Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri - Maaf Zahir Batin



Di kesempatan ini, aku dan keluarga nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada pembaca blog ini yang seco'et, rakan-rakan mengaji(SMKABP, MRSM Muar, KMJ, UM) dan rakan sekerja.

Zaheen akan mendapat duit raya tahun. Tahun lepas aku still dapat duit raya masa raya di kampung pak mertua aku. Ok. Sekian.


p/s: berhati-hati di jalan raya. aku yakin speedtrap bersusun.

Thursday, August 25, 2011

Carling Cup - Exeter City 1-3 Liverpool FC



Mood raya makin mengganas, aku hanya mampu letak gambar dan video highlight.

Wednesday, August 24, 2011

Kerja Kilang

Ini adalah caca-marba pekerja kilang macam aku. Pagi tadi perlu update setiap komputer..ok aku ulang UPDATE SETIAP KOMPUTER dalam kilang. Update program serta mapping network drive. Pukul 1 pagi gerak ke kilang. Nasib la bukan puasa, tiada setan atau jin ganggu perjalanan aku ke kilang.

Sebenarnya ada cara lebih mudah tapi...aku ni hanya kuli batak. Idea kuli batak mana boleh pakai. Kerja yang boleh dilakukan secara automatik dilakukan secara manual. Nasib dapat OT tapi sekarang rasa tersenggut-senggut tahan ngantuk. Hari ini buka dengan tidur boleh tak?

Nasib aku dah prepare batch file untuk memudahkan kerja-kerja update ni. Batch file ini boleh letak dalam active directory dan run sebaik sahaja pengguna login. Aku memang cetek ilmu bab-bab server ni, kerja last minit baru dapat tahu.

OK. sekian. bye.

p/s: dulu lepas SPM berebut nak kerja kilang. sekarang Allah swt sudah makbulkan doa aku. Nak sangat kerja kilang. Hambek.

Monday, August 22, 2011

this installation is forbidden by system policy. contact your system administrator



Pernah mengalami masalah ini? Berikut adalah cara untuk mengatasinya.

start > run regedit 

Browse the registry to HKLM\Software\Policies\Microsoft\Windows\Installer 

Buat : DisableMSI dan jika sudah ada tukar value kepada 0.

Type: REG_DWORD value = 0

Kuda Putih


Lama Kuda Putih aku tidak 'pow' aku. Tetapi semalam beliau telah berjaya meminta 'duit' raya dari aku. Macam tahu-tahu KWSP aku sudah masuk. Itu untuk rumah la wahai Kuda Putih ku terchenta.

Pergi bengkel dengan harapan nak buat alignment sekali lain pulak masalah datang. Bab-bab tayar ni aku malas nak kompromi sebab ia berkait rapat dengan keselamatan. Aku memang 'buta tayar', tapi based kepada bacaan pada alat alignment tu menunjukkan bacaan merah pada tayar belakang.

Mamat mekanik tayar tidak puasa tu..opsss..Terangkan pada aku masalah tayar aku dan apa yang perlu diganti. Baru hijau bacaan mesin tu. Kalau tak laju macam Proton Inspira aku tak tahu la nak cakap apa lepas ni.haha..

Friday, August 19, 2011

Carcass

Tahukah anda cakap tidak serupa bikin?

Tahukah anda Malaysia ada TIGA kaum utama?

Setiap kaum ada 'trademark' masing-masing bila menjadi atasan.

Ada dua kaum yang 'trademark' mereka hampir sama.

Hanya mampu simpulkan di sini aku lebih rela beratasan kaum yang ketiga.

Teringat aku dengan brader aku jumpa di sebuah spa ni Permas Jaya.

X ni kalau jadi orang atas kita habis, alangkan jadi orang bawahan kita pun X ni boleh gigit-gigit kita.

Bukan racist tetapi ini caca marba masyarakat Malaysia. ayat ini aku main hentam sebab macam sedap je tambah caca marba ni.

Segelintir sahaja di kalangan TIGA kaum utama ni yang OK.

Tuesday, August 16, 2011

Mencari Ringgit Ke Syurga


MAYAT BAYI DISANGKA PATUNG, TERSANGKUT DALAM SUNGAI - meloya

KUALA LUMPUR 13 Ogos – Mayat seorang bayi lelaki yang disangka patung mainan ditemui tersangkut pada perangkap sampah sungai di Kampung Puah Bahagia, Sentul di sini petang semalam.

Pihak polis menerima maklumat awal daripada orang awam kira-kira pukul 4 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.

“Mayat bayi lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membuat laporan,” katanya.


NOTA:

kalau ini berlaku di negara kapir
negara dimana rakyat nya banyak makan babi
negara di mana rakyatnya minum wine dan beer
negara dimana rakyatnya tak sembahyang

maka

akan gempar negara kapir ini
berhari hari akan dibincangkan makna dan tanda kejadian ini
berminggu minggu akan dibincangkan makna dan tanda kejadian ini
berbulan bulan akan dibincangkan makna dan tanda kejadian ini

agamawan akan berbincang
paderi akan berbincang
gulungan akademia akan berbincang
sosiolok akan berbincang
ibu bapa akan berbincang

seluruh masyarakat kapir yang makan babi ini
akan berbincang untuk mengetahui kenapa ini berlaku
bukan untuk menyalahkan sesiapa
tetapi untuk memereksa diri
apakah mereka telah menjalankan kewajipan sebagai insan
kapir kapir ini akan memereksa diri

tetapi

dalam negara islam kita ini
yang hari hari berbuih buih cakap hal islam
yang hari hari tak ada certia lain melainkan agama
berita macam ini muncul dan hilang
warga terlalu asik untuk menunjukkan kesucian masing masing
warga terlalu sibuk menabur ayat ayat suci
warga terlalu sibuk untuk membukti agama aku lebih baik dari agama kamu
warga terlalu sibuk dengan dna babi

mayat bayi dalam jamban
mayat bayi dalam beg motosikal
mayat bayi tepi jalan
mayat bayi dalam kebun
mayat bayi dalam tong sampah

berita berita ini kerap muncul
kita taidak terusik lagi
kita tidak terguris hati
kita tiadak merasa sedih
kiat buat buat tak tahu
kita salahkan orang lain

kita telah lali

kita terlalu sibuk menyediakan tempat disyurga
sehinggakan kita lupa yang kita wujud di dunia

berita ini mucul dan hilang
tanpa mencuit nilai kita
kerana kita terlalu islam
kerana kita terlalu suci

politikus sibuk dengan kempen cari undi
ngo sibuk dengan hak asasi
akedemia sibuk nak jadi tnc
polis sibuk tangkap anak muda saing dan pagi

yakinlah berita ini akan mati bagitu saja
jawi akan terus dengan halal haramnya
jais akan terus dengan penangkapan khalwatnya
semua akan sibuk kerana melayu nak murtad

