Tuesday, November 9, 2010

Kisah Benar - Doa Ibu


Apa yang aku nak cerita ini adalah benar belaka sebab perkara ini berlaku terhadap aku serta isteri terchenta. Baru-baru ini aku baru bergelar seorang abah. Alhamdulillah ketika melahirkan anak aku yang pertama semua berjalan lancar. Isteri aku adalah penghidap asma yang agak severe. Aku ingat lagi masa tu bapa mertua aku disahkan kena sakit jantung. Ketika itu kandungan isteri aku sudah berusia lebih 5 bulan tidak silap aku.

Isteri aku punya sedih sampai dua tiga kali kena nebulizer. Ini memang sangat-sangat membimbangkan aku. Kalau menangis kebarangkalian untuk kena serangan asma adalah tinggi. Ubat sedut(ubat asma) yang isteri aku guna mengandungi steroid tapi dalam kuantiti yang sangat kecil. Bila kandungan semakin membesar isteri aku kerap menggunakan ubat sedut sebab mudah sesak nafas.

Suami mana yang tidak risau akan keadaan isteri, lagi-lagi mengandung anak pertama. Asma isteri aku perlu dikawal atau berdepan dengan masalah seperti premature birth, low birth weight atau maternal blood pressure changes (i.e. pre-eclampsia). Tapi surprisingly kira-kira 5-6 minggu sebelum due date isteri aku tidak pernah guna ubat sedut tu.

Aku hanya mampu bersyukur kepada-Nya. Tapi yang paling getir adalah ketika bersalin. Harapan aku adalah tiada serangan asma ketika isteri aku bersalin. Saat yang di tunggu telah tiba. Isteri aku dimasukkan ke dalam labor room. Setelah beberapa dalam dalam labor room isteri aku berjaya bersalin secara normal dan tiada sebarang komplikasi.

Dalam hari yang sama, aku dapat tahu yang mak mertua aku telah diserang asma. Ini adalah sangat luar biasa sebab mak mertua aku tidak pernah diserang asma. Sampai tidak silap aku tiga hari berturut-turut kena nebulizer. Tidak sampai sebulan, aku dapat tahu yang mak mertua aku pernah berdoa supaya isteri aku bebas dari asma ketika atau hampir bersalin. Dalam doa mak mertua aku tu, dia sanggup diserang asma asalkan isteri aku bebas dari serangan asma.

Dari sini baru terdetik dalam hati aku, doa seorang ibu kepada seorang anak. Rasa sangat terharu selepas aku dapat tahu perkara ini. Kebetulan atau suratan?!..Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui...

kredit: .

No comments: