Showing posts with label zaheen. Show all posts
Showing posts with label zaheen. Show all posts

Friday, November 1, 2013

Motosikal dan Abah

Pagi tadi ketika sedang memecah keheningan pagi dengan Wave100 adik ipar aku tiba-tiba teringat anak perempuan pakcik jual karipap ala-IKEA pagi tadi....eh bukan-bukan. Aku teringat arwah abah aku. Rasa macam rindu dengan nasihat beliau. Nasihat beliau yang terakhir kepada aku adalah jangan bawa motor laju-laju dan jangan jadi mat rempit.

Zaheen..almost 6 months.


Nasihat itu dia ulang selama hampir satu minggu sebelum beliau pergi selama-lama nya. Masa tu aku baru beli motor baru hasil baru kerja tiga bulan. Beliau ada topup sikit so aku dapat beli cash motor tu. Nasihat beliau membantutkan aku nak beli superbike...padahal memang tak mampu pun nak beli.

Kalau beliau hidup lagi apa yang dia nak nasihatkan aku ek? haha. ok bye.


Thursday, February 14, 2013

Anak dan Tantrum

Kadang-kadang aku macam geram tengok orang layan anak aku tak macam aku layan anak aku sendiri. Dengan umur yang baru dua tahun lebih, cara melayan seorang budak adalah SABAR sebab masa umur macam ini ada tantrum. Walaupun aku jarang-jarang hilang sabar tapi malam tu masa dia tengah tidur aku akan mintak maaf dengan dia. Pernah sekali aku nasihat-nasihat Zaheen masa dia tengah tidur, bila aku cakap understand. Dia angguk. Masa tu betul-betul masa dia baru tidur. Terkejut aku.haha. Jadi masa paling sesuai untuk nasihat anak adalah sewaktu baru dia tidur. Tapi jangan cakap kuat-kuat, berbisik la macam korang mengumpat.haha.


Sebab itu aku selalu cakap nada perlahan dengan anak aku. Sebab itu anak aku kalau panggil aku kemain lembut nada(same goes kalau dia panggil atuk die) except kalau tantrum dia datang. haha..Macam tadi. Pagi aku hantar zaheen ke pengasuh dan masa aku lunch aku ambil hantar balik. Masa kat rumah seboleh-boleh tak kasi aku pergi kerja. Last-last masa dia leka terus berdesup aku keluar.

Aku pun dulu garang dengan anak-anak buah aku tapi bila dah jadi bapa rasa macam nyesal pulak garang-garang dengan dieorang. Sampai sekarang dieorang takut dengan aku.LOL. Mungkin dulu tak ramai yang ada knowledge pasal pendidikan awal kanak-kanak. Zaman sekarang segalanya di hujung jari. Mahu atau tidak sahaja.

Monday, November 19, 2012

Besar

Kadang-kadang macam tak percaya Zaheen dah besar. Dengan drama-queen dia. Semoga menjadi anak solehah bila dah besar nanti. Bila dengar Zaheen memanggil abah. Lembut sungguh. Boleh jadi mainan di minta semua dapat.LOL

Sementara itu di Palestine...Semoga Allah swt melindungi saudara Islam aku di sana. Tidak dapat dibayangkan kalau berada dalam keadaan dieorang.

Tuesday, October 30, 2012

Surat Hitam dan Malang Tiada Bau

Apakah perasaan anda bila cuba di ugut oleh seseorang yang makan garam dulu dari kita serta mempunyai kuasa pentadbiran? Agak-agak kalau aku 'gegar' kawasan tu apa akan terjadi? Orang macam ini seharusnya di ajar supaya beliau ingat langit tinggi atau rendah. Sebagai seorang suami mesti kita protective terhadap isteri dan keluarga.

Kalau diikutkan safety boot aku ni memang nak 'gegar' tapi baik aku serahkan pada-Nya untuk membalas 'jasa' beliau.


Gambar di atas menunjukkan kereta aku yang hilang 'dara'. Ini macam petunjuk untuk angkat kereta baru. haha. Syukur Zaheen, mak buyung dan kandungan selamat. Kereta yang hentam tu pakai brek basikal, itu pasal tak berapa nak cengkam lantas menyondol kereta aku. Zaheen pulak memang diajar kalau dalam kereta dengan isteri aku mesti masuk baby car seat. Berdasarkan keadaan kereta selepas accident, body kereta mesti lari sikit seterusnya boleh menjejaskan pemanduan. Kesimpulan kena beli kereta baru....*pengsan.

Semoga dipermudahkan segalanya. Amin.

p/s: apa kejadah Johor FA main kat Stadium Pasir Gudang dan Johor FC main kat Stadium Tan Seri Hassan Yunos? Tak perlu beli pemain mahal-mahal. Cari pemain dari akar umbi. Jangan bazir sangat duit tu. Membazir kan amalan _______.

Friday, October 19, 2012

Siri Bercakap Dengan Zaheen - Siri 2

Sejak Zaheen pandai bercakap, kalau tengok TV mesti ada 'nape?' menjadi perkataan pilihan. Kalau watak kartun tu berubah expresi terus Zaheen pandang aku dan 'Nape?'. So aku pun goreng je la.Goreng bukan sebarang goreng tau tapi goreng yang ada input.
Ini baru dua tahun bhaiii. Kalau aku dah hantar pi sekolah. Mau balik sekolah kena tembak berdas-das soalan yang kita orang dewasa tidak pernah terfikir. Aku dah dapat bayangkan. Smartphone di sini memainkan peranan penting.

Contoh la tiba-tiba Zaheen tanya kenapa air liur kita tidak pernah kering(soalan dipetik dari anak makcik aku). Dengan selamba aku akan jawab, "Jap eh, abah kena telefon kilang ada perkara urgent". Sambil buat gaya cari nombor telefon kilang dalam smartphone. Terus Google. Pap dapat jawapan terus terangkan pada Zaheen.

Jauh bebeno aku berimaginasi tapi keadaan ini akan berlaku..Percayalah.

Monday, October 1, 2012

Siri Bercakap Dengan Zaheen

Kadang-kadang kita ambil mudah apa yang budak-budak cakap lebih-lebih lagi budak baru pandai bercakap. Harap anda tidak sebegitu. Aku selalu je borak dengan Zaheen walaupun tidak faham sepatah haram keluar dari mulut dia tapi aku layan je.


Yang pelik, bila aku suruh tutup pintu atau bagi arahan mudah. Boleh je ikut. Zaheen faham aku tapi aku tak faham Zaheen. Macam semalam, tengah tengok Timmy Time. Aku check siaran 611 ada Ultraman. Aku pun tukar tengok Ultraman sebab Zaheen suka Ultraman. Eh bukan suka tapi sangat suka. Sebabnya, bulan ada pergi Tesco dan ada mainan Ultraman tapi aku tak belikan sebab nak beli mainan yang education konon nya sekali dah beli di Tesco. Sampai rumah rosak. Selang beberapa hari mak buyung pergi tukar mainan yang educational tu.

Masuk je dalam Tesco terus Zaheen cakap Ultraman. Last-last tukar educational toys tu dengan Ultraman. OK kembali kepada cerita asal. Lepas je aku tukar jadi Ultraman..ehe..maksud aku cerita Ultraman, Zaheen ngendeng dekat aku..lalu berkata," Ekkkk..mimi..". Aku macam buat dono je. Zaheen ulang lagi ayat sama. Mak buyung yang sedar yang Zaheen suruh tukar cerita Timmy Time.

Cerita Timmy Time ini watak utama dia kambing. Bunyi kambing beekkkkkk tapi Zaheen pronouce eekkkkk..Baru aku dapat tangkap. Asik tergelak sorang-sorang bila ingat balik. Dah besar anak aku ni.

Friday, March 2, 2012

Ulasan iPad 3


Pagi tadi di MHI aku tengok klip video iPad 3. Memang sanggih. Fully touch screen. Siap boleh gabung dengan iPad 3 lain lalu membentuk screen lebih besar. high definition dan macam 3D. Ada dalam tiga variant iaitu WiFi, 3G dan 4G. Ini je aku mampu ulaskan.

Nasib aku bukan jenis hantu gadget atau yang sewaktu dengan nya. Kalau tak, mesti main bola kaki ayam je..ehh. Telefon bimbit pun hanya ada torch light. Aku lebih suka pamper diri aku dengan main bola atau memperbanyakkan pokok cat's nip dalam pasu aku. padahal kedekut. Tapi kalau ada gadget yang boleh translate apa Zaheen tuturkan aku MESTI beli. .ada?..ada?..

Thursday, February 23, 2012

Seefood Movie



Macam menarik filem animasi ni. Zaheen pantang nampak ikan. Kalau pergi KIPMART mesti wajib singgah tengok kedai binatang peliharaan. Tengok hamster, arnab serta macam-macam jenis ikan. Sangat excited budak kecik tu tengok binatang.

Animasi ini pasal seekor ikan jerung, Pup dalam misi menyelamatkan telur yang dicuri oleh pemburu haram. Julius juga seekor jerung cuba membantu Pup dengan menggunakan suits yang membolehkan mereka berjalan di darat. Lagi...Tengok trailer di bawah.

Wednesday, January 4, 2012

Pencegahan Pemeliharaan (Preventive Maintenance)

Sekarang sedang melakukan langkah seperti tajuk di atas terhadap buku-buku Zaheen. Buku pertama dan kedua telah lunyai di'baca'. Yup di baca sampai lunyai.

sekian.

p/s: berjaya mengakhiri kemarau gol semalam walaupun kalah 5-6 dengan IDEMITSU serta bermain 90 minit dan hampir cramp.

Tuesday, December 27, 2011

Televisyen

Di kesempatan ini aku nak ucapkan tahniah kepada anakanda sulung aku Nurul Zaheen sebab berjaya menggelapkan televisyen tok ayah. Sekarang kami hanya mendengar televisyen.

sekian.

Thursday, November 17, 2011

Bubur Nasi Untuk Bayi..Terbaikkkk

Setelah setahun dua bulan satu hari bergelar abah. Aku nak share tentang resepi aku buat bubur untuk anak aku. Tiada yang special pun. haha..Mungkin ada sedikit. Tips yang aku nak share adalah untuk memastikan bubur nasi yang di buat itu macam cair di mulut ketika makan. chewaahh..


Rahsianya adalah...biarkan beras di rendam untuk 15-20 minit selepas di basuh. Actually banyak try and error aku buat untuk bubur zaheen. Kadang-kadang bubur terjadi nasi. Tapi setelah 3-4 kali percubaan, berjaya menghasilkan bubur yang lembut. Api juga kena kecil ye tuan-tuan dan puan-puan. Jangan lupa tambah sayur-mayur serta ayam/ikan bilis.

Aku nak cerita pasal rumah pulak. Semalam pertama kali masuk rumah baru untuk check defect. Rasa macam tidak puas hati sebab hasil kerja tidak kemas. Plaster main calit-calit. Tingkap ada yang susah nak ditutup. Ya manusia memang tidak pernah puas tetapi ini hak pengguna. Hasil kerja tidak memuaskan. Nama pemaju bukan main gah, QA/QC tidak buat kerja ke?. Hari ini nak sambung check defect siap bawa camera. Nampak gaya tahun depan baru pindah rumah baru. Aduan ke pemaju akan dibuat. Ingat nak check syiling tapi tangga pulak takde.

p/s: altenatif selain bubur nasi adalah Hulled millet atau lebih dikenali sebagai sekoi. aku ingat sekoi ni makanan burung je.haha..

Sunday, October 16, 2011

Nurul Zaheen 365 hari

Selamat hari lahir wahai anak ku sayang. Masih terngiang-ngiang raungan ketika menemani ibu. Raungan yang bukan datang dari ibu membuatkan abah goosebump. Tapi ia bukan penghalang untuk abah menemani ibu melahirkan Zaheen.

Semoga menjadi anak yang solehah. Ameen...........................................................

Wednesday, September 7, 2011

Rabu Tanpa Perkataan #1



Budak hingusan di pagi raya.

Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri - Maaf Zahir Batin



Di kesempatan ini, aku dan keluarga nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada pembaca blog ini yang seco'et, rakan-rakan mengaji(SMKABP, MRSM Muar, KMJ, UM) dan rakan sekerja.

Zaheen akan mendapat duit raya tahun. Tahun lepas aku still dapat duit raya masa raya di kampung pak mertua aku. Ok. Sekian.


p/s: berhati-hati di jalan raya. aku yakin speedtrap bersusun.

Tuesday, May 31, 2011

Kaki Ayam



Semalam main futsal dengan berkaki ayam. Short serta tight dah bawa tapi terlupa bawa kasut. Adakah petanda semakin tua? Mungkin tidak. Terlupa gara-gara menghalau tikus keluar dari rumah thanks to CT si pemburu.

Aku lupa bila kali terakhir aku berkaki ayam untuk main bola. Bisa juga kaki aku bila tendang bola ni. Bola futsal bukan macam bola padang, ia lebih pejal serta berat. Masa kecik-kecik rajin berkaki ayam sebab nak elakkan selipar putus masa main belon acah, baling selipar, polis sentri atau panjat pokok.

Zaheen sudah pandai panjat serta geget sekuat hati. Rajin lapar jadi kena kasi nasi+sayur kisar.

p/s: musim sekolah yang penuh dengan travelling.

Thursday, May 26, 2011

Tapak Kejadian Brek Kecemasan


Pagi tadi aku guna gear rendah sewaktu melalui kawasan kejadian semalam as precaution. malang tidak berbau. Lagipun Zaheen sudah 90% sihat. Kesihatan anak berkadar langsung dengan emosi positif dan berkadar songsang dengan emosi negatif.

Lagipun emak aku kebetulan datang Pasir Gudang. Nenek mana tidak risau tengok cucu tidak sihat especially cucu ke-21.haha. Lagipun mak aku cakap nak jaga anak aku senang. Pagi tadi pun Zaheen tertidur masa mak aku pegang.

FYi, DG48 'kebanggaan' bini aku ada beri ceramah induksi.Seperti yang aku jangka, drama RON95 telah menjadi kenyataan. Siap berulang kali cakap kerajaan tanggung RM18 billion untuk subsidi. So what? That's government responsibility to take care of the people. Selalu suruh rakyat jimat-cermat tapi kerajaan sendiri tidak jimat-cermat. Pathetic...

Sekian.

Tuesday, May 24, 2011

Budak Kecik Demam


Sejak dilahirkan, ini demam paling teruk Zaheen pernah endure. Panas semacam badan masa pagi, lepas kasi ubat baru reda sikit panas tu. Semalam pergi klinik, doktor cakap kalau tangan kaki rasa bahang, suhu badan dalam 37-38 darjah celsius.


Tapi kalau tangan dah sejuk itu perlu cepat-cepat hantar pergi klinik sebab mungkin suhu badan sudah sampai 39 darjah celsius. Esok bini aku sudah mula induksi, dengan Zaheen tidak berapa nak sihat. Harap semua berjalan lancar dan bini aku lulus induksi tu yang habis pukul 11 malam.

Nasib tiga hari je. Itu pun ada cikgu 'otai' mempertikaikan induksi sekarang. She's from my neighborhood. Cikgu 'otai' ni cakap dengan berlagak yang dia dulu sebulan induksi..bla..bla..bla..tengok akak sekarang dapat APC..bla..bla..bla..semangat kenegaraan kuat..bla..bla..bla..eh yang APC tu aku saja tambah. Ala kroni boleh la. Subjek akak tu kacang kuda je tapi peratus lulus menurun dan salahkan pelajar. Tapi APC dalam genggaman.

Dan lepas induksi, DG48 nak buat BTN untuk semua cikgu. Aku memang tidak benarkan bini aku pergi. Dan kalau DG48 itu paksa juga, terpaksa aku 'turun' padang. Nak ajar DG48 tu langit itu tinggi atau rendah. Such pain in the arse DG48 ni. Nak pergi haji pun buat perangai lagi. Nanti masa dah nak berangkat sibuk mintak maaf sampai nangis-nangis basah satu badan dengan air mata. Dey andartu, luka kalau sembuh pun still ada parut tau..tau..tau!!..

Selagi orang pemikiran sempit seperti andartu dan cikgu 'otai' ini wujud, JAHANAM semangat cikgu baru untuk mengajar anak bangsa. Akhir sekali sama-sama kan kita doa anak aku sihat sebelum bini aku berinduksi. sekian.. wassalam.

p/s: hari guru kena paksa-rela jual telur pindang. Lepas ini tidak pasti jualan apa yang bakal menyusul.

Tuesday, March 1, 2011

Hulk




Baru-baru ini hero dalam komik Marvel telah mendaftarkan diri dengan keluarga aku. Aku ingat nak namakan PAS sebab PAS warna hijau juga. haha..Kalau aku kasi nama PAS, balik Segamat duduk luar la si PAS ni. Jadi aku putuskan untuk menamakan ia Hulk.

Siapakah Hulk? Hulk adalah sebuah kamera Nikon Coolpix S3000. Tidak sehebat DSLR semestinya tetapi lebih hebat dari saudara-mara seangkatan dengannya. Dah setahun kahwin baru ada kamera. Penting untuk merakam tumbesaran Zaheen serta mempromosi kek dari dapur Bistari Perdana.haha.


Memang berbaloi kamera ini sebab aku dah cuba hampir semua digital kamera dalam kedai tu dan ini yang terbaik dalam kategorinya. Yang aku cuba tu mesti la dalam bajet..haha...

Hasil kerja Hulk akan di upload esok lusa.

Tuesday, February 22, 2011

Mari Bersokan



Petang ini ada lawan bola kat padang Kastam. Perlawanan competitive terakhir aku sebelum bulan Ramadhan tahun lepas. Malam ni bini aku kena sediakan balm.haha..

Dengan memakai baju pejabat ke padang mesti orang akan ingat aku manager tetapi mereka silap sebab aku adalah penyerang berbisa PCEO (Pan Cantury Edible Oil). Aku nak pakai baju nombor 9. Antara sebab utama adalah aku penyerang utama. Sebab lain adalah aku hanya bermain 9 minit sahaja. Lebih 9 minit lari pegang pinggang.

Zaheen dah hustle meniarap. As easy as ABC si Zaheen meniarap. Bontot asik terangkat masa meniarap. Bertuah punya anak. haha..

p/s: when there's a will, there's a way.

Wednesday, January 19, 2011

Zaheen sudah pandai meniarap



Anak aku sudah pandai meniarap..Sangat excited dan tidak sabar untuk balik rumah. Patut la ibu Zana(pengasuh) cakap Zaheen asik meragam sepanjang minggu ni.


Sekian.