Aku baru setahun lebih kerja kat Pasir Gudang ni. Dan of course pernah pergi tengok Johor FC beraksi kat stadium tu. Duduk grandstand yang tak berapa nak grand(grand sebab ada atap je pun).
MENTERI Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman menggesa penggabungan Johor dan Johor FC dilaksanakan secepat mungkin supaya persiapan rapi dan tersusun dibuat lebih awal sebelum saingan Liga Malaysia (Liga M) bermula musim depan.
“Agak janggal melihat dua pasukan dari satu negeri bersaing antara satu sama lain. Lebih baik ia digabungkan kerana mampu menguatkan pasukan Johor dan ingin melihat Johor dibarisi pemain yang berasal dari negeri ini tanpa mengimport pemain luar. -- menguatkankan apa kejadahnya. Banner menentang penggabungan Johor FC dan Johor FC dah siap pasang.
“Saya harap pengurusan tertinggi Persatuan Bola sepak Negeri Johor (PBNJ) dan Johor FC duduk semeja dan berbincang dengan teliti untuk memastikan penggabungan itu diselaraskan tanpa sebarang masalah,” kata Abdul Ghani dalam ucapan ketika perasmian Liga Johor 2010 bagi merebut Piala Sultan dan Piala Tengku Mahkota Johor.
OK kembali kepada topik ini. Aku memang bantah seKERAS-KERASnya gabungan ini. Budak-budak kilang aku ada juga cakap pasal gabungan ini tapi aku macam tidak pasti. Tapi setelah membaca berita dari SOKERNET, terus wadefak betul.
Uninersity of Malaya?!..kahkahkah..kihkihkih...
Md Jais Sarday(Presiden Johor FA): Kita mesti akui bahawa format sekarang di mana kelab-kelab dibenarkan bermain pada Piala Malaysia adalah tidak kondusif dan tidak akan membantu menaikkan status pertandingan. terlalu banyak pasukan bertanding...Ia merampas bakat terbaik yang wujud dari pertandingan perdana bola sepak Malaysia. --> Aiseh brader Jais, kau punya pasukan negeri berterabur (kalah 20 kali dalam liga) ada hati bercakap pasal “tidak kondusif”, “merampas bakat terbaik” kejadah semua. Mungkin brader Jais menuduh Johor FC merampas bakat terbaik dari Johor FA sebab itu pasukan negeri Johor hancur barangkali. - dipetik dari SOKERNET.
Kalau sudah gabung confirm la Stadium Perbadanan JCorp tu sepi. At least ada aura EPL gitu kat Pasir Gudang ni. Contoh macam malam ini Pahang akan bertandang ke Stadium Perbandanan JCorp untuk perlawanan suku akhir first-leg Piala Malaysia 2010. Walaupun kecil tapi warga Pasir Gudang berpusu-pusu pergi tengok game kat Stadium Perbadanan JCorp tu. Kalau dah gabung confirm main kat Stadium Larkin. Lepas tu mesti la ikut pasukan "utama" iaitu Johor yang telah relegate ke Liga-tak-Super.
Skuad Jengking akan relegated ke Liga Premier musim depan. Kalau gabung sudah terang lagi bersuluh Lebah+Jengking main dalam Liga-tak-Super.
Datuk Abd Aziz Sapian(Naib Presiden 1 PBNJ): Rombakan besar-besaran akan dilakukan bagi mewujudkan satu pasukan bola sepak negeri yang lebih mantap dan tiada lagi dua pasukan dari satu negeri bersaing antara satu sama lain.--- harkkk ptuihhh..
Asal ada lubuk duit....berpusu-pusu..berduyun-duyun ahli politik nak join sama atas alasan untuk memajukan, memantapkan, membuang perasaan janggal satu negeri ada dua pasukan serta bermacam alasan pundek.
No comments:
Post a Comment