dunia komputer kucing bosan penin jiwakacau tertekan network hidup duit kawen bini anak cucu cicit akhirat
Tuesday, December 28, 2010
Ops Mr Mama
Hari ini aku masuk kerja lepas lunch sebab kena jaga anak dara aku. Ibu dia kena pergi meeting kat sekolah yang hanya mula pada pukul 9.00 pagi sebab pihak atasan memang selalu last minute inform. Melayu tipikal. Pengasuh ada hal kena setelkan pasal sessi persekolahan anak dia.
Tapi Ops Mr Mama aku bertahan beberapa jam kerana pengasuh sudah datang rumah ambil Zaheen. Ingatkan pengasuh aku tu ambil masa lama nak setelkan hal anak dia tapi kejap je. Aku tengok jam dah pukul 9 lebih. Ikan caru aku dah keluarkan untuk disiang. Alang-alang terus siang ikan dan vakum ruang tamu yang agak berpasir hasil kerja CT dan Tehcik masuk rumah tak basuh kaki.
Kadang-kadang best juga buat kerja rumah..tapi aku ulang..KADANG-KADANG..hehe..
p/s: Walaupun kamu makan garam lebih awal dari kami, tidak semestinya yang kamu akan tahu rasa sebenar garam itu.
diconteng oleh
jiwa sifar
jam
5:51 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment