Monday, November 8, 2010

Pegawai JPJ dan aku


Beberapa hari yang lepas aku macam biasa tunggang Gelombang X aku pergi kerja. Kelajuan Gelombang X aku masih seperti biasa walaupun baru tukar tayar belakang. Tiba di suatu tempat, ada road block. Gelombang X aku memang complete so aku memang akan redah road block tu.

Sekali aku kena tahan. Terus pegawai JPJ ni cakap aku kena saman RM30. Aku tanya la kenapa sampai RM30 aku kena saman?!..Kesalahan pertama plat depan aku tinggal nombor sahaja. Aku memang tidak puas hati dan periksa. Memang mengejutkan aku sebab hanya tinggal nombor je plat depan aku. Barua mana yang kebas huruf plat motor aku. Tapi kalau nak ikut logik aku pakai plat ketuk dan tidak mungkin huruf tu tiba-tiba hilang atau kena curi. Aku memang tidak puas hati siapa yang aniaya aku. Dalam aku bertekak ada seorang pegawai cakap bangang kat aku.

Memang makin terbakar la hati aku. Aku siap nak ambil nombor badan pegawai JPJ tu. Tiba-tiba aku dengar bunyi alarm handphone aku.Cettttttttttttt...Mimpi rupanya. Mimpi nombor ni, kalau aku beri nombor motor aku kat kaki nombor kat kilang aku confirm aku dalam komisen..haha...
gambar di atas khas untuk penyokong Chelsea.

1 comment:

laila sanuri said...

hampeh jek ko ni ek..ahahahahaha