dunia komputer kucing bosan penin jiwakacau tertekan network hidup duit kawen bini anak cucu cicit akhirat
Friday, September 9, 2011
Arnab
Semalam balik kerja aku perasan seekor arnab di seberang jalan depan rumah aku. Mesti arnab tu terlepas. Aku biarkan arnab tu sebab mesti tuan dia cari. Malam tadi ada kawan se-MRSM aku (AC bukan Mizal, Farid bunge, Izwan kecik dan isteri Seha) datang beraya di MALAM JUMAAT. haha..Abaikan capslock jika anda masih bujang.
Masa dieorang balik arnab tu masih lagi di kawasan petang tadi aku nampak ia berada. Aku ambil keputusan untuk bawa masuk letak dalam laman rumah. CT dan Tehcik boleh pulak nak bergurau main kejar-kejar dengan arnab putih tu. Aku bawa masuk dalam kawasan rumah aku sebab takut anjing liar makan arnab tu. Comel tu, rugi la kalau mati. Hari ini aku nak tanya jiran tuan punya arnab ni.
Sebelum ni pernah ternampak rumah ada bela arnab tapi tak sure yang mana satu. Aku masukkan arnab tu dalam sangkar. Nak kasi makan apa? Takkan makanan CT dan Tehcik kot. So terpaksa aku 'ragut' rumput depan rumah aku. Sebab masa aku angkut arnab tu dia tengah ragut rumput. Last-last bini aku kasi lobak dan sawi jepun. Mewah arnab ni. Tak kan aku nak keluar pergi kedai nak beli pallet arnab tengah-tengah malam.
p/s: Sesi Pemilihan Pemain Bolasepak Piala Presiden Johor FC 2012
Tarikh : 17-18hb Sep 2011 bermula jam 730pg
Umur : 21 Tahun (Lahir Tahun 1991)
Tempat : Padang Kompleks Nusa Mutiara Tebrau JB..(pdg Belakang)
Sekiranya berminat, Sila Hubungi Coach Yazid 017-7701694
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ape cite arnab tu skrg?
aku ade arnab kt umah,2 ekor! hihi
bg mkn pellet, kangkung, and carrot
dh pulang kt tuan die...CT n Tehcik tu pn xlarat nk lyn.haha.
Post a Comment