dunia komputer kucing bosan penin jiwakacau tertekan network hidup duit kawen bini anak cucu cicit akhirat
Showing posts with label FELDA. Show all posts
Showing posts with label FELDA. Show all posts
Friday, February 15, 2013
Bila Dividen dan Bonus KPF Masuk?
Setiap tahun pada bulan Julai dan September, minggu pertama atau kedua. Masuk dalam akaun Maybank(seperti dalam borang pendaftaran) atau perlu ke pejabat Felda untuk ambil cek(tiada akaun Maybank).
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
4:57 PM
Tuesday, December 11, 2012
Solat Jumaat dan Disiplin
Sekarang kat masjid budak-budak yang pergi solat jumaat tiada disiplin. Khatib tengah berkhutbah dieorang syok borak-borak. Orang-orang tua (aku orang muda) pulak ada beberapa kerat je yang berani nak sound. Paling busuk pun jeling la sebab kalau khatib tengah khutbah, luput la pahala walaupun berkata diam sekalipun.
Aku memang biasa jeling budak-budak terjal ni. Tapi lagi hangin kalau budak tu tak makan saman. Rasa nak pukul je budak tu kat luar gate masjid tu.
Dulu kat masjid Felda Air Tawar 5, ada seorang guru besar sekolah agama yang akan ronda satu masjid rotan budak-budak yang tidak menumpukan perhatian pada khutbah. Aku pernah kena rotan tak? Mesti laTAK pernah.haha. Nama ustaz tu tak silap aku ustaz Jailani. Ustaz tu bukan rotan kat tangan atau kaki. Kau gelak sikit-tutup-mulut depan die pun zass..Sedas hinggap belakang badan ko. Malu siot kalau kena, bergema satu masjid libasan rotan tu.haha.
p/s: dah tiga tahun aku jadi suami orang.
Aku memang biasa jeling budak-budak terjal ni. Tapi lagi hangin kalau budak tu tak makan saman. Rasa nak pukul je budak tu kat luar gate masjid tu.
Dulu kat masjid Felda Air Tawar 5, ada seorang guru besar sekolah agama yang akan ronda satu masjid rotan budak-budak yang tidak menumpukan perhatian pada khutbah. Aku pernah kena rotan tak? Mesti la
p/s: dah tiga tahun aku jadi suami orang.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
9:41 AM
Thursday, March 22, 2012
Oh Peneroka FELDA
Tujuan
Tun A Razak buat Felda ialah utk beri tanah secara sewa beli kpd ORANG
MELAYU, ISLAM, MISKIN, TAK BERTANAH sebaik mereka melunaskan Bayaran
Kembali (BK) dalam tempoh 20-25 tahun. Dah langsai hutang geran pulak
tak keluar. Tanam semula melalui Felda akan memberi hutang baru kpd
peneroka. NAK RANTAI PENEROKA SAMPAI KIAMAT KE?
Tipu
grading, tipu buah, tipu minyak busuk, tipu minyak isirung. Sepatutnya
peneroka Felda semua dah jadi jutawan di Malaysia dgn keluasan 10-12
ekar tanah sorang. UMNO balun cukup2. makan duit haram betul.
Kadar
Perahan Grade (KPG / OER) di Ladang & Kilang FELDA Purata 18%
& Below = Grade C hampir di semua Tanah Rancangan Felda. KPG 21%
& Above = Grade A yg sepatutnya diperolehi oleh peneroka dinafikan.
M’sian KPG Average 22%. Beza kalau 3% bermakna peneroka kerugian
sbnyk RM50X3 X 112000 = RM16.8 juta/sebulan dirompak drp peneroka. Bil
peneroka 112000 kecuali Penang, WP dan Sarawak.
Minyak
busuk/ minyak hitam/ mendapan pula : Setiap kilang ada 1 Kolam Mendap.
Setiap minggu 5-6 Lori Dtg Sedut. Jika 1 liter =10 Sen, 1 Kolam = ?
Tiada laporan. Tiada Audit! Pendapatan Cecah RM juta/setahun ! Minyak
ini banyak di ekspot ke Indonesia utk hasilkan sabun, margerin dsb.
PEROMPAK!!!