dan kita semua sibuk mencari pahala
dan kita semua sibuk mengumpul harta

inilah hakikatnya
malapetaka yang telah menimpa negara ini
semenjak 31 ogos 1957 


kredit
15 Ogos 2011
 

Friday, August 12, 2011

Senarai Buffet Johor Bahru


No Validation Period Venue Price Main Course
Adult Child 
1 1 - 29 Aug Orchid Ballroom, Thistle Hotel 75.0 50.0 Varieties hawker-styled
2 1 - 29 Aug Seri Mutiara Restaurant, Mutiara Hotel 75.0 45.0 Roasted Whole Lamb, Tandoori Chicken Wings, Ayam Golek, Asam Pedas
3 1 - 29 Aug The Newsroom Café, The Puteri Pan Pacific 75.0 35.0 Local and International,Mutton Kuzie,Pasta,Barbeque Grill,Steamboat,Assorted Dessert
4 1 - 29 Aug Selasih Restaurant, Persada  75.0 35.0 Ayam Percik, Kebab, Kambing Kuzie, Gulai Kawah
5 1 - 29 Aug Hadramawt Restaurant, The Puteri Pan Pacific 75.0 30.0 Yemeni & Arabian Food
6 1 - 29 Aug Gleneagles Terrace, Pulai Springs 70.0 35.0 Selera Kampung
7 1 - 29 Aug Café Salt n Pepper, The Zon Regency Hotel 68.0 34.0 Ala Kampung, AlaHawker-Styled,Kijang, Ikan Bakar
8 1 - 30 Aug Café Para-Para, Grand Paragon Hotel 62.0 32.0 Asam Pedas,Kebab,Nasi Hujan Panas, Nasi Beriyani, Kambing Panggang
9 1 - 29 Aug Grand Blue Wave Hotel 60.0 35.0 Malaysia and International Cuisine-Briyani Gam, Kuzie,Satay, Roasted Beef,Futomaki
10 1 - 29 Aug Medan Palma, Le Grandeur Palm Resort 60.0 30.0 Hidangan Kawah, Local Favourites
11 1 - 29 Aug Myra Bistro, M-Suites Hotel 60.0 20.0 Ala Kampung,Chinese Dishes,Indian Dishes
12 1 - 29 Aug New York Hotel 58.0 20.0 6 Different Menu to be Rotated in A Month
13 1 - 29 Aug Kapitan Corner, Silka Hotel (Dorsett Hotel) 55.0 25.0 TBA
14 1 - 29 Aug Hotel Selesa 48.0 24.0 Laksa Johor, Nasi Tomato, Sate, Nasi Beriyani, Beriyani Kambing
15 2 - 27 Aug Goodhope Hotel 45.0 25.0 Tradisional, Sate
16 1 - 29 Aug Palm Resort Golf & Country Club 45.0 25.0 Citarasa Kampung
17 1 - 29 Aug Banafee Village 42.0 20.0 Over 80 Food Varieties- Ala Kampung,Western,Chinese,Arab,Padang 
18 1 - 29 Aug Sekinchan Ikan Bakar, Danga Bay 39.9 25.9 Over 30 food varieties served.
19 1 - 29 Aug Suria City Hotel 39.0 25.0 Selera Antara Benua
20 1 - 29 Aug Sangkar Kristal, LC Catering 39.0 20.0 TBA
21 1 - 29 Aug Hotel Seri Malaysia 35.0 18.0 Selera Tradisional
22 1 - 29 Aug Malay Village Restaurant 29.9 15.9 TBA
23 1 - 29 Aug JB Catering 26.0 15.0 TBA
24 1 - 29 Aug Singgah Selalu, KIP Mart 25.0 TBA TBA
25 1 - 29 Aug Singgah Selalu, U Mall 20.0 TBA TBA
26 1 - 29 Aug Mama Lynn, Tmn Universiti 19.9 10.0 TBA

Thursday, August 11, 2011

Jerman 3-2 Brazil || Itali 2-1 Sepanyol

Sekarang aku dah tak sokong Sepanyol sebab Torres dah pindah dari Liverpool. Sokong Jerman je la. Mari tonton highlight perlawanan persahabatan Jerman, Brazil, Itali dan Sepanyol.

Bazar Ramadhan

Semalam ada berita pasal seorang budak, Nurdini Mohamad Ali meninggal dunia sebab keracunan makanan. Mangsa makanan recycle atau peniaga tidak hygienic? Orang yang meniaga makanan ni kadang-kadang DUIT..DUIT..DUIT je. Ikan goreng seekor dah RM3, kalau kat kantin kilang aku dah dapat nasi, ayam/ikan dan sayur. Ikan tu goreng dengan emas ke sampai macam tu sekali harga.

Tidak semua peniaga bazar ramadhan ni DUIT..DUIT..DUIT. Keuntungan segelintir peniaga bazar ramadhan ni aku dengar sampai setahun tidak perlu bekerja.

OK itu sahaja.

‎.--- .. .-- .- / -.- .- -.-. .- ..-

Tuesday, August 9, 2011

Baiki : Klik Dua Kali Selalu Buka Search




Agak-agak faham tak tajuk di atas tu? Tapi kali ini aku nak tunjuk bagaimana jika anda klik dua kali misal kata pada hard disk, keluar Search instead of paparan fail dalam hard disk itu. Ini boleh berlaku jika anda ada bermain-main dengan registry atau meng'install' aplikasi yang menambah pilihan pada right-click menu.

Sudah bersedia dengan penyelesaian masalah ini? Anda hanya perlu Run command regsvr32 /i shell32.dll dan semuanya akan kembali normal. Jika ada error “Windows cannot find ‘PET32.exe’”, ini menunjukkan komputer anda telah dijangkiti virus.

Monday, August 8, 2011

Bayi Lahir ketika 23 Minggu Hidup Sihat



Ini bayi lahir ketika 23 minggu atau 5 bulan 3 minggu seberat 1lb 7oz. Ketika lahir sangat la kecil sampai cincin perkahwinan ibu kepada bayi ini boleh masuk pada lengan bayi ini. Tidak percaya?!... Percayalah..hehe..


 p/s: makan apa player Man U ni bulan-bulan puasa pun menyetan..haha..

Saturday, August 6, 2011

Khairul Fahmi Che Mat + Dahlia Teck + DG48



Pagi tadi aku tengok bini aku dok sibuk tengok gambar yang berkaitan Khairul Fahmi Che Mat dengan Dahlia Teck. Haishhh..Ini la masalah kalau dah jadi public figure, ko buat apa-apa semua orang dok menyibuk. Ntah kalau suatu hari nanti kalau aku jadi public figure, aku tutup gate pakai boxer mesti ada orang snap.haha..


Tapi yang lagi buatkan aku hot adalah DG 48 sekolah bini aku nak buat EMPAT kali majlis persaraan beliau. EMPAT..aku ulang EMPAT!!!!!.. Siapa yang akan bersusah-payah nanti? Ye, cikgu-cikgu. Punya tidak mahu ganggu persiapan persaraan beliau, buat Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) hujung minggu depan..Yang pelik cikgu senior semua mak(ramai cikgu perempuan) turut..pathetic. Habis musnah punah perancangan aku. Bajet untuk majlis tu dapat dari mana? Wallahualam..

Friday, August 5, 2011

Pinjaman ASB vs Simpan Sendiri



Aku pernah buat research pasal ni tapi dah hilang semua. Tengah buat excel pasal perbandingan ni. Ini sebab ada makcik banker di Pusat Bandar Pasir Gudang yang sokong Bersih 2.0 mati-mati defend buat pinjaman ASB lagi berbaloi.

Nanti sudah siap aku letak sini. daa..

Thursday, August 4, 2011

W32.JambanMy.V2




Baru-baru ini laptop yang bini aku guna untuk buat pengajarannya menjadi lebih menarik di sekolah telah dijangkiti parasit. Hasil dari pendrive rakan sekerja beliau. Nama makhluk perosak itu tidak silap aku JambanMy. Folder Option, Regedit, Task Manager,Run dan Safe Mode terkesan dari jangkitan itu. Aku ingin mengajar anda bagaimana untuk membersihkan komputer anda dari Jambanmy. Antivirus juga telah dimatikan.

Biasanya langkah pertama anda perlu lakukan untuk membuang infeksi virus/malware ini adalah boot dari Safe Mode. Tetapi makhluk perosak ini dicipta juga untuk merosakkan boot Safe Mode anda. Langkah pertama adalah mendownload SMFix. Aplikasi ini membaiki boot Safe Mode anda. Selesai menggunakan aplikasi ini, komputer anda akan restart dan terus tekan F8 untuk boot Safe Mode.

Tetapi anda perlu memuat turun ComboFix yang akan diguna ketika Safe Mode. Cuba lah.

Monday, August 1, 2011

Ramadhan



Selamat Berpuasa. Semoga dapat bonus pahala. Tidak dapat bonus gaji pun tidak mengapa..tsskkk...

Tapi musim-musim puasa ini ramai yang terkial-kial sibuk nak cari waktu berbuka untuk sebulan ni, betul tak? Dengan ini aku sertakan waktu berbuka puasa untuk negeri Johor.

Johor