Tuesday, December 14, 2010

Bahagian II - PTPTN - Tukar Pinjaman (3%) kepada Pembiayaan Ujrah (1%)


Sebagaimana yang telah dijanjikan, PTPTipoo telah menghantar emel beserta kata laluan dan dua dokumen di mana kita perlu isi. Seperti yang aku jangka dalam post aku sebelum ini, langkah bijak Ujrah ini datang sekali dengan pemotongan gaji. Bagi aku yang pinjam RM17500, aku akan dibelenggu hutang selama lebih kurang 14 tahun. Untuk makluman saudara-saudari sekalian, aku pengajian aku ada enam semester. Satu semester RM3500 PTPTipoo kasi PINJAM kecuali satu semester aku tak dapat sebab pandai sangat. Aku extend dua semester di mana pada masa yang sama PTPTipoo telah AUTOMATIK mengenakan caj perkhidmatan walaupun aku belum habis pengajian. Aku ingat surat penangguhan yang beriya aku dan member-member aku hantar kat PTPTN ONE STOP CENTER kat KL Central dapat mengelak dari di caj tapi ku sangka hujan sampai ke petang tapi panas di tengah hari.

Aku mula pengajian 2004 dan sepatutnya tamat 2007 tapi aku tamat 2008. Pada masa dua semester aku extend, PTPTipoo bukan main lincah caj pinjaman aku. Jumlah aku perlu bayar baki pada 1 Jun 2008 adalah RM17784.41. Jadi sepanjang aku extend, PTPTipoo sudah caj aku RM284.41. Padan muka aku bijak sangat sampai extend. Tapi bagi aku ini tindakan tidak adil sebab kami(wakil kawan-kawan seangkatan dengan aku) sudah terang lagi bersuluh tiada sumber kewangan kecuali dari FAMA & BROSIS.

Mahu tidak mahu untuk melayakkan diri aku untuk mendapatkan Ujrah adalah aku perlu bayar PTPTipoo melalui pemotongan gaji. Aku yang IPTA ni dah RM17500, kalau IPTS aku rasa dua tiga kali ganda dan duit tu boleh buat downpayment rumah. Tapi seingat aku masa masuk UM dulu, PTPTipoo paling beriya mahu memberi pinjaman siap beri cek dengan surat tawaran sekali. Orang kebanyakkan seperti keluarga aku mana ada duit sebanyak tu, so mahu tidak mahu demi melanjutkan pelajaran ke menara gading kena pinjam juga. In the end of the day, PTPTipoo yang paling untung walaupun dalam berita selalu keluar peminjam liat nak bayar...bla..bla..Bak kata pepatah, dalam PTPTN there's no one who can speak in our(peminjam) languange.

Lepas aku lihat sekali imbas dokumen PTPTipoo emelkan, ada dua bahagian iaitu kebenaran semak maklumat kita dalam LHDN dan kebenaran potongan gaji yang membolehkan PTPTipoo cari penghutang sampai ke lubang cacing..haha.. Kesimpulannya di sini, aku menyesal pinjam dengan PTPTipoo. Bubur sudah jadi nasi. Aku nak petik mutiara kata dari laman sesawang PTPTipoo, "Rasulullah s.a.w bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah yang maksudnya : “Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambil ganti daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham”." PTPTipoo tidak pula terfikir pasal riba'. Untuk melawan mutiara kata PTPTipoo..hambik..

“Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka permaklumkanlah bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kami tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.” (QS Al-Baqarah: 278-279).

“Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri, melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila.” (QS Al-Baqarah: 275).

“Allah memusnahkan riba dan menyuburkan shadaqah.” (QS Al-Baqarah: 276).

Dari Abu Hurairah ra bahwa Nabi saw bersabda, “Jauhilah tujuh hal yang membinasakan.” Para sahabat bertanya, “Apa itu, ya Rasulullah?” Jawab Beliau, “(Pertama) melakukan kemusyrikan kepada Allah, (kedua) sihir, (ketiga) membunuh jiwa yang telah haramkan kecuali dengan cara yang haq, (keempat) makan riba, (kelima) makan harta anak yatim, (keenam) melarikan diri pada hari pertemuan dua pasukan, dan (ketujuh) menuduh berzina perempuan baik-baik yang tidak tahu menahu tentang urusan ini dan beriman kepada Allah.” (Muttafaqun ‘alaih: Fathul Bari V: 393 no: 2766, Muslim I: 92 no: 89, ‘Aunul Ma’bud VIII: 77 no: 2857 dan Nasa’i VI: 257).

Dari Jabir ra, ia berkata. “Rasulullah saw melaknat pemakan riba, pemberi makan riba, dua saksinya dan penulisnya.” Dan Beliau bersabda, “Mereka semua sama.” (Shahih: Mukhtasar Muslim no: 955, Shahihul Jami’us Shaghir no: 5090 dan Muslim III: 1219 no: 1598).

Dari Ibnu Mas’ud ra bahwa Nabi saw bersabda, “Riba itu mempunyai tujuh puluh tiga pintu, yang paling ringan (dosanya) seperti seorang anak menyetubuhi ibunya.” (Shahih: Shahihul Jami’us Shaghir no: 3539 dan Mustadrak Hakim II: 37).

Dari Abdullah bin Hanzhalah ra dari Nabi saw bersabda, “Satu Dirham yang riba dimakan seseorang padahal ia tahu, adalah lebih berat daripada tiga puluh enam pelacur.” (Shahih: Shahihul Jami’us Shaghir no: 3375 dan al-Fathur Rabbani XV: 69 no: 230).

Dari Ibnu Mas’ud ra dari Nabi saw, Beliau bersabda, “Tak seorang pun memperbanyak (harta kekayaannya) dari hasil riba, melainkan pasti akibat akhirnya ia jatuh miskin.” (Shahih: Shahihul Jami’us Shaghir no: 5518 dan Ibnu Majah II: 765 no: 2279).
UPDATED: Pautan epinjaman.ptptn.gov.my masih belum boleh digunakan lagi.

p/s: PTPTipoo perlu buang tulisan jawi dalam logo mereka.sekian.

5 comments:

ainazliena said...

sabo sabo..

laila sanuri said...

la...ksian nya...atleast ko dh berjaya skang..

jiwa sifar said...

kalo tak sabo..tak bayar terus.

berjaya jugak la bayar..kihkih.

#cdmHA said...

betul la, klu swasta lagi berganda2... MARA gak bagus... no interest.. lambat byr, terus notis 14 hari... huhuhu..

I am Nad said...

ape lagi..start saving utk anak la plak.. jgn bg dia pinjam sama ptptpuuu