Saturday, January 7, 2012

Hati-hati di R&R Seremban || Dua-dua arah

Jumpa pasal ini dalam forum Lowyat ketika 'sibuk' menunggu bangla selesai mengangkut komputer-komputer-komputer(tiga kali sebab banyak sangat barang scrap ni..aku mampu angkat printer kecil je..pinggang nak pakai lama beb) scrap. Mari kita mulakan storyline ini yang sudah ditranslate ke bahasa melayu.

Ahad(19 Jun 2011)
- berhenti pada jam 11.30 malam di RnR Seremban, konvoi dua kereta.
- 4.30 pagi terus bergerak ke Melaka.
- ketika bergerak keluar dari RnR tiba-tiba gear D tidak berfungsi jadi saya berhenti.
- satu kereta tiba-tiba datang membantu.
- membuat keputusan untuk mereka tow kereta saya selepas mereka memberitahu gearbox problem with oilshin(lebih kurang la tidak terer terms kereta ni) yang kosnya hanya RM220.
- sampai di workshop dalam 5 pagi dan terus mereka betulkan gearbox.
- selepas dua jam mereka memberitahu gearbox akan siap bikin esok. kebodohan berlaku di sini keranan tidak claim warranty proton. so ambil keputusan untuk dengan kereta lagi satu. tinggalkan kereta di bengkel dan perlu tandatangan resit yang saya tidak perasan mempunyai syarat " SETUJU UNTUK MENUKAR APA APA ALAT GANTI UTK PROSES BAIK PULIH" atau lebih kurang.

Isnin

- 7.30 pagi sampai di Melaka.
- tidur sampai 11 pagi kemudian telefon berbunyi. diberitahu gearbox dalam proses overhaul. WTF!!.kereta saya baru satu tahun 4 bulan siot..
- harga RM3800
- rasa tertipu dan bangang sebab tidak hantar ke Proton untuk claim.
- emosi terganggu dan sangat down.
- 3 petang cuba untuk calling kawan yang bekerja sebabgai polis untuk bantuan.
- mereka kata kena tunggu sebab situasi begini sudah banyak kali terjadi.
- 7.30 petang kereta siap dan mereka suruh ambil tapi saya cakap esok baru ambil
- 8 malam kawan saya telefon datang Seremban esok pagi.

Selasa

- sampai Seremban 9 pagi
- pergi ke workshop tu dengan tiga orang polis
- selepas bos workshop tu kena "brainwash" dengan polis RM38000 turun jadi RM900.
- selepas itu minum-minum dengan polis dan polis cakap dah banyak kali berlaku kes ini lagi-lagi kawasan RnR Seremban kedua-dua arah.
- kereta kena sabotaj
-polis nasihat supaya berhati-hati di RnR Seremban dan sebarkan perkara ini.

ini workshop nya.

No comments: