Showing posts with label kepenatan. Show all posts
Showing posts with label kepenatan. Show all posts

Thursday, August 11, 2011

Bazar Ramadhan

Semalam ada berita pasal seorang budak, Nurdini Mohamad Ali meninggal dunia sebab keracunan makanan. Mangsa makanan recycle atau peniaga tidak hygienic? Orang yang meniaga makanan ni kadang-kadang DUIT..DUIT..DUIT je. Ikan goreng seekor dah RM3, kalau kat kantin kilang aku dah dapat nasi, ayam/ikan dan sayur. Ikan tu goreng dengan emas ke sampai macam tu sekali harga.

Tidak semua peniaga bazar ramadhan ni DUIT..DUIT..DUIT. Keuntungan segelintir peniaga bazar ramadhan ni aku dengar sampai setahun tidak perlu bekerja.

OK itu sahaja.

‎.--- .. .-- .- / -.- .- -.-. .- ..-

Wednesday, October 20, 2010

Teman Isteri Bersalin..ada beran?

Memang pengalaman yang....priceless. Bukan semua orang senang nak bersalin. Aku pun geram tengok orang yang buang anak tu rileks buang anak sepah-sepah. Tau 'sedap' je. Hasil 'kesedapan' tu dibuang macam sampah. Lain orang lain fesyen bersalin dia.kihkihkih..Isteri aku perlu 9 jam 17 minit untuk selesai bersalin. Lama?!..Owh ada lagi lama dari aku ok.<- ayat tak nak kalah..

Aku nak cerita kronologi aku teman isteri aku bersalin di HSI. Aku ringkaskan sebab aku tau lepas isteri aku lepas pantang mesti update pasal perkara ini. Doktor kat wad bersalin HSI tu salah seorang adalah kawan satu dorm aku di SMKA. Aku katil bawah dia katil atas, nama doktor tu Nadz. Kebetulan dia minggu itu ditugaskan di wad bersalin. Sila jangan get the wrong idea ok..Terus aku kenen-kenen minta doktor perempuan sambut bayi aku dan aku berjaya..hee.

8.00 malam, admit ke wad bersalin..yup terus ke wad bersalin ok. Bukaan 3cm. Masa aku beberapa minit teman bini aku dalam bilik bersalin tu.....Terus dengar orang bersalin menjerit..OK seriau sekarang!!!...Tapi aku rileks(padahal jantung dah nak gugur, nak teman isteri punya pasal). Nurse inject ubat tahan sakit yang tidak berapa boleh tahan sakit pada isteri aku. Lepas tu nurse masukkan ubat apa kejadah ntah untuk membantu membuka laluan melalui tangan kanan.

Beberapa jam selepas itu, sakit contraction sudah mula memberi kesan terhadap isteri aku dan ini berlarutan selama beberapa jam sebelum bersalin. Tapi masa anak aku keluar je dia tidak terus menangis sebab tertelan banyak air ketuban. Lepas nurse keluarkan air ketuban melalui tiub baru dia menangis. Pertama kali aku menangis kegembiraan...Cis ego jantan ku tercalar..haha..Pukul 5 laluan sudah terbuka sepenuhnya dan tepat 5.17 pagi, aku secara rasmi adalah seorang ABAH.

Tapi masa anak aku keluar dari rahim tu, nurse terus letak atas perut isteri aku. Aku memang terkejut. Nasib tak terlompat atas katil. Kebanyakkan tenaga isteri aku hilang semasa menahan sakit contraction tu. Tapi alhamdulillah semua selamat. Apa lagi nak cerita ek?!...

Nama anak aku Nurul Zaheen = cahaya intelligent. Nak juga speaking London. Berat masa keluar 3.81kg dan sepatutnya isteri aku kena operate tetapi berjaya bersalin normal.

p/s: melepas tarikh 10/10/2010.haha..lepas ini target 11/11/2011.haha..

Wednesday, March 3, 2010

Proton Emas


Hairan..Kenapa Proton Emas perlu dilancarkan kat luar negara?!..Kenapa Saga SE aku tak dilancarkan kat luar negara?Macho giler Tun Mahadet ni.

Baru lepas servis kuda putih aku minggu lepas kat SC Proton Plentong. Nak tahu apa jadi?!..Sementara menunggu kuda putih aku diservis aku belek-belek majalah di ruangan menunggu tu. Sekali bini aku ternampak muka yang sangat aku kenal..Mohd Azlan Harun aka roomate aku masa kat MRSM jelas terpampang keseluruhan dari hujung rambut ke hujung jari dalam majalah apa ntah. Model Gamat Emas tu....

Tak pasal-pasal kena pergi HR ambil borang EA..wattafak..sudah kena bayar cukai daa...

Monday, February 8, 2010

Penat

Aku hanya mahu nyatakan di sini aku terlampau penat.

Bila mahu Sabtu & Ahad ni?!..

TQ.

Mujur Liverpool menang lawan Everton.



ps: Astro di kampung aku sudah tiada channel SOKAN.