Monday, October 31, 2011

Aplikasi Android Paling Berguna 2011

Walaupun aku bukan pengguna Android. Aku pengguna apa? Aku pun tak tahu 'Blackberry' aku pakai Android 2.0 atau iOS 6.7.



Ada 20 yang patut pengguna Android di luar sana patut guna sebab berbaloi-baloi. Sila rujuk gambar di atas untuk maklumat lanjut.

Saturday, October 29, 2011

Kenapa Final Piala Malaysia di Shah Alam dan tiket RM50

Menurut laporan audit negara 2010, bumbung Stadium Nasional Bukit Jalil sudah tamat tempoh warranty. Pasal harga tiket tu rujuk gambar di bawah.kahkahkah..

Thursday, October 27, 2011

Senai Desaru Expressway gagal mengikut piawaian.


MalaysiaKini - Laporan Ketua Audit Negara 2010, berhubung pengauditan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati beberapa kontraktor telah membina lebuhraya Senai-Desaru di beberapa bahagian dengan turapan Dense Bituminous Macadam (DBM) yang kurang daripada ketebalan minimum 95 mm.

“Lawatan Audit pada bulan Oktober 2010 juga mendapati kualiti kerja pembinaan lebuh raya kurang memuaskan.

“Mengikut spesifikasi kontrak, ketebalan minumun turapan DBM yang dibenarkan adalah 95 mm manakala ketebalan turapan DBM mengikut lukisan Approved Detail Design adalah 100 mm,” petik laporan itu.

Menurutnya laporan itu lagi, ketebalan paling rendah yang dicatatkan adalah 72 mm manakala bacaan tiga lagi ujian yang dijanlankan menunjukkan ketebalan - 81 mm, 89 mm dan 79 mm.

“Permukaan jalan didapati beralun dan tidak rata di sepanjang lebuh raya bagi Pakej 1 dan 2. Selain itu, beberapa bahagian permukaan lebuh raya telah rosak, kasar dan berlubang walaupun baru setahun dibuka kepada pengguna.”

Ia juga mencatatkan bahawa Pakej 3 iaitu pada kilometer 77, tidak siap mengikut masa pada 18 Julai 2008 dan terpaksa dilanjutkan sebanyak tiga kali sehingga 31 Disember, 2010, kerana kontraktor utamanya menghadapi masalah kewangan, kenaikkan harga barangan yang digunakan dan masalah cuaca.

Bagi Pakej 3 juga, kontraktor sepatutnya membina ‘pelindung sungai’ atau river protection bagi menghalang hakisan kerana projek itu merentasi lima batang sungai.

“Bagaimanapun, pihak Audit mendapati river protection di tebing jambatan lima sungai tersebut masih belum dibina. Keadaan tebing jambatan yang belum dibina river protection adalah di Sungai Layau dan Sungai Papan.

Reventment Protection perlu dibina bagi mengelakkan hakisan tanah di kawasan yang telah ditentukan di sepanjang lebuh raya. Pihak Audit mendapati syarikat konsesi belum membina reventment protection di kedua-dua arah lebuh raya,” kata laporan itu lagi.

Wednesday, October 26, 2011

Rabu Tanpa Perkataan #5


p/s : cashier perempuan PETRONAS Jalan Bacang memang sangat kurang sopan.

Tuesday, October 25, 2011

Lagi kejadian langgar budak(sampai mati) di China


Belum reda pasal mendiang Yueyue dilanggar, satu lagi kejadian hampir sama di barat China. Tapi kali ini kenderaan lagi 'heavyweight' iaitu LORI. Pemandu lori, Yong melanggar budak malang itu Xiong Maoke, 5 tahun dua kali untuk memastikan budak itu betul-betul mati sebab ia lebih murah berbanding bil hospital.

ibu mangsa hanya mampu melihat mayat anaknya.

Maoke berjalan kaki dari sekolah sebelum ia dilanggar oleh lori itu. Pemandu lori itu berbalah dengan keluarga mangsa yang menuntut pampasan. Perbalahan hampir 7 jam sementara mayat Maoke dibiar di bawah lori berkenaan.

Monday, October 24, 2011

Muammar Gaddafi


Barat sangat benci mamat rambut keriting ni. Antara sebabnya beliau ingin jual minyak secara tukaran dengan emas. Barat takut sebab mereka tidak ada simpanan emas. Aku nak cerita sikit pasal Kolonel ni. Beliau mengambil alih Libya menerusi rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah. Lihat KELEBIHAN rakyat Libya di era Gaddafi memerintah. Beliau menggunakan pangkat Kolonel kerana beranggapan Libya itu diperintah oleh rakyat.

  • Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!
  • Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;
  • Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';
  • Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;
  • Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;
  • Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;
  • Tidak ada bil elektrik di Libya;
  • Pendidikan adalah percumn;
  • Kemudahan perubatan adalah percuma;
  • Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;
  • Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;
  • Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;
  • satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;
  • Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.
  • Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.
  • Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;
  • Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);
  • Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;
  • Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;
Yang menentang Gaddafi tu semua manusia tidak tahu bersyukur. Aku tidak nampak celah-bedah mana si Gaddafi ini seorang diktator. Beliau sangat dibenci sampai Barat mengatur dengan teliti strategi untuk membunuh beliau.

Aku dengar macam-macam cerita especially pasal emas di Malaysia ini. Kenapa dulu di panggil semenanjung emas. British hanya berjaya korek bijih timah dari Tanah Melayu. Teori mengatakan ada banyak emas di Malaysia ni.

p/s: Panji-panji ufuk timur.

Friday, October 21, 2011

Kekejaman

Aku rasa minggu ini banyak berita kekejaman berlaku. Dari yang kecil hingga tua. Berita pasal Gaddafi di bunuh kejam oleh pemberontak di Libya. Aku tahu yang Gaddafi tu diktator tetapi di mana rasa belas kasihan atau HUMANITY.

 Lokasi Gaddafi ditemui.

Memang tidak syak lagi dunia sedang meniti zaman kejahilan sama seperti zaman sebelum kedatangan Nabi Muhammad swt. Dunia Arab sekarang semakin bergolak. Lihat apa terjadi pada Iraq, sampai sekarang masih bergolak.

p/s: ikut hati MATI..ikut rasa binasa.

Tuesday, October 18, 2011

Jahil

Semakin hari semakin jahil manusia zaman sekarang. Tidak sangka video budak kecil kena langar yang aku tengok dalam laman sosial adalah kejadian yang yang baru berlaku. Aku tidak lihat penuh sebab bila lori tu hampir mengenai budak kecil itu aku terus tutup browser aku sebab....

Mangsa dikenali sebagai Wang Yue berumur dua tahun. Doktor yang merawat Yueyue berkata yang kecederaan Yueyue adalah unrecoverable.......

Dan berita-berita macam ini tidak sepatutnya keluar dalam berita. Ini sama seperti menonton filem 18SG malah lebih teruk. Tapi berita-berita panas macam ini lebih gemar dipaparkan oleh media massa sekarang. Masa video itu ditayangkan dalam berita aku sedang dukung Zaheen yang baru selesai dinner. Rasa luluh sangat hati ni.............................

Aku tidak dapat bayangkan jika ia berlaku pada aku. Yang aku hairan yang nampak buat bodoh je. Mana keperikemanusiaan peniaga pasar tu. Hati manusia sekarang jauh lebih sakit dari keadaan bumi sekarang.

................................................................................

Sunday, October 16, 2011

Nurul Zaheen 365 hari

Selamat hari lahir wahai anak ku sayang. Masih terngiang-ngiang raungan ketika menemani ibu. Raungan yang bukan datang dari ibu membuatkan abah goosebump. Tapi ia bukan penghalang untuk abah menemani ibu melahirkan Zaheen.

Semoga menjadi anak yang solehah. Ameen...........................................................

Friday, October 14, 2011

Laporan Polis Terhadap Isa Samad


Laporan tersebut dibuat bagi meminta siasatan bahawa Isa telah menyalahgunakan kuasa serta ‘merampas’ jawatan Pengerusi Permodalan Felda Berhad daripada pemegang jawatannya Datuk Dzulkifli Wahab, secara tidak sah semasa Dzulkifli berada di tanah suci Mekah menunaikan Umrah.

Mereka ditemani peguam Suhaimi Said yang juga Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

Menurut Suhaimi, semasa ketiadaan Datuk Dzulkifli Wahab yang juga Pengarah Besar Felda, Isa telah mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengarah KPF pada 25 Ogos 2011 dan berbekalkan surat daripada Perdana Menteri, Isa telah melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi KPF.

“Ini bertentangan dengan Undang-Undang di bawah Akta Koperasi 1993 (Pindaan 2007) Akta 502, dan telah menyalahgunakan kuasa kerana mengangkat dirinya sendiri sebagai Pengerusi baru kepada KPF, mengambil alih jawatan yang disandang oleh Datuk Dzulkifli Wahab semasa beliau menunaikan Umrah di Mekah.

“KPF telah ditubuhkan pada 1hb Julai 1980 dibawah Ordinan Koperasi 1948 bertujuan untuk menjadikan KPF sebagai wadah simpanan dan pelaburan anggota Felda.

“Penubuhan KPF ini telah menyerlahkan hasrat murni Felda untuk memberi peluang secara adil kepada warga Felda untuk turut serta memiliki ekuiti dalam syarikat-syarikat Felda melalui KPF, juga merupakan suatu wawasan dan prihatin Felda untuk kemajuan warga Felda,” tambahnya seperti dilapor Harakahdaily.

Menurut Suhaimi, Isa Samad tidak layak memegang jawatan selaku Pengerusi KPF kerana beliau tidak layak menjadi ahli kepada KPF yang membuka keahliannya hanya kepada Peneroka Felda, anak peneroka atau kakitangan tetap Felda.

Tambahnya, kedudukan Isa hanyalah bertaraf kontrak justeru pelantikan beliau sebagai Pengerusi KPF adalah bertentangan dengan undang-undang koperasi dan menyalahgunakan kuasa dengan membuat perlantikan ke atas dirinya sendiri.

“KPF merupakan salah sebuah daripada 10 koperasi cemerlang yang menjadi contoh koperasi yang berjaya memberikan dividen yang tinggi atas kadar 15% setahun dan ini membuktikan bahawa KPF telah dikelolakan dan diselenggarakan dengan baik oleh Datuk Dzulkifli dan Ahli Lembaga Pengarahnya.

“Pengambilalihan jawatan Pengerusi dengan cara yang bertentangan dengan undang-undang koperasi ini adalah pengkhianatan kepada KPF dan laporan dibuat supaya Isa disiasat kerana melanggar undang-undang dan menyalahgunakan kuasa,” ujarnya.

Tambah Suhaimi, laporan yang sama telah dibuat serentak di balai-balai polis utama di negeri-negeri Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Perak.

kredit - keadilandaily.com

Thursday, October 13, 2011

Banjir di Thailand


Pagi tadi aku tengok berita TV5 ada mention pasal banjir di Thailand makin teruk. Ada satu kampung sudah habis ditenggelami air. Kawasan-kawasan lain juga sudah diberi amaran untuk bersiap sedia untuk evacuate.


Bangkok mungkin akan banjir. Penghadang banjir juga sedang dibina di Bangkok untuk menghadapi segala kemungkinan. Penghadang ini akan menjadi penentu samada Bangkok akan banjir atau tidak pada 14 dan 17 Oktober serta 28 dan 31 Oktober di mana air pasang berlaku.

Wednesday, October 12, 2011

Rabu Tanpa Perkataan #4

Tuesday, October 11, 2011

Dapur


Cantik.

Monday, October 10, 2011

Jualan Kilang - Southern Lion : 11 & 12 November (Johor) 2 & 3 Disember (KL)

Tahu Southern Lion? Ini kilang yang keluarkan ubat gigi Fresh and White, detergen Top, mandian Shokubutsu serta banyak lagi.


Syarikat ini akan mengadakan jualan kilang setahun sekali. Di Johor dan Kuala Lumpur. Mungkin ini jualan kilang pertama aku pergi kat Johor.haha..Mungkin dapat harga lebih murah berbanding di Tesco, Hwa Tai KIPMART atau ECONSAVE.

Tarikh: 11 & 12 November 2011 
Lokasi: Southern Lion Factory Johor Bahru

Tarikh: 2nd & 3rd December 2011 
Lokasi: Southern Lion Marketing Office, KL

Happy shopping.

p/s: rumah sudah layak untuk diduduki. tunggu kunci. idea design sudah mari. mari-mari kita mengundi.

Thursday, October 6, 2011

Steve Jobs(Pengasas Apple Inc) Meninggal Dunia


p/s: Al-Fatihah buat ex-factory mate aku, Awei yang meninggal dunia kemalangan semalam.

Wednesday, October 5, 2011

Rabu Tanpa Perkataan #4

Tuesday, October 4, 2011

Persaraan Swasta


“Bermakna usia persaraan akan dilanjutkan daripada 55 tahun pada masa sekarang kepada 60 tahun dan seseorang pekerja masih berupaya dan diperlukan, dia boleh terus bekerja selama empat tahun lagi,” kata Setiausaha Agung MTUC, Abdul Halim Mansor seperti yang dipetik dari The Malaysian Insider.

Kerja sampai umur 60 tahun?!..Larat tak larat je la. Nak tahu sebab apa tempoh persaraan swasta ni di panjangkan?

Tahukah anda kebanyakkan yang hampir bersara gaji bulanan agak besar dan secara tidak langsung caruman pun agak besar juga la. Jumlah yang dapat 'manfaat' ini adalah hampir enam juta. Graduan semakin ramai menganggur. Makin kaya la KWSP, nak simpan punya la senang. Nak keluarkan, ya ampun. Macam minta sedekah pun ada padahal itu duit kita. Pilihan raya semakin hampir. Ini adalah salah satu cara mudah kerajaan untuk mendapatkan duit untuk menjanakan pilihanraya. MUNGKIN ya MUNGKIN tidak.

p/s: kilang aku dapat bonus minggu depan tapi...............aku NOT ENTITLED walaupun aku dah confirm!!!!!!!.. pffttttt..

Monday, October 3, 2011

Lawak Isnin

Siapa tengok berita TV3 semalam? Aku tak tengok.haha. Layan Speed Racer di TV5 lagi layan. Aku jumpa berita ini dari milosuam. Pasal orang PAS masuk UMNO.

Berdasarkan interview, remaja Penaga ini kecewa permintaannya untuk mendapatkan jalan mini tar, membaik pulih rumah, bantuan perubatan ibu yang sakit gagal diperolehi. Sebab itu beliau join UMNO.

Lihat rakaman di bawah.



Umum mengetahui Kepala Batas adalah kubu kuat Umno. Ahli Parlimennya ialah bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi. Malah DUN Penaga adalah kawasan Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim seorang ADUN dari Umno.

Mangkok hayun yang didakwa sebagai Remaja Penaga oleh TV3 ini meminta bantuan dari ADUN Umno, Datuk Azhar Ibrahim dan gagal ditunaikan, maka dia pun keluar PAS masuk Umno.

Sunday, October 2, 2011

Aku vs Johnny

Ini Johnny bukan sebarang Johnny. Pernah Johnny melanggar diri. Ya, melanggar diri dengan bahagian belakang motor aku. Di pagi sabtu yang hening, ketika ku menghirup udara pagi di atas motor untuk mencari rezeki.

Melepasi bonggol di taman bistari. Ketika itu baru ku sedari. Si Johnny sedang menanti. Tetapi masa amat mencemburui, mujur jemari menyelamatkan diri.

Letih jugak nak tulis ayat macam A Samad Said ni. Pendek kan cerita, Johnny serang aku dari arah pukul dua aku. Hanya beberapa sentimeter dari bahagian belakang motor aku. Nasib pick-up Gelombang X aku tidak mengecewakan aku.

Tengok muka sendiri di side mirror kiri. Semua darah sudah turun ke kaki. Sampai bila masalah anjing liar ini akan di atasi.