh jadi abah...tergamam..terbantut idea.
hehe

star said...

Bayi yang baru lahir tu lebih afdal diazankan (untuk lelaki) atau iqamah (perempuan). Biar kalimah Allah yang mula didengari di bumi ini.

Sekian dan selamat beramal...

I am Nad said...

meh mak tiri nak kasi tau..
mandikan kepala baby dlu..pastu terus lap kasi kering utk elakkan bayi selsema dan kembung perut... kemudian mandikanlah badan baby...dah siap mandi jgn lupa sapu minyak telon..

renung2kan dan selamat beramal!

jiwa sifar said...

star - tu sudah buat.
nad - aku belum reti nak mandikan budak dalam hari..lap2 boleh la..huhu.

wawa pucca said...

berapa kali kena tuka pempes abah?

hehe

mesti kau super matang nanti
kalau TAK,TAK TAHULAH
haa