Robocop muncul kembali. Macam kesatria baju hitam pun ada aku tengok.
dunia komputer kucing bosan penin jiwakacau tertekan network hidup duit kawen bini anak cucu cicit akhirat
Showing posts with label kewayangan. Show all posts
Showing posts with label kewayangan. Show all posts
Friday, September 6, 2013
Robocop 2014 Movie
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
10:00 AM
kategori
cinema,
kewayangan,
robocop 2014,
wayang
Friday, September 21, 2012
Wayang Terbuka
Masa zaman aku budak-budak dulu, memang permainan elektronik tak secanggih sekarang. Aku nak cerita masa pertama kali tengok wayang. Bukan wayang macam sekarang ni, ini wayang open space. Datang boleh bawa keluarga serta makanan. Makan serta nonton sampai lebam.
Tapak wayang masa tu adalah tempat pasar lambak aka pasar malam. Ramai datang, aku datang dengan abang aku naik motor Honda Fame(hilang masa aku darjah enam kena curi).
Seingat aku filem yang ditayangkan filem indonesia. Filem ini berkisar pada zaman penjajahan Belanda. Hero ni lawan penjajah Belanda yang pada masa itu ada pendekar upahan mereka sendiri. Hampir menang tapi Belanda ada tukang sihir so hero kalah dulu kena jampi jadi babi. Sadis.
Tapi diselamatkan oleh geng-geng wali Songo. Lepas sembuh lawan balik dan menang serta berjaya halau Belanda dari kawasan itu. Lebih kurang la sinopsis dia. Memang old-skool habis bila ingat balik.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
3:28 PM
kategori
kewayangan,
old skool
Thursday, February 23, 2012
Seefood Movie
Macam menarik filem animasi ni. Zaheen pantang nampak ikan. Kalau pergi KIPMART mesti wajib singgah tengok kedai binatang peliharaan. Tengok hamster, arnab serta macam-macam jenis ikan. Sangat excited budak kecik tu tengok binatang.
Animasi ini pasal seekor ikan jerung, Pup dalam misi menyelamatkan telur yang dicuri oleh pemburu haram. Julius juga seekor jerung cuba membantu Pup dengan menggunakan suits yang membolehkan mereka berjalan di darat. Lagi...Tengok trailer di bawah.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
9:48 AM
kategori
kewayangan,
zaheen
Monday, December 19, 2011
The Dark Knight Rises || Jun 2012
Aku memang suka watak Batman ni sebab dia tiada super power tapi gadget mantap. Batman zaman dulu memang lawak. Asal bertumbuk je keluar perkataan bagak-bagak Dush!!!..Pang!!..Yang paling gampang adalah masa nak berubah jadi Batman minum air pun boleh.
Bulan Jun 2012 baru kelaur movie ini. Aku harap by the time movie ni keluar aku dah boleh tengok movie laki bini...haha..Lama siot tak tengok wayang. Awal tahun 2012 memang penuh dugaan serta cabaran serta macam-macam lagi.
p/s: Zaheen needs a new babysitter ASAP.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
9:53 AM
kategori
kewayangan
Thursday, December 1, 2011
Sinopsis Ombak Rindu
Percaya atau tidak aku pernah baca novel ini. Sekarang sudah jadi filem. Patut aku macam pernah dengar je nama Ombak Rindu ni. haha...
Sinopsis : OMBAK RINDU IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
Harga : RM 19.90
Halaman :576
ISBN : 983-124-029-9
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
4:19 PM
kategori
kewayangan
Friday, October 21, 2011
Kekejaman
Aku rasa minggu ini banyak berita kekejaman berlaku. Dari yang kecil hingga tua. Berita pasal Gaddafi di bunuh kejam oleh pemberontak di Libya. Aku tahu yang Gaddafi tu diktator tetapi di mana rasa belas kasihan atau HUMANITY.
Memang tidak syak lagi dunia sedang meniti zaman kejahilan sama seperti zaman sebelum kedatangan Nabi Muhammad swt. Dunia Arab sekarang semakin bergolak. Lihat apa terjadi pada Iraq, sampai sekarang masih bergolak.
p/s: ikut hati MATI..ikut rasa binasa.
Lokasi Gaddafi ditemui.
p/s: ikut hati MATI..ikut rasa binasa.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
9:48 AM
kategori
banjir 2011,
bencana alam,
kewayangan,
penipuan
Wednesday, July 13, 2011
Mr. Popper's Penguins
Lama aku tidak tengok Jim Carrey berlakon. Orang cakap dia ni rubber face sebab boleh buat banyak ekspresi muka. Jom layan trailer filem ni.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
2:59 PM
kategori
kelawakan,
kewayangan
Thursday, May 26, 2011
Tapak Kejadian Brek Kecemasan
Pagi tadi aku guna gear rendah sewaktu melalui kawasan kejadian semalam as precaution. malang tidak berbau. Lagipun Zaheen sudah 90% sihat. Kesihatan anak berkadar langsung dengan emosi positif dan berkadar songsang dengan emosi negatif.
Lagipun emak aku kebetulan datang Pasir Gudang. Nenek mana tidak risau tengok cucu tidak sihat especially cucu ke-21.haha. Lagipun mak aku cakap nak jaga anak aku senang. Pagi tadi pun Zaheen tertidur masa mak aku pegang.
FYi, DG48 'kebanggaan' bini aku ada beri ceramah induksi.Seperti yang aku jangka, drama RON95 telah menjadi kenyataan. Siap berulang kali cakap kerajaan tanggung RM18 billion untuk subsidi. So what? That's government responsibility to take care of the people. Selalu suruh rakyat jimat-cermat tapi kerajaan sendiri tidak jimat-cermat. Pathetic...
Sekian.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
9:24 AM
kategori
kepolitikusan,
kewayangan,
zaheen
Tuesday, April 26, 2011
3D-less TV
Toshiba Regza 20GL1
Masa pertama kali aku tengok movie 3D memang rasa jakun serta batak. Siap pakai cermin mata bagai. Lepas tu keluar pulak TV 3D di mana siapa yang mempunyai cermin mata 3D sahaja yang dapat merasai ke'3D'an T itu.
Kenapa tidak terus buat TV yang memaparkan 3D tanpa menggunakan cermin mata. Marketing purpose dieorang ni agak melampau.haha.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
8:33 AM
kategori
3D,
kewayangan
Monday, April 18, 2011
Kung Fu Panda 2
Aku memang dari kecil suka tengok kartun. Walaupun cerita dia biasa je tapi aku suka tengok kartun. Aku suka gaya suara Joe Black. Sesuai sangat untuk watak panda gemuk yang clumsy. Target aku tahun ini nak tengok Transformer : Dark of The Moon dalam panggung. Zaheen?..hehe..Nah trailer Kung Fu Panda 2 untuk tatapan yang tidak mampu jejak kan kaki dalam panggung macam aku ni.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
8:00 AM
kategori
kewayangan
Thursday, November 11, 2010
Damasutra(rock kapak) mahu saman Christopher Nolan
Damasutra - Umpama mimpi dalam mimpi
vs
Inception
Ini berita bukan main-main. Berdasarkan lagu Damasutra - Umpama mimpi dalam mimpi, filem Inception telah melakukan plagiat terhadap kumpulan rock kapak ini.
Bukti plagiat menurut Damasutra
Lirik- Umpama Mimpi Dalam Mimpi
Kenangan bersamamu kasih
Seumpama mimpi di dalam mimpi <-- (1)
Terasa engkau di sisi
Menemaniku saban hari
Pabila kupejamkan mata Akan terasa hangatnya asmara Walaupun sekian lama Telah terpadam cinta kita <-- (2)
Luka yang tak terasa
Mengalir darah yang tak berwarna
Bagai jeritan tanpa
Suara
Tangisan dalam ketawa
Sedu sedan menjadi syair cinta
Terasa ingin ku sentuh Bayanganmu <-- (3)
Walau hanya seketika cuma Agar hilang rindu dan dahaga <--(4)
Agar pulih semangat kasih dan mesra
Seperti baru kenal cinta
Kenangan bersamamu kasih Membakar gedung fikiranku kini <--(5)
Terasa hidupku ini
Umpama mimpi dalam mimpi
Umpama mimpi dalam mimpi
RASIONAL BUKTI PLAGIAT
1. Didalam filem Inception, Leo Decaprio memasuki mimpi didalam mimpi
2. Watak Leo hanya boleh bertemu isteri tercinta ketika bermimpi
3. Leo hanya mampu menyentuh bayangan maya mendiang isterinya
4. Setiap malam walau sekejap Leo akan bertemu isterinya
5. Kenangan isteri Leo, Mal merosakkan mimpi Leo dan membakar realiti hidup Leo
kredit : obefiend
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
10:02 AM
kategori
kewayangan,
sukasuka
Sunday, July 11, 2010
Bioskop Azuwan : The Notebook - Clash of the Titan - How To Train Your Dragon
The Notebook
Sumpah masa mula-mula download aku ingat cerita pasal IT gitu sekali...sweet romance gitu. Boleh tangkap leleh beb. Cerita ini bermula dengan seorang lelaki berumur membacakan sebuah cerita kepada seorang nenek di sebuah rumah jagaan orang tua. Lelaki ini bercerita mengenai sebuah percintaan tidak sekufu antara Allie Hamilton(anak lord macam drama melayu) dan Noah Calhoun(anak pembalak).Clash of The Titan
Ini cerita memang kalau tidak kuat iman boleh sesat. Boleh pulak si Zeus ni melakukan hubungan seks dengan perempuan seterusnya melahirkan seorang separuh-manusia & separuh-tuhan. Aku pernah tengok cerita ni versi old-skool. Sumpah lawak kalau ingat balk sebab monster dia macam tanah liat pun ada aku tengok. Just nice je la cerita ni.How To Train Your Dragon
Animasi ini memang antara yang terbaik selain Shrek sebab dragon die yang bernama Night Fury aka Toothless macam Puss-in-boots. Mata die blolok+comel. Pasal anak viking, Hiccup yang juga merupakan anak ketua viking yang kedengking macam aku. Viking ni cuba mempertahankan kampung mereka dari serangan dragon yang mencuri hasil ternakan mereka. Tetapi ada sebab lain dragon ini mencuri ternakan mereka.
Sekian dari bioskop Azuwan.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
9:40 PM
kategori
kewayangan
Subscribe to:
Posts (Atom)