Setiap
tan buah antara (90-100 biji) sekurang2 30 biji buah reject dgn alasan
mengkal, muda dll. Buah reject sebenarnya diambil dan diproses juga
bukan ditinggalkan diladang. Jika petik buah muda kena denda lagi. Ini
cerita buah. memang diperbodohkan habis2 peneroka termasuk keluarga
aku.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
9:18 AM
kategori
FELDA,
kepolitikusan
Thursday, December 22, 2011
Aku Bantah Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd dalam Bursa Malaysia
Baru-baru ini mak aku ada dengar taklimat berkenaan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd dalam Bursa Malaysia. Sebagai anak yang lahir di Felda, aku membantah keras usaha ini. Ini berkait rapat dengan hala tuju dan masa depan orang FELDA.
Apa yang membuatkan aku membantah? Untuk tahun kebelakangan ini, dividen Koperasi Permodalan Felda adalah 10% ke atas. Selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd dalam Bursa Malaysia, dividen akan berkurangan dek pengambilan sebahagian saham yang di pegang oleh generasi pertama dan kedua FELDA.
Nilai dividen yang mungkin akan diperoleh adalah +-3.5%. Banyak perkara yang tidak didedahkan kepada umum. Dalam berita bukan main gebang meletakkan FELDA di mata dunia dengan penyenaraian di Bursa Malaysia. Menarik pelabur.bla...bla...bla... Kenapa susah-susah letak FELDA di mata dunia? Kalau sudah terang lagi bersuluh FELDA itu bagus, mesti la spotlight akan automatik terhala sendiri kepada FELDA.
Dengan Isa Samad tiba-tiba berkuasa dan Dzulkifli tiba-tiba dicutikan. Tidak ke pelik? Aku nak je called Datuk Dzulkifli tu untuk tanya keadaan sebenar sebab aku kawan dengan anak beliau. Beliau seorang yang baik jauh beza dengan Isa Samad yang dikelilingi oleh kontroversi(rasuah ketika jadi MB Negeri Sembilan). Dato' Sabri pula memang sudah terang lagi bersuluh terlibat dalam isu kerugian RM120 juta Golden Hope Plantation Berhad(tersenarai dalam Bursa Malaysia kemudian dirugikan oleh Sabri Ahmad RM120 juta).
p/s: FELDA adalah lubuk duit kedua selepas PETRONAS.
Apa yang membuatkan aku membantah? Untuk tahun kebelakangan ini, dividen Koperasi Permodalan Felda adalah 10% ke atas. Selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd dalam Bursa Malaysia, dividen akan berkurangan dek pengambilan sebahagian saham yang di pegang oleh generasi pertama dan kedua FELDA.
Nilai dividen yang mungkin akan diperoleh adalah +-3.5%. Banyak perkara yang tidak didedahkan kepada umum. Dalam berita bukan main gebang meletakkan FELDA di mata dunia dengan penyenaraian di Bursa Malaysia. Menarik pelabur.bla...bla...bla... Kenapa susah-susah letak FELDA di mata dunia? Kalau sudah terang lagi bersuluh FELDA itu bagus, mesti la spotlight akan automatik terhala sendiri kepada FELDA.
Dengan Isa Samad tiba-tiba berkuasa dan Dzulkifli tiba-tiba dicutikan. Tidak ke pelik? Aku nak je called Datuk Dzulkifli tu untuk tanya keadaan sebenar
p/s: FELDA adalah lubuk duit kedua selepas PETRONAS.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
9:54 AM
kategori
FELDA,
keduitan,
kepolitikusan
Wednesday, December 21, 2011
Rabu Tanpa Perkataan #10
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
8:55 AM
kategori
FELDA,
kepolitikusan,
wordless wednesday
Friday, October 14, 2011
Laporan Polis Terhadap Isa Samad
Laporan tersebut dibuat bagi meminta siasatan bahawa Isa telah menyalahgunakan kuasa serta ‘merampas’ jawatan Pengerusi Permodalan Felda Berhad daripada pemegang jawatannya Datuk Dzulkifli Wahab, secara tidak sah semasa Dzulkifli berada di tanah suci Mekah menunaikan Umrah.
Mereka ditemani peguam Suhaimi Said yang juga Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).
Menurut Suhaimi, semasa ketiadaan Datuk Dzulkifli Wahab yang juga Pengarah Besar Felda, Isa telah mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengarah KPF pada 25 Ogos 2011 dan berbekalkan surat daripada Perdana Menteri, Isa telah melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi KPF.
“Ini bertentangan dengan Undang-Undang di bawah Akta Koperasi 1993 (Pindaan 2007) Akta 502, dan telah menyalahgunakan kuasa kerana mengangkat dirinya sendiri sebagai Pengerusi baru kepada KPF, mengambil alih jawatan yang disandang oleh Datuk Dzulkifli Wahab semasa beliau menunaikan Umrah di Mekah.
“KPF telah ditubuhkan pada 1hb Julai 1980 dibawah Ordinan Koperasi 1948 bertujuan untuk menjadikan KPF sebagai wadah simpanan dan pelaburan anggota Felda.
“Penubuhan KPF ini telah menyerlahkan hasrat murni Felda untuk memberi peluang secara adil kepada warga Felda untuk turut serta memiliki ekuiti dalam syarikat-syarikat Felda melalui KPF, juga merupakan suatu wawasan dan prihatin Felda untuk kemajuan warga Felda,” tambahnya seperti dilapor Harakahdaily.
Menurut Suhaimi, Isa Samad tidak layak memegang jawatan selaku Pengerusi KPF kerana beliau tidak layak menjadi ahli kepada KPF yang membuka keahliannya hanya kepada Peneroka Felda, anak peneroka atau kakitangan tetap Felda.
Tambahnya, kedudukan Isa hanyalah bertaraf kontrak justeru pelantikan beliau sebagai Pengerusi KPF adalah bertentangan dengan undang-undang koperasi dan menyalahgunakan kuasa dengan membuat perlantikan ke atas dirinya sendiri.
“KPF merupakan salah sebuah daripada 10 koperasi cemerlang yang menjadi contoh koperasi yang berjaya memberikan dividen yang tinggi atas kadar 15% setahun dan ini membuktikan bahawa KPF telah dikelolakan dan diselenggarakan dengan baik oleh Datuk Dzulkifli dan Ahli Lembaga Pengarahnya.
“Pengambilalihan jawatan Pengerusi dengan cara yang bertentangan dengan undang-undang koperasi ini adalah pengkhianatan kepada KPF dan laporan dibuat supaya Isa disiasat kerana melanggar undang-undang dan menyalahgunakan kuasa,” ujarnya.
Tambah Suhaimi, laporan yang sama telah dibuat serentak di balai-balai polis utama di negeri-negeri Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Perak.
kredit - keadilandaily.com
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
12:00 AM
Thursday, January 27, 2011
PRK Tenang - PAS vs UMNO
Sabtu ni aku akan lalu kawasan ini. Calon UMNO, Tok Ai sudah terang lagi bersuluh didapati bersalah dalam kes jualan tanah tanpa pengetahuan tuan punya tanah semasa menjadi Assistant District Officer di Segamat. Pak mertua aku mesti tahu pasal kes ini. Malam tadi keluar berita yang cakap Tok Ai aka gendut hanya sebagai seorang saksi la, hanya menjalankan tugas la serta tanah dilelong sebab tuan tanah tidak bayar kepada bank dan Gendut hanya menjalankan tugas sebagai ADO. Jari tengah la weyh..
Banjir kilat telah berlaku di kawasan sekitar Labis. Tok Ai meredah banjir?..Jadi pelampung la kalau Tok Ai ni redah banjir. Keluar berita tanpa gambar je pasal Tok Ai sanggup basah kuyup redah banjir serta tidak mempedulikan keselamatan diri untuk melawat mangsa banjir.
Memang aku respect kat Cikgu Mala ni. Suami dia pun cool je sokong isteri. Blogger Pro-UMNO seperti biasa menabur fitnah tentang Cikgu Mala patah balik tidak mahu redah banjir.
Tengok muka Gendut ni. Senyum pun macam tak larat. Vote for fitness NOT fatness!!!...Penyokong BN suka cakap Guan Eng kafir, tapi beruk-beruk ni tidak label Chua Soi Lek tu kafir pulak atau pornstar.haha.
Ramai orang especially di Johor tidak sedar apa yang BN sekarang makin terdesak. Johor adalah kubu kuat BN sebab banyak FELDA. Sekarang yang ramai adalah generasi kedua macam aku ni yang pernah hidup di ibukota dan nampak kebaruaan BN. Sebab itu Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat sebab mereka sedar BN ni adalah puak yang mengamalkan kronism.
p/s: aku harap lepas ini ada calon PAS di parlimen Pengerang. Dapat aku pangkah Bulan. ALL THE BEST CIKGU MALA.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
9:36 AM
kategori
FELCRA,
FELDA,
kepolitikusan
Wednesday, January 12, 2011
FELDA rugi..FELCRA bangkrap?
Ekoran gagal membayar ganti rugi RM6,395,834 kepada 38 penduduk Felcra Tebing Tinggi seperti yang diperintah oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 10 Januari lalu, pejabat Felcra Berhad wilayah Johor yang terletak di Bandar Baru Uda, disita.
Notis penyitaan telah diserahkan kepada wakil kakitangan jabatan berkenaan di pejabat Felcra negeri semalam.
Peguam yang mewakili 38 penduduk, K. Sasidran berkata, penyitaan terpaksa dilakukan berikutan kegagalan membayar nilai ganti rugi sehingga sekarang meningkat RM11 juta.
“Mahkamah telah mengarahkan Felcra Berhad membayar ganti rugi sejak bulan Mei lalu, namun pihak Felcra gagal membuat bayaran terhadap 38 penduduk yang terlibat.
“Semua barang di bangunan berkenaan tidak boleh dikeluarkan dan kita juga telah menyediakan dua orang pegawai keselamatan untuk mengawal di sekitar pejabat berkenaan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di pejabat Felcra negeri.
Sasindran berkata, pihaknya memberi tempoh selama 14 hari dari tarikh penyitaan untuk Felcra Berhad menjelaskan bayaran ganti rugi berkenaan.
Menurutnya, sekira pihak Felcra Berhad gagal membayar ganti rugi berkenaan tindakan lanjut akan diambil.
“Tindakan lanjut akan diambil ke atas Felcra Berhad sekiranya pihaknya gagal menjelaskan bayaran ganti rugi, termasuklah melelong bangunan dan mengisytiharkan bankrap.
“Kita telah memberi tempoh 48 jam kepada Felcra Berhad untuk memberi penjelasan kepada kami namun gagal.” katanya.
Tambahnya, ketika ingin menyerahkan notis penyitaan, pihaknya turut sukar untuk membuat perundingan berikutan ketiadaan pengarah agensi terbabit.
Pada 10 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Johor Bahru memerintahkan Felcra Berhad membayar RM6,395,834 kepada 38 penduduk Felcra Tebing Tinggi sebagai ganti rugi bagi pengambilan tanah mereka di Gelang Patah untuk tujuan pembangunan pada tahun 1999.
Sementara itu, wakil penduduk berkenaan, Madon Johan, 55, berkata, tindakan berkenaan terpaksa diambil berikutan kedegilan pihak terbabit membayar ganti rugi berkenaan.
“Penduduk terpaksa menunggu lama dan setelah dibicarakan, kita menang kes ini tetapi pihak berkenaan gagal membayar dalam tempoh yang diberikan maka tindakan telah diambil,” katanya.
Menurutnya lagi, penduduk hanya menunggu keputusan dari peguam sekiranya pihak Felcra gagal membuat bayaran dalam tempoh 14 hari pada tarikh penyitaan bangunan.
Perdana Menteri Najib di dalam satu kenyataan yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia menggambarkan bahawa Felcra tidak akan bankrap memandangkan organisasi itu memiliki keuntungan yang konsisten setiap tahun sebanyak RM 1.1 Billion. [Sumber]
Namun laporan oleh akhbar Sinar Harian melaporkan berita yang sebaliknya dan jelas sekali bertentangan dengan jaminan Perdana Menteri Najib yang mengatakan Felcra tidak akan bankrap. [Sumber]
kredit: Sinar Harian & milosuam.blogspot.com
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
11:31 AM
kategori
FELCRA,
FELDA,
kegampangan,
kekemaskinian,
kepolitikusan
Subscribe to:
Posts (Atom)










