Saturday, November 13, 2010

Selamat Hari Lahir Sayang


Ke hadapan isteri terchenta,

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat hari lahir sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat hari lahir sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

3 comments:

NURUL AIN said...

thanks sayang...:) sgt terharu:) love u! always!!!

NaniRostam said...

Wah romantisnya....bagai kekasih yang masih hangat memintal benang kasih terikat mati tak mungkin terlerai...melainkan dengan senjata tajam mahu memutuskan.

jiwa sifar said...

eh..mak hanis..puitis sungguh.