Showing posts with label kucing. Show all posts
Showing posts with label kucing. Show all posts

Wednesday, June 3, 2015

Anak Kucing Tanpa Kepala


Hari ini aku nak cerita pasal kepulangan ke rumah di sambut oleh anak kucing tanpa kepala di tengah malam buta. Semalam selesai hantar adik ipar aku ke UiTM Seremban, nak pergi Farm in the City tapi hujan so lajak pergi IOI City Mall Putrajaya.

Boleh pening macam first time masuk mid valley dulu.kah. Selesai layan ice-skating(YA ICE SKATING) serta dinosaur bersama keluarga terus balik Pasir Gudang(YA PASIR GUDANG). BTW dua tiga kali gak jatuh main ice skating. Nasib skill skateboard tak luput dek zaman. Tengok orang lain jatuh macam nangka busuk. Nak masuk je ade orang peluk kaki aku sebab terjatuh. Ingat awek cantek mane nak merayu jadi no dua.kah.

Sampai rumah, keluar pintu terus bau hanyir. Pelik juga aku tapi sebab dah malam malas nak fikir yang angker. Masa buka pintu nampak ade objek macam sampah. Sekali bila aku dekat......anak kucing tanpa kepala. orang nak mandrem rumah aku ape ni. Nasib la wife aku tak nampak dulu sebab keadaan agak gelap(lampu car porch belum buka.

Terus jadi Nasir Bilal Khan aku malam tadi. Cuma cangkul takde. Guna peralatan kebun aku yang comel untuk gali tanah. Ini pertama kali jumpa anak kucing jadi macam ni. Nak kata anjing tak mungkin anjing lompat lepas tembok. Aku rumuskan ini kerja kucing jantan yang syak anak tu bukan anak dia lalu dipenggal kepala anak kucing itu. Kepala kucing memang tak dijumpai. Sadis tapi nak buat macam mana, aku tiada dirumah untuk lindungi anak kucing tu.

Aku nak tangkap kucing jantan yang disyaki untuk disunat terus.

Wednesday, February 27, 2013

Rabu Tanpa Perkataan #26

Sangat rindu untuk membela kucing especially yang macam CT...

Friday, June 1, 2012

Maru si kucing

Sangat comel telatah kucing ni. Tiba-tiba rindu pada CT dan Tehcik......Bila la boleh bela kucing lagi.hmm.

Monday, April 2, 2012

Kucing Hutan


Semalam beli makanan si Troy. Kesian dari pagi kelaparan makanan dah habis. Sampai kat kedai pet tu, nampak 5 6 orang kerumun satu sangkar. Salah seorang bekas rakan sekerja kat Hydro dulu. Dia yang paling bekerja keras. Tengok ada kucing bengal. Tapi bukan bengal tapi kucing hutan. Corak bulu dia memang cantik. Bulu pendek tapi nampak padat dan gebu.

Aku tanya la kawan aku tu amek dari mana. Dari Kuantan hantar naik bas. Kucing hutan pun pandai naik bas. Ini kalau dapat kacuk mesti anak ala-ala bengal. Harga dia?!..Biarlah rahsia.haha..Nampak kurus kucing hutan tu. Pemilik kedai pet suruh ambil tikus hidup seekor kasi makan kucing hutan tu. Mula-mula macam malu sekali..ngappp.

Malas nak bela kucing lagi, Troy tu pun sebab dia kucing default.haha..

Wednesday, March 21, 2012

Rabu Tanpa Perkataan #17


Tuesday, March 6, 2012

Tehcik vs Rogue(X-Men)

Hmm...Tehcik akan pergi dari rumah baru suam-suam kuku ni sebab jiran kompelin sikap kucing Tehcik . Mula-mula si dia kompelin pada mak mertua aku. Yang aku geram tu si dia seolah-olah tidak menerima keadaan di mana jiran dia membela seekor kucing. Ayat si dia - "Rajin bela kucing, kan busuk tahi dia dan bulu dan bla..bla..tiada masa...bla..bla..". Kalau tidak suka kucing pun cakap je saya allergic dengan kucing...bla..bla..Kalis la sikit. Kita hidup berjiran kena la saling menghormati. Dulu masa pindah jiran aku ni selamba bakar kotak-kotak kat seberang jalan depan rumah. Nasib asap tak masuk rumah aku, kalau tak memang free la ke 'basuh' dengan aku.



Last weekend, si dia kompelin direct dengan aku. Susah kalau bahasakan si dia ni..aku namakan si dia Rogue dalam cerita X-Men sebab uban dia ada satu bahagian je..LOL..Rogue kompelin Tehcik suke duduk atas seat motor(cakar-cakar), lalu atas sidaian dan duduk atas kereta. Aku rasa macam nak keluarkan kuku adamantium Wolverine aku je dan scimitar right(siapa tengok Real Steel faham maksud ni) kat Rogue.

Demi menjaga keharmonian jiran tetangga, aku telah membuat keputusan menghantar Tehcik ke Segamat cuti sekolah ini nanti. Troy aku tak hantar sebab Troy memang 'merempat' kat rumah aku..haha..Troy ini kucing tiri aku sebab aku memang selalu lebihkan Tehcik..jahat gila aku pilih kasih.


p/s: hujung minggu ni balik Segamat hantar Tehcik...hmm..

Monday, February 27, 2012

Tehcik Tidak Sihat

Hari ini ambil halfday sebab hantar Tehcik yang dah dua tiga hari tak makan. Troy je yang perabih makanan Tehcik. Siot punya Troy. Permas Animal Klinik tutup so aku main redah sambil tanya member aku yang tau area Johor Jaya. Nasib Jumpa Klinik Veterinar Wondercare.

Masuk-masuk ada seekor anjing yang besar bagak. Spesis apa aku tak tau tapi Zaheen kalau tengok mesti suka..haha..Tehcik aku biarkan kat klinik tu sebab aku kena masuk 12.30 tengah hari. Sempat borak dengan seorang mamat ni. Dia tunggu kucing birman dia nak beranak. Birman dia tu mengawan dengan kucing almarhum sultan Iskandar. Gempak bukan?!..Dia tengah pegang salah seekor anak kucing birman yang baru dilahirkan tapi sudah mati.


CT dah hilang, sekarang Tehcik pula sakit. Aku rasa Tehcik kena hantar balik Segamat. Kawasan rumah baru aku ni bandar sangat. Mungkin tidak biasa dengan keadaan sekeliling lagi-lagi dekat dengan kedai. Entah dia makan apa kat sampah belakang kedai sampai berak cair. Lemah je tapi still nak mencakar sofa bini aku.

Semoga Tehcik kembali sihat dan aktif dan buli Troy habis-habisan. Amin.

Thursday, January 26, 2012

Kucing

Petang semalam balik main bola disambut oleh dua ekor anak kucing comel. Satu hitam dan putih tompok oren. Mesti ada orang buang kucing ni. Kesian. Malam asik dengar kucing tu meow. Aku cuba nak tangkap tapi kena gigit dengan kucing putih tompok oren tu. Barua punya anak kucing. Aku just letak makanan kucing tepi pagar je.

Nanti aku snap gambar anak kucing comel tu. Cuma kotor banyak la kucing tu. Tapi kitten tu bernasib baik sebab aku balik main bola dengan kemenangan serta score sebiji. Kalau kalah, memang aku kurung dalam peti surat kitten tu.

Pagi tadi aku nak pergi kerja naik kereta, ingat aku dah halau kitten tu. gostan kereta, tutup pagar dengar bunyi kucing dalam kereta. WTF. buka bonet enjin kereta, tu diaaa.. Nasib baik, kalau tak selamat jadi penduduk tetap kilang aku.

Wednesday, January 25, 2012

Rumah Baru


Alhamdulillah semua berjalan lancar.Pergh..Asik cerita pasal rumah, mentang-mentang sudah masuk rumah selalu tersumbat. Semua berjalan lancar terutama sekali Tehcik dan CT. Kucing dua ekor ni sungguh pantas menyesuaikan diri dengan persekitaran baru malah Tehcik sudah ada girlfriend.

Yang masalah adalah sudah lima enam ekor kucing dah perabih makanan Tehcik dan CT. Yang aku geram Tehcik dan CT buat tak tahu je kucing lain makan makanan tu. Buat kerja amal ape kucing aku ni. haha..Pasrah je la. Kalau halau confirm datang balik sebab port kucing tu bawah parit rumah aku. Sebelum masuk rumah pun kucing tu dah jadi 'guard' rumah aku tu.

p/s: petang ini lawan Loders Croklaan.


Tuesday, December 13, 2011

Mesin Pemberi Makanan Kucing Automatik

Sudah seminggu aku guna mesin ni. Sudah tidak perlu hidang-hidang lagi untuk Tehcik dan CT. CT macam biasa memang superdikari. Kalau makanan tu sudah habis dia akan kais sikit so makanan tu akan turun sendiri. Tehcik pula memang makan yang lebihan CT. haha..kesian Tehcik.


Tapi Tehcik pun sudah pandai kais sekarang. Mula-mula nak beli yang guna kuasa elektrik+super canggih tapi dengan tight budjet aku cuba yang murah dulu. Turn out ia sangat berbaloi.



p/s: ada budak kecik tekak western kat rumah.

Friday, September 9, 2011

Arnab


Semalam balik kerja aku perasan seekor arnab di seberang jalan depan rumah aku. Mesti arnab tu terlepas. Aku biarkan arnab tu sebab mesti tuan dia cari. Malam tadi ada kawan se-MRSM aku (AC bukan Mizal, Farid bunge, Izwan kecik dan isteri Seha) datang beraya di MALAM JUMAAT. haha..Abaikan capslock jika anda masih bujang.

Masa dieorang balik arnab tu masih lagi di kawasan petang tadi aku nampak ia berada. Aku ambil keputusan untuk bawa masuk letak dalam laman rumah. CT dan Tehcik boleh pulak nak bergurau main kejar-kejar dengan arnab putih tu. Aku bawa masuk dalam kawasan rumah aku sebab takut anjing liar makan arnab tu. Comel tu, rugi la kalau mati. Hari ini aku nak tanya jiran tuan punya arnab ni.

Sebelum ni pernah ternampak rumah ada bela arnab tapi tak sure yang mana satu. Aku masukkan arnab tu dalam sangkar. Nak kasi makan apa? Takkan makanan CT dan Tehcik kot. So terpaksa aku 'ragut' rumput depan rumah aku. Sebab masa aku angkut arnab tu dia tengah ragut rumput. Last-last bini aku kasi lobak dan sawi jepun. Mewah arnab ni. Tak kan aku nak keluar pergi kedai nak beli pallet arnab tengah-tengah malam.

p/s: Sesi Pemilihan Pemain Bolasepak Piala Presiden Johor FC 2012
Tarikh : 17-18hb Sep 2011 bermula jam 730pg
Umur : 21 Tahun (Lahir Tahun 1991)
Tempat : Padang Kompleks Nusa Mutiara Tebrau JB..(pdg Belakang)
Sekiranya berminat, Sila Hubungi Coach Yazid 017-7701694

Monday, September 5, 2011

Petknode - Hotel Haiwan Peliharaan atau Neraka haiwan Peliharaan


Culprit?



Memang aku tidak boleh belah pasal ni. Sayu tengok anak kucing terbaring kaku disebelah ibunya. Kawan sekolah aku ada lagi banyak gambar kucing mostly dan anjing yang terbiar dalam so-called hotel haiwan peliharaan tu.


CT dan Tehcik aku minta tolong jiran aku untuk kasi makan dan jengah-jengah. Biar la kucing aku bergaduh dengan kucing hitam jahat dari terkurung dalam sangkar dan terbiar beberapa hari. Tengok gambar di atas ni. Luluh hati beb, owner Petknode nak saman orang ramai yang pecah masuk hotel haiwan itu.



Lagi gambar di Facebook kawan aku Ekin. Bukan Ekin Mawi OK.

Monday, April 11, 2011

Acalypha Indica aka pokok kucing



Aku nak kongsi sedikit pasal peminat, pembela serta pemilik kucing. Mungkin sudah ramai tahu pasal pokok ini. Kucing sangat la suka pokok ini. Kalau tidak iya-iya sekali imbas macam adik-beradik semak-samuk. Aku ada tanam tiga pokok ni belakang rumah. Pokok ini aku import dari Segamat sebab pokok ni bersepah tumbuh kat sana. Ilmu pokok ini diturunkan Tok Mak(nenek bini aku) kepada bini aku dan kemudian bini aku turunkan ilmu pokok ni kepada aku.

Mula-mula susah nak bezakan tapi once aku dah dapat tahu keunikan pada pokok ini as easy as ABC aku dapat cari pokok ni. Sejak mula bekerja, aku cuba dapatkan sesuatu yang dapat kurangkan pressure kerja seperti bela kucing. Sekarang aku nak bercucuk tanam pulak. Sekarang aku ada pokok kucing, pokok pandan dan serai. Eh lagi satu rumput karpet aku..haha.. Serai mak aku yang tanam.

Aku nak terangkan serba sedikit pasal pokok kucing ni. Kucing suka jilat-jilat akar pokok kucing ni. Buah serta daun juga mampu mengembalikan serta menambah tenaga kucing lebih-lebih lagi bagi kucing betina yang dalam pantang.

Friday, March 25, 2011

Jumpa Doktor Gigi


Semalam jumpa doktor gigi di Klinik Pergigian Nur Salam. Sebab gigi bongsu semakin mengganas. Doktor perempuan tu, lulusan UM macam aku pulak tu. OK tiada kena mengena. Sebab gigi bongsu aku tiada ruang untuk tumbuh, ia menolak gigi yang sudah tumbuh lalu mengakibatkan gigi senior tu rosak. Doktor nasihatkan aku cabut gigi yang rosak. Gigi bongsu aku dah rosak sikit tapi boleh di selamatkan lagi.


Dah lama perasaan takut cabut gigi ni tak muncul. Petang ni cabut gigi. Semoga dipermudahkan proses cabutan gigi ini. Malam tadi emak aku Puan Tomirah Bte Aripin telah memulakan perjalanan untuk menunaikan umrah. Hari ini baru naik flight di KLIA. Hujung minggu ada dua kerja kahwin. Tidak tahu nak pergi yang mana satu. Kerja kucing pun ada kat Kulai. Tapi hari Ahad kucing macam Maine Coon, Persian, Birman serta bermacam lagi baru bertarung kecantikan. Hari Sabtu kucing-kucing house-hold iaitu kucing biasa. Kalau Tehcik masuk mesti menang sebab buat muka seposen dia tu.

Pening nak rancang hujung minggu. Tapi siapa nak tukang urut perempuan terbaik dari ladang call aku. Aku Boleh rekemen seorang tukang urut perempuan yang bini aku pun thumbs-up servis dia. Tapi dia kalau urut sehari dua orang sahaja. Dia urut lama dan memang sedap bak kata bini aku.

Thursday, March 24, 2011

IOI Mall - CFA 4th International Cat Show 2011




Macam nak pergi macam tak nak pergi. Haha...Harga seekor kucing Birman adalah RM1500 termasuk dengan berdaftar dengan Cat Fanciers' Association (CFA), dikembirikan dan sangkar sekali. Sekian

p/s: punah harapan aku untuk mendapatkan seekor Birman......

Wednesday, March 23, 2011

CONTEST KUCING PALING COMEL


Terjumpa contest ni ketika Google pasal Birman(kalau ada sesiapa bermurah hati nak kasi aku Birman seekor?!) which is baka kucing idaman aku. Kucing yang aku ini bernama Tehcik. Ada sorang member sekolah aku, Aisyah Amir cakap nama ini classical.haha..Berasal dari nama Puteh dan Kecik. Sebenarnya ada seekor lagi kucing baka Maine Coon bernama Puteh (jantan) yang sangat bini aku manjakan sampaikan kalau sakit makan kena suap.


Sebab nama Puteh unavailable, ahli jawatan kuasa kucing Basiran memutuskan memberi nama Tehcik. Hasil gabungan Puteh dan Kecik. Tehcik ini kacukan Suri (Maine Coon betina..sekarang sudah mandul) dan Teleng (kucing kampung tidak sedar diri..haha..). Teleng ni bapa tidak bertanggungjawab.. seriously!!!..Tahu sedap je..Yang tolong jaga anak Suri adalah Puteh (telah mandul). Puteh punya stress handle anak Suri sampai mata hitam jadi sebelah kecil dan sebelah besar. Ini adalah kisah benar belaka. Hasil ketidak-tanggungjawaban Teleng, jumlah ada SEMBILAN. ppfffttttt..

Panjang sangat dah ni aku kasi intro. Aku letak gambar Tehcik yang.....


Amacam?!..Boleh menang tak? RM50 tu kalau menang, boleh beli BlackWood dan Royal Canin 33 repack. Tengok ekor Tehcik ni macam pemegang payung aku tengok. Pantulan lampu pulak macam ekor Tehcik tengah pegang light-saber Jedi..haha..

Aku nak tag:

1- Isteri aku
2- Ekin
3- Aboo

p/s: ini kucing bini aku..haha..kalau bini aku nak masuk kena letak kucing lain..CT atau Puteh=p ::evil mode::