Thursday, January 21, 2010

pemeriksaan kesihatan

Kilang aku ada Health Screening aka Pemeriksaan Kesihatan hari ini oleh Regency Specialist Hospital. Tak tau la Regency ni datang secara rela paksa atau kilang aku jemput..Specialist tu..tak maen la datang naik van or ambulans..datang naik Alphard tu..ngancam seyYYyy..~

Age: 18 tahun(baru lepas SPM)
Weight: 59kg
Height: 171cm
Blood Pressure: 130/70
Glucose: 4.7
BMI: 20
Note: Kena tambah berat badan dalam 2-5 kg
perghHH..aku tengah "ikat" perut ni.

Khabarnya Cola nak kena hapus..Harga minyak mahu naik tapi harga kereta akan turun..Either ways..hujung-hujung 1Malaysia jugak yang untung...harkkKk PtuiiiHHHhhhh..Gula dinaikkan untuk mengurangkan beban KERAjaan sebanyak lebih kurang RM1b tapi KERAjaan habiskan RM1b hanya untuk F1..

1. Skim Baucer Tuisyen untuk murid-murid miskin dimansuhkan.
2. Projek Susu Sekolah dimansuhkan.
3. Bantuan pakaian seragam unit berunifom dimansuhkan.
4. Rancangan Makanan Tambahan dikurangkan jumlah hari makan
bagi murid penerima skim.
5. Kenaikan kos makanan dari RM1 ke RM3 bagi pelajar di asrama
yang penjaga berpendapatan RM 5000 ke atas.
6. Pengurangan hari berada di asrama bagi murid SABK dan SMKA
dan SM Sains.Sebelum ini pelajar SABK balik ke rumah dua
minggu sekali tetapi sekarang setiap minggu manakala murid
SMKA dari sebulan ke dua minggu sekali.
7. Selain itu, aktiviti sukan peringkat daerah dan negeri juga dikurangkan
kepada sukan yang utama sahaja. kredit syed-edparit.blogspot.com

agak menyedihkan la perkara ini berlaku...pelajar-pelajar adalah masa depan sesebuah negara. Mereka sepatutnya tahu. Daripada membazir kat program PERMATA or F1 tu..lebih baik dana disalurkan kepada 7 perkara diatas.

Akhir sekali aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Regency. Tidak lupa juga kepada orang yang telah mencuri tong sampah kat depan rumah aku..haha..semoga memperoleh petunjuk..punya syok aku nak buang sampah sekali tinggal penutup tong sampah je..aku toleh kanan & toleh kiri..tiada kelibat tong sampah aku tu..toleh kanan & toleh kiri..line clear..campak sampah dalam tong sampah jiran aku..kalau tong sampah aku macam kat atas ni..haru beb...~

p/s: ada tak bomoh siam yang boleh cari lokasi tong sampah aku ni & siapa dalang tu?

3 comments:

wawa pucca said...

tong sampah pon kena curik?
slamber badak kau menyampahkan jiran kau.

hahaha

sampah aku,aku dah buang jauh :)

farah fadhil said...

aku sampai skang tak faham pasal permata tu.
lebih baik buat prasekolah rather than permata mcm2 tu.

jiwa sifar said...

haha..tapi jiran aku tu letak balik sampah aku tu kt depan rumah aku tapi ade extra sampah lagi..haha..mmg BAIK HATI jiran aku tu.

PERMATA tu just alasan untuk mamam duit rakyat..hell Rosmah..haha.