Pagi tadi ketika sedang memecah keheningan pagi dengan Wave100 adik ipar aku tiba-tiba teringat anak perempuan pakcik jual karipap ala-IKEA pagi tadi....eh bukan-bukan. Aku teringat arwah abah aku. Rasa macam rindu dengan nasihat beliau. Nasihat beliau yang terakhir kepada aku adalah jangan bawa motor laju-laju dan jangan jadi mat rempit.
|
Zaheen..almost 6 months. |
Nasihat itu dia ulang selama hampir satu minggu sebelum beliau pergi selama-lama nya. Masa tu aku baru beli motor baru hasil baru kerja tiga bulan. Beliau ada topup sikit so aku dapat beli cash motor tu. Nasihat beliau membantutkan aku nak beli superbike...
padahal memang tak mampu pun nak beli.
Kalau beliau hidup lagi apa yang dia nak nasihatkan aku ek? haha. ok bye.
No comments:
Post a Comment