Wednesday, November 24, 2010

pentadbiran sekolah yang gampang

Owh bini aku telah mendapat panggilan dari sekolah dan its not a good news. Kena jaga budak SPM, walaupun baru nak abis pantang. Wadehel. Dan bukan bini aku seorang sahaja ditimpa nasib sama. Ada kawan bini aku yang kat Kelantan yang baru lepas pantang..aku ulang Kelantan dapat panggilan juga untuk jaga SPM. Most kawan-kawan cikgu bini aku cakap tak pernah dibuat sekolah lain.

Memang gampang pentadbiran sekolah bini aku ni. HELLO, jaga exam lagi-lagi SPM bukan duduk je makcik pentadbir oi. Aku hampir nak gegar(macam berani dengan muka budak-budak aku ni) sekolah bini aku. Nasib la bini aku ada alasan KUKUH untuk menolak. Cikgu-cikgu nak belum sah jawatan macam bini aku ni memang takut nak tolak SETIAP permintaan pihak pentadbiran ok. Pengetua serta GPK ada gila KUASA dalam proses mengesahan jawatan.

Kalau pengetua sekolah bini aku terbaca blog aku ni, bagus la. Harap-harap sedar. Kalau buat survey populariti mesti ranking tukang kebun sekolah pun lagi tinggi dari Pengetua dan GPK. Selepas bini aku cuti, Pengetua telah melakukan kejutan dengan mengarahkan sekolah mengadakan jamuan aidilfitri di mana masakan dimasak oleh guru. Cikgu-cikgu bujang yang tidak pernah masak lauk pauk raya ditugaskan untuk mengetuai salah satu jenis masakan raya itu. Dan yang paling tidak puas hati yang kena cikgu pagi SAHAJA.. Aku tak tahu apa jadi sebab malas nak tanya bini aku

Aku pernah pergi majlis berbuka puasa sekolah bini aku. Memang hampir semua cikgu pandang aku lain macam. Esok bini aku di TERJAH dengan pelbagai pujian mengatakan aku nampak macam budak-budak/adik bini aku/bermacam-macam lagi. Sambung balik pasal buka puasa di sekolah bini aku. Boleh tak bayangkan macam dalam keadaan agak gelap sebab ada lampu yang rosak di kantin sekolah bini aku tu. Kebetulan aku dapat seat di mana lampu di atas tidak menyala. Pengetua serta GPK di mana?!..Apa class buka dengan cikgu-cikgu di bahagian luar kantin, mesti la pentadbir ni berbuka dengan limpahan cahaya bilik ala-ala VIP.

Aku memang dah naik jelek dengan pe'el Pengetua dan GPK sekolah bini aku. Apa hal aku nak cerita kepada umum?! Untuk membuktikan yang membebankan cikgu selama ini adalah PENTADBIR PENDIDIK ditambah lagi dengan budak-budak sekarang yang mostly tidak respect terhadap cikgu. Aku pun pernah terjal-terjal jugak tapi cikgu datang terus lemah lutut beb walaupun masa buat 'kerja' memang hero habis.

Dan banyak lagi 'kegampangan' yang telah dilakukan oleh pentadbir bajet bagus. Habis matlamat aku nak penuhkan blog ni dengan bahan ilmiah.sekian...

3 comments:

I am Nad said...

bodo siot skola 2..
tp lagi budus part ko cite yg kwn2 bini ko kate muke ko cam bdk2..WTF!!! hahaha blahla lu soul!

jiwa sifar said...

aku tau ko jeles dgn rupa mudawan aku.haha.

laila sanuri said...

ksian nya..sabor la pak nye..hahahha