Showing posts with label banjir 2011. Show all posts
Showing posts with label banjir 2011. Show all posts

Friday, October 21, 2011

Kekejaman

Aku rasa minggu ini banyak berita kekejaman berlaku. Dari yang kecil hingga tua. Berita pasal Gaddafi di bunuh kejam oleh pemberontak di Libya. Aku tahu yang Gaddafi tu diktator tetapi di mana rasa belas kasihan atau HUMANITY.

 Lokasi Gaddafi ditemui.

Memang tidak syak lagi dunia sedang meniti zaman kejahilan sama seperti zaman sebelum kedatangan Nabi Muhammad swt. Dunia Arab sekarang semakin bergolak. Lihat apa terjadi pada Iraq, sampai sekarang masih bergolak.

p/s: ikut hati MATI..ikut rasa binasa.

Thursday, October 13, 2011

Banjir di Thailand


Pagi tadi aku tengok berita TV5 ada mention pasal banjir di Thailand makin teruk. Ada satu kampung sudah habis ditenggelami air. Kawasan-kawasan lain juga sudah diberi amaran untuk bersiap sedia untuk evacuate.


Bangkok mungkin akan banjir. Penghadang banjir juga sedang dibina di Bangkok untuk menghadapi segala kemungkinan. Penghadang ini akan menjadi penentu samada Bangkok akan banjir atau tidak pada 14 dan 17 Oktober serta 28 dan 31 Oktober di mana air pasang berlaku.

Saturday, February 5, 2011

Kisah Malam Banjir di Segamat



Sebagaimana yang anda tahu, pengalaman menghadapi banjir sangat memeritkan lagi-lagi dengan dua orang tetamu kehormat. Hanya aku,bini aku,adek,anis,aini,aten, amin serta mak mertua aku mengalami gangguan emosi dengan kehadiran tetamu ini. Eh aku tak terganggu kot emosi.

Tetamu ini adalah dua orang gadis. Yang paling emo adalah bini aku..wakakaka..Tapi watak paling jahat adalah aten sebab beliau yang paling gembira sambil menunjukkan gaya tangan sambil menggenggam buku lima ekspresi suka gadis itu sudah balik. Apa yang menjengkelkan mengenai gadis itu?! Mereka super-duper-sangat malu tahap dewa dengan aku, adek, anis dan amin(ini budak lagi pun nak malu ke?). Mereka paling blushes dengan adek. Dengan doktor mestilah blushes-blushes sikit baru la ayu gitu. Nak ajak makan bukan main susah tapi bila sudah lekat bontot pada kerusi meja makan, terus tumbuh akar bontot kat kerusi.

Siap tongkat dagu lagi tunggu waiter aka bini aku hidangkan..Dengan air paip tak keluar dan bergantung harap pada air hujan yang ditadah dengan kawah,baldi serta bermacam bekas. OK sambung balik pasal gadis ini. Dah makan terus tinggal meja makan tanpa kemas or whatsoever kecuali cuci pinggan sendiri. Masa makan pun langsung tidak pelawa tuan rumah aka mak mertua aku.

Aku tidak reti cerita berapa details sebab bini aku yang tahu lebih details. Masa air paip dah tiada, nak buang air pun malas sebab kena angkut air dari luar masuk dalam. So fikir dua tiga kali kalau nak buang air tapi kalau sudah tahap kritikal baru buang air.haha..


p/s: dua gadis itu bukan seperti gambar di atas. Jauh bumi dengan pluto.

Tuesday, February 1, 2011

Banjir Di Segamat 2011 - UPDATE 1 Februari 2011


Hujan telah berhenti. Tetapi cuaca masih suram, matahari nampak kelibat tetapi hanya untuk seketika. Jalan keluar Jalan Temenggong masih dinaiki air tetapi boleh dilalui oleh kenderaan. Gambar diambil di antara pukul 11 pagi - 1 petang.










Ada nelayan menjala di situ.







Wartawan banjir Segamat.

Jem teruk sebab hanya jalan selepas jambatan kedua boleh dilalui.






Ini jalan selepas jambatan pertama, tidak boleh lalu.



Ada wartawan sami buddha di rel keretapi segamat.


ini bukan diambil dari bot tapi dari Saga aku.





Aku masih tidak boleh keluar Segamat sebab lalui masih ditutup untuk kenderaan ringan. Harap esok keadaan pulih seperti sediakala..Amin. Keseluruhan air semakin surut cuaca ni unpredictable so harap semua berdoa semuanya akan pulih.

-wartawan tidak bergaji-

Monday, January 31, 2011

Banjir Di Segamat 2011 - Jalan Temenggong - Jambatan Keretapi Segamat



Aku dapat snap gambar ini pagi tadi. Tidak dapat ke bandar sebab jalan terputus. Ini adalah pengalaman pertama terperangkap di kelilingi banjir. Aku yang terperangkap dikelilingi banjir je dah macam semut hilang antena, apetah yang mangsa-mangsa banjir tu. Nasib ada XBOX 360 adik ipar aku, layan FIFA 2011 untuk mengubat hati yang lara.

Tengok kat Facebook, ada certain kawasan di Pasir Gudang banjir. Sebelum ini, masa banjir 2006 kat Segamat, kebetulan family bini aku bercuti kat Langkawi so tidak mengalami. Sepatutnya hari ini aku dah balik Pasir Gudang tapi sebab bencana alam ini, aku cuti sampai CNY di Segamat.

ini adalah Jalan Temenggong. Ini adalah salah satu jalan keluar dari Jalan Temenggong dan lagi satu jalan keluar menerima nasib sama.






Ini dekat area Stesen Keretapi Segamat.

Mangsa tak berapa banjir.

Paras sungai sama dengan jambatan keretapi.

Air sangat deras.

Jalan ke Tangkak.

Tempat pelatih jururawat.

Taman Yayasan kat Segamat yang tidak pernah naik air pun naik air tapi paras betis je la.