Monday, January 30, 2012

Gula


Semalam akhbar di Utusan menyatakan kerajaan tidak akan menaikkan harga gula walaupun harga pasaran gula dunia semakin meningkat. Lihat graf di bawah.


Kita lihat timeline peningkatan harga gula di Malaysia.
  1. 1 Januari 2010 : RM1.65 sekilo (Harga gula meningkat 20 sen)
  2. 16 Julai 2010 : RM1.85 (Harga gula meningkat 20 sen)
  3. 4 Disember 2010 : RM2.05 (Harga gula meningkat 20 sen - menjimatkan perbelanjaan subsidi kerajaan sebanyak RM283.5 juta)
  4. 10 Mei 2011 : RM2.30 (Harga gula meningkat 25 sen – menjimatkan perbelanjaan subsidi kerajaan sebanyak RM116.6 juta)
Sama macam harga minyak, dah naik tak reti nak turun.Soalan sekarang, celah Bedah mana Sabri Ismail Yaakob nampak peningkatan harga gula di pasaran dunia?

Thursday, January 26, 2012

Kucing

Petang semalam balik main bola disambut oleh dua ekor anak kucing comel. Satu hitam dan putih tompok oren. Mesti ada orang buang kucing ni. Kesian. Malam asik dengar kucing tu meow. Aku cuba nak tangkap tapi kena gigit dengan kucing putih tompok oren tu. Barua punya anak kucing. Aku just letak makanan kucing tepi pagar je.

Nanti aku snap gambar anak kucing comel tu. Cuma kotor banyak la kucing tu. Tapi kitten tu bernasib baik sebab aku balik main bola dengan kemenangan serta score sebiji. Kalau kalah, memang aku kurung dalam peti surat kitten tu.

Pagi tadi aku nak pergi kerja naik kereta, ingat aku dah halau kitten tu. gostan kereta, tutup pagar dengar bunyi kucing dalam kereta. WTF. buka bonet enjin kereta, tu diaaa.. Nasib baik, kalau tak selamat jadi penduduk tetap kilang aku.

Wednesday, January 25, 2012

Rumah Baru


Alhamdulillah semua berjalan lancar.Pergh..Asik cerita pasal rumah, mentang-mentang sudah masuk rumah selalu tersumbat. Semua berjalan lancar terutama sekali Tehcik dan CT. Kucing dua ekor ni sungguh pantas menyesuaikan diri dengan persekitaran baru malah Tehcik sudah ada girlfriend.

Yang masalah adalah sudah lima enam ekor kucing dah perabih makanan Tehcik dan CT. Yang aku geram Tehcik dan CT buat tak tahu je kucing lain makan makanan tu. Buat kerja amal ape kucing aku ni. haha..Pasrah je la. Kalau halau confirm datang balik sebab port kucing tu bawah parit rumah aku. Sebelum masuk rumah pun kucing tu dah jadi 'guard' rumah aku tu.

p/s: petang ini lawan Loders Croklaan.


Monday, January 23, 2012

Pindah Rumah

Memang azab pindah rumah kalau di ingat kembali. fuhhh...aku lebih prefer tengok bini aku beranak dalam labor room dari pindah rumah.

sekian.


p/s: piping rumah baru macam sampah. semua bilik air sumbat. so better overloadkan piping rumah baru anda.

Saturday, January 21, 2012

21 Januari 2012

Dengan rasminya telah berpindah ke rumah baru. Sebaik entry ini dipublish, aku sedang berjuang mengemas rumah. Tugas 'mando' secara automatik jatuh pada tangan bini aku.

Thursday, January 19, 2012

Tips Masuk Rumah Baru


Aku nak share tips untuk mereka yang baru beli rumah baru.
  • Tiles perlu diketuk untuk memastikan ia disimen dengan penuh.
  • Banjirkan bilik air (hingga paras buku lali)anda especially rumah dua tingkat. In case ada leaking.
  • Periksa lubang exit air setiap bilik air. Kalau boleh guna lampu suluh untuk memastikan tiada batu-batu menghalang laluan air.
  • Mark dengan pelekat setiap defect pada rumah.
  • Cuba bandingkan luas rumah contoh dengan rumah anda. Kadang-kadang pemaju ni barua sikit. Luas rumah contoh ni dieorang kasi luas sikit so korang akan rasa berbaloi dengan keluasan rumah and then masa masuk rumah sendiri rasa macam kecik pulak. AWAS.
  • tambah sendiri..LOL

Monday, January 16, 2012

Hasil Misi Hujung Minggu

Bruise right hand. Ingatkan kerja kontraktor repair defect senang, sekali...Semangat membasuh rumah dipatahkan dengan salur tersumbat dengan batu kelikir+simen+mozek pecah-pecah. Hasil kerja hari sabtu sangat mengecewakan.

Kembali pada hari ahad dengan semangat waja untuk keluarkan residue dalam salur toilet master bedroom. Berjaya membaiki salur air tetapi stil masih ada simen degil tidak mahu keluar. Alat yang diguna pakai sudu dan garpu. Ingat nak called kontraktor pemaju tapi ahad dieorang tak kerja so kena buat sendiri sebab nak kejar masa. Cuma tinggal bilik air bawah yang sumbat.

Salur tempat exit kat bilik air rumah aku memang pelik sikit. Biasa yang putih bulat lubang-lubang. Tapi rumah aku macam 'canggih' sikit. Macam ada filter kononnya. Semoga minggu ini dilalui dengan kekuatan luar biasa.

p/s: kepada pembeli rumah di luar sana. Make sure flooded kan bilik air untuk memastikan salur tidak tersumbat atau leaking. sekian.

Friday, January 13, 2012

Misi Hujung Minggu

Phase-phase terakhir dalam proses terakhir pindah murah. Dengan work-load bini yang sudah melimpah kena pada aku thanks to one of the three stooges. Sekarang sudah ada stooge sahaja sebab satu sudah pindah dan satu sudah bersara. Batik Terengganu RM250 anyone?

Dan idea paling bernas stooge itu keluarkan.....Setiap pelajar dalam kelas dikehendaki membeli groceries contoh kelas 1 Usaha setiap pelajar beli satu tin sardin. Kemudian pelajar jual balik separuh harga pada guru. Guru akan 'diberikan' kupon minimum RM10 untuk beli groceries ini. BERNAS bukan? Stooge ini sudah siap tempah barang-barang yang dia mahu.JUALAN MURAH JANGAN LEPAS PELUANG UNTUK BERJIMAT.

Kembali kepada misi aku hujung minggu. Semoga Allah swt berikan aku kekuatan membersihkan satu rumah dan siap sebelum tengah hari. Nak beli Red Bull dua tiga botol rokok 2 3 batang. Hari ini kabinet akan siap pasang.

Wednesday, January 11, 2012

Rabu Tanpa Perkataan #10

Tuesday, January 10, 2012

Bahasa SOUL Bangsa

Tahukah anda Google Translate diguna pakai dalam lawan sesawang bahasa inggeris MINDEF? Beli kapal selam juta-juta, jet juta-juta tapi laman sesawang pakai free translator je? Kelakar..

Selepas perkara ini menjadi bahan lawak, terus versi English MINDEF telah di'disable'.

“clothes that poke eye”
“collared shirts and tight Malay civet berbutang three” 

Sila terjemah ayat di atas menjadi bahasa melayu confirm korang akan faham. Sehingga sekarang masih belum manpu 'meluncuri' laman sesawang MINDEF english version. Come on la, beli peralatan melindungi negara bukan main billion-billion.



Saturday, January 7, 2012

Hati-hati di R&R Seremban || Dua-dua arah

Jumpa pasal ini dalam forum Lowyat ketika 'sibuk' menunggu bangla selesai mengangkut komputer-komputer-komputer(tiga kali sebab banyak sangat barang scrap ni..aku mampu angkat printer kecil je..pinggang nak pakai lama beb) scrap. Mari kita mulakan storyline ini yang sudah ditranslate ke bahasa melayu.

Ahad(19 Jun 2011)
- berhenti pada jam 11.30 malam di RnR Seremban, konvoi dua kereta.
- 4.30 pagi terus bergerak ke Melaka.
- ketika bergerak keluar dari RnR tiba-tiba gear D tidak berfungsi jadi saya berhenti.
- satu kereta tiba-tiba datang membantu.
- membuat keputusan untuk mereka tow kereta saya selepas mereka memberitahu gearbox problem with oilshin(lebih kurang la tidak terer terms kereta ni) yang kosnya hanya RM220.
- sampai di workshop dalam 5 pagi dan terus mereka betulkan gearbox.
- selepas dua jam mereka memberitahu gearbox akan siap bikin esok. kebodohan berlaku di sini keranan tidak claim warranty proton. so ambil keputusan untuk dengan kereta lagi satu. tinggalkan kereta di bengkel dan perlu tandatangan resit yang saya tidak perasan mempunyai syarat " SETUJU UNTUK MENUKAR APA APA ALAT GANTI UTK PROSES BAIK PULIH" atau lebih kurang.

Isnin

- 7.30 pagi sampai di Melaka.
- tidur sampai 11 pagi kemudian telefon berbunyi. diberitahu gearbox dalam proses overhaul. WTF!!.kereta saya baru satu tahun 4 bulan siot..
- harga RM3800
- rasa tertipu dan bangang sebab tidak hantar ke Proton untuk claim.
- emosi terganggu dan sangat down.
- 3 petang cuba untuk calling kawan yang bekerja sebabgai polis untuk bantuan.
- mereka kata kena tunggu sebab situasi begini sudah banyak kali terjadi.
- 7.30 petang kereta siap dan mereka suruh ambil tapi saya cakap esok baru ambil
- 8 malam kawan saya telefon datang Seremban esok pagi.

Selasa

- sampai Seremban 9 pagi
- pergi ke workshop tu dengan tiga orang polis
- selepas bos workshop tu kena "brainwash" dengan polis RM38000 turun jadi RM900.
- selepas itu minum-minum dengan polis dan polis cakap dah banyak kali berlaku kes ini lagi-lagi kawasan RnR Seremban kedua-dua arah.
- kereta kena sabotaj
-polis nasihat supaya berhati-hati di RnR Seremban dan sebarkan perkara ini.

ini workshop nya.

Thursday, January 5, 2012

Peribahasa yang disalah-terjermah-kan

harapkan pagar,pagar makan padi.
melepaskan batok ditangga.

Soalan pertama adalah...pagar boleh makan padi ke? sudah tentu tidak. kesalahan ini berlaku apabila jawi di tukar kepada rumi.

 Ù‡Ø§Ø±Ú¤ÙƒÙ† ڤڬر،ڤڬر ماكن ڤادي



Ejaan jawi dulu lain. FYi. Kalau dulu, padi di eja sebagai ڤدي bukan  ڤادي atau pagar dieja ڤڬر sebagai bukan ڤاڬر. Ada tambahan huruf alif. Ada faham? OK kembali kepada tujuan asal. Sebenarnya bukan pagar tapi pegar. Pegar adalah sejenis burung. Saudara terdekat ayam kerana tidak boleh terbang di angkasa. Nama saintifik Lophura ignita. Pegar mempunyai selera makan terhadap serangga dan juga bijian. Sebenarnya ia pegar bukan pagar.


Soalan kedua...apa kena mengena batuk dengan buat kerja tidak bersungguh-sungguh? Memang tiada kaitan langsung Tapi kalau batok ada kaitan. Sebenarnya batok bukan perbuatan tetapi sejenis alat diperbuat dari kelapa. Gayung korang tahu?!..Batok ni nenek moyang gayung. Rumah orang dulu kalau nak masuk rumah kena basuh kaki, batok ini diletak di atas tempayan atau bekas air depan rumah.

Maksud melepaskan batok ditangga ialah tidak meletak kembali batok pada tempat asalnya. Lebih kurang macam buat kerja tidak sempurna. Faham tak? Lepas ini boleh tanya dengan cikgu Bahasa Melayu ok.

Wednesday, January 4, 2012

Pencegahan Pemeliharaan (Preventive Maintenance)

Sekarang sedang melakukan langkah seperti tajuk di atas terhadap buku-buku Zaheen. Buku pertama dan kedua telah lunyai di'baca'. Yup di baca sampai lunyai.

sekian.

p/s: berjaya mengakhiri kemarau gol semalam walaupun kalah 5-6 dengan IDEMITSU serta bermain 90 minit dan hampir cramp.