Pagi tadi macam biasa, sarapan air choc radix+oat+biskut. Hidupkan enjin motor dan berdesup. Sampai kat lampu trafik Taman Pasir Putih aku terfikir kalau ada roadblock. Terus aku teringat lesen aku expired sehari selepas hari lahir bini aku.
Demit. Lepas solat Jumaat kena lincah pergi pejabat pos. Aku lesen motor ambil sekali je sudah lepas. Lesen kereta yang gampang sikit. Itu jam aku test JPJ, itu jam ada construction dalam laluan test aku tu. Masa latihan memandu takde pulak. Aku bawa kereta punya la macam Vettel bagai. Jalan tu memang muat sebab test JPJ guna kancil, so aku cilok je la. Lepas kena basuh dengan pegawai JPJ muka ketat. Kena perlahankan kenderaan, turun gear kasi signal bagai.
Memang barua sistem perlesenan birokrasi kenderaan JPJ yang tidak masuk akal ni. Sepatutnya lulus je la kalau berjaya pandu keluar dan balik dari pusat latihan memandu dengan kereta dalam keadaan still in one pieces. Pandangan aku la, yang penting tahu undang-undang basic sudah cukup. Ini siap exam serta dengar ntah apa yang instructor tu membebel perabih beras.
p/s: emosi tidak stabil dek berjauhan dengan anak serta ISTERI TERCHENTA.
1 comment:
sian ko..hehe
Post a Comment