Apakah perasaan anda bila cuba di ugut oleh seseorang yang makan garam dulu dari kita serta mempunyai kuasa pentadbiran? Agak-agak kalau aku 'gegar' kawasan tu apa akan terjadi? Orang macam ini seharusnya di ajar supaya beliau ingat langit tinggi atau rendah. Sebagai seorang suami mesti kita protective terhadap isteri dan keluarga.
Kalau diikutkan safety boot aku ni memang nak 'gegar' tapi baik aku serahkan pada-Nya untuk membalas 'jasa' beliau.
Gambar di atas menunjukkan kereta aku yang hilang 'dara'. Ini macam petunjuk untuk angkat kereta baru. haha. Syukur Zaheen, mak buyung dan kandungan selamat. Kereta yang hentam tu pakai brek basikal, itu pasal tak berapa nak cengkam lantas menyondol kereta aku. Zaheen pulak memang diajar kalau dalam kereta dengan isteri aku mesti masuk baby car seat. Berdasarkan keadaan kereta selepas accident, body kereta mesti lari sikit seterusnya boleh menjejaskan pemanduan. Kesimpulan kena beli kereta baru....*pengsan.
Semoga dipermudahkan segalanya. Amin.
p/s: apa kejadah Johor FA main kat Stadium Pasir Gudang dan Johor FC main kat Stadium Tan Seri Hassan Yunos? Tak perlu beli pemain mahal-mahal. Cari pemain dari akar umbi. Jangan bazir sangat duit tu. Membazir kan amalan _______.
No comments:
Post a Comment