dunia komputer kucing bosan penin jiwakacau tertekan network hidup duit kawen bini anak cucu cicit akhirat
Friday, October 1, 2010
Bila Hero Malaya Menghunus Keris
Pagi Jumaat ini untuk PERTAMA kali aku bawa bekal sarapan pagi(thanks mak buyung) sebab kantin kat kilang macam hampas. Orang selalu cakap nasi sudah jadi bubur, sekarang ada pepatah baru..mee dah jadi nasi. Air teh o aku dari 70 sen jadi seringgit sebab baju aku lain padahal aku pakai baju sports club kilang. Ingat aku orang luar. Memang betul-betul menguji Jumaat aku kantin kilang ni. Macam-macam hal.
Owh..aku nak sentuh sikit pasal pemulangan sumbangan Skim Penghargaan Warga Emas di Pulau Pinang. Actually yang betul-betul pulang hanya 9 orang dan 31 yang lain berjanji nak pulangkan.. Punya la kecoh cakap duit haram sebab hasil judi.
Jadual di atas apa cerita?!..Sampaikan Ustaz Zaharuddin dan Dr Asri pun keluarkan penerangan isu hasil duit judi. Sekarang siapa bodoh piang pasal agama?!..
Aku nak quote sikit Ustaz Zaharuddin, "Wang dan harta hanya dikira haram atau halal pada cara mendapatkannya dan membelanjankannya, ia dinamakan haram dari sudut hukmi bukan ‘hissi'. Ia tidak berpindah dari seorang kepada yang lain. Ia bukan seperti najis yag berpindah apabila disentuh oleh seeorang."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment