Monday, January 25, 2010

Mangkat - Futsal - Aduka - GutterMalaysia

Al-Fatihah..

Dari kemangkatan Sultan Iskandar sampai lah kepada Aduka Taruna..Hujung minggu yang penuh sensasi. Tapi aku tak pasti Blog Party JB masih diteruskan atau tidak.

Sesiapa yang tidak sempat baca apa yang Aduka Taruna tulis dalam blog dia. Lupa aku jumpa mana screenshot ni.


Tujuh hari berkabung. Aku dengar pasal kalau seorang Islam tu mati pada hari Jumaat akan terlepas azab & siksaan kubur. Aku pun tak berapa pasti. Tapi masa hari Jumaat pagi tu hujan selebat-lebatnya seolah-olah menangisi kegeringan Sultan Iskandar seterusnya kemangkatan nya.

Pasal futsal tu malas nak cerita sebab dapat Naib Johan. huhu...Aktiviti sukan kilang terakhir untuk tahun 2009.

fyi: Pekeliling pasal penarikan COLA sudah keluar cuma tidak tahu bila akan dikuatkuasakan. wahai KERAjaan yang mendahulukan rakyat untuk kesusahan...
-. .- .--- .. -... / -.- --- / -- . -- .- -. --. / - .- -.- / --. ..- -. .- .-.-.- / .--. .-. --- --. .-. .- -- / .--. . .-. -- .- - .- / -... .. -. .. / -.- --- / -.- --- / - .- -.- / -.- .- -.-. --- .-.-.- .-.-.- .--. .-. --- --. .-. .- -- / ..- -. - ..- -.- / .- -. .- -.- -....- .- -. .- -.- / -- .. ... -.- .. -. / -.- --- / .--. --- - --- -. --. .-.-.- .-.-.- -- .- -. .- / -- --- .-. .- .-.. / -.- --- / .-.. .- .... .- -. .- - .-.-.-
Owh..ada lagi blog yang lagi teruk dari Aduka Taruna..Nama dia GutterMalaysia.blogspot.com. dieorang cakap mamat ni duduk di luar negara.

Apakah?!...Sekarang ni isu provokasi memang menjadi-jadi..Akhir zaman.....sabar kan sebahagian dari iman=)

p/s: jumpa laluan terpendek(bagi motosikal) ke Taman Rinting lalu Kg Pasir Gudang Baru. kat kilang aku kecoh pasal lilitan hitam/putih ni. Tak pasti nak pakai yang mana satu. Tak silap aku kalau pakai uniform kena guna lilit hitam 3inci lebar.

updated: GutterMalaysia sudah delete entry dia pasal sultan johor..tapi kalau korang klik kat link atas tu still ada cache dia..

Friday, January 22, 2010

Blog Party JB


ini party bukan sebarang party..kat pasir gudang tu..pergh..tapi yang sedih nya..bajet aku tiada sebab Ahad ada lawan futsal..isskkKkk..pipiyapong ni terbaik dari ladang penulisan dia. ada baka-baka A Samad Said gitu tapi janggut belum panjang+putih. Jimbo (band Parkinson tak silap aku) ni aku rasa kalau budak-budak underground scene mesti kenal mamat ni. Arwah jiran aku dulu vokalis band Depress kenal si Jimbo ni.

tapi mana tau aku ada terjumpa RM20 kat tengah-tengah jalan masa nak pergi solat jumaat pun cun jugak..kalau nak extreme sikit mintak sedekah kat masjid Taman Air Biru masa solat jumaat..pastu balik kilang kena bahan dengan budak-budak kilang..cetTtt..tapi nak lagi exreme?!..curi pure aluminium kilang aku..kena buang kerja+masuk lokap..haha..either ways..aku nak usha je port dieorang party ni. mana tau ada perkara tak elok berlaku aku terus roger MPPG..hehe..

Thursday, January 21, 2010

pemeriksaan kesihatan

Kilang aku ada Health Screening aka Pemeriksaan Kesihatan hari ini oleh Regency Specialist Hospital. Tak tau la Regency ni datang secara rela paksa atau kilang aku jemput..Specialist tu..tak maen la datang naik van or ambulans..datang naik Alphard tu..ngancam seyYYyy..~

Age: 18 tahun(baru lepas SPM)
Weight: 59kg
Height: 171cm
Blood Pressure: 130/70
Glucose: 4.7
BMI: 20
Note: Kena tambah berat badan dalam 2-5 kg
perghHH..aku tengah "ikat" perut ni.

Khabarnya Cola nak kena hapus..Harga minyak mahu naik tapi harga kereta akan turun..Either ways..hujung-hujung 1Malaysia jugak yang untung...harkkKk PtuiiiHHHhhhh..Gula dinaikkan untuk mengurangkan beban KERAjaan sebanyak lebih kurang RM1b tapi KERAjaan habiskan RM1b hanya untuk F1..

1. Skim Baucer Tuisyen untuk murid-murid miskin dimansuhkan.
2. Projek Susu Sekolah dimansuhkan.
3. Bantuan pakaian seragam unit berunifom dimansuhkan.
4. Rancangan Makanan Tambahan dikurangkan jumlah hari makan
bagi murid penerima skim.
5. Kenaikan kos makanan dari RM1 ke RM3 bagi pelajar di asrama
yang penjaga berpendapatan RM 5000 ke atas.
6. Pengurangan hari berada di asrama bagi murid SABK dan SMKA
dan SM Sains.Sebelum ini pelajar SABK balik ke rumah dua
minggu sekali tetapi sekarang setiap minggu manakala murid
SMKA dari sebulan ke dua minggu sekali.
7. Selain itu, aktiviti sukan peringkat daerah dan negeri juga dikurangkan
kepada sukan yang utama sahaja. kredit syed-edparit.blogspot.com

agak menyedihkan la perkara ini berlaku...pelajar-pelajar adalah masa depan sesebuah negara. Mereka sepatutnya tahu. Daripada membazir kat program PERMATA or F1 tu..lebih baik dana disalurkan kepada 7 perkara diatas.

Akhir sekali aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Regency. Tidak lupa juga kepada orang yang telah mencuri tong sampah kat depan rumah aku..haha..semoga memperoleh petunjuk..punya syok aku nak buang sampah sekali tinggal penutup tong sampah je..aku toleh kanan & toleh kiri..tiada kelibat tong sampah aku tu..toleh kanan & toleh kiri..line clear..campak sampah dalam tong sampah jiran aku..kalau tong sampah aku macam kat atas ni..haru beb...~

p/s: ada tak bomoh siam yang boleh cari lokasi tong sampah aku ni & siapa dalang tu?

Wednesday, January 20, 2010

realiti di sebalik permainan

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya.. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, 'Saya ada satu permainan... . Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah 'Kapur!', jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah 'Pemadam!'

Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, 'Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah 'Pemadam!', jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah 'Kapur!'. Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Guru tersenyum kepada anak muridnya. 'Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang hak itu hak, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, setelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang hak telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa.

'Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.' 'Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan . Faham?' tanya Guru kepada anak muridnya.

'Baik untuk permainan kedua...' Gurunya meneruskannya. .....

'Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?'

Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet ..'Murid-murid, begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .... Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ....Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar.

'Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah
dihancurkan. . .....'

'Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakkan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan.' 'Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... '

'Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?' tanya
murid- murid.

'Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi.' 'Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan,
kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun'.

'Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita
berdoa dahulu sebelum pulang...'

Tuesday, January 19, 2010

ini adalah kehidupan

penuh

cakap tidak serupa bikin...

kemataan keduitan...

putar belit alam...

tiada kompromi...

kemarahan...

kronisme...

blackmail...

jual ikan...

duniawi...

desakan...

PhD...

adat..

mazmumah..

kurang

tolong-menolong

timbang-rasa

tolak-ansur

kesabaran

keadilan

mahmudah..

kerja kosong..hehe..

.:tapi jangan risau:.

dunia ini sangat la kecil

what goes around comes around

what you give you get back

1Malaysia?!..jauh bumi dengan pluto..

Hanya SATU dapat menyelesaikan segalanya..

Dia di atas..

kita hanya perlu doa+usaha+tawakal+ikut suruhan Nya

FULLSTOP

p/s: RM1billion hanya untuk F1...harrkKKkk...ptuihHHhh...

Thursday, January 14, 2010

SEPULUH juta tak cukup

rasa seperti mahu minum air sirap sampai lebam je..ape kejadahnya ni?!..tamak haloba namampus betul la Kementerian Belia dan Sukan & Persatuan Bola Sepak Malaysia. orang tamak selalu rugi macam anjing dengan bayang-bayang.. Nak hantar pergi England..bagus sangat ke England tu?mentang-mentang asek tengok EPL je..mudah terpengaruh...Tak payah jauh-jauh..Jepun & Korea kan ada. yang korang menggatal nak hantar pergi Eropah tu apesal?!..mangkuk tandas berhayun betul la..hantar pi Angola lagi bagus..sambil-sambil tu boleh jalani latihan ketenteraan sikit dengan pemberontak kat sana.haha..

Yang aku tak boleh blah KBS ni hajat LIMA PULUH juta!!!...negara Afrika yang miskin tu boleh keluarkan Drogba, Essien & banyak lagi pemain terer namampus. tak payah guna duit banyak la..yang penting sistematik.dari korang duduk melingkar dalam pejabat FAM or KBS..baik korang scout(istilah Championship Manager) bakat-bakat terpendam seluruh daerah kampung jajahan.

Mintak banyak-banyak kalau takat nak kenyangkan kroni...harrrkkkKK ptuihHhh...Lagi satu..kepimpinan tu harap-harap dapat ditukar dengan barisan baru..asik-asik muka sama je. kat dunia memang la ko ada pangkat Dato' la..Tan Seri la..boleh bawak akhirat ke?..

eh..eh..apesal aku tiba-tiba emo..kan malam jumaat ni..ehem-ehem..emo sebab Liverpool manjang kalah je. Johor kalah dengan Kelantan...Johor FC lak seri...

FULL STOP.

Monday, January 11, 2010

geng bas sekolah

sebelum aku masuk sekolah asrama, sempat aku sekolah menengah harian. kampung aku takde sekolah menengah tp yang pelik ada Maybank so aku kena pergi sekolah menengah kampung sebelah. jauh jugak dalam 20 km kot..anggaran rambang mata aku..mane yang mak bapak kasi bawa motor pergi naek moto..mane yang anak bongsu macam aku ni kena la pergi sekolah naek bas.
biase nya budak-budak lelaki kena masuk lalu pintu kecemasan sebab bahagian belakang bas akan di 'conquer' oleh lelaki. kesalahan jenayah disiplin akan berlaku di bahagian belakang bas ini. apakah kesalahan itu?!...ye menghisap rokok...aku?..owh tidak..aku tidak hisap rokok lagi pada waktu itu. kesalahan ini bergantung kepada ketegasan drebar bas..kalau drbar bas buat dono je..berkepul-kepul la asap yang akan keluar dari bahagian belakang bas tu seolah-olah ekzos bas berada dalam belakang bas.

ada tiga bas yang disediakan koperasi kampung aku & tiap-tiap satu mempunyai nama tersendiri. Bas pertama dikenali sebagai Hino. Hino ni dia punya drebar memang tegas & budak-budak bawah 18 tahun ni tidak sesekali berani untuk menghisap rokok. Hino adalah model bas ni..disebabkan masa tu ia adalah baru so tiada nama spesifik untuk bas ni.

Bas kedua adalah Kombat. spesies bas ni yang jenis kepala dia cam separa bulat. sebab bas ini diberi nama kombat adalah sebab bas masa tu ada roadblock & kebetulan bas ni roadtax mampus...so untuk mengelak ditahan polis bas ni redah jalan kebun kelapa sawit...bas ni selalu berlaku kejadian merokok sebab drebar tak tegas macam Ketua Polis Negara..opss..

bas ketiga nama dia Keramat. spesies bas ni sama seperti Kombat cuma Keramat lebih tua dari Kombat. kalo korang naek bas ni rasa macam nak kiamat..gegar sane..gegar sini..bunyi sana..bunyi sini.so kalo naek bas ni kena banyak mengucap & istifar.
tamat sudah pasal bas...nak cerita sikit pasal bapak & anak. ahad lepas aku & bini pergi usha-usha rumah untuk di sewa. sungguh banyah rumah kat pasir gudang yang terbiar+dilelong.ade rumah tu sampai pokok die dah besar bagak..ntah pokok balak..kalau aku tau pokok balak sure aku tebang jual. ada jugak side income aku...melalut sudah..

Puas cari rumah yang tidak ketemu..berhenti sebentar bini aku nak photostat ape kebende ntah tapi pasal sekolah dia la..aku park kuda puteh aku depan kedai runcit..ngam ngam sui ada kancil park depan kereta aku. drebar kancil pun keluar.. ciri-ciri drebar adalah seorang bapak siap pakai rantai..pakai short & singlet..muke toksah nak cakap la kegengsteran dia..bawa anak kecik sorang & di tinggal sorang2 dalam kereta. si bapak ni nak tukar tong gas memasak. tiba-tiba wiper kereta kancil tu bergerak..sah budak tu bawak main kereta kesayangan bapak dia. bapak dia datang balik ke kereta dia di bahagian drebar. kena tempeleng sekali anak dia.aku rasa baru dua tiga tahun budak tu..aku just perati je. lepas dah tempeleng+marah anak dia tu dia off kn wiper tu. anak dia dah tergalih kat bahagian co-drebar. si bapak menuju ke arah seat belakang di mana terletak nya tong gas yang kosong tu. sebelum si bapak ni angkat tong tu sekali lagi anak dia tu di tempeleng+marahi. adus...sadis aku tengok budak tu..besar sangat ke salah budak tu. lepas dah angkut tong gas yang baru..si bapak pun beredar..aku still perati lagi..si budak kalo duduk kat co-driver tu suka pegang dashboard sambil tengok hadapan..same goes to budak ni..sekali lagi kena dengan bapak dia.

bagi aku..tak perlu si bapak buat camtu kat anak die yang comel tu. ntah..laen orang laen hati..

Friday, January 8, 2010

kenapa & mengapa

aku dengan hidung kempis memiliki celcom berukban tapi dalam dua tiga bulan yang lepas aku tak guna tapi member aku yang guna. tapi member aku ni ada masalah kerja kontrak tak disambung so dia tak bayar selama dua tiga bulan. member aku pulak sengal tak bagitau aku..kalau tak aku suruh dia cepat-cepat kasi balik berukban kat aku.. tapi member aku tu dah bank in duit yang tertunggak tu.

aku tiba-tiba terfikir KENAPA...aku bagi contoh la...aku register celcom berukban, bayar berukban & sebulan punya caj. lepas tu aku terlambat bayar terus celcom potong connection aku untuk ke internet.aku ngada+gedik tak bayar untuk dua bulan..aku still tidak boleh layari internet tapi pada masa yang sama aku masih dikenakan caj untuk kedua-dua bulan tu. faham tak apa yang aku maksud kan?!..bukan masalah mampu atau tidak..servis yang aku guna dari celcom aku tak dapat guna untuk dua bulan sebab celcom tutup port connection aku ke internet tapi celcom masih cas..aku tak baca T&C kot..kenapa aku tak guna yang prepaid?sebab masa aku register dulu prepaid berukban belum ada lagi..
sama juga pasal cukai..LDHN menghantar surat kepada lebih kurang tiga juta pembayar cukai di Malaysia hanya untuk memberitahu yang LHDN tidak akan menghantar borang kepada pembayar-pembayar cukai ini. paling busuk pun setem yang akan diguna adalah 30 sen & kos untuk setem je dah RM900000. itu belum masuk kos cetak, kertas & etc. Pembaziran bernilai lebih kurang RM1 juta..yang mendapat durian runtuh Pos Malaysia jugak.

kenapa?..aku tak mampu..
kenapa?..berlaku pembaziran..
kenapa?..aku nak tanya rosmah sebab apa dia nak kecoh-kecoh dia telefon isteri PM Mesir supaya membebaskan pelajar Malaysia
kenapa?..gaji aku tak naik-naik..haha...tiada kaitan..

mungkin jawapan di sini..

Wednesday, January 6, 2010

seluar sekolah

sejak masuk tahun baru, banyak kali kena masuk plant. tapi bagus jugak, at least ade mende baru aku dapat. contoh kalau kita sudah install MS Office 2003 & pastu install MS Office Pro '97..di sini akan ada masalah icon selepas MS Office Pro '97 tu di 'uninstall' kan.

tapi ada insiden melucukan atau ntah..hehe..aku punya seluar kerja ada dua helai je. satu warna hitam & satu warna hijau gelap. nak dijadikan cerita aku pakai yang warna hijau. sedang aku melakukan kerja-kerja aku sebagai IT Analyst operator. sekali ade sorang mamat ni tegur aku dengan selamber.."wei seluar ko macam seluar sekolah menengah la"..aku cam terkedu la die cakap seluar aku macam seluar sekolah..haha..terus aku jawab "abeh tu..seluar ni je ade"..haha..

bagus la camtu..at least aku still nampak teenager gitu...sumpah aku tak pakai lagi seluar tu lagi. seingat aku last aku pakai seluar hijau ni masa tingkatan 3. masa sambung belajar kt MRSM kena pakai seluar coklat or biru gelap. nak tau tak, harga sebenar kereta import yang kita beli kat Malaysia yang baru sampai kat pelabuhan. Honda Jazz 1.5 i-VTEC RM41627..Ford Focus 1.8 Ghia RM41000..Mazda RX-8 RM75238..cuba korang cek kat Mutiara Motors atau Tan Chong Motors berapa harga dieorang jual?..Saga SE aku lagi mahal siot!!!..aku tak tipu..tgk sini.

Aku pernah dapat komen,ko tak bangga ke Malaysia ada kereta sendiri?Ya.Aku bangga.Tapi masalahnya,adakah patut rakyat Malaysia dibebankan dengan cukai-cukai sebegini rupa hanya untuk memastikan Proton terus hidup?Seolah-olah Proton sebenarnya tak mampu nak menghasilkan kereta berkualiti dan affordable,yang mampu dijual kepada RAKYAT MALAYSIA dengan harga lebih murah berbanding pengeluar lain.Apa benefit Proton kepada rakyat Malaysia secara directnya?Mungkin akan ada yang cerita pasal ekonomi berkembang lah,ekonomi berjalan lah...tapi adakah benda2 ekonomi tu mempengaruhi poket anda secara direct?Bukankah anda masih berhutang 7 tahun,9 tahun semata-mata untuk membeli kereta?Jangan cakap Proton muda lagi dan sebagainya.Tengok KIA,mereka mula buat kereta tahun 1986,sebaya dengan Proton.

sumber cursing malay


aku ada perasan la..website kerajaan almost semua dah di 'mat salleh' kan..tak up-to-date sungguh aku ni...contoh.. Kastam Di Raja Malaysia..domain dieorang guna www.customs.gov.my..ni terpengaruh PPSMI ke ape?hehe..terlajak cerita pasal PPSMI ni, aku nak cerita pasal sekolah bini aku yang ditaja dengan ICT-things oleh seorang pengarah hospital panel kilang aku. ada taklimat pasal tajaan ni. pengarah ni punya berlagak tahap gaban, siap cakap yang die dulu belajar sendiri je, takde cikgu pun die boleh berjaya..gaji seorang doktor pakar macam die sampai ENAM angka sebulan. aku yang dengar cerita ni pun rasa nak minum air sirap beb.

what's the point dia taja ICT-things kat sekolah tu tapi siap hentam-hentam profession guru. ikhlas tu penting..ko tak sekolah agama ke?ke ko belajar sendiri ilmu agama tu?!..ko tu datang sekolah pakai jeans..mane disiplin ko? pengarah konon...pengarah my *s*!..aku rasa semua sekolah mengutamakan disiplin. aku pun terkena tempias disiplin sebab bini aku adalah penolong guru disiplin sekolah...pergh...tak boleh nakal-nakal kat rumah -_-

Monday, January 4, 2010

hidup tak semestinya sedap

bak kata walls...hidup biar sedap..hidup biar sedap my ass!!!..haha..
mimpi pertama aku kat rumah sewa adalah....

Saga SE aku kena curi dengan awang hitam. berderau siot darah aku mase bangun tido tu. terus check kuda puteh aku, nasib still alive & kicking...

hujung minggu ni cadangnye nak pekena setimBOT kt dataran jay bee dengan rakan-lepak-sewaktu-bujang. ngeh3...nak bako2 member yg masih bujang..adakah korang tau gaji pemain bola di malaysia berape riban?!...lebih besar dari graduate ijazah..malah ade yang bergaji LIMA angka...apakah?..cruel life?...selamat datang ke dunia..hehe..this is what human called LiFE!.

kena hadapi ketidakadilan dalam dunia ini dengan tabah. walaupun perit nak telan...hai dunia..opss..sudah waktu lunch..daa